BARU, BHARU, BAHRU dan BAHARU

| Tuesday, October 18, 2011 | |
JOHOR BAHARU : 2 LELAKI SINGAPURA, SEORANG LELAKI TEMPATAN DIHUKUM MATI KERANA EDAR DADAH.
-BULETIN UTAMA, 17 OKTOBER 2011.

Johor Bahru la bukan Johor Baharu, macam gampang! Eja nama tempat tu biar la betul-betul. Aku sebagai anak kelahiran Johor dan pernah cari makan kat bandaraya yang berlatitud 1º28'34" dan longitud 103º45'23" ni sangat tak setuju dengan sikap ambil mudah orang lain dalam ejaan nama tempat ni.

Aku tak kisah kalau yang mengeja tu budak umur 4 tahun hinus meleleh sampai dagu, tapi kebiasaannya yang dapat aku kesan kesilapan adalah di tv (radio tak boleh, sebab sebutan lebih kurang sama je), suratkhabar atau majalah. Aku rasa subjek geografi patut diperkenalkan seawal darjah satu lagi, bukannya dah umur 13 tahun baru sibuk nak mengenal nama-nama tempat.

Dan suatu sikap yang sangat tak bertanggungjawab bagi pengamal media mengambil mudah ejaan nama-nama tempat kat Malaysia ni. Korang ni tak pergi kursus ke? Meh sini aku bagi panduan ejaan nama-nama ibu negeri kat Malaysia ni:

Kelantan
Kota Bharu - yang ni pun selalu orang silap.

Terengganu
Kuala Terengganu - ewah, ada jugak yang nak `english'kan jadi Trengganu!

Pahang
Kuantan - ramai `facebook monkey-ass' yang tulis Quantown kat dalam profile diorang.

Melaka
(Bandaraya) Melaka - tumbuk je dagu siapa-siapa yang tak reti ni.

Negeri Sembilan
Seremban - orang nogori sobut Soromban, ok la tu.

Selangor
Shah Alam - satu lagi tempat yang patut kena tumbuk kat perut bagi siapa-siapa yang salah eja.

Perak
Ipoh - super gampang jugak kalau tak tau.

Pulau Pinang
Georgetown - pergh, nama mat saleh siot!

Kedah
Alor Setar - ada kepala bangang yang confuse dengan nama tempat ni, eja Alor Star. Eh, korang tau tak `setar' dengan `star' tu beza?

Perlis
Kangar - kurang terkenal kot sebab tu ramai tak salah eja, tapi aku suka tempat ni.

Sarawak
Kuching - jangan nak buat gurau pulak dengan nama tempat ni jadi anjhing! Kalau aku orang Sarawak (bukan Serawak!) dah lama orang tu kena sontot...

Sabah
Kota Kinabalu - tempat ni pun best jugak, aku nak pergi lagi la selain Sandakan yang sebelumnya pernah jadi ibu negeri.

Wilayah Persekutuan
Putrajaya - pusat pentadbiran dan tempat yang membosankan.
Kuala Lumpur - pun ramai jugak `facebook monkey-ass' yang eja `key-hell', tempat orang-orang gila berkumpul buat kerja gila.
Labuan - tak pernah pergi pulak. Orang kata barang murah.

*aku harap aku tak salah eja nama-nama tempat kat atas...

11 comments:

NenetPenne (NP) Says:
October 18, 2011 at 11:14 AM

Kota Bharu ada orang eja..Kota Baharu... wakkk depaaa...

Shah Alam tu nama je ibu negeri Selangor tapi aku tengok mcm biasa2 jer... tak grand...

Lady Windsor Says:
October 18, 2011 at 1:51 PM

SM..ko ada apa-apa ke ni? asyik buat entry pasal bahasa je...cer bitau aku sket..

Fara Says:
October 18, 2011 at 1:52 PM

Apa motip ko nie?

SM Says:
October 18, 2011 at 2:32 PM

NP: marah? ada la sikit kot, sebab orang yang tak ambik berat dengan ejaan ni aku anggap dia tak tau menghormati, lebih-lebih lagi nama tempat.

LW: aku tulis (taip) apa yang terlintas.

MF: motif? terpulang la kau nak tafsirkan macamana. sama ada kau nak anggap aku nak menegur orang yang tak serius soal ejaan terutama untuk siaran media massa, atau pun kau ingat aku nak ajar budak2 kita sayangkan subjek geografi. kau pilih je...

Fara Says:
October 18, 2011 at 4:54 PM

Aku pun mrh gak org yg salah mengeja nie. Lagi aku mrh bila bab ckp Melayu tp ada herot berot slang omputih.

Bongoklah!

SM Says:
October 18, 2011 at 5:00 PM

MF: ha, pasal orang melayu sengetkan mulut nak cakap slanga tu kita marah lain kali. yang aku tak puas hati pasal ejaan ni, seumpama sikap kurang ajar bila tak ambik berat pasal ejaan. contohnya ketua darjah kita yang dah tiga tahun sekelas tapi sengaja salah eja nama kita, atau ada orang mempermainkan nama kita (atau bapa kita). kalau aku, agak marah jugak la... respek la sikit!

Fara Says:
October 18, 2011 at 5:12 PM

Ah, ko tu aku rs mrh sbb org tu keje dgn TV3 (takpun RTM). Tapi mst TV3 la sbb ko pnh kutuk diorang kat entri lelame.

SM Says:
October 18, 2011 at 5:29 PM

tv3 la, aku marah sebab aku nampak kesalahan remeh yang tak sepatutnya. biarlah aku sorang je yang marah dalam berjuta rakyat malaysia ni. aku punya hak untuk mempertahankan. apa, aku tak dibenarkan menegur? atau aku menegur dengan cara yang salah?

Lady Windsor Says:
October 18, 2011 at 7:56 PM

alamak aku suka eja ikut apa yg aku cakap eg: bitau=beritahu, tpon=telefon, kengkawan=kawan-kawan...bukan niat nak rosakkan bahasa tapi sebab nak bunyi macam mesra alam di blog saja...kalau aku menulis untuk urusan rasmi, sah2 aku pastikan x akan ada ejaan silap, kalau ada ejaan silap atau silap letak imbuhan di-an, siap aku kena maki hamun @tiaw kat bos aku..

SM Says:
October 19, 2011 at 2:17 AM

LW: yang tu aku bagi pengecualian, sebab dah diterima sebagai `budaya baik' dalam antara kita terutama dalam berkomunikasi.

Lady Windsor Says:
October 19, 2011 at 8:57 AM

Ok terima kasih kerana faham!