Di Udara

| Thursday, October 20, 2011 | |
Aku sering diancam
juga teror mencekam
Kerap ku disingkirkan
sampai dimana kapan

Ku bisa tenggelam di lautan
Aku bisa diracun di udara
Aku bisa terbunuh di trotoar jalan
tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti

Aku sering diancam
juga teror mencekam
Ku bisa dibuat menderita
Aku bisa dibuat tak bernyawa
di kursi-listrikkan ataupun ditikam

Tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti
Tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti

-Di Udara by Efek Rumah Kaca

Pergh, tiba-tiba aku terjumpa bait-bait lirik yang punyai semangat sama dengan quote aku hari tu (kalau malas cari, klik sini). Cuma bayangan lirik ni begitu imaginatif dan jugak lebih realistik berbanding aku punya burung jentayu yang hancur segala anggota tapi masih mampu tegak mengampu diri.

`Aku bisa diracun di udara, aku bisa terbunuh di trotoar jalan, tapi aku tak pernah mati, tak akan berhenti'. Bait pertama je dah cukup membuatkan ibu jari kaki aku berbau cekam. Memang mempunyai jiwa yang begitu cocok dengan tubuh anak jalanan dan marhaenis. Satu lagi lagu favourite aku untuk tahun 2011 ni.

Sekian.

21 comments:

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 11:04 AM

sungguhpun aku tak begitu faham tapi aku rasa aku memahami...

SM Says:
October 20, 2011 at 11:07 AM

lagu yang sesuai untuk demonstran atau berjiwa rebel, tapi dialunkan dengan cara yang lebih lembut dan penuh tusukan...

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 11:18 AM

kita mesti ada banyak pendekatan...aku rasa itu yg ko nak sampaikan..

SM Says:
October 20, 2011 at 11:27 AM

ya betul, pendekatan berbeza namun sama tujuan.

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 11:34 AM

ya..dan kena pastikan target mengena..

SM Says:
October 20, 2011 at 11:43 AM

...dan pastikan tak keluar baris.

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 12:10 PM

eh mana der kuar baris...untuk entry ini aku cukup jaga barisan aku...

SM Says:
October 20, 2011 at 12:24 PM

yes! hari ni kau sangat teratur dalam barisan. lurus berbaris macam pembaris!

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 12:27 PM

aku kuar baris atau tidak, depend pada entry gak le..

Fara Says:
October 20, 2011 at 12:29 PM

Kau suka lagu Indon....lagu Msia?

SM Says:
October 20, 2011 at 12:35 PM

LW: iye la tu...

MF: suka jugak, Dato' M Kilau...

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 1:33 PM

SM: aku rasa ko x jawab soalan MF...

Fara Says:
October 20, 2011 at 2:51 PM

Jawapan ko sinis. Jawapan ko mcm menjawab -

Apa kelas aku nak dgr lagu dr org Msia...

Mmmm........

SM Says:
October 20, 2011 at 3:42 PM

LW & MF: jawapan aku separa sinis. aku memang boleh layan Dato' M Daud Kilau, tapi bukan angkatan Spoon, Ekamatra, Rahmat atau Tomok. Jelas?

SM Says:
October 20, 2011 at 3:43 PM

yang ni bukan barang buatan malaysia ke?

http://terlintasdalamfikiran.blogspot.com/2011/07/decibel01.html

Fara Says:
October 20, 2011 at 3:45 PM

Lagu2 buatan Msia pun dah okeh skg nie. Cuma filem2 je.......

=(

SM Says:
October 20, 2011 at 3:47 PM

aik, kau pun masih berpandangan yang sama dengan aku. cuma prasangka aku kepada aliran muzik, manakala kau pulak pada filem. pada aku, muzik yang dibawakan beberapa orang yang tergolong dalam angkatan muda sekarang, memang boleh dipuji.

Lady Windsor Says:
October 20, 2011 at 5:25 PM

aku rasa its unfair kalau nak kata semua x bagus...sebab citarasa berbeza. ada muzik yg bagus pada korang, x bagus pada aku. ada filem yg bagus pada aku, x bagus pada korang...tapi baguslah kita bertelagah secara sihat di sini...menjana minda!

SM Says:
October 21, 2011 at 1:28 AM

aku tak kata (taip) semua, tapi sebahagian besar yang menghasilkan karya yang bukan aku kira memuaskan atau dibuat menggunakan otak genius. bagus, aku suka orang cari gaduh dengan aku, tapi gaduh yang baik la...

Lady Windsor Says:
October 21, 2011 at 8:03 AM

jom bergaduh...hahaha..kat sini skrinnya lebih luas berbanding skrin tpon kan...hik!

SM Says:
October 21, 2011 at 9:53 AM

luas, aku boleh taip sepanjang mana yang aku suka!