Nasi Kukus Ayam Kurus

| Thursday, October 13, 2011 | |
Aku ada dua orang buddy yang selalu buat entri pasal makanan. Kira, aku pun nak buat jugak la macam korang. Korang anggap je la entri ni sebagai cover version kepada entri makanan korang tu.

Pada aku, makanan yang paling mengenyangkan adalah nasi kukus dan nasi kukus yang paling sedap di seantero Lembah Klang terletak betul-betul kat sebelah Masjid Umar al-Khatab Bukit Damansara. Beroperasi bermula jam 11 pagi hingga lauk habis pada setiap hari kecuali apabila tokey balik kampung atau dia rasa dia dah kaya sikit dan malas nak bangun pagi-pagi beli barang.

Masa kerja kat Damansara sebelum ni, sebulan sekali aku mesti pekena nasi kukus ni. Beli masa orang tengah dengar khutbah Jumaat, aman sikit tak ramai orang beratur. Kalau tunggu lepas habis solat, alamat terpaksa beratur sampai highway Sprint la karang. Harga pun boleh tahan dan berbaloi jugak la dengan saiz ayam goreng berempah yang padat, besar, padu dan menggiurkan macam dada Mariah Carey. RM6.50 sebungkus untuk ayam kampung dan RM5.50 untuk ayam pekan yang tak reti lintas jalan.

Pergh, tengok tu! RM6.50 untuk ayam kampung lagi murah daripada nasi kukus kat pekan Paka (Terengganu) yang harga dia mak datuk RM7.00 sebungkus tu. Kat Paka tu, dah la mahal, masin pulak tu. Tak tau la yang mana satu masin, entahkan kuah entahkan rempah gorengan ayam tu. Saiz ayam pulak keding macam peha belalang kunyit je gamaknya. Tobat aku takkan makan kat situ lagi.

Gambar kat bawah ni adalah nasi kukus kat R&R Awan Besar highway Kesas menghala ke Puchong. Kedai kiri sekali bersebelahan dengan kedai majalah. Rate untuk yang ni aku bagi 3 bintang je walau pun tak mahal, cuma RM5.00 sebungkus. Kombinasi yang kurang menjadi antara kuah gulai, sayur tauge dengan ayam goreng tu sendiri. Rempah gorengan tu pulak agak kering dan terlalu meresap hingga menghilangkan rasa daging ayam. Plus, sambal dia tak kick langsung, dua kali aku tergigit kulit limau. Ceh!



Selamat menjamu mata...

27 comments:

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 7:50 AM

Kau notty, pagi-pagi dah goda aku dengan nasi..tak adil!!!

Hahaha...bak dada mariah carey..macam poyo!!

Fara Says:
October 13, 2011 at 9:48 AM

Burrrppppppppp!!!! (Bunyi sendawa melebihi desibel yang ditetapkan)

Aku tak terliur pun sbb aku dah kenyang sarap mihun pepagi tdk!

Last aku mkn nsk kukus ms ddk kat Vista dulu-dulu. Aku tak bape suke nasi kukus sbb nasi tu die dok kepal2 dlm bekas. Bila gaul, mst benyek. Tak pandai ah diorang nie bt! Nape nasi kukus tak lerai? Dah nama kukus, mstilah butir nasi lerai2, kan? Ahhhh! Emosi aku pagi nei sbb nasi kukus!

Burpppp!!! lagi sekali. Alhamdulillah!

SM Says:
October 13, 2011 at 9:57 AM

LW: kadang2 aku jadikan peha mariah carey sebagai objek perlambangan untuk makanan.

MF: kau salah pergi tempat kot.

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 10:03 AM

SM: kau melampaui batas, mengayamkan kegebusan mariah carey..huh!

MF: Nasi kukus Sri Gombak yg akak pernah makan ok jer..elok jer lerainya...sedap!

SM Says:
October 13, 2011 at 10:10 AM

LW: hahahaa... orang dah belanja, aku ambik. sri gombak kat mana? apa lagi, review la.

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 10:12 AM

..minggu ni aku nak review kedai stik dan kedai western food kat Taman Permata..nasi kukus tu kat tepi jalan jer..bebila aku bleh review..

NenetPenne (NP) Says:
October 13, 2011 at 10:24 AM

@SM
wehhhh... eh... lupa nak tulis sebab terliur tengok ayam goreng berempah tu...

awan besar RnR?? wahh tu tempat aku selalu makan kat restoran Hassan yang jual makanan kelantan tu..

ayam kampung kaki kurus melidi harga RM5.00 seketul... dunia dunia..

ku ingat kau tak pandang dada si mariah carey, rupanya pandang jugak..mmm dah namanya lelaki kan???

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 10:28 AM

NP: SM bukan setakat pandang dada, paha Mariah pun..hak!hak!hak!

NenetPenne (NP) Says:
October 13, 2011 at 11:50 AM

@LW
rosak rosak si SM nih... :P

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 12:32 PM

NP: hahaha...mustinya dia tak ngaku dia dah rosak...

SM Says:
October 14, 2011 at 10:46 AM

semua: wah, 16 jam aku takde, macam2 onar korang buat.

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 11:07 AM

eh mana der..sapa buat onar ni..aku tak! larikkkk!!!

SM Says:
October 14, 2011 at 11:28 AM

tolong la masuk baris. aku nak try nasi kukus yang kau bitau kat sri gombak tu.

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 11:38 AM

kau kan tahu aku kadet tak dak disiplin nya..nasi kukus tu jual tepi jalan kat greenwood, sebelah stesen minyak, depa niaga van putih...selalunya berderet tunggu que..

SM Says:
October 14, 2011 at 11:47 AM

MRR2 ke? boleh bagi koordinat?

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 12:01 PM

daripada MRR2...terus sampai nak nak masuk simpang ke greenwood..kalau ko ke kanan, pergi sri gombak, ko ambik kiri...turun sikit je ada stesen minyak dan shop lot tepi jalan sebelah kanan. Van nasi ayam kukus ni ada dihujung bangunan buruk, tepi jalan, dekat selekoh...ala senang citer p kedai2 kat situ tanya kat mana van yg selalu jual nasi kukus malam2 tu..

NenetPenne (NP) Says:
October 14, 2011 at 3:06 PM

@SM
16 jam kau tak ada, kau pegi mana???
usahkan 16 jam, seminit kau tak ada pun ada orang buat onar...ha ha ha..

SM Says:
October 14, 2011 at 4:20 PM

LW: eh, pening la aku dengan instruction kau ni. kau bagi je la nombor plet van putih tu. jangan silap bagi nombor van mayat sudah!

NP: ah, sudah... aku takkan selamanya ada di dunia ni la beb...

Lady Windsor Says:
October 14, 2011 at 7:42 PM

SM: eh nape aku rasa itu instruction paling senang aku bagi ko..

NP: sesaat je dia tak de...pembuat onar sudah tunggu...hak!hak!hak!

SM Says:
October 14, 2011 at 11:50 PM

aku dah copy & paste instruction kau tu dalam google, lepas tu klik search. cuma keluar satu result je,"adakah awak kacang?" (are you nuts). tipu la kau ni. aku rasa lain kali kalau kau nak review kena bagi google image (dan korrdinate) sekali.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 12:22 AM

Mwahahaha....adakah awak kacang? Bukan, saya adalah nasi kukus ayam rempah yang gebus mulus seperti dada mariah kari....kah!kah!kah!

SM Says:
October 15, 2011 at 12:27 AM

kau ni jangan `kacang' beb, NP marah aku mention mariah carey.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 1:11 AM

Aku kata Mariah Kari, bukan Carey...

SM Says:
October 15, 2011 at 1:22 AM

anak mamak gangster tu ke?

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 1:33 AM

A ahh..mamak gangster karipoley...

SM Says:
October 15, 2011 at 1:48 AM

`kacang' betul la kau ni!

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 9:08 AM

Mwahahahahahahahahahaahah.....