jangan ganggu, ada anjing gila...

| Tuesday, October 18, 2011 | |
VERSI SOPAN

Dia : Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Encik ***?
Aku : Ya, saya.
Dia : Saya membuat panggilan dari RHB Bank dan mendapati encik adalah salah seorang pelanggan kami yang mempunyai akaun ***. Di sini saya ingin memperkenalkan produk terbaru kami kepada encik. Boleh saya minta masa encik seminit?
Aku : Minta maaf, sekarang saya ada kat luar ni. Boleh call saya petang nanti?
Dia : Baiklah encik, terima kasih kerana sudi luangkan masa. Saya akan telefon lagi.
Aku : Sama-sama.

*Call yang aku dapat masa aku tengah sibuk kat site minggu lepas. Nasib baik dia dengar bunyi bising kat site. Mungkin sebab tu la dengan ayunya dia nak mintak masa aku sikit kot.


VERSI KURANG AJAR

Dia : Selamat pagi encik, boleh saya bercakap dengan Encik ***?
Aku : Pagi. Ya, saya.
Dia : Ok, saya membuat panggilan dari...
Aku : Pergi mati! (terus tekan button merah)

*Tadi, entah masuk kali yang ke berapa aku pun dah tak ingat bila. Dah la mood tengah turun, lagi ada pulak barua mana entah jadi punca aku kena tulis balik form satu muka surat penuh yang dah nak siap. Nasib baik tak kena maki. Aku dah agak siapa, sebab pagi tadi ada sorang mamat dari CIMB nak promote entah insurans apa kat aku. Bila aku kata call sekejap lagi tu, faham-faham jela. Aku ni dah la jenis yang tak suka kena promote dengan benda-benda serabut kepala macam ni. Terima kasih aje la sebab bagi ruang untuk aku mencarut.

Sekian...

7 comments:

Fara Says:
October 18, 2011 at 5:10 PM

Kau nie pun satu. Klu tak nak, jgnlah ckp call jap g. Ckp jelah ko tak berminat. Klu die pujuk g, ko mati2 la ckp tak nak.

Org mcm nie mane nak fhm ko nak ke tak nak. Haishhh. Aku pun pnh gak byk kali org pujuk aku mcm nie. Aku ckp jelah terus terang, aku nie keje kuli. Gaji ciput je. Klu dah guna servis diorang, gaji aku tgl bape je. Sape nak bg aku mkn?....Dan2 tu nak ltk tepon. Hahahahah!

SM Says:
October 18, 2011 at 5:31 PM

aku pernah guna kaedah yang sama, tapi pada individu dan syarikat yang berlainan. nasib dia baik sebab aku dalam mood segar tan `kecamuk nyamuk'. cuma kali ni dia tak bernasib baik.

Lady Windsor Says:
October 18, 2011 at 7:21 PM

aku jawab terus, i x minat! then aku letak tpon...

SM Says:
October 19, 2011 at 2:16 AM

lepas tu esok pagi ada lagi call, tapi orang dan syarikat yang lain...

SM Says:
October 19, 2011 at 10:54 AM

gampang, AIA pulak baru call aku tadi! konon ada join dengan Visa card nak promote pelan insurans. nasib baik mood aku ada baik pagi ni...

NenetPenne (NP) Says:
October 21, 2011 at 4:28 PM

bila kita cakap kita tak mampu nak bayar, depa akan kata but it is good for you

i know it is good tapi i ada menda lain nak fikir dan bayar

tapi tetap nak promote..

eh aku tak minat laaa..pap letak talifon...

SM Says:
October 23, 2011 at 11:14 AM

"sangat sopan sekali caramu melayan panggilan itu, tidak seperti diriku ini ketika tiada mood di dalam hati."