Episod: Hibrid Roti Banjir

| Sunday, October 09, 2011 | |
Amaran: kepada sesiapa yang tak tahan dengan kata-kata kesat, sila jangan baca dan dapatkan rencana yang lebih bermanfaat dari akhbar tempatan atau majalah-majalah hiburan untuk imej-imej seksi wanita Melayu belanja celah berahi kat dada.

Scene 1

Semalam, pagi Sabtu, lebih kurang dalam pukul 6:30, waktu paling sentimental untuk aku terlentang depan tv. Tiba-tiba aku punya Nokia yang kebetulan terletak kat hujung kaki menyanyikan lagu Meor.

Dia : Hello botak!
Aku : Bagi la salam bai! Gua orang Islam sejati.
Dia : Assalamualaikum.
Aku : Wa alaikumsalam. Tebiat apa pagi-pagi buta talipon gua ni?
Dia : Takde apa, gua rindu la kat lu. Buat apa beb? Busy ke?
Aku : Gua tengah terkangkang depan tv ni ha. Woi, pergi la bawak berzikir subuh-subuh ni daripada lu kacau gua tengok gajah tengah bersenggama ni.
Dia : Botak, gua dah lama sial tak usap kepala lu yang halus dan mulus tu. Jom la ngeteh.
Aku : Jimbet la lu ni. Hari tu lagi gua dah suruh lu botakkan kepala awek lu. Kan minah tu free hair, senang la lu nak kerjakan kepala dia tiap-tiap hari.
Dia : Kimak, lu kutuk awek gua! Hahahaa.. Jom la siol.
Aku : Hari ni hari sabtu. Hari rasmi gua baring depan tv sampai malam. Kalau lu nak pakai servis gua, lu kena bayar lebih sikit la.
Dia : Takde hal, gua belanja. Roti banjir double.
Aku : Wei jin ifrit, baru semalam gua pekena. Payung la benda lain. Kurang-kurang pun roti telur.
Dia : Adui, lu ingat anak orang kaya macam gua ni kedekut ke? Cepat sikit gerak. Gua dah siap ni.
Aku : Eh bodoh, matahari tak naik lagi la. Ntah-ntah lu ni solat subuh pun belum lagi. Ha, kat mana?
Dia : Port biasa la bai.
Aku : Orait, kang dah cerah gua sampai.
Dia : Ok, siapa lambat dia payung.
Aku : Eh, anak lanun ni...!
Dia : (tuuut.....)

Kimak betul mamat ni, bukan nak bagi salam. Main letak macam tu je. Nama je sekolah agama. Perangai macam bangkai setan.

Scene 2

Lebih kurang sejam kemudian, aku dah beberapa kali teguk kopi tarik buih lebih kat port biasa aku ngeteh. Pelanggan masih belum ramai, maklum hari cuti. Mungkin ramai lagi yang tengah ber`sedap-sedapan' atas tilam. Aku ambik posisi mengadap luar, supaya senang nak lari kalau tak nak bayar. Tak lama lepas tu, mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni sampai. Naik kereta baru, jenama import. Warna putih, parking betul-betul depan aku.

Aku : Pergh, kereta baru sial!
Dia : Biasa la, anak orang kaya. Tapi gua je tak kaya macam bapak gua.
Aku : Iye la tu, gua suspek bapak lu mesti banyak buat kerja haram, tu yang berkat dia tak sampai tu.
Dia : Cibai, iye la kot...

Tak bagi salam lagi, selepas masing-masing order roti banjir,  mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni start conversation ala persidangan ala PBB bincang nak setel masalah Palestin.

Dia : Wei, lu naik apa datang sini?
Aku : Lu ingat gua ni pemalas macam lembu ke? Gua jalan kaki la, dah rumah dekat. Tapi sebenarnya gua memang malas pun. Malas nak start moto pagi-pagi buta ni. Takut kacau jiran sebelah nak mengamput.
Dia : Eh, lu tak tukar kereta baru lagi ke?
Aku : Tukar apa, kereta tu la. Yang gua angkat masa nak raya tahun lepas, tu pun secondhand je. Nak beli baru tak mampu, gua takde bapak yang kaya buat kerja jenayah macam lu.
Dia : Kimak lu! Mentang-mentang bapak gua pernah kena siasat. Hahahaa! La, lu pakai lagi ke kereta tu.Dah la masa ambik tu pun umur kereta tu dah banyak. Memang la besar, tapi tak ekonomi la.
Aku : Gua mana mampu sial beli baru! Ni pun instalment sebulan dah gantung. Lu pakai kereta baru, duit haram mana lu dapat? Berapa riban lu turun?
Dia : Rahsia beb. Ada rezeki lebih.
Aku : Pergh, pakai Prius tu. Kalah imam surau sebelah padang tu. Mesti lu punya iman dah tahap dewa kan.
Dia : Biasa la. Alang-alang nak tukar baru biar puas hati. Tapi dah dua minggu gua pakai kereta ni memang terbaik sial. Jimat gila.
Aku : Gua tau, ramai orang cakap.
Dia : Tu la, lu kalau nak tukar lu beli la hibrid. Macam gua ni.
Aku : Apasal pulak, tak sama ke kalau gua pakai kereta buatan Malaysia?
Dia : Mana sama bai! Lu tak tau ke hibrid tu apa? Lu punya bodoh ni bawak dari sekolah teknik ke apa.
Aku : Ha, cer terang sikit.
Dia : Hibrid ni teknologi yang lebih mesra alam, kurangkan penggunaan minyak sebab berasaskan elektrik.
Aku : Mana lu tau?
Dia : Gua tau la, gua kan pakar enjin. Hahahaa....
Aku : Kimak, tak abis-abis berlagak.
Dia : (sengih sambil nyalakan rokok yang dia tarik dari aku punya kotak)
Aku : Tapi tak guna jugak kalau lu pakai sepuluh kereta macam ni pun. Lu tu bukannya mesra alam sangat pun. Gua bukan tak tau, kilang sarung tangan tempat lu kerja tu dah dua kali kena siasat dengan JAS. Haha, environmental la sangat... Hipokrit la lu ni!
Dia : (sedut asap dalam-dalam dan hembus asapnya ke arah aku)
Aku : (ikut diam, sambil mengalihkan pandangan ke belakang melihat sorang awek genit tengah prepare gua punya roti banjir, hari ni dia pakai t-shirt putih nampak tali coli warna merah, nak belanja aku lagi la tu)

Perbualan di atas telah diedit untuk menjimatkan ruang dan supaya lebih bersopan berbanding versi asal. Tapi aku tetap cuba juga mengekalkan originaliti dengan hanya mengubah kurang 20% sahaja ayat-ayat selama yang aku ingat.

Aku kalau dengan mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni berbual memang macam nak gaduh je. Tapi dia la antara geng ngeteh aku yang ngam sejak aku pindah ke perumahan ni. Cuma yang tak tahannya, dia ni suka cakap besar. Sekian entri pagi Ahad...

Sekadar gambar hiasan, tapi ada kaitan.

19 comments:

NenetPenne (NP) Says:
October 9, 2011 at 12:32 PM

bahasa kasar dgn orang yang akrab dan satu kepala adalah tidak kasar

weyyy aku suka honda hybrid tu...tapi sayang aku buat kerja halal, jadi duit adalah ciput..

SM Says:
October 9, 2011 at 1:39 PM

hok ni toyota la beb. yang terlebih mampu macam aku ni, pakai kereta malaysia sudah. janji tak hipokrit. konon2 cintakan alam sekitar. hahaha!

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 2:22 PM

Hwaaa aku mimpi je la nak pakai kereta hybrid..nak2 lagi adiWIRA aku tu masih segak dan mantap servicenya walaupun dah 11 tahun aku taram...

Beb...aku pernah jumpa bahasa yg lebih kasar, tak gamak nak dengar tapi akrab gila dia orang tu..err perangai macam bangkai setan? Mwahahaha..sakit perut aku imejin!

SM Says:
October 9, 2011 at 2:48 PM

LW: tak kisah la kalau pakai kereta sorong pun, asalkan isi minyak bayar pakai duit yang diyakini halal. ini versi tv, jadi banyak perkataan sencored aku dah buang. hahaha, memang macam bangkai setan busuknya perangai.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 3:14 PM

orang macam tu selalunya memang cakap besar tapi hati baik...betui ka?

SM Says:
October 9, 2011 at 3:27 PM

memang betul, suka belanja kawan2. tapi roti banjir je la! lepas tu siap offer bagi pinjam kereta. tak tau serious shit ke tak.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 4:26 PM

Try buat nak pinjam betul ke tak dia bagi..

SM Says:
October 9, 2011 at 4:35 PM

aku seorang pejalan kaki, mana mungkin aku nak drive. segan beb. kesimpulannya, roti banjir double orang belanja memang sedap.

Lady Windsor Says:
October 9, 2011 at 7:00 PM

apa barang,kalau percuma memang sedap beb!

SM Says:
October 10, 2011 at 12:01 AM

ok, minggu ni aku dah puas makan roti banjir.

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 12:09 AM

minggu ni aku akan dapat banyak 'barang'percuma...percuma!

SM Says:
October 10, 2011 at 12:11 AM

terbaik! kau patut tanya dulu: ikhlas ke tak ni?

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 8:12 AM

memang ikhlas...confirm!

NenetPenne (NP) Says:
October 10, 2011 at 10:11 AM

taulah tu toyota tapi aku dah tengok hybrid kat showroom honda....lebih kurang laaaa

SM Says:
October 10, 2011 at 11:33 AM

LW: kalau ikhlas, boleh mintak lagi
NP: design pun lebih kurang sama je. ntah, kereta hibrid memang kena macam tu kot, baru efisien...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 2:10 PM

NP: keta hibrid ni i tengok macam muka tak siap repair jer...ke i x tak tau nak value keta ni...tak berkenan..

SM Says:
October 10, 2011 at 2:16 PM

LW: mungkin design futuristik kot pada pandangan mereka...

Lady Windsor Says:
October 10, 2011 at 6:16 PM

SM, aku panggil keta ni keta tak cukup sifat...

SM Says:
October 10, 2011 at 7:49 PM

sifat mungkin tak cukup. tapi dah jadi pilihan dan ada penggemar kat malaysia oleh sebab keunikan rekabentuk dan fungsi2nya yang efisien (kononnya la!).