Negaraku, ingat lagi?

| Wednesday, October 19, 2011 | |
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

*****

Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang

*****

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Apa dalam baju
Sekuntum Bunga Cina

Buai tinggi tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

*****

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung

*****

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia..
Rahmat...


*****************************

Lagu terakhir tu, sila habiskan sambil bayangkan kita berada di tengah perhimpunan harian sebelum masuk ke kelas. Dengan lengkap beruniform sekolah, beratur panjang mengadap barisan guru-guru di hadapan. Sehabis semua lagu kita nyanyikan, tiba pula giliran pengetua mengomel kat depan bagi cukup masa. Beberapa orang guru dah sibuk garu hidung dan kepala tanda mula rasa tak selesa, mungkin tak sabar nak masuk kelas sebab tak tahan dengan matahari pagi. Itulah gambaran yang mengingatkan aku tentang lagu Negaraku.

Masa tu, ramai antara kami akan menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sampaikan ada beberapa pailang sekolah nak tunjuk eksyen sengaja nyanyi sambil terjerit-jerit. Kalau la masa tu aku dah masuk senior, dah lama aku sepak muka sorang-sorang sampai tertiarap. Tapi bila difikirkan balik sekarang ni, aku rasa itu bukan suatu kesalahan. Sebaliknya aku respek kat budak-budak tu (sekarang dah jadi bapak budak) sebab diorang menjadikan lagu kebangsaan ni satu medium untuk menonjolkan diri, dan yang pentingkan sekali aku melihat jeritan nyanyian mereka tu sebagai satu lontaran semangat. Bukan semangat main-main atau buat-buat, tapi semangat yang memang real punya. Itu dulu, masa sekolah...

Sekarang? Serious shit, aku pernah jumpa orang yang tak dapat habiskan lagu yang terakhir tu. Pelik kan? Lagu kebangsaan yang cuma dua rangkap (rangkap kedua diulang sekali lagi) ni pun ada jugak yang tak hafal. Sibuk sangat ke kita dengan kerja, dengan urusan anak-anak, keperluan rumah, temujanji sosial; sampaikan tak ingat langsung lirik lagu ni? Kalau lagu-lagu yang tengah `howt' sekarang ni rajin pulak kita dengar dan download, tapi bila Negaraku masing-masing buat tak reti je. Tak perlu la kita menunggu siaran tv bermula atau tamat semata-mata nak dengar lagu kebangsaan ni, itu kerja bodoh namanya.

Dan kalau dah hafal tu, tolong jangan jadikannya mangsa macam Rukun Iman. Cuma hafal dalam kepala je.

*kepada MF dan NP, maaf aku jadikan lagu pok amai-amai dengan buai laju-laju sebagai penyeri entri ni.

5 comments:

Lady Windsor Says:
October 19, 2011 at 8:54 AM

Kalau ikut telahan aku yang dangkal ini, antara sebab keruntuhan moral berleluasa, sebab tiada penghayatan pada lagu Negaraku ini...sounds like nothing tapi lagu ini adalah jati diri kita sejak kecil, masuk je sekolah pada usia tujuh tahun, lagu ni dah otometik tahu nyanyi...kalau sekarang lagi hebatkan...mana2 majlis gomen, harus kena nyanyi lagu ni dulu...tapi sebab tiada penghayatan...semua jadi choyyy!! That's my 2 cents...

Fara Says:
October 19, 2011 at 10:08 AM

Kurang ajar sape yg tak hafal lagu Negaraku tu! Tu baru Negaraku. Lom lagu patriotik yg len, kan? Klu lagu setan si Lady Gaga tu, syok lak korang dok nyanyi smbl goyang bontot eh? Eiii! Panas je ati aku pepagi nie la.

Nasib Negaraku, Rukun Negara dan Jalur Gemilang - dipersendakan dan disisihkan generasi skg (yg diajar generasi terdahulu yg tak pnh puas apa yg mereka ada)

SM Says:
October 19, 2011 at 10:30 AM

LW: semasa perhimpunan bulanan penjawat awam, kena nyanyi Negaraku (selain lagu 1Malaysia). masing-masing memang dah hafal lirik dan ritma, tapi nyanyi sambil lewa. bila duduk balik, masing-masing sambung balik bersembang.

MF: alamak, kau marah ke aku buat entri ni? ya, Negaraku, Rukun Negara, Jalur Gemilang dah terima nasib yang sama macam Rukun Islam atau Rukun Iman. Kecuali Rukun Nikah yang betul2 kena ingat masa kursus kahwin. ohye, aku rasa elok jugak buat kursus penghayatan Rukun Negara kat semua kakitangan awam...

NenetPenne (NP) Says:
October 21, 2011 at 1:08 PM

tak per, gunalah SM lagi pun lagu tu bukan aku yang cipta...


budak2 kat sini kadang2 sambil lewa nyanyi lagu tu...pastu pelahan pulak tu..tak ada jiwa

sejak dok sini aku dah lupa lagu negeri cik siti wan kembang....haishhh

SM Says:
October 23, 2011 at 11:13 AM

NP: kalau macam tu, kau kena recall balik kot lagu negeri cik siti wan kembang tu.

"...luaskan kuasa menaungkan kami,
rakyat dipimpini berzaman lagi,
dengan merdeka bersatu hati,
Allah berkati Johor,
Allah selamatkan sultan..."

aku harap lagu Negeri Johor ni tak salah kot. jap lagi aku search.