BOTAK = HEBAT

| Sunday, October 30, 2011 | |
Usai Final Piala Malaysia 2011 yang mana aku terlelap masa first half, baru aku tersedar akan satu perkara penting yang kita semua pun tak ambil peduli. Lupakan gol tunggal Terengganu sebab aku terleka tengok tempat lain masa tu. Atau pun gol bangang Negeri Sembilan yang pertama. Gol yang mengesahkan ramalan aku bahawa Sharbinee akan meneruskan kaedah permainan paling gampang sepanjang tahun.

Lupakan jugak keadaan padang Stadium Shah Alam yang macam jadi tempat staf PKNS bawa kerbau meragut petang-petang minggu. Yang membuatkan aku rasa bangga teramat sangat adalah, keadaan fizikal hero Rusa malam semalam.

Langsung mengingatkan aku kepada beberapa personaliti dunia yang kita kenal sekarang. Dan kebanyakan mereka adalah berambut (atau takde rambut) botak! Sekali lagi, aku berasa bangga sebab dapat berkongsi pentas kegemilangan bersama-sama mereka.





Point aku kat sini, jangan pandang orang botak macam pandangan takde mata. Selain daripada dianugerahkan kebolehan yang pelbagai dan otak yang genius, kami juga adalah manusia berhati mulia tapi pada masa yang sama kami bijak menyembunyikan sifat itu di sebalik penampilan kami. Hahahaaa...!

(yang ni pun aku kira hebat jugak sebab kemampuan mereka meneroka ruang antara galaksi, walau pun kehadiran mereka dah terkantoi)

Sekian entri berlagak aku...

8 comments:

Lady Windsor Says:
October 31, 2011 at 9:04 AM

laa...kecik hati aku..pasal pa ko tak letak pic balak aku...jason statham yg botak tu?

Fara Says:
October 31, 2011 at 2:50 PM

Ko tak bek ckp kat Sharbinee mcm tu. Aku tataulah game mcm ne lagi yg ley bt ko puas ati. Aku rs, game mlm tu dah ckp bt seronok tgk dari mula smpi abis. Walau kualiti permainan taklah sehebat yg pro di luar dari Msia nie tp bagi aku ckp seronoklah jugak!

Byk kemungkinan nape bola tu ley melantun dpn mata si Sharbinee tu. Jgnlah amik sudut negatif. Mgkn la bola tu melantun kat padang berbonggol ke ape ke...ko pun tau kan kualiti padang mcm ne?

Kat padang, mcm2 ley jdk! Takyah cite dlm Msia...kat lua sana pun mcm2 hal jdk!

Eh. geram lak aku dgn statement kat ats sekali tu. Yg ko tertido, nape hah? Ishhh!

SM Says:
October 31, 2011 at 9:52 PM

LW: jason, out of list!
MF: rata2 aku bagi 4 bintang untuk pemain dan penyokong dan setengah bintang untuk padang. aku kecewa dengan sharbinee sejak malaysia kalah memalukan dengan lelaki2 buncit import singapura masa kelayakan piala dunia hari tu. satu lagi, amat berbaloi rm50 untuk game macam tu, walaupun masih lagi agak mahal.

Lady Windsor Says:
November 1, 2011 at 12:25 AM

ahh ko memang dengki dengan jason aku! pendengkiss!!

NenetPenne (NP) Says:
November 5, 2011 at 10:48 AM

pix last tu benar2 wujud ke? atau just propaganda puak2 amerika?

SM Says:
November 7, 2011 at 10:48 PM

LW: itu wa punya suka la beb. hahaha!

NP: wujud ke tidak, propaganda atau fakta benar, tu aku tak berapa pasti. tapi apa yang pasti, tak silap aku ada ayat yang mengatakan `makhluk di langit dan bumi'. bermakna, makhluk di langit bukan sekadar burung atau unggas terbang, malah lebih daripada sekadar satelit semulajadi, gumpalan gas atau serpihan asteroid. dan satu lagi, imej alien yang timbul dari imaginasi manusia ni memang comel. tak gitu?

Lady Windsor Says:
November 8, 2011 at 1:56 AM

Comel?? Setuju!!!

SM Says:
November 8, 2011 at 7:35 AM

gitu, gitu...