Pundit Prediction : Final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Terengganu

| Saturday, October 29, 2011 | |
Ditakdirkan, satu masa nanti kalau `Ass'tro jemput aku jadi pengulas bersama kat Arena malam esok sempena Final Piala Malaysia, bagus jugak. Sebab aku dapat rasakan yang aku memang sangat berbakat dalam membuat ramalan. Hampir setiap tahun ramalan aku tepat sehingga mencecah 93%. Sama ada jumlah jaringan, pasukan yang menang, berapa kali ambik free kick tapi sangkut kat telur benteng lawan atau pun baju warna apa yang sultan bola bakal pakai.

Berikut adalah ramalan hampir tepat yang dapat aku belitkan selepas beberapa minit meneliti rekod perlawanan dan sejarah keluarga  kedua-dua pasukan bermula dari awal Liga Super lagi:

1. Keeper Terengganu, Sharbinee tetap main macam gampang. Sama macam dia jadi punca Malaysia kalah kelayakan Piala Dunia lawan orang tua gemuk separa menopause Singapore hari tu.

2. Keadaan padang yang macam celaka, sebab hampir setiap hari hujan dalam minggu ni. Dinasihatkan agar setiap pemain bawa kacang hijau banyak-banyak dalam spender masing-masing, bila habis game boleh bawak balik tauge buat kerabu. Sedap tu bai!

3. Jiwa stadium seat akan lebih tenteram tanpa ancaman dibakar, sebab penyokong Terengganu atau Negri bukannya `kaki bakar' macam gedebe bola dari negeri pantai timur yang lagi satu.

4. Cameraman akan cuba menghilangkan ketagihan syahwat dengan memfokus kepada cikaro-cikaro yang terdapat di sekitar stadium. Sama kes macam final Suzuki Cup Malaysia lawan Indonesia dulu, tak habis-habis cameraman kita cari cewek Indon iras-iras muka Luna Maya.

5. Hasbullah Awang akan terus merapu seiring usianya yang dah makin ganyut, buat aku menyampah nak tekan 101 kat punat remote `Ass'tro. Sampaikan nama timangan player tu kat kampung pun orang tua ni boleh bagitau!

6. Commentator Arena (tak ingat nama) pun sama bebal jugak, macam dj Radio Era pulak. Kurang informatif, cuma menyebut apa yang kita sendiri boleh tengok dari skrin tv. Tak reti selok-belok taktikal bolasepak padang. Dia ingat ni liga estet tujuh sebelah ke?

7. Kalau Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan datang, mesti dapat interframe tiap kali pasukan Negri score, tu pun kalau baginda sudi datang duduk sebelah sultan bola la...

8. Parking penuh, jalan jem. Kalau ambik upah basuh kereta kat area parking tu RM8 sekali henjut, masyuk jugak. Bulan depan boleh pergi umrah.

9. Harga tiket yang mahal RM50 untuk semua tempat duduk tak menghalang daripada 80% tempat duduk terisi dengan bontot rakyat Malaysia. Eleh, kata nak boikot, takut la tu. Standard la, rakyat kita ni berani cakap je bila timbul isu naik harga. Suruh boikot, masing-masing genggam telur, takut...

10. Walau pun bahang perayaan Deepavali masih hangat kat kawasan rumah aku, tapi kat stadium Shah Alam agak hambar tanpa bunyi mercun macam masa semi-final Terengganu-Kelantan, sebab penyokong kedua-dua team tak suka nyorokkan mercun kat celah bontot.

11. Sepuluh je dah la, ni pun aku rasa dah cukup jitu dan tepat...


Sekian, majulah sukan untuk sultan bola. I love Ras Adiba Radzi, forever. Muuaacchhhh...!

16 comments:

Lady Windsor Says:
October 29, 2011 at 2:23 AM

beb..biar aku gelak dulu..mwahahahaha...yang no 2 tu aku x boleh tahan lawak gila...lepas ni sumpah aku x makan tauge sebulan...sumpah aaa...yuck!

SM Says:
October 29, 2011 at 2:36 AM

wei, ini serious shit. bukan main2. berbakti pada tanah namanya tu. dapat hasilnya, praktikkan kaedah hidroponik atas padang. tak boleh ke?

Lady Windsor Says:
October 29, 2011 at 2:46 AM

keji tau..itu hidroponik dalam seluar dalam...iskk...aku banned tauge dari masuk ke dapur aku selama dua minggu bermula dari saat kau buat entry ini...haha!

SM Says:
October 29, 2011 at 2:48 AM

pulak...! aku maksudkan, diorang akan semai kacang hijau tu kat padang yang banjir dek air hujan. kan kualiti padang shah alam sangat2 teruk, serupa padang JKR seksyen 17 shah alam.

Lady Windsor Says:
October 29, 2011 at 3:07 AM

ohh ok...haha..silap teknikal...! namun aku tetap x mahu makan tauge dalam masa dua minggu ni..

SM Says:
October 29, 2011 at 3:15 AM

ah, inikan cuma hiperbola je.

Lady Windsor Says:
October 29, 2011 at 3:33 AM

Clever! Yerp...hiperbola + bebola...

SM Says:
October 29, 2011 at 3:40 AM

kau jangan bayangkan spender player bola, memang la tak lalu. tengok aku ni, aku imagine taugeh yang dah jadi kerabu. pergh... best macam myvi. takpe walaupun main tak bagus...

Lady Windsor Says:
October 29, 2011 at 3:43 AM

Eii kalau dah terbayang spender sebab ko tulis spender kan...yuck!

Fara Says:
October 29, 2011 at 3:52 PM

Point no. 4 tu....mcm lah ko tak nah pandang cikaro cantik kan? Cehhh!

SM Says:
October 30, 2011 at 10:02 PM

LW: dua minggu lepas ni baru kau boleh makan taugeh...

MF: pernah, tapi pandangan aku khusus tertumpu pada hati budinya yang super suci. hahahaa!

Lady Windsor Says:
October 31, 2011 at 9:05 AM

hati budi super suci, ada lagi ke org yg memiliki hati begitu nowadays?

SM Says:
October 31, 2011 at 10:50 PM

ada, hati yang nobel, tapi dah jadi rare item.

Lady Windsor Says:
November 1, 2011 at 12:26 AM

ok..kalau ko da jumpa yg rare item tu, jangan lupa bitau aku..

NenetPenne (NP) Says:
November 4, 2011 at 4:03 PM

wahhh comelnya anak babi pakai jersey bola..super cute...

SM Says:
November 4, 2011 at 6:32 PM

LW: dah lama aku jumpa.
NP: comel, tapi malang mereka tak diterima FAM sebagai pemain. takpe la, mungkin sebab diorang tau kita dah banyak melihat kerenah 'comel' atas dan luar padang.