aku semakin malas

| Tuesday, October 04, 2011 | |
Dua hari dua malam aku berada di negeri Darul Iman, keyakinan aku semakin kuat mengatakan lembah penuh manusia edan yang kini sedang aku pijak bukanlah tempat terbaik untuk aku bermastautin membina empayar kehidupan sendiri.

Sebab aku sekarang semakin nyanyuk dan lemah untuk; berebut-rebut mencari petak parkir di kompleks beli-belah, semakin pening kepala mengira harga makanan dan minuman, anatomi badan aku semakin lemah untuk menghadam udara penuh sebatian racun, dan yang paling penting aku semakin malas.

Aku semakin malas berhimpit-himpit di celah-celah kegilaan ini semua...

Aku teringin gambaran di bawah ni terhidang di depan aku setiap kali aku membuka pintu depan rumah aku setiap pagi. Selamat pagi nikmat kehidupan dunia yang sebenar.
(gambar snap di jalan masuk ke rumah arwah atuk, tak banyak beza sejak lebih 20 tahun dulu kecuali tarmac yang dulunya tanah merah yang melekat di selipar aku setiap kali selepas hujan, dan parit yang semakin cetek serta culvert yang sedia ada tak muat untuk badan aku berkubang lagi, tapi aku suka)

19 comments:

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 1:15 PM

sekarang kau tahu bagaimana nikmatnya menjadi penghuni pesisir..memang ada manusia edan di jalan raya, tapi masih boleh dimaafkan lantaran ada lukisan cantik di kiri dan kanan jalan...

SM Says:
October 4, 2011 at 1:51 PM

tapi sekarang aku dah lupa macamana rasa nikmat tu, oleh sebab dah terlalu lama bergaul dengan penghuni di lembah sini.

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 2:11 PM

mungkin itu satu tanda amaran untuk kau kembali mengingati rasa nikmat itu yang sangat humble dan bersahaja...

SM Says:
October 4, 2011 at 2:19 PM

smbil mencari-cari, aku rasa sangat cemburu dengan penghuni pesisir ni...

Fara Says:
October 4, 2011 at 2:22 PM

...kita cemburu dgn penghuni pesisir, penghuni pesisir pula cemburukan segala kemudahan yg kita ada.

Dunia...

SM Says:
October 4, 2011 at 2:24 PM

MF: ya, kita saling cemburukan satu sama lain. tanpa kita sedar apa yang kita nikmati dan miliki kini adalah yang terbaik untuk kita. terpulang bagaimana cara kita menjadikannya lebih menarik untuk kita jalani...

Fara Says:
October 4, 2011 at 2:46 PM

Atau....manusia itu tidak mahu belajar utk bersyukur? Tidak redha dgn apa yg mereka miliki?

Adakah aku selalu je pegang watak antagonis dalam memberi komen pada ko? Aku selalu rs mcm tu la!

Garu kepala!

SM Says:
October 4, 2011 at 3:00 PM

kau kena sedar, hari ni semakin ramai makhluk manusia yang `belajar' untuk tidak bersyukur.

aku perlukan watak antagonis dalam setiap cerita, macam kau.

garu lutut...

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 3:12 PM

so aku ni watak apa ya..harmonis? (pegang hidung)

SM Says:
October 4, 2011 at 3:24 PM

LW: kau sebagai watak orkid pendamai.

Fara Says:
October 4, 2011 at 3:51 PM

Orkid pendamai?

Wah, kak! Anugerah tak ternilai tu kak.

Sy rs, dah tiba masanya LW berubah cara. Buang V yg dingin tu. Gantikan darah panas mcm serigala jadian, ye kak?

Hiks!!!

Eh, ini kotak komen Sm ke LW? Aku dah konpius!

SM Says:
October 4, 2011 at 4:33 PM

MF: ya, V yang dia miliki kini terlalu dingin, perlu bermutasi segera. tapi tak perlu terlalu panas darah tu sebab takkan sinonim dengan orkid lagi. bukankah orkid itu bijak mendengar perlahan-lahan dalam lenggok tumbuh mekarnya?

kotak aku, korang komen je la asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kekal atau sementara.

NenetPenne (NP) Says:
October 4, 2011 at 4:41 PM

kau nak pemandangan mcm tu dikala kau membuka pintu di waktu pagi??
ooohhhhh tidakkkk

kawasan mcm tu lah yang aku tak nak..takut oooo .. nak2 lagi bila malam menjelang...

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 4:57 PM

SM: oh kau berikan aku award orkid pendamai? terima kasih, aku memang suka orkid...lebih-lebih lagi kalau yg pure wild...hutan mari..rumah aku pun tak pernah sunyi dari kuntum orkid...

MF: hmm masih selesa dalam situasi dingin kerana V allergic kepada cahaya..redup, gelap dan sejuk itu mendamaikan..

SM lagi: ko jelajah semua kotak ya..kat kotak MF pun ko reply gak kan dengan statement yg ko je paham kan..

NP: i suka view macam tu..cuma jangan ada cemetry je dekat-dekat...ngeri sehh!

SM Says:
October 4, 2011 at 5:06 PM

NP: hahahaa... kalau kau, mungkin cuma perlu buka pintu untuk memulakan hari je. selain daripada tu, di luar sana mungkin dunia berbeza untuk kau.

LW: aku memang tamak, semua aku nak komen. ohye, gambar tu diambil beberapa minit lepas aku ronda2 kampung melalui cemetery dengan kriss100. lebih kurang jam 6 petang...

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 6:12 PM

SM ceittt beraninya ngko...kalu aku la...buat selamba je...haha!

SM Says:
October 4, 2011 at 6:17 PM

LW: buat2 berani je...

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 6:46 PM

hahaha...akhirnya...kau kena bermutasi menjadi ghostbuster..kih!kih!kih!

SM Says:
October 5, 2011 at 7:29 AM

tak nak aku, bergelumang dalam dunia ghaib ni. saje round kampung, dah la jarang balik...