Kesetiaan Bertanda Harga

| Thursday, October 13, 2011 | |
"Meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang kesetiaannya ada harga akan membuatkan kita seperti tergantung di atas seurat rambut risiko yang amat halus," kata aku...

Kadang-kala aku juga tak harus percaya sepenuhnya terhadap diri sendiri kalau komitmen yang tak berbelah-bahagi atas segala apa yang aku kerjakan selama ni hanyalah kerana aku mengharapkan sesuatu yang aku fikir menguntungkan. Bagaimana kalau aku akan gagal tak sampai setengah jalan? Pasti aku akan rasa semua kesetiaan yang aku curah itu tak ubah seperti beg plastik hitam yang gunanya hanya untuk membungkus sampah! Maka, buruknya kesetiaan aku itu aku boleh samakan dengan sampah juga. Garbage made scum. Garbage in, garbage out.

Aku adalah manusia sampah yang menghasilkan sisa-sisa kekotoran oleh kerana harapan kebahagian aku itu cuma lebih berupa ciciran najis sepanjang denai seretan sampah kesetiaan itu. Membayangkannya sahaja sudah cukup membuatkan aku menutup hidung dan menjegilkan mata sebulat yang mungkin. Tak ingin terpejam walau untuk mengerdipkan mata sekalipun, kerana bayangan jijik najis itu akan menghantui aku.

Hmm, terasa amat tenang duduk bersandar di atas kerusi hitam berkemasan synthetic leather ni.

11 comments:

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 7:16 AM

Adele ada sama kau tak tu?

SM Says:
October 13, 2011 at 7:32 AM

acara rasmi aku pagi-pagi sebelum breakfast. dengar suara adele. dia nyanyi live pun terangkat jugak...

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 7:51 AM
This comment has been removed by the author.
Fara Says:
October 13, 2011 at 9:50 AM

Kau nie takde keyakinan diri.

SM Says:
October 13, 2011 at 9:58 AM

MF: haha...! memang itu tujuan entri aku, nak tunggu komen kau yang sebegini.

Fara Says:
October 13, 2011 at 10:35 AM

Ko suka pedulikan org yg berhati sampah. Dahlah tu, org berhati sampah tu pun aku rs dah jauh gile dr ko. Tp ko tetap nak kenang.

Ko tak rs ko byk membazir masa ke? Aku rs ko bukan muda g. Silap2 dah ley jdk pangkat atok pd Aydin (hahahaha, sorry nak sbb mskkan namamu di sini).

Aku percaya, ade org tgh tunggu ko tu. Cume ko je yg bt2 tak nampak. G check power mata ko blk.

Lady Windsor Says:
October 13, 2011 at 12:34 PM

MF: dia kata dia dah tahap bangka...seb baik i sentiasa muda belia...auwww hahaha SM aku ambik trademark kau hari ni..

SM Says:
October 14, 2011 at 10:47 AM

MF: setiap hari aku suka tengok orang berhati nobel, tak salah aku alih pandangan sebentar.

LW: jangan lupa, jari lentik ke langit.

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 12:23 AM

Lentik ke langit? Bukan tunjuk bintang ke?

SM Says:
October 15, 2011 at 12:28 AM

itu travolta!

Lady Windsor Says:
October 15, 2011 at 9:08 AM

Tau tak pe! Staying alive!!