"dibincangkan di sini"

| Monday, October 17, 2011 | |
"...disini, pihak kami lampirkan Laporan Kemajuan Bulanan seperti yang telah di bincangkan..."

Tak boleh jadi ni, kalau Cikgu Fatimah tau mesti mengamuk sakan dia. Kurang-kurang pun habis berbirat tapak tangan aku kena libas. Lepas habis aku alter draf surat tu, aku print final dengan sepala surat sekali, sedia untuk bos aku sain. Lega dan bangga, aku ni bukan setakat power buat drawing, tapi karang surat rasmi pun kira hebat jugak la. Jadi orang mesti percaya kalau aku `bitau' dulu masa SPM aku dapat gred satu untuk Bahasa Melayu paper 2.

"Wei Botak, apahal kau tukar aku punya ayat ni?" bos aku tiba-tiba tanya sambil tunjuk garisan berdakwat merah pada perkataan `di sini' dengan `dibincangkan' kat surat yang aku print tadi.
"Takde apa, betul la tu." aku jawab selamba kemudian sambung pandang ke arah monitor.
"Ni ha, sepatutnya perkataan `di sini' kau rapatkan, yang `dibincangkan' pulak kau jarakkan, apasal kau buat terbalik?" jari teluntuk si boroi rambut pacak ni mengetuk-ngetuk ke lembaran surat di tangan kairinya.
"Eh, betul la tu bos, `di' yang first tu kata sendi, jadi tak payah la rapat. Yang kedua tu pulak imbuhan bagi kata kerja, jadi rapat la. Tak tau pulak kalau Dewan Bahasa dah tukar sempena PRU-13 ni," aku jawab macam cikgu bahasa baru bangun tidur sambil mata tak lepas dari monitor. Kalau nak menyemak pun, jangan la time aku tengah sibuk. Cibet betul la!
"Kepala abah kau. Yang `di sini' tu la yang patutnya rapat sebab sini tu maksudnya dekat, `dibincangkan' tu pulak jarakkan. Dah, tukar

Aku buat tak tau je dengan tak langsung bos aku ni. Dia ingat aku bodoh ke apa? Pergi mati la aku nak tukar.

SATU:

Seingat aku la, apa yang Cikgu Fatimah aku ajar dulu kalau imbuhan awalan untuk kata kerja macam `me,' `meng' atau `di' mesti rapat dengan kata kerja tu sendiri. Dan bila digabungkan dengan imbuhan sama ada imbuhan awalan atau akhiran tetap akan menjadi satu perkataan jugak, jadi tak mungkin la kata kerja `bincangkan' selepas diletakkan dengan imbuhan awalan `di' jadi `di bincangkan' pulak. Bangang betul la jadi bos macam ni. Buat malu orang Melayu je tatabahasa pun main ikut kepala takuk sendiri je nak ubah.

DUA:

Nasib baik la kau bos, kalau tak memang takdenya aku nak angguk kepala masa kau sound aku tadi. Tapi untuk pengetahuan kau wahai bos yang selalu belanja aku minum, aku angguk tu tak bermakna aku setuju, tapi semata-mata aku hormati kedudukan kau sebagai ketua aku. Namun begitu, aku terpaksa juga ingkar arahan kau kali ni.

Sekian, wassalam...

10 comments:

NenetPenne (NP) Says:
October 17, 2011 at 4:18 PM

di sini memang kena jarakkan..
dimaklumkan memang kena rapatkan

apa yang aku ingat ialah kalau perbuatan mesti rapat..

contoh, kalau nak senggama mestilah dekat2..apa barang dok jauh2.. tak sampai nak raba wey!!! ha ha ha...tak caya tanya budak2 tak senonoh yang couple yang lepak kat tepi sungai central market tu... (eh ada lagi ke ??)

SM Says:
October 17, 2011 at 4:20 PM

Pasangan remaja yang sedang hanyut dibuai ombak asmara itu patut `disenggamakan' setelah diijabkabulkan secara sah.

betul tak ayat ni?

Lady Windsor Says:
October 17, 2011 at 5:11 PM

Pasangan remaja yang belum nikah itu sepatutnya disunatkan sekali lagi kerana melakukan perbuatan yang diharamkan itu....betul tak imbuhan 'di' yang aku guna ni...cikgu fatimah mana SM?

SM Says:
October 17, 2011 at 6:09 PM

aku rasa mungkin cikgu fatimah telah `dibersarakan' dan telah `dipulangkan' ke kampung serta sedang `direhatkan' sembil menonton sinetron ketika komen ini `ditaip'. saya sayang cikgu...

Lady Windsor Says:
October 17, 2011 at 6:14 PM

Jadi tidak adakah guru lain yang 'didatangkan' bertujuan menggantikan dia yang 'dibersarakan' dan 'direhatkan' itu? Macam mana hendak 'diajari' budak2 yang tak cukup ilmu tu nanti...budak2 tu perlu 'ditazkirahkan' kan?

SM Says:
October 17, 2011 at 6:19 PM

melabih-lebih pulak kau ni semua nak masukkan imbuhan `di'! hahahaa...! jangan sampai cikgu fatimah jumpa blog aku ni, naya karang!

Lady Windsor Says:
October 17, 2011 at 6:20 PM

kalau cikgu fatimah 'diketemukan' dengan blog kau? apa jadi?

SM Says:
October 18, 2011 at 7:42 AM

tak jadi apa kot, sebab mungkin dia dah lupakan aku...

NenetPenne (NP) Says:
October 18, 2011 at 11:15 AM

@SM
@LW
dua2 ayat adalah betul..
tahniah diucapkan kepada anda semua...

SM Says:
October 18, 2011 at 2:33 PM

NP: kau punya ucapan tahniah mengingatkan aku pada cikgu fatimah.