The Lady

| Wednesday, October 05, 2011 | |
Ok, aku nak masukkan filem ni dalam aku punya `wajib tonton' list tahun ni. Ada harapan anak kelahiran Ipoh ni tercalon untuk Oscar kot...

17 comments:

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 12:32 PM

Ok nanti buat review ek...

SM Says:
October 5, 2011 at 12:41 PM

aku nak tunggu kat panggung, panaskan punggung kat seat berbekalkan mineral water dan pop corn.

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 3:50 PM

Bagus, kayakan tauke panggung...aku pun mungkin menderma juga untuk beberapa filem tertentu..

NenetPenne (NP) Says:
October 5, 2011 at 3:53 PM

citer perjuangan politik..mmm mesti tak best sebab citer benar..aku lebih suka citer benar yagn telah ditokok tambah dimana at the end of penghujung citer, hero atau heroin tetap menang walau diluar hero atau heroin tidak semestinya menang...

adakah statement aku tu berbau sinikal?

SM Says:
October 5, 2011 at 4:19 PM

NP: aku sangat suka statement kau ni. sebab tu aku nak tengok ini filim. apakah benda2 yang bakal ditokok-tambah tu nanti.

SM Says:
October 5, 2011 at 4:20 PM

LW: kayakan tauke panggung, tapi dengan selected film jugak la. bukannya main tabur je semua filem. asal orang kata bagus je, sibuk berebut-rebut nak tengok (kecuali orang belanja, kena pikir dulu, agak2 tak best tido je la).

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 4:36 PM

SM, ya aku akan pastikan tiket wayang ditaja, makan minum semasa menonton juga ditaja....haha then baru boleh buat review kaw2! Dan cerita adalah yg selected saja.

SM Says:
October 5, 2011 at 4:37 PM

LW: ditaja? cemburu aku berlipat ganda...

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 4:41 PM

Ya ditaja...kalau tak, saja2 nak pergi, tak le kot kecuali kalau filem betul2 bagus...

SUXX Says:
October 7, 2011 at 9:58 PM

wah bila keluar ni,mcm menarik

SM Says:
October 8, 2011 at 12:23 AM

LW: tapi aku kira ini filem yang bagus jugak, berbaloi keluarkan keping dari poket.
SUXX: aku dah cek, tapi tak keluar schedule lagi la. tauke `punggung' ni nak buat surprise kot.

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 2:41 AM

ya..aung san su kyi versi michelle yeoh, kena tonton...

SM Says:
October 8, 2011 at 10:02 AM

macamana selama ni aku boleh tak perasan wajah mereka berdua ni memang seiras. mungkin aku akan menyukai filem ni sebab michelle yeoh tak perlu berkungfu sepanjang filem, cuma aku cuba nak mengagumi gerak bahasa tubuh dan ekspresi wajah dia, adakah sehebat gerak silang kaki dia melibas penjahat.

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 1:23 PM

pada aku, wajah dia orang x de la nak sama sangat pun, cuma penampilan dan kostum michelle ini (hasil kerja pereka kostum dan penata imej) hampir similar dengan su kyi yg sentiasa memakai sarung dan bunga di kepala..ini filem wajib tengok, aku suka filem macam ni..membabitkan suara kemanusiaan...

SM Says:
October 8, 2011 at 8:10 PM

ya, lebih2 lagi filem ni mengangkat wanita sebagai subjek utama iaitu tokoh pejuang rakyat. ohye, aku teringin jugak nak tengok (tonton) filem yang sama tapi dihasilkan pembikin tempatan di sana, pasti ada sedikit perbezaan.

Lady Windsor Says:
October 8, 2011 at 8:14 PM

Musti ada kelainan, sama macam masak, 1 resipi, 2 tukang masak, pasti rasa berbeza walau bahan sama...

SM Says:
October 9, 2011 at 10:30 AM

ya, filem biografi macam ni walau pun mengambil latar dan fakta yang sama, tapi pasti akan disuntik dengan elemen yang berbeza bergantung kepada perbezaan persepsi pembikinnya.