Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (2)

| Wednesday, October 05, 2011 | |
Kisah Pertama

Ada sorang budak tu bagitau dia tak dapat datang untuk kegiatan ko-ko hari sabtu depan sebab nak ikut bapak dia main golf kat Jakarta. Yang lain pulak ada jugak yang mak dia ajak temankan shopping kat Hong Kong. Pening la kepala akak mengajar anak-anak orang kaya ni. Kerenah diorang ni lain macam sikit. Yang akak jeles tu, akak pun tak tau bapak diorang pakai kereta apa sebenarnya. Tiap-tiap hari bertukar. Heee, entahlah dik...

Kisah Kedua

Aku pun tak tau rupanya ada lagi orang miskin macam ni kat tempat aku. Ada sorang budak tu dah dekat seminggu tak pergi sekolah. Cikgu-cikgu pun tak tau kenapa. Bila kami siasat, rupanya budak ni tak boleh pergi sekolah sebab kasut dia hilang. Dah tu dia takut kena marah dengan cikgu kalau pakai selipar. Bila siasat keluarga dia baru la kami tau yang mak budak ni betul-betul miskin. Tak mampu nak gantikan kasut baru untuk budak ni. Bapak dia pulak dah berapa minggu masuk lokap pasal kes dadah. Masa kami cari mak budak tu, dia dalam perjalanan nak balik kampung suami dia dengan anak-anak dia yang tiga orang tu. Yang kesiannya, dalam tangan dia cuma ada RM15. Sedih betul aku.

*****************

Kisah yang pertama tu diceritakan kepada aku oleh seorang cikgu sekolah rendah kat Selangor, dan aku dah tak berapa nak heran sangat. Tuhan dah tetapkan budak-budak tu merasa kesenangan dalam usia yang masih muda lagi. Kita yang tak dapat merasa ni cuma perlu ambil iktibar je la. Caranya, bukan dengan tanamkan rasa cemburu yang mampu membunuh, tapi kena kerja lebih keras lagi untuk kesenangan duniawi (aku tak nak sentuh soal akhirat, lain kali la) anak-anak kita.

Yang kedua tu pulak, aku kira antara kisah paling sedih yang aku dengar untuk sepanjang tahun ni. Takde apa-apa komen yang dapat aku ucapkan. Perasaan bercampur-baur. Cuma aku gagal mengalirkan air mata tatkala mendengar kisah tu sebab pencerita tak mampunyai kaliber sebagai pencerita kisah sedih seperti pelakon Wan Maimunah. Dengan rambut nipis dan botak tengah, sebahagian giginya dah rongak serta rokok keretek terselit kat celah jari ketika dia bercerita, dia gagal buat aku sedih.

7 comments:

Fara Says:
October 5, 2011 at 11:57 AM

Cerita kedua tu, hampir sama dgn ksiah bekas anak murid aku ms aku mengajar dulu. Tak g sekolah sbb tak de kasut sekolah. Dtg sekolah pki selipar je. Mmg miskin. Tapi aku tatau perihal bapak die. hrp2 bukan penagih dadah mcm dlm cite betul ko tu.

Cikgu yg cite 1 tu. Alahai, ko nak cemburu mendenya cikgu woi? Entah2, bapak die tu salesman kete je? Poyo lah ko!

NenetPenne (NP) Says:
October 5, 2011 at 11:59 AM

cikgu cikgi kalau nampak murid pakai selipar pi skolah, jangan cepat marah tau..selidik dulu... lepas tu kalau dia tipu, haaa masa tu siaplah kau..

ehhh rasa mcm nak bagi kasut je kat budak tu..kesiannya....

bak kata MF, entah2 salesman kereta..ha ha ha.. opsss bukan jeles yer...

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 12:25 PM

Buat masa sekarang, aku x ada perasaan apa2 sebab kedua2 peristiwa tidak berlaku depan mata aku..

SM Says:
October 5, 2011 at 12:46 PM

MF: ada kisah tambahan yang berkaitan. ada sorang cikgu tanya seorang murid pekerjaan dan pendapatan bapak dia. dia jawab, "bapak saya kerja penagih dadah, cikgu. selalu pinkam duit mak saya". macam tu la lebih kurang yang aku dengar.

NP: mungkin jugak salesman kereta. tapi bukan used car sebab tak bawak nissan x-trail 2nd hand tau. hahahaaa!

LW: semua ni tak terjadi depan mata aku jugak, tapi "aku percaya ini adalah kisah benar yang telah diceritakan kepada aku".

SM Says:
October 5, 2011 at 12:54 PM

NP: aku gurau je...

NenetPenne (NP) Says:
October 5, 2011 at 3:51 PM

@SM
wahhhh hebat kau berkata2..eh oklah tu... aku sukaaa... ha ha ha..

SM Says:
October 5, 2011 at 4:21 PM

NP: (aku tengah sengih ni)