Lari sayang, lari ke saluran lain...

| Sunday, October 23, 2011 | |
Sejurus berhenti di halaman rumah, dua orang anggota polis berpakaian seragam keluar dari kereta peronda meluru ke rumah, memanjat tangga hingga tiba dan berdiri tercegat di muka pintu. Ketiga-tiga isi rumah bingkas bangun dari tempat duduk dan bergegas melihat siapa yang datang, bermula dengan si anak yang berambut kerinting ala-ala muka sengal.


Sebaik melihat dua anggota polis di depannya, si bebal ni segera mengangkat tangan dan berkata, "saya tak salah encik, saya beli plastik tu!" Tanpa usul periksa, salah seorang anggota polis bernama Koperal Upham (kot) terus bertanya kepada si bebal berambut kerinting, "di mana adik awak sekarang?"

Eh, macamana pulak brader polis ni tau dia punya suspek adalah adik kepada mamat rambut kerinting ni pulak? Dah la datang rumah orang tak bagi salam, tak tanya khabar. Perkenalkan diri jauh sekali. Tiba-tiba je terus tanya mana adik dia. Punya la bebal si bongok yang buat drama bangang ni. Tajuk dah sedap dah, `Lari, Sayang. Lari'. Lepas je aku tengok (tonton) scene bodoh ni, terus aku tekan punat `Ass'tro pergi channel lain. Putus selera nak teruskan. Buang masa aku je...

19 comments:

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 12:06 AM

Laa...aku ingat scene ni berlaku dekat2 rumah jiran ko ke apa..dalam tv rupanya...hmm penulis skrip main taram je tu...janji skrip siap..tangkap muat!

SM Says:
October 24, 2011 at 12:16 AM

aku nak tergelak siak. kalau kau ada kat sebelah masa tu, confirm penuh lubang telinga kau dengan kutukan berseni dan bersopan aku. hahaha!!!

Lady Windsor Says:
October 24, 2011 at 7:10 AM

hahaha..aku tak de sebelah pun ko bleh kutuk..aku sedia maklum kutukan berseni ko tu macam mana gaya..musti ketat telinga aku menikmatinya...

SM Says:
October 24, 2011 at 7:31 AM

pergh, sampai ketat telinga kau. biar betul beb. aku cuba menjadi pengkritik berhemah dalam segala hal.

Fara Says:
October 24, 2011 at 9:26 AM

Aku igt ko tgk gerak khas. Kuang, kuang, kuang!

SM Says:
October 24, 2011 at 10:08 AM

ceh, gerak khas? tiap hari aku dengar orang bekerja sambil bercakap kosong. kat tv pun takkan nak tengok polis jalan sambil bercakap jugak ke?

Fara Says:
October 24, 2011 at 11:04 AM

Weh, Gerak Khas tu maintain smpi ke hari nie. Punyelah suke org Msia dgn cite Gerak Khas tu.

SM Says:
October 24, 2011 at 11:17 AM

entah la, aku tak boleh terima sampai sekarang, walau pun aku sangat setuju dengan hukum karma buat jahat dibalas masuk lokap.

auntie nenet Says:
October 25, 2011 at 2:49 PM

haha apela. igt tgk cite jiwang tadi... hihi

SM Says:
October 25, 2011 at 3:38 PM

cerita jiwang? tercalar imej aku sebagai lelaki botak berwajah ganas!

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 7:53 PM

Elehh...x tengok cerita jiwang..konon la sangat...habis tu ko tengok filem CINTA khabir bhatia sampai nanges tu pe hal...cer citer sket...lagi mulia tau kalau ko mengaku..hik!

SM Says:
October 25, 2011 at 9:30 PM

itu aku tak anggap filem jiwang, aku lebih suka menganggapnya sebagai satu karya yang baik, jadi aku sangat perlu menghayati setiap inci hasil kerja kabir bhatia tu. berbeza dengan filem leleh yang lain. nak aku bagi contoh ke? tak payah, takut aku termuntah atas keyboard pulak.

auntie nenet Says:
October 25, 2011 at 9:49 PM

auwww... botak itu sexyy. hahaha
jiwang kekadang ok apa. haha

Lady Windsor Says:
October 25, 2011 at 10:59 PM

eh beb..adik aku datang satu family dari muazamshah...ko tau nape aku bitau ko ni...sebab anak jantan dia botak...tetiba aku teringat ko...ampun eh...hahaha

SM Says:
October 26, 2011 at 1:21 AM

AN: bukan aku kata, dah ramai kata. aku memang sexy macam BB King! auuwww...! (jari lentik). jiwang? tidak. melankolik? aku boleh terima sedikit, sebab ada unsur art kat situ.

LW: ah kau, tengok bola ragbi masa final world cup rugby hari tu pun ingat aku jugak. tak boleh blah aku!

auntie nenet Says:
October 26, 2011 at 9:32 PM

haha arghh gelisss aku... kembang suda mamat ni =.=
nasib baek bkn mcm lex luther (smallville). haha

SM Says:
October 26, 2011 at 11:51 PM

lebih kurang vin diesel...

Lady Windsor Says:
October 27, 2011 at 7:45 AM

LW: ah kau, tengok bola ragbi masa final world cup rugby hari tu pun ingat aku jugak. tak boleh blah aku!

...Eh bila masa pulak aku bitau ko aku tengok final world cup rugby oitt...aku, tv pun x pandang dah oii..apa barang tengok tv beb...aku p tengok brader2 rugby kat padang UM nun...
oh ya..imej botak yang melekat dalam kapla otak aku adalah jason statham dan denzel washington..

SM Says:
October 27, 2011 at 10:33 AM

denzel washington pernah dinobatkan lelaki terseksi. auwww...!