NEGATIVE vs POSITIVE

| Friday, October 14, 2011 | |
Ini adalah ulasan serenjang bagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan menentang Terengganu sebentar tadi. Yang negatif dapat aku kesan sepanjang game adalah:
1. Permainan pasukan Kelantan pada awal babak pertama nampak keterlaluan, penuh dengan taktikal, tapi hampeh!
2. Stail rambut pacak bukan lagi pilihan bagi majoriti pemain.
3. Sharbinee keeper Terengganu sedut (suck)!
4. Player kedua-dua team memang sah pemalas, suka hantar bola jauh-jauh, jadi tak payah banyak sangat berlari. Banyak makan taik bilis la tu.
5. Jurulatih penjaga gol Terengganu menggunakan ayam kampung sebagai pengganti bola. Buktinya, Sharbinee tangkap bola macam pondan.
6. Macam biasa, dalam keadaan genting player kedua-dua team akan clear bola bagi ke penonton.
7. Player Terengganu suka kumpul kad kuning macam kumpul sampul duit raya.
8. Dalam 20 minit terakhir, ramai player cuma berjalan-jalan kat tengah padang sambil gentel telur masing-masing.
9. Dapat penalti sebab bola kena tangan? Ceh, macam aku main bola masa darjah 3 dulu je...
10. Player Terengganu lembik.
11. Terengganu FA pernah panggil Namron untuk ajar player diorang berteater atas padang.
12. Malam semalam Norshahrul tak dapat kot, tu yang hangin je sampai nak gocoh dengan Kalang Tie.
13. Ramai player tak reti control bola, sama macam penonton baju merah tak tau control jiwa masing-masing yang tengah kacau.
14. `Pakok Kaki Lawan' adalah salah satu silibus yang Karathu ajar kat player dia.
15. Botol air mineral diisi dengan air paip, kemudian dijual secara terbuka di dalam stadium. Kat label botol tu tertulis, "Bukan untuk diminum, sila baling ke arah pemain kegemaran anda sebagai tanda sayangkan bolasepak Kelantan".
16. Ramai penonton baju merah tertinggal otak kat bakul moto, sebab tu tak tau makna disiplin.
17. Tengok seater semua dah macam tengok binatang dalam zoo pulak, jaring besi tinggi 10 kaki!
18. Penonton baju merah guna kaedah seludup mercun dengan menyimpan bahan terlarang tu kat celah bontot masing-masing!

Manakala yang positif pulak:
1. Turfing padang cantik, kalah Stadium Kallang. Rasa macam nak baring pulak.
2. Free kick Kelantan memang dahsyat, setaraf dengan player Cameroon.
3. Norshahrul adalah individu yang berbeza berbanding  Azman Adnan sebab tak pancit walau pun dah tak teruna lagi.
4. Nasib baik Kelantan kalah, kalau tak mesti muka Annuar Musa ada kat jersi dan muka Ibrahim Ali kat seluar bahagian bontot masa semi-final karang!
5. Tu je kot, sebab aku tengok (tonton) tak pakai spek.

*aku ingin memohon maaf kepada orang Kelantan dan Terengganu atas ulasan serenjang ni. Tak terniat langsung untuk mengguris perasaan korang. Entri ini bukan ditujukan kepada rakyat (atau sesiapa yang kelahiran negeri) Kelantan dan Terengganu secara keseluruhan, cuma banyak yang aku tak berkenaan dengan player dan penonton sepanjang game ni. Itu sahaja. Dan aku yakin ramai lagi rakyat Kelantan yang mengutuk perbuatan serupa `manusia tak berakal' sesetengah penonton berkaitan insiden mercun lewat permainan tadi. Peace no war.

12 comments:

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 12:18 AM

...kenapa aku memilih menjadi kaki bangku? Sebab apa yg ko tulis tu lah...depa ni main macam air penuh kepala..ceittt! Buang masa je tengok, baik aku p sembang sama mamak kacang putih...

SM Says:
October 15, 2011 at 12:23 AM

tapi, kadang-kadang aku suka jugak tengok. boleh dijadikan bahan gelak sendiri.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 1:14 AM

Tengok kepoyoan depa tu kan...isk! Itupun aku x sanggup...

SM Says:
October 15, 2011 at 1:25 AM

ok la tu, kau anggap je la macam menonton drama atau pun reality show.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 1:28 AM

Tak pe lah..aku tutup tv!

SM Says:
October 15, 2011 at 1:46 AM

aku rasa mungkin pada kau hiburan kat luar sini dah lebih daripada cukup berbanding di atas padang sana.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 9:00 AM

Bijak...hiburan kat blog, YouTube, SMS, mms dan segala bagai di skrin ini sudah cukup bagus...(tidak termasuk bahan porno)...hahahaha

SM Says:
October 15, 2011 at 11:49 AM

aku lebih suka medium tv walau banyak yang mengarut dan tak semua aku suka.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 4:12 PM

Aku pun asalnya suka tv tp sbb suatu keadaan yg x dpt dielakkan, aku beralih kpd skrin pc...

SM Says:
October 17, 2011 at 7:23 AM

dengan bertambahnya jumlah channel tv kat malaysia berbanding 20 tahun dulu, sekarang tv dah jadi macam hutan rimba. silap2 boleh sesat.

Lady Windsor Says:
October 17, 2011 at 6:15 PM

sebab tu aku tengok youtube je..kepala x pening..pilih je mana aku nak...tak payah belek banyak2...

SM Says:
October 17, 2011 at 6:21 PM

aku pulak suka belek2, mana tau terjumpa barang baik. boleh share dengan kawan2.