Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (1)

| Wednesday, October 05, 2011 | |
Selalu pagi-pagi lepas hantar bini saya pergi kerja, saya biasa sarapan dengan kawan saya kat rumah flet cat merah belakang sana. Abang nak tau, minggu lepas masa kitorang makan roti canai kat mamak yang biasa tu tiba-tiba ada bungkusan suratkhabar jatuh dari atas. Pelepuk tak jauh dari tempat kitorang makan. Lebih kurang dalam dua depa gitu la. Nasib baik masa tu saya dengan kawan saya tu makan kat dalam sikit, bukan tempat open macam semalamnya.

Ptuui...! Sekali kitorang tengok bungkusan yang jatuh tu, ada benda bersepah-sepah kat keliling dia warna coklat cair. Siot betul, rupa-rupanya benda tu taik!

Lepas tu kawan saya bagi tau kat kawasan rumah flet tu memang bahaya sikit. Dia pernah nampak ada kaca tingkap jatuh dari tingkat atas. Nasib baik tak kena orang-orang kat bawah. Berderai kaca tingkap tu atas jalan.

Kawan saya bagitau lagi, kawan dia cerita dia pernah nampak ada orang buang tv dari atas jatuh kat bawah. Cih, gila betul. Tapi kitorang tetap nak makan kat situ jugak, sebab kuah dhal dia sedap macam dah panaskan dua minggu...!

**********

Ok, ayat terakhir tu aku reka sendiri.

Kat bawah ni lokasi tempat kejadian tu, aku tak pasti blok yang mana satu...

Sekadar gambar hiasan cilok dari internet, terpaksa `negatif'kan warna sebab takut ada yang tak lalu makan kuah dhal mamak karang

6 comments:

Fara Says:
October 5, 2011 at 12:02 PM

Aku pun ade gak pengalaman masa menumpang umah makcik aku kat Abdullah Hukum. Tgh2 syok berFB, tetiba gedebuk benda jatuh betul2 tepi tingkap. Udah le pc tu mmg tepi tingkap. Terpercik gel2 basah terkena tangan ngan muka aku. Sekali tgk, diapers budak? Mmg bangang gila mentaliti penduduk flat tinggi2 nie. Ade ley buang diapers anak ke luar tingkap mcm tu je? Haishhhh!

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 12:28 PM

Motip ko buat entry ini? Banned roti canai atau attitude problem penduduk flat? Haha...

SM Says:
October 5, 2011 at 12:49 PM

MF: kalau diapers tu memang pernah terjadi depan mata aku. cuma yang aku tak paham, ada ke jenis manusia yang buang air besar atas paper lama. bungkus lepas tu campak bawah. makhluk apa ni??????

LW: motif aku adalah, (1) memandang jijik perangai buruk penduduk flat dan (2) mempromosikan roti banjir kat mamak. gila punya sedap! kuah dhal campur sambal...

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 3:55 PM

Kan.. Sejak dulu lagi penghuni flat ni perangai macam ta8$&k..aku tau bukan semua penghuni flat teruk tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga...

Err dua malam lepas, ketika aku bertemu 'someone' ada orang belanja aku roti canai kuah banjir, nikmat gila! Aku tak tahu sama ada roti banjir itu memang nikmat atau sebab aku makan di depan someone yg menyebabkan roti itu jadi nikmat dikunyah...

SM Says:
October 5, 2011 at 4:22 PM

sedap sebab gabungan kedua-dua sekali. cayo lah cakap (tulih) den ni ha!

Lady Windsor Says:
October 5, 2011 at 6:43 PM

Kih!kih!kih! Ko ni macam tahu saja eh..