Statistik Diskriminasi

| Monday, October 31, 2011 | 12 comments |
-himpit kenderaan lain bila nak exit dari highway
-membahayakan nyawa pengguna lain, terutama penunggang motosikal
-tukar lane tak toleh kiri kanan
-kurang komunikasi dengan pengguna yang lain
-drive lupa turunkan handbrake sampai berasap tayar
-60 km/j kat lane tengah
-memandu tanpa sense
***76.4% yang buat kesalahan kat atas adalah daripada gender yang berlawanan dengan aku.

-bawak kereta/moto macam setan tanduk kat bontot
-membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri
-keluar masuk simpang ikut suka kepala nenek dia
-laju macam babi jantan gila betina, menonong semacam
-cilok kereta lain macam dia sorang bayar road tax
-kereta wira tapi bubuh sticker mitsubishi
-pasang speaker kuat-kuat macam orang tuli
-bukak tingkap, siku sandar keluar
***89.9% pengguna jalan yang aku maksudkan adalah daripada mereka yang Tuhan tak
kurniakan kebolehan melahirkan anak

**********

Minta maaf banyak-banyak atas statistik yang aku sengaja bahagikan mengikut gender ni. Bukan berniat nak mengamalkan sikap diskriminasi gender, tapi ini adalah atas pemerhatian yang aku dapat setiap hari sejak bergelar penunggang motosikal kat Lembah Klang. Si perempuan dengan sikap tak peduli dengan penunggang motosikal kat sebelah mereka walaupun nampak macam bersopan, yang lelaki pulak dengan perangai anak setan mereka.

Dan hampir setiap hari aku memaki pemandu-pemandu yang kurang ajar tak kira lelaki atau perempuan. Percayalah, statistik yang aku buat ni pasti akan dipersetujui oleh kebanyakan penunggang motosikal.

Ramai perempuan yang enggan mengakui kelemahan mereka semasa memandu, tapi ramai jugak yang mengeluh dengan cara pemanduan para pemandu sejantina mereka. Entah kenapa, kita akan berasa seriau tiap kali kita menyaksikan ada mayat yang terbaring kat tepi jalan atau menonton berita orang mati kat berita sambil mengucapkan kalimah Allah, tapi seketika kemudiannya bila tangan kita kembali menggenggam stereng, serta-merta kita jadi lupa diri. Lupa yang orang lain pun ada anak isteri kat rumah yang perlu disayangi atau sekurang-kurang ingin dilihat memasuki darjah satu. Terlupa juga yang kesilapan (atau keegoan) kecil yang kita tunjukkan atas jalan pasti akan menjejaskan nyawa orang lain. Terutamanya penunggang motosikal.

Aku berharap sangat pemandu yang enggan melihat para penunggang motosikal ni sebagai makhluk bernyawa, supaya mereka dapat merasai risiko yang mengekori mereka sepanjang jalan pergi dan balik kerja. Tolonglah hormati hak kami. Kami juga mahu sampai ke rumah dengan selamat.

Apa kata kalau kalian para pemandu kurang ajar ni duduk di atas seat kami sekarang, dan secara tiba-tiba datang satu kereta pelesit menghimpit semata-mata tak sabar nak ke depan. Cubalah bayangkan! Ohye, tak mungkin kalian dapat bayangkan sebab kalian sedang duduk di atas seat empuk berhawa dingin dan selamat daripada titisan hujan. Mana ada masa nak bayangkan. Tak ke celaka namanya tu!

Amaran, pemandu lelaki BDJ2363 Honda Civic warna maroon, kau memang kurang ajar! Pukimak la lu...!

BOTAK = HEBAT

| Sunday, October 30, 2011 | 8 comments |
Usai Final Piala Malaysia 2011 yang mana aku terlelap masa first half, baru aku tersedar akan satu perkara penting yang kita semua pun tak ambil peduli. Lupakan gol tunggal Terengganu sebab aku terleka tengok tempat lain masa tu. Atau pun gol bangang Negeri Sembilan yang pertama. Gol yang mengesahkan ramalan aku bahawa Sharbinee akan meneruskan kaedah permainan paling gampang sepanjang tahun.

Lupakan jugak keadaan padang Stadium Shah Alam yang macam jadi tempat staf PKNS bawa kerbau meragut petang-petang minggu. Yang membuatkan aku rasa bangga teramat sangat adalah, keadaan fizikal hero Rusa malam semalam.

Langsung mengingatkan aku kepada beberapa personaliti dunia yang kita kenal sekarang. Dan kebanyakan mereka adalah berambut (atau takde rambut) botak! Sekali lagi, aku berasa bangga sebab dapat berkongsi pentas kegemilangan bersama-sama mereka.





Point aku kat sini, jangan pandang orang botak macam pandangan takde mata. Selain daripada dianugerahkan kebolehan yang pelbagai dan otak yang genius, kami juga adalah manusia berhati mulia tapi pada masa yang sama kami bijak menyembunyikan sifat itu di sebalik penampilan kami. Hahahaaa...!

(yang ni pun aku kira hebat jugak sebab kemampuan mereka meneroka ruang antara galaksi, walau pun kehadiran mereka dah terkantoi)

Sekian entri berlagak aku...

Pundit Prediction : Final Piala Malaysia, Negeri Sembilan vs Terengganu

| Saturday, October 29, 2011 | 16 comments |
Ditakdirkan, satu masa nanti kalau `Ass'tro jemput aku jadi pengulas bersama kat Arena malam esok sempena Final Piala Malaysia, bagus jugak. Sebab aku dapat rasakan yang aku memang sangat berbakat dalam membuat ramalan. Hampir setiap tahun ramalan aku tepat sehingga mencecah 93%. Sama ada jumlah jaringan, pasukan yang menang, berapa kali ambik free kick tapi sangkut kat telur benteng lawan atau pun baju warna apa yang sultan bola bakal pakai.

Berikut adalah ramalan hampir tepat yang dapat aku belitkan selepas beberapa minit meneliti rekod perlawanan dan sejarah keluarga  kedua-dua pasukan bermula dari awal Liga Super lagi:

1. Keeper Terengganu, Sharbinee tetap main macam gampang. Sama macam dia jadi punca Malaysia kalah kelayakan Piala Dunia lawan orang tua gemuk separa menopause Singapore hari tu.

2. Keadaan padang yang macam celaka, sebab hampir setiap hari hujan dalam minggu ni. Dinasihatkan agar setiap pemain bawa kacang hijau banyak-banyak dalam spender masing-masing, bila habis game boleh bawak balik tauge buat kerabu. Sedap tu bai!

3. Jiwa stadium seat akan lebih tenteram tanpa ancaman dibakar, sebab penyokong Terengganu atau Negri bukannya `kaki bakar' macam gedebe bola dari negeri pantai timur yang lagi satu.

4. Cameraman akan cuba menghilangkan ketagihan syahwat dengan memfokus kepada cikaro-cikaro yang terdapat di sekitar stadium. Sama kes macam final Suzuki Cup Malaysia lawan Indonesia dulu, tak habis-habis cameraman kita cari cewek Indon iras-iras muka Luna Maya.

5. Hasbullah Awang akan terus merapu seiring usianya yang dah makin ganyut, buat aku menyampah nak tekan 101 kat punat remote `Ass'tro. Sampaikan nama timangan player tu kat kampung pun orang tua ni boleh bagitau!

6. Commentator Arena (tak ingat nama) pun sama bebal jugak, macam dj Radio Era pulak. Kurang informatif, cuma menyebut apa yang kita sendiri boleh tengok dari skrin tv. Tak reti selok-belok taktikal bolasepak padang. Dia ingat ni liga estet tujuh sebelah ke?

7. Kalau Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan datang, mesti dapat interframe tiap kali pasukan Negri score, tu pun kalau baginda sudi datang duduk sebelah sultan bola la...

8. Parking penuh, jalan jem. Kalau ambik upah basuh kereta kat area parking tu RM8 sekali henjut, masyuk jugak. Bulan depan boleh pergi umrah.

9. Harga tiket yang mahal RM50 untuk semua tempat duduk tak menghalang daripada 80% tempat duduk terisi dengan bontot rakyat Malaysia. Eleh, kata nak boikot, takut la tu. Standard la, rakyat kita ni berani cakap je bila timbul isu naik harga. Suruh boikot, masing-masing genggam telur, takut...

10. Walau pun bahang perayaan Deepavali masih hangat kat kawasan rumah aku, tapi kat stadium Shah Alam agak hambar tanpa bunyi mercun macam masa semi-final Terengganu-Kelantan, sebab penyokong kedua-dua team tak suka nyorokkan mercun kat celah bontot.

11. Sepuluh je dah la, ni pun aku rasa dah cukup jitu dan tepat...


Sekian, majulah sukan untuk sultan bola. I love Ras Adiba Radzi, forever. Muuaacchhhh...!

transition lense

| | 19 comments |
Mak : Eh, tadi kata ambik spek baru yang boleh tukar-tukar jadi gelap tu, mana?
Aku : Tak jadi ar, dia silap pasang, makin blur ada la.
Mak : Macam tu baik pasang kat JB sana.
Aku : Bukan masalah bikin kat mana, tapi masalahnya yang buat tu manusia. Tak heran la kalau buat silap. Dah nama pun manusia...
Mak : Ohh...
Aku : (Tengok Indiana Jones)...



(macam ni la lebih kurang muka aku petang esok)

Tuhan Pun Dah Bosan

| Thursday, October 27, 2011 | 8 comments |
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita

-Ebiet G. Ade


Ini adalah antara lirik lagu yang terbaik aku pernah dengar, tapi malangnya sedikit masa dulu berlaku kontroversi kat sini apabila terdapat suara-suara yang mahukan lagu ni diharamkan penyiarannya kat Malaysia. Atas sebab yang tak sepatutnya iaitu ungkapan `Tuhan mulai bosan', tu je. Kata mereka yang bijak pandai ni, Tuhan tak mungkin akan menyerupai sifat manusia sama sekali, dan juga tak mungkin berasa bosan terhadap makhlukNya.

Eh, boleh pulak macam tu? Memang tak boleh pun. Tapi ini kan lirik lagu, hasil kerja seni. Seni ni boleh dilahirkan dalam bentuk yang objektif atau pun yang terlalu subjektif. Semua kita mempunyai tafsiran yang pelbagai terhadap sesuatu perkara sama yang kita lihat atau dengar. Macam jugak lirik ni. Perkataan `bosan' yang diungkapkan si penyanyi ini, pada aku tak sepatutnya ditafsirkan secara direct. Itulah dia metafora, atau dengan kata mudahnya ungkapan perlambangan.

Apa yang aku faham dengan perkataan kontroversi ni, bosan itu menunjukkan kita manusia ni dah lerlalu banyak dan dah lama sangat buat jahat sampai makan berkurun. Walau pun Tuhan tak bosan melayan kerenah kita, tapi tempoh masa yang terlalu panjang dan timbunan jumlah kerosakan pukal yang kita dah buat cukup menggambarkan yang tak siapa pun selera lagi nak mengadap. Seolah kita diulang siaran drama dan filem yang sama oleh `Ass'tro sampai kita jelak, bosan dan jemu. Itulah tafsiran yang aku faham.

Apa-apa pun, aku masih lagi tak faham dengan orang yang singkat tafsirannya dengan hal-hal yang berkaitan dengan art ni. Dan akibatnya, perkara-perkara semudah itu pun boleh berubah jadi bencana. Aduyai, bosan aku...

Tunjuk Kuasa

| Tuesday, October 25, 2011 | 23 comments |
SATU

Minggu lepas, tak ingat hari apa (petang), dalam perjalanan ke Cheras, dengan dua orang lagi sekutu.

Kutu Satu : Wah, bila dia datang bukan main lagi berlagak. Datang dengan buat muka paiseh dia. Cakap pulak siap cekak pinggang. Dia ingat kita ni bangsat sangat ke?
Kutu Dua : ...(diam)
Kutu Satu : Konon-konon dia nak tunjuk dia punya power kat kita la. Nak saman orang takde budi bicara. Hek eleh, sekali aku tengok dia punya sain kat situ gred 17 je! Tapi berlagak macam besar sangat kuasa. Cuba dia pergi Petaling Street tengok. Mampus dia tak berani. Sebab apa?
Kutu Dua : Dah suap la tu...
Kutu Satu : Ha, tau pun. Kalau dia betul-betul nak tunjuk berani bawak la pistol, kau kan penguatkuasa. Dengan orang kita je berani tunjuk power.
Kutu Dua : Hahahaa... Macam lancau.
Aku : ...(sandar kat seat belakang layan lagu Soley Soley kat Sinar)


DUA

Lebih kurang sebulan lepas, hari Sabtu. Pasar malam lagenda Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Brader Satu : Eh, macam ni mana boleh kalau owner takde. Dia pergi mana?
Brader Dua : Hari ni dia takde bang, pergi tempat lain.
Brader Satu : Kalau macam tu aku boleh saman kau. Barang yang kau jual pun tak sama. Apa cerita?
Brader Dua : Saya kat sini pun cuma tumpang tapak je bang. Selalu tak ambik space banyak pun. Cuma minggu ni je owner takde. Dia pun dah bagi saya pakai.
Brader Satu : Takde, aku nak kau kemas balik barang-barang kau ni.
Brader Dua : Alamak bang, takkan tak boleh nak consider sikit bang. Banyak ni.
Brader Satu : Takde, takde... Kalau kau tak kemas pergi aku boleh angkut barang-barang kau ni. Atau pun kalau nak terus berniaga jugak, aku kena saman kau la.
Brader Dua : ...
Brader Satu : Kau pilih, nak saman ke nak aku angkut?
Brader Dua : ...(garu kepala)
Aku : ... (perhati dari jauh)


TIGA

Macam bangsat je perangai. Ni la dia jenis manusia yang tak tau nak tolak ansur sikit. Bukannya buat kerja haram pun, cuma nak cari makan je. Yang kau motherfucker ni sibuk-sibuk nak tunjuk lagak sangat apa hal? Wah, kalau orang lain tu kau buat bangang je macam takde apa-apa berlaku. Mentang-mentang la perut dah kenyang kena sumbat `daging babi', ingat orang tak tau ke. Jalan sana sini pakai uniform, dada ke depan macam ayam laga. Aku rasa macam nak tumbuk je muka gemuk kau tu! Pukimak la...!

Sebab aku marah sangat:
*Brader Satu - lelaki Melayu lewat 40-an, penguatkuasa DBKL, cakap rupa nak berlagak.
*Brader Dua - juga lelaki Melayu berumur awal 30an, orang biasa yang tak kaya, berniaga pasar malam nak cari makan.

SEKIAN...!

Siapa Kau?

| Monday, October 24, 2011 | 32 comments |
"Aktivis gerakan sosialis hampir semuanya datang dari keluarga borjuis yang selesa, mereka punya masa untuk mencerca penindasan di pasaran, sementara orang miskin cuma ada masa untuk bergelut dalam pasaran untuk mendapatkan sesuap nasi"

Ya, aku terpilih untuk menghuni dalam golongan yang kedua tu. Setiap hari aku tak berapa peduli sangat soal idealogi, gagasan atau apa ke jimbet yang orang politik sembangkan dalam paper atau tv. Sebab bukannya diorang yang bagi beras kat aku tiap-tiap bulan yang membuatkan aku perlu mengambil perhatian yang bapak serius. Jelas sekali, mereka juga bukannya orang yang perlu aku bagi nafkah zahir dan batin tiap-tiap malam.

Jadi secara automatiknya semua motherfucker tu terkeluar dari senarai orang-orang penting dalam hidup aku. Cuma sejak akhir-akhir ni, semua tindakan dan keputusan veto yang mereka sedang sibuk rangkakan sedikit-sebanyak menjejaskan amaun dalam akaun bank CIMB aku. Nak marah macam babi buta tak boleh, nak diam macam babi bisu pun tak kena jugak.

Untuk itu, aku perlu menjadi individu yang sekali-sekala merenungi apa-apa sahaja yang berlaku di depan dan di belakang mata kepala aku, supaya aku layak menyalahkan orang lain kalau aku gagal membeli susu untuk anak aku nanti.

Mengapakan tidak? Mereka adalah golongan yang lahir dari rahim seorang wanita yang tidak pernah menjadikan ikan pekasam sebagai menu utama makanan tengahari atau meneguk air suam sewaktu sahur atas sebab tak mempunyai apa-apa yang boleh dimasak di dapur. Dan mereka juga sepatutnya tak layak melaksanakan polisi-polisi sesat mereka terhadap aku dan keluarga aku. Apa gampang kau nak tentukan hidup kami sedangkan kau tak pernah (mustahil sebenarnya) merasai keperitan menjadi rakyat biasa.

Terima kasih kepada sang borjuis semua sebab bikin susah sendiri memikirkan tentang butir-burir beras yang bakal berkurangan dari cupak kami. Ah, sedut...!

Fuckchester United

| | 19 comments |
Kepuasan yang tiada taranya bila gua baca status member gua kat fuckbook, budak-budak Fergie kena bedal 6-1! Manyak syok ma... Lagi syok daripada beronani sambil menatap tubuh Megan Fox, salah satu komen bikin panas kat status dia. Hahahahaa...!

Lari sayang, lari ke saluran lain...

| Sunday, October 23, 2011 | 19 comments |
Sejurus berhenti di halaman rumah, dua orang anggota polis berpakaian seragam keluar dari kereta peronda meluru ke rumah, memanjat tangga hingga tiba dan berdiri tercegat di muka pintu. Ketiga-tiga isi rumah bingkas bangun dari tempat duduk dan bergegas melihat siapa yang datang, bermula dengan si anak yang berambut kerinting ala-ala muka sengal.


Sebaik melihat dua anggota polis di depannya, si bebal ni segera mengangkat tangan dan berkata, "saya tak salah encik, saya beli plastik tu!" Tanpa usul periksa, salah seorang anggota polis bernama Koperal Upham (kot) terus bertanya kepada si bebal berambut kerinting, "di mana adik awak sekarang?"

Eh, macamana pulak brader polis ni tau dia punya suspek adalah adik kepada mamat rambut kerinting ni pulak? Dah la datang rumah orang tak bagi salam, tak tanya khabar. Perkenalkan diri jauh sekali. Tiba-tiba je terus tanya mana adik dia. Punya la bebal si bongok yang buat drama bangang ni. Tajuk dah sedap dah, `Lari, Sayang. Lari'. Lepas je aku tengok (tonton) scene bodoh ni, terus aku tekan punat `Ass'tro pergi channel lain. Putus selera nak teruskan. Buang masa aku je...

Siapa Bijak?

| Friday, October 21, 2011 | 7 comments |
Mari menyusun seroja bunga seroja,
Hiasan sanggul remaja puteri remaja,
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja,
Pujalah ia sekadar, sekadar saja...

Cikgu aku dulu pernah nyanyikan lagu ni kat depan kelas masa aku tingkatan tiga. Dia adalah antara cikgu yang aku respek sebab dia seorang cikgu yang berjiwa art. Menurut kisah yang pernah dia ceritakan, dulu dia pernah bawa grup teater sekolah aku sampai ke peringkat kebangsaan. Whoa..! Itu sudah kira dahsyat.

Dan tiap kali melalui depan mana-mana sekolah, kadang-kadang aku akan teringatkan beberapa individu yang pernah mengajar aku, antaranya adalah cikgu ni. Cuma yang paling aku tak puas hati, sampai sekarang aku masih tak dapat lagi jawapan bagi satu soalan yang aku kira sepatutnya sama dengan jawapan yang ada padanya. Aku berharap, satu masa nanti Tuhan akan menganugerahkan jodoh antara kami walau pun hanya terserempak di Giant supaya dapat aku bertanyakan jawapan yang dia mahukan.

Soalannya macam ni: Antara orang dulu dan sekarang, siapa lebih bijak dan kenapa?

Dia kata, jawapan apa pun yang kamu berikan adalah betul, tapi adakah jawapan yang kamu ada itu sama dengan jawapan saya. Itu yang membezakannya... Oh ya, kalau tak silap nama dia Cikgu Hamid.

Sekian.

BISING!!!(2)

| Thursday, October 20, 2011 | |
Babi, apasal korang pilih hari ni nak memekak?! Jangan sampai gua balik!!! Sial...!

Di Udara

| | 21 comments |
Aku sering diancam
juga teror mencekam
Kerap ku disingkirkan
sampai dimana kapan

Ku bisa tenggelam di lautan
Aku bisa diracun di udara
Aku bisa terbunuh di trotoar jalan
tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti

Aku sering diancam
juga teror mencekam
Ku bisa dibuat menderita
Aku bisa dibuat tak bernyawa
di kursi-listrikkan ataupun ditikam

Tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti
Tapi aku tak pernah mati
Tak akan berhenti

-Di Udara by Efek Rumah Kaca

Pergh, tiba-tiba aku terjumpa bait-bait lirik yang punyai semangat sama dengan quote aku hari tu (kalau malas cari, klik sini). Cuma bayangan lirik ni begitu imaginatif dan jugak lebih realistik berbanding aku punya burung jentayu yang hancur segala anggota tapi masih mampu tegak mengampu diri.

`Aku bisa diracun di udara, aku bisa terbunuh di trotoar jalan, tapi aku tak pernah mati, tak akan berhenti'. Bait pertama je dah cukup membuatkan ibu jari kaki aku berbau cekam. Memang mempunyai jiwa yang begitu cocok dengan tubuh anak jalanan dan marhaenis. Satu lagi lagu favourite aku untuk tahun 2011 ni.

Sekian.

BISING!!!!!

| | |
Babi, gua datang awal pukul 7 sampai opis bukan nak dengar makcik-makcik ni memekak. Dah macam pasar borong sial...!

Negaraku, ingat lagi?

| Wednesday, October 19, 2011 | 5 comments |
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

*****

Jong jong inai
Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang

*****

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Apa dalam baju
Sekuntum Bunga Cina

Buai tinggi tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab

*****

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung

*****

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju

Rahmat bahagia..
Rahmat...


*****************************

Lagu terakhir tu, sila habiskan sambil bayangkan kita berada di tengah perhimpunan harian sebelum masuk ke kelas. Dengan lengkap beruniform sekolah, beratur panjang mengadap barisan guru-guru di hadapan. Sehabis semua lagu kita nyanyikan, tiba pula giliran pengetua mengomel kat depan bagi cukup masa. Beberapa orang guru dah sibuk garu hidung dan kepala tanda mula rasa tak selesa, mungkin tak sabar nak masuk kelas sebab tak tahan dengan matahari pagi. Itulah gambaran yang mengingatkan aku tentang lagu Negaraku.

Masa tu, ramai antara kami akan menyanyikan lagu Negaraku dengan kuat sampaikan ada beberapa pailang sekolah nak tunjuk eksyen sengaja nyanyi sambil terjerit-jerit. Kalau la masa tu aku dah masuk senior, dah lama aku sepak muka sorang-sorang sampai tertiarap. Tapi bila difikirkan balik sekarang ni, aku rasa itu bukan suatu kesalahan. Sebaliknya aku respek kat budak-budak tu (sekarang dah jadi bapak budak) sebab diorang menjadikan lagu kebangsaan ni satu medium untuk menonjolkan diri, dan yang pentingkan sekali aku melihat jeritan nyanyian mereka tu sebagai satu lontaran semangat. Bukan semangat main-main atau buat-buat, tapi semangat yang memang real punya. Itu dulu, masa sekolah...

Sekarang? Serious shit, aku pernah jumpa orang yang tak dapat habiskan lagu yang terakhir tu. Pelik kan? Lagu kebangsaan yang cuma dua rangkap (rangkap kedua diulang sekali lagi) ni pun ada jugak yang tak hafal. Sibuk sangat ke kita dengan kerja, dengan urusan anak-anak, keperluan rumah, temujanji sosial; sampaikan tak ingat langsung lirik lagu ni? Kalau lagu-lagu yang tengah `howt' sekarang ni rajin pulak kita dengar dan download, tapi bila Negaraku masing-masing buat tak reti je. Tak perlu la kita menunggu siaran tv bermula atau tamat semata-mata nak dengar lagu kebangsaan ni, itu kerja bodoh namanya.

Dan kalau dah hafal tu, tolong jangan jadikannya mangsa macam Rukun Iman. Cuma hafal dalam kepala je.

*kepada MF dan NP, maaf aku jadikan lagu pok amai-amai dengan buai laju-laju sebagai penyeri entri ni.

jangan ganggu, ada anjing gila...

| Tuesday, October 18, 2011 | 7 comments |
VERSI SOPAN

Dia : Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Encik ***?
Aku : Ya, saya.
Dia : Saya membuat panggilan dari RHB Bank dan mendapati encik adalah salah seorang pelanggan kami yang mempunyai akaun ***. Di sini saya ingin memperkenalkan produk terbaru kami kepada encik. Boleh saya minta masa encik seminit?
Aku : Minta maaf, sekarang saya ada kat luar ni. Boleh call saya petang nanti?
Dia : Baiklah encik, terima kasih kerana sudi luangkan masa. Saya akan telefon lagi.
Aku : Sama-sama.

*Call yang aku dapat masa aku tengah sibuk kat site minggu lepas. Nasib baik dia dengar bunyi bising kat site. Mungkin sebab tu la dengan ayunya dia nak mintak masa aku sikit kot.


VERSI KURANG AJAR

Dia : Selamat pagi encik, boleh saya bercakap dengan Encik ***?
Aku : Pagi. Ya, saya.
Dia : Ok, saya membuat panggilan dari...
Aku : Pergi mati! (terus tekan button merah)

*Tadi, entah masuk kali yang ke berapa aku pun dah tak ingat bila. Dah la mood tengah turun, lagi ada pulak barua mana entah jadi punca aku kena tulis balik form satu muka surat penuh yang dah nak siap. Nasib baik tak kena maki. Aku dah agak siapa, sebab pagi tadi ada sorang mamat dari CIMB nak promote entah insurans apa kat aku. Bila aku kata call sekejap lagi tu, faham-faham jela. Aku ni dah la jenis yang tak suka kena promote dengan benda-benda serabut kepala macam ni. Terima kasih aje la sebab bagi ruang untuk aku mencarut.

Sekian...

BARU, BHARU, BAHRU dan BAHARU

| | 11 comments |
JOHOR BAHARU : 2 LELAKI SINGAPURA, SEORANG LELAKI TEMPATAN DIHUKUM MATI KERANA EDAR DADAH.
-BULETIN UTAMA, 17 OKTOBER 2011.

Johor Bahru la bukan Johor Baharu, macam gampang! Eja nama tempat tu biar la betul-betul. Aku sebagai anak kelahiran Johor dan pernah cari makan kat bandaraya yang berlatitud 1º28'34" dan longitud 103º45'23" ni sangat tak setuju dengan sikap ambil mudah orang lain dalam ejaan nama tempat ni.

Aku tak kisah kalau yang mengeja tu budak umur 4 tahun hinus meleleh sampai dagu, tapi kebiasaannya yang dapat aku kesan kesilapan adalah di tv (radio tak boleh, sebab sebutan lebih kurang sama je), suratkhabar atau majalah. Aku rasa subjek geografi patut diperkenalkan seawal darjah satu lagi, bukannya dah umur 13 tahun baru sibuk nak mengenal nama-nama tempat.

Dan suatu sikap yang sangat tak bertanggungjawab bagi pengamal media mengambil mudah ejaan nama-nama tempat kat Malaysia ni. Korang ni tak pergi kursus ke? Meh sini aku bagi panduan ejaan nama-nama ibu negeri kat Malaysia ni:

Kelantan
Kota Bharu - yang ni pun selalu orang silap.

Terengganu
Kuala Terengganu - ewah, ada jugak yang nak `english'kan jadi Trengganu!

Pahang
Kuantan - ramai `facebook monkey-ass' yang tulis Quantown kat dalam profile diorang.

Melaka
(Bandaraya) Melaka - tumbuk je dagu siapa-siapa yang tak reti ni.

Negeri Sembilan
Seremban - orang nogori sobut Soromban, ok la tu.

Selangor
Shah Alam - satu lagi tempat yang patut kena tumbuk kat perut bagi siapa-siapa yang salah eja.

Perak
Ipoh - super gampang jugak kalau tak tau.

Pulau Pinang
Georgetown - pergh, nama mat saleh siot!

Kedah
Alor Setar - ada kepala bangang yang confuse dengan nama tempat ni, eja Alor Star. Eh, korang tau tak `setar' dengan `star' tu beza?

Perlis
Kangar - kurang terkenal kot sebab tu ramai tak salah eja, tapi aku suka tempat ni.

Sarawak
Kuching - jangan nak buat gurau pulak dengan nama tempat ni jadi anjhing! Kalau aku orang Sarawak (bukan Serawak!) dah lama orang tu kena sontot...

Sabah
Kota Kinabalu - tempat ni pun best jugak, aku nak pergi lagi la selain Sandakan yang sebelumnya pernah jadi ibu negeri.

Wilayah Persekutuan
Putrajaya - pusat pentadbiran dan tempat yang membosankan.
Kuala Lumpur - pun ramai jugak `facebook monkey-ass' yang eja `key-hell', tempat orang-orang gila berkumpul buat kerja gila.
Labuan - tak pernah pergi pulak. Orang kata barang murah.

*aku harap aku tak salah eja nama-nama tempat kat atas...

"dibincangkan di sini"

| Monday, October 17, 2011 | 10 comments |
"...disini, pihak kami lampirkan Laporan Kemajuan Bulanan seperti yang telah di bincangkan..."

Tak boleh jadi ni, kalau Cikgu Fatimah tau mesti mengamuk sakan dia. Kurang-kurang pun habis berbirat tapak tangan aku kena libas. Lepas habis aku alter draf surat tu, aku print final dengan sepala surat sekali, sedia untuk bos aku sain. Lega dan bangga, aku ni bukan setakat power buat drawing, tapi karang surat rasmi pun kira hebat jugak la. Jadi orang mesti percaya kalau aku `bitau' dulu masa SPM aku dapat gred satu untuk Bahasa Melayu paper 2.

"Wei Botak, apahal kau tukar aku punya ayat ni?" bos aku tiba-tiba tanya sambil tunjuk garisan berdakwat merah pada perkataan `di sini' dengan `dibincangkan' kat surat yang aku print tadi.
"Takde apa, betul la tu." aku jawab selamba kemudian sambung pandang ke arah monitor.
"Ni ha, sepatutnya perkataan `di sini' kau rapatkan, yang `dibincangkan' pulak kau jarakkan, apasal kau buat terbalik?" jari teluntuk si boroi rambut pacak ni mengetuk-ngetuk ke lembaran surat di tangan kairinya.
"Eh, betul la tu bos, `di' yang first tu kata sendi, jadi tak payah la rapat. Yang kedua tu pulak imbuhan bagi kata kerja, jadi rapat la. Tak tau pulak kalau Dewan Bahasa dah tukar sempena PRU-13 ni," aku jawab macam cikgu bahasa baru bangun tidur sambil mata tak lepas dari monitor. Kalau nak menyemak pun, jangan la time aku tengah sibuk. Cibet betul la!
"Kepala abah kau. Yang `di sini' tu la yang patutnya rapat sebab sini tu maksudnya dekat, `dibincangkan' tu pulak jarakkan. Dah, tukar

Aku buat tak tau je dengan tak langsung bos aku ni. Dia ingat aku bodoh ke apa? Pergi mati la aku nak tukar.

SATU:

Seingat aku la, apa yang Cikgu Fatimah aku ajar dulu kalau imbuhan awalan untuk kata kerja macam `me,' `meng' atau `di' mesti rapat dengan kata kerja tu sendiri. Dan bila digabungkan dengan imbuhan sama ada imbuhan awalan atau akhiran tetap akan menjadi satu perkataan jugak, jadi tak mungkin la kata kerja `bincangkan' selepas diletakkan dengan imbuhan awalan `di' jadi `di bincangkan' pulak. Bangang betul la jadi bos macam ni. Buat malu orang Melayu je tatabahasa pun main ikut kepala takuk sendiri je nak ubah.

DUA:

Nasib baik la kau bos, kalau tak memang takdenya aku nak angguk kepala masa kau sound aku tadi. Tapi untuk pengetahuan kau wahai bos yang selalu belanja aku minum, aku angguk tu tak bermakna aku setuju, tapi semata-mata aku hormati kedudukan kau sebagai ketua aku. Namun begitu, aku terpaksa juga ingkar arahan kau kali ni.

Sekian, wassalam...

Menjengah ke sempadan sana...

| Sunday, October 16, 2011 | 2 comments |

Pure Saturday - Pagi

kutau tempat yang kutuju
semua cerita bersatu
berganti nyanyian pagi
sejukan hati bekukan waktu

semua yang kucari
berganti nyanyian pagi
tangisan dan tawanya
sejukan hati bekukan waktu

disini ku berdiri
disini kuhadapi
tak ingin semua berlalu
pancaran tak berujung

rangkaikan cerita
hangatkan hariku
ceriakan malamku
bersamamu kan selalu utuh

jalinan kisah pelangi
(pasti kan terulang)
tertutur bersama
makna yang tak pernah nyata
indah tercipta

pergi menjaring bintang
samarkan suara
lelap dalam mimpi indah
dan aku mengerti

kumengerti, terbayang ku disini
(dan aku berharap)
kuberharap, ku harus mengerti
(aku mengerti)
kumengerti, terbayang ku disini
(aku berharap)
kuberharap, ku harus mengerti

rangkaikan cerita
hangatkan hariku
ceriakan malamku
bersamamu kan selalu utuh





Frau - Mesin Penenun Hujan

Merakit mesin penenun hujan
Hingga terjalin, terbentuk awan
Semua tentang kebalikan
Terlukis, tertulis, tergaris di wajahmu

Keputusan yang tak terputuskan
Ketika engkau telah tunjukkan
Semua tentang kebalikan
Kebalikan di antara kita

Kau sakiti aku, kau gerami aku,
Kau sakiti, gerami, kau benci aku
Tetapi esok nanti kau akan tersadar
Kau temukan seorang lain yang lebih baik
Dan aku kan hilang, ku kan jadi hujan
Tapi takkan lama, ku kan jadi awan

Merakit mesin penenun hujan
Ketika engkau telah tunjukkan
Semua tentang kebalikan
Kebalikan di antara kita

NEGATIVE vs POSITIVE

| Friday, October 14, 2011 | 12 comments |
Ini adalah ulasan serenjang bagi perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan menentang Terengganu sebentar tadi. Yang negatif dapat aku kesan sepanjang game adalah:
1. Permainan pasukan Kelantan pada awal babak pertama nampak keterlaluan, penuh dengan taktikal, tapi hampeh!
2. Stail rambut pacak bukan lagi pilihan bagi majoriti pemain.
3. Sharbinee keeper Terengganu sedut (suck)!
4. Player kedua-dua team memang sah pemalas, suka hantar bola jauh-jauh, jadi tak payah banyak sangat berlari. Banyak makan taik bilis la tu.
5. Jurulatih penjaga gol Terengganu menggunakan ayam kampung sebagai pengganti bola. Buktinya, Sharbinee tangkap bola macam pondan.
6. Macam biasa, dalam keadaan genting player kedua-dua team akan clear bola bagi ke penonton.
7. Player Terengganu suka kumpul kad kuning macam kumpul sampul duit raya.
8. Dalam 20 minit terakhir, ramai player cuma berjalan-jalan kat tengah padang sambil gentel telur masing-masing.
9. Dapat penalti sebab bola kena tangan? Ceh, macam aku main bola masa darjah 3 dulu je...
10. Player Terengganu lembik.
11. Terengganu FA pernah panggil Namron untuk ajar player diorang berteater atas padang.
12. Malam semalam Norshahrul tak dapat kot, tu yang hangin je sampai nak gocoh dengan Kalang Tie.
13. Ramai player tak reti control bola, sama macam penonton baju merah tak tau control jiwa masing-masing yang tengah kacau.
14. `Pakok Kaki Lawan' adalah salah satu silibus yang Karathu ajar kat player dia.
15. Botol air mineral diisi dengan air paip, kemudian dijual secara terbuka di dalam stadium. Kat label botol tu tertulis, "Bukan untuk diminum, sila baling ke arah pemain kegemaran anda sebagai tanda sayangkan bolasepak Kelantan".
16. Ramai penonton baju merah tertinggal otak kat bakul moto, sebab tu tak tau makna disiplin.
17. Tengok seater semua dah macam tengok binatang dalam zoo pulak, jaring besi tinggi 10 kaki!
18. Penonton baju merah guna kaedah seludup mercun dengan menyimpan bahan terlarang tu kat celah bontot masing-masing!

Manakala yang positif pulak:
1. Turfing padang cantik, kalah Stadium Kallang. Rasa macam nak baring pulak.
2. Free kick Kelantan memang dahsyat, setaraf dengan player Cameroon.
3. Norshahrul adalah individu yang berbeza berbanding  Azman Adnan sebab tak pancit walau pun dah tak teruna lagi.
4. Nasib baik Kelantan kalah, kalau tak mesti muka Annuar Musa ada kat jersi dan muka Ibrahim Ali kat seluar bahagian bontot masa semi-final karang!
5. Tu je kot, sebab aku tengok (tonton) tak pakai spek.

*aku ingin memohon maaf kepada orang Kelantan dan Terengganu atas ulasan serenjang ni. Tak terniat langsung untuk mengguris perasaan korang. Entri ini bukan ditujukan kepada rakyat (atau sesiapa yang kelahiran negeri) Kelantan dan Terengganu secara keseluruhan, cuma banyak yang aku tak berkenaan dengan player dan penonton sepanjang game ni. Itu sahaja. Dan aku yakin ramai lagi rakyat Kelantan yang mengutuk perbuatan serupa `manusia tak berakal' sesetengah penonton berkaitan insiden mercun lewat permainan tadi. Peace no war.

Duit Dalam Fesbuk

| | 15 comments |
"Kami dapat ganti gaji fulltime 5 angka dengan cara ni. Mari baca cerita saya jika anda dah bosan makan gaji. Tak cuba tak tahu."


"Macam tak percaya check akaun dapat lebih 10k sebulan. Simple, sesuai untuk semua dan wang bukan masalah lagi. Jom saya bimbing."


"Kami dah dapat bayar hutang sebab duit masuk setiap minggu. Daftar segera saya akan bimbing."


"Baru join 10 bulan tapi dah kutip 5-10k seminggu. Dulu suami tak sokong. Sekarang tak bagi berhenti pulak. Senyum je dia, saya tak minta duit lagi."

Kimbet betul la. Makin menjadi-jadi pulak taiknya fesbuk ni. Masing-masing nak promote bisnes `meniaga larut malam' diorang tu dengan kata-kata indah. Janji-janji palsu semua tu. Ah, aku pun tak berapa heran tengok orang posing sambil tunjuk not RM50 yang diorang susun macam daun pakau depan muka, sebab aku pun tiap-tiap hari kira duit hasil part time siang hari (malam lain kira pulak). Satu hari dapat lebih kurang Rp150,000. Kalau sebulan? Akulah jutawan senyap yang sebenar. Hahahaa....!



Aku pun boleh berlagak macam korang walau pun banyak duit singgit-singgit. Duit jugak! Tu tak nampak ke not RM100 terselit kat celah bedah tu? Hahahahaa..... Berlagaknya aku!!

Subhanallah. Wassalam...

Stick

| | 32 comments |
Terselit di antara celah-celah susunan stick rokok tu, salah satunya adalah yang telah habis aku hisap. Dah beberapa lama aku amalkan perkara terkutuk ni, tak pernah sekali pun aku perhatikan bontot stick yang aku habis hisap. Selalunya aku akan tenyeh dalam ashtray atau jentik ke luar pagar masuk ke longkang. Macam jahanam perangai, yang mana tuan perangai terkutuk ni pun sama jahanam jugak. Tak pernah pulak aku buat kerja gila simpan balik dalam kotak, bukan boleh redeem pun.

Dan baru la ni aku perasan, bontot rokok yang dah lepas kena pam tak sama rupanya dengan yang baru. Aku cuba bayangkan, kalau sehari aku hisap 4 batang (dulu 10!), kali dengan seminggu, kali dengan sebulan, kalikan lagi dengan setahun... Mak ai! Macamana agaknya kondisi paru-paru aku lepas 10 tahun jadi perokok tegar (aku tak tegar pun).

Ini pun nasib baik hisap rokok sambil buat kerja, ada la dalam tiga ke empat kali pam. Kalau sambil bersembang entah macamana agaknya bontot stick ni. Tobat dah, lepas ni aku nak amalkan hisap rokok terbalik. Nak nyalakan kat bontot pulak. Pada teori logik akal aku, mungkin efek tu akan terbalik seterusnya akan membersihkan semula sistem pernafasan aku.

Insya-Allah, sekian...

Gambar diambil selepas habis rokok aku yang keempat hari ni. Waktu selepas jam 5 petang adalah waktu yang paling heaven pada aku sebab makcik mulut kepoh kat sebelah dah berambus. Boleh buat kerja dengan tenang.

Nasi Kukus Ayam Kurus

| Thursday, October 13, 2011 | 27 comments |
Aku ada dua orang buddy yang selalu buat entri pasal makanan. Kira, aku pun nak buat jugak la macam korang. Korang anggap je la entri ni sebagai cover version kepada entri makanan korang tu.

Pada aku, makanan yang paling mengenyangkan adalah nasi kukus dan nasi kukus yang paling sedap di seantero Lembah Klang terletak betul-betul kat sebelah Masjid Umar al-Khatab Bukit Damansara. Beroperasi bermula jam 11 pagi hingga lauk habis pada setiap hari kecuali apabila tokey balik kampung atau dia rasa dia dah kaya sikit dan malas nak bangun pagi-pagi beli barang.

Masa kerja kat Damansara sebelum ni, sebulan sekali aku mesti pekena nasi kukus ni. Beli masa orang tengah dengar khutbah Jumaat, aman sikit tak ramai orang beratur. Kalau tunggu lepas habis solat, alamat terpaksa beratur sampai highway Sprint la karang. Harga pun boleh tahan dan berbaloi jugak la dengan saiz ayam goreng berempah yang padat, besar, padu dan menggiurkan macam dada Mariah Carey. RM6.50 sebungkus untuk ayam kampung dan RM5.50 untuk ayam pekan yang tak reti lintas jalan.

Pergh, tengok tu! RM6.50 untuk ayam kampung lagi murah daripada nasi kukus kat pekan Paka (Terengganu) yang harga dia mak datuk RM7.00 sebungkus tu. Kat Paka tu, dah la mahal, masin pulak tu. Tak tau la yang mana satu masin, entahkan kuah entahkan rempah gorengan ayam tu. Saiz ayam pulak keding macam peha belalang kunyit je gamaknya. Tobat aku takkan makan kat situ lagi.

Gambar kat bawah ni adalah nasi kukus kat R&R Awan Besar highway Kesas menghala ke Puchong. Kedai kiri sekali bersebelahan dengan kedai majalah. Rate untuk yang ni aku bagi 3 bintang je walau pun tak mahal, cuma RM5.00 sebungkus. Kombinasi yang kurang menjadi antara kuah gulai, sayur tauge dengan ayam goreng tu sendiri. Rempah gorengan tu pulak agak kering dan terlalu meresap hingga menghilangkan rasa daging ayam. Plus, sambal dia tak kick langsung, dua kali aku tergigit kulit limau. Ceh!



Selamat menjamu mata...

Kesetiaan Bertanda Harga

| | 11 comments |
"Meletakkan kepercayaan kepada seseorang yang kesetiaannya ada harga akan membuatkan kita seperti tergantung di atas seurat rambut risiko yang amat halus," kata aku...

Kadang-kala aku juga tak harus percaya sepenuhnya terhadap diri sendiri kalau komitmen yang tak berbelah-bahagi atas segala apa yang aku kerjakan selama ni hanyalah kerana aku mengharapkan sesuatu yang aku fikir menguntungkan. Bagaimana kalau aku akan gagal tak sampai setengah jalan? Pasti aku akan rasa semua kesetiaan yang aku curah itu tak ubah seperti beg plastik hitam yang gunanya hanya untuk membungkus sampah! Maka, buruknya kesetiaan aku itu aku boleh samakan dengan sampah juga. Garbage made scum. Garbage in, garbage out.

Aku adalah manusia sampah yang menghasilkan sisa-sisa kekotoran oleh kerana harapan kebahagian aku itu cuma lebih berupa ciciran najis sepanjang denai seretan sampah kesetiaan itu. Membayangkannya sahaja sudah cukup membuatkan aku menutup hidung dan menjegilkan mata sebulat yang mungkin. Tak ingin terpejam walau untuk mengerdipkan mata sekalipun, kerana bayangan jijik najis itu akan menghantui aku.

Hmm, terasa amat tenang duduk bersandar di atas kerusi hitam berkemasan synthetic leather ni.

get lost > send

| Wednesday, October 12, 2011 | 16 comments |
RM0. Dptkan berita-berita hangat & tekini spt Intim, Pelik, MLP, Mangga & HarianMetro. Dail *100# >Content >Berita

...kalau la ada function reply untuk sms ni, dah lama aku hantar `get lost'!

What The Fuck 2.1

| Tuesday, October 11, 2011 | 28 comments |
What the fucking fuck is going on, motherfuckass! Tiba-tiba aku memaki ni bukannya apa, tapi bila berkaitan dengan stesen tv `Ass'tro tu, aku saja je nak bikin panas.

Sejak akhir-akhir ni, orang sibuk perkatakan satu filem yang mendatangkan perdebatan hangat bukan sebab kehebatan atau keburukan filem itu sendiri tapi sebab filem ni dihasilkan oleh sorang budak cina kelahiran Muar, Johor dan nama dia pun semua orang kenal. Jadi, aku pun tak payah taip lagi.

Baru-baru ni dia ada bikin satu filem yang berkolaborasi dengan beberapa pelakon gempak dan senior macam brader Afdlin Shauki dan Adibah Noor (Net, kau mesti suka dia ni kan?). Yang aku tak puas hatinya sekarang ni, apasal `Ass'tro dah nak tayangkan filem ni kat saluran kebanggaan diorang tu, Astro First?

Come on la bai. Tunggu la ada setel sikit ini problem. Baru la lu boleh celah bedah sikit. Lu ni memang suka bikin orang lain panas ke?

Aku tak nak komen lebih-lebih sama ada nak mengutuk (kutuk: terma yang biasa Malaysia sebut tiap kali orang Palestin kena bom dengan Israel) atau menyokong apa-apa yang berkaitan dengan filem ni, sebab aku belum tengok (tonton) lagi filem ni. Lagu hits budak cina ni kat Youtube dulu pun aku tak tengok (tonton) jugak, tak kuasa aku!

Dan, aku ingin mengucapkan terima kasih kat sekutu aku sebab bagi aku copy filem ni daripada dia. Entah dari mana dia dah turun itu filem, aku tak peduli. Yang penting, aku kena tengok (tonton la!) filem Nasi Lemak 2.0 ni barulah aku akan membenarkan diri aku sendiri membuat pertimbangan yang aku kira wajar.

Memang asshole betul la `Ass'tro ni!

Sebab Kenapa Aku Pernah Gagal Temuduga Menteri Pengangkutan

| | 11 comments |


Sebab masa interview tu, selain daripada aku punya cv tu aku print atas kertas warna coklat cair, dalam fail tu aku letak sekali cadangan yang aku kira amat berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tapi dengan syarat dapat kerjasama semua pihak walau pun memakan tempoh yang agak lama untuk melihat hasilnya.

Sebaik sahaja tamat sesi interview tu, sedar-sedar je fail aku tu dah ada kat luar bangunan SPA Putrajaya. Cilakak! Kalau tak suka bagitau je la elok-elok. Tak payah nak campak-campak pulak! Jangan main bangsat tau...

undi aku bukan rahsia

| Monday, October 10, 2011 | 17 comments |

Ok, mungkin ramai tak kenal dengan individu yang aku pangkah tu. Entah mana punya macha aku dah tepek muka dia kat kertas undi ni. Korang tak kenal, aku peduli apa. Aku punya undi, aku punya suka la nak pangkah siapa pun.

Bagi aku mamat yang aku pangkah tu mampu melakonkan wataknya seribu kali ganda lebih baik daripada mamat bermisai nipis yang aku tak pangkah tu. Tak percaya sudah. Ini bukan strategi memenangi hati pengundi atau pun janji-janji kosong semata-mata bertujuan memenangi undi. Tapi ini adalah sesuatu yang wajar selepas aku tengok (tonton) dua filem yang mamat ni lakonkan.

Selain daripada tu, faktor yang menyebabkan mamat ni menerima undi aku adalah kerana dia tak pernah menipu terutama sekali apabila di dalam skrin (kat luar entah pulak). Watak-watak yang dibawakan tu memang nampak jujur sangat. Tak dibuat-buat. Pendek kata tiada kepura-puraan!

 Serious shit! Aku tak tipu beb...!

Remember The Libas

| | 25 comments |

Aku suka filem ni bukan sebab aku peminat sukan american football yang palyer dia macam pondan pakai seluar ketat berlari-lari manja kat tengah padang tu, atau pun bukan sebab aku peminat Denzel Washington walaupun aku ada jugak buat koleksi vcd filem-filem dia, tapi sebab aku suka tengok (tonton) filem yang berlatar belakangkan sukan. Tak kira la sukan apa pun, sama ada sukan baseball (dulu selalu main bola rounders) macam filem League Of Their Own (Gina Davis) yang keunikannya menceritakan kisah liga baseball untuk wanita ketika perang dunia kedua tu, atau cerita pasal Aamir Khan melaga lembu dalam Lagaan, semua aku sebat.

Sementelah pulak, penghasilan filem yang bercorak sukan kat Malaysia ni dah macam bini nombor empat, jarang-jarang... Jadi, terpaksalah aku meletakkan Remember The Titans ni di atas podium dalam senarai filem bercorak sukan terbaik sepanjang hayat aku. Filem ni bukan cuma berkisarkan sekumpulan anak muda dari dua kaum yang telah disatukan dalam satu pasukan `football' ketika zaman kekalutan kaum sedikit masa dulu, tapi juga mengajar aku bahawa, walau pun kulit kita semua berlainan warna dan juga folikel yang menghasilkan bentuk rambut yang berbeza sehingga ada antara kita yang berambut lurus dan blonde atau kerinting macam bulu ketiak, tapi semangat untuk mencapai kemenangan tu terletak dalam diri masing-masing. Selain daripada sekuat mana kita boleh bekerja dalam satu pasukan walau pun berbeza keturunan dan fahaman.

Semenjak dah tua bangka ni, aktiviti menonton wayang aku dah semakin merosot prestasinya, jadi aku terpaksa selongkar balik koleksi vcd aku yang lama-lama dulu untuk aku tengok (tonton) tengah-tengah malam kalau semua episod Swamp People dah habis aku hafal.

****************************************


Celaka! Apasal dari dulu lagi pembikin filem kita tak nak buat filem macam ni? Tak kisah lah kalau jalan cerita hancur, segala macam mak nenek punya aspek teknikal berserabut sekali pun, aku takde hal punya. Tetap akan sokong (dalam hati je) jugak walau pun tak teringin nak keluar duit beli tiket. Bagi aku, biarlah sinema lokal ni bervariasi sikit. Balik-balik cerita hantu kejar orang, samseng tunjal kepala orang, tak pun stok-stok cerita couple frust menonggeng macam orang kena penyakit buasir! Nasib baik scene cium mulut diorang buat belakang kamera je. Ptui...!

Ok, kesimpulan pendeknya, aku berikan sedikit penghargaan pada penerbit filem ni sebab berani berlari talam tempo yang songsang walau pun aku tak terasa nak tengok (tonton) filem ni kat panggung. Maaf...

****************************************

Dulu aku pernah terbayang nak menghasilkan filem yang menjadikan sukan sebagai subjek utama. Dalam filem tu, aku sebagai seorang yang gila kuasa akan bertindak sebagai produser, tuan direktor, pelakon utama (lepas buat plastic surgery), penulis skrip, screen writer dan jugak budak milo. Jalan ceritanya lebih kurang macam ni...

Aku adalah seorang panjaga gol kedua daripada pasukan liga simpanan sebuah kelab yang bermain dalam Divisyen Dua telah pun dipanggil untuk menyarung jersi kesebelasan utama dalam baki beberapa perlawanan. Perlawanan itu adalah perlawanan yang penting di mana pasukan aku tak boleh tewas supaya dapat menjamin tempat ke Divisyen Satu kerana sehingga itu, pasukan aku cuma ketinggalan empat mata berbanding pendahulu liga dengan kedudukan semasa di tempat ke-4. Mengikut peraturan badan bolasepak utama, hanya tiga pasukan teratas yang layak menyertai Divisyen Satu pada musim hadapannya.

Kehadiran aku ke dalam sebelasan utama adalah kerana kebanyakan pemain untuk pasukan utama termasuk kedua-dua penjaga gol sedang menjalani hukuman penggantungan atas kesalahan rasuah. Di sinilah bermulanya pergelutan aku untuk menyaingi reputasi yang ditinggalkan penjaga gol asal dan pada masa yang sama aku terpaksa menghadapi cabaran dipulaukan rakan sepasukan kerana mereka menganggap aku hanya pemain pasukan liga simpanan dan tak layak menyertai mereka. Ada macam filem The Replacements (Keanu Reeves) je. Tapi sumpah, aku dah lama terfikir cerita macam ni...

Untuk tambah merumitkan keadaan, diagnos yang telah dilakukan doktor sebelumnya mengesahkan aku menghidap sejenis penyakit saraf yang berpunca daripada keturunan (ada ke?), sekaligus tidak memungkinkan aku meneruskan kerjaya dalam bolasepak lagi. Tapi, demi membuktikan kemampuan aku pada pasukan dan memenuhi janji kepada arwah tunang aku yang mati akibat kanser darah beberapa tahun sebelumnya, aku nekad bermain sehingga ke perlawanan terakhir liga walau pun tindakan itu mampu merisikokan nyawa aku.

Klimaks kepada filem ini adalah ketika pasukan aku terikat seri tanpa jaringan dengan pasukan di tempat kedua liga, aku terpaksa menjadi benteng terakhir dalam minit-minit terakhir apabila pasukan aku bermain dengan 8 orang pemain sahaja. Waktu semakin kritikal, dalam kesengsaraan menanggung kesakitan, aku mesti bertahan sehingga wisel dibunyikan. Kesudahannya, aku tak tak sempat habiskan lagi sebab sibuk fikir benda lain... Oh ye, harap-harap Johor FC dapat menang Piala Malaysia tahun depan sebab adik kepada sepupu classmate aku dulu main kat situ. Hahahaa...!

`Seseorang Sepertimu'

| | 20 comments |

Ada sekali tu aku pernah dengar dj Red.fm kata this is one of the most emotional song from Adele tapi lagu tu dalam versi radio.

Esok pagi, sebelum sarapan dan sebaik je sistem pc aku dah booting aku akan dengar tiga lagu wajib `Nyalakan Api Dalam Hujan', `Lagu Cinta' dan jugak lagu `Seseorang Sepertimu' macam selalu. Cuma bezanya, lagu ketiga tu aku akan dengar dengan menggunakan headphone, sebab aku tak nak gangguan daripada suara nyaring makcik-makcik kat sekeliling aku.

Pada aku, aku lebih suka dengar versi `live' sesebuah lagu tu berbanding versi studio. Lagi masyuk. Aku dapat hayati kelunakan suara dan adunan sempurna antara bunyian instrumen dan vokal mereka.

Maafkan aku sayangku Adele. Aku telah download semua lagu yang kau pernah nyanyi secara live dan kesemuanya aku telah `convert' ke dalam semua jenis format audio dan video yang ada. Maafkan aku sekali lagi. Kerana ini adalah sebagai tanda aku begitu mengagumi suaramu itu.

Dan juga menunjukkan betapa kau telah `memandu aku gila' sejak beberapa bulan yang lalu.

Episod: Hibrid Roti Banjir

| Sunday, October 09, 2011 | 19 comments |
Amaran: kepada sesiapa yang tak tahan dengan kata-kata kesat, sila jangan baca dan dapatkan rencana yang lebih bermanfaat dari akhbar tempatan atau majalah-majalah hiburan untuk imej-imej seksi wanita Melayu belanja celah berahi kat dada.

Scene 1

Semalam, pagi Sabtu, lebih kurang dalam pukul 6:30, waktu paling sentimental untuk aku terlentang depan tv. Tiba-tiba aku punya Nokia yang kebetulan terletak kat hujung kaki menyanyikan lagu Meor.

Dia : Hello botak!
Aku : Bagi la salam bai! Gua orang Islam sejati.
Dia : Assalamualaikum.
Aku : Wa alaikumsalam. Tebiat apa pagi-pagi buta talipon gua ni?
Dia : Takde apa, gua rindu la kat lu. Buat apa beb? Busy ke?
Aku : Gua tengah terkangkang depan tv ni ha. Woi, pergi la bawak berzikir subuh-subuh ni daripada lu kacau gua tengok gajah tengah bersenggama ni.
Dia : Botak, gua dah lama sial tak usap kepala lu yang halus dan mulus tu. Jom la ngeteh.
Aku : Jimbet la lu ni. Hari tu lagi gua dah suruh lu botakkan kepala awek lu. Kan minah tu free hair, senang la lu nak kerjakan kepala dia tiap-tiap hari.
Dia : Kimak, lu kutuk awek gua! Hahahaa.. Jom la siol.
Aku : Hari ni hari sabtu. Hari rasmi gua baring depan tv sampai malam. Kalau lu nak pakai servis gua, lu kena bayar lebih sikit la.
Dia : Takde hal, gua belanja. Roti banjir double.
Aku : Wei jin ifrit, baru semalam gua pekena. Payung la benda lain. Kurang-kurang pun roti telur.
Dia : Adui, lu ingat anak orang kaya macam gua ni kedekut ke? Cepat sikit gerak. Gua dah siap ni.
Aku : Eh bodoh, matahari tak naik lagi la. Ntah-ntah lu ni solat subuh pun belum lagi. Ha, kat mana?
Dia : Port biasa la bai.
Aku : Orait, kang dah cerah gua sampai.
Dia : Ok, siapa lambat dia payung.
Aku : Eh, anak lanun ni...!
Dia : (tuuut.....)

Kimak betul mamat ni, bukan nak bagi salam. Main letak macam tu je. Nama je sekolah agama. Perangai macam bangkai setan.

Scene 2

Lebih kurang sejam kemudian, aku dah beberapa kali teguk kopi tarik buih lebih kat port biasa aku ngeteh. Pelanggan masih belum ramai, maklum hari cuti. Mungkin ramai lagi yang tengah ber`sedap-sedapan' atas tilam. Aku ambik posisi mengadap luar, supaya senang nak lari kalau tak nak bayar. Tak lama lepas tu, mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni sampai. Naik kereta baru, jenama import. Warna putih, parking betul-betul depan aku.

Aku : Pergh, kereta baru sial!
Dia : Biasa la, anak orang kaya. Tapi gua je tak kaya macam bapak gua.
Aku : Iye la tu, gua suspek bapak lu mesti banyak buat kerja haram, tu yang berkat dia tak sampai tu.
Dia : Cibai, iye la kot...

Tak bagi salam lagi, selepas masing-masing order roti banjir,  mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni start conversation ala persidangan ala PBB bincang nak setel masalah Palestin.

Dia : Wei, lu naik apa datang sini?
Aku : Lu ingat gua ni pemalas macam lembu ke? Gua jalan kaki la, dah rumah dekat. Tapi sebenarnya gua memang malas pun. Malas nak start moto pagi-pagi buta ni. Takut kacau jiran sebelah nak mengamput.
Dia : Eh, lu tak tukar kereta baru lagi ke?
Aku : Tukar apa, kereta tu la. Yang gua angkat masa nak raya tahun lepas, tu pun secondhand je. Nak beli baru tak mampu, gua takde bapak yang kaya buat kerja jenayah macam lu.
Dia : Kimak lu! Mentang-mentang bapak gua pernah kena siasat. Hahahaa! La, lu pakai lagi ke kereta tu.Dah la masa ambik tu pun umur kereta tu dah banyak. Memang la besar, tapi tak ekonomi la.
Aku : Gua mana mampu sial beli baru! Ni pun instalment sebulan dah gantung. Lu pakai kereta baru, duit haram mana lu dapat? Berapa riban lu turun?
Dia : Rahsia beb. Ada rezeki lebih.
Aku : Pergh, pakai Prius tu. Kalah imam surau sebelah padang tu. Mesti lu punya iman dah tahap dewa kan.
Dia : Biasa la. Alang-alang nak tukar baru biar puas hati. Tapi dah dua minggu gua pakai kereta ni memang terbaik sial. Jimat gila.
Aku : Gua tau, ramai orang cakap.
Dia : Tu la, lu kalau nak tukar lu beli la hibrid. Macam gua ni.
Aku : Apasal pulak, tak sama ke kalau gua pakai kereta buatan Malaysia?
Dia : Mana sama bai! Lu tak tau ke hibrid tu apa? Lu punya bodoh ni bawak dari sekolah teknik ke apa.
Aku : Ha, cer terang sikit.
Dia : Hibrid ni teknologi yang lebih mesra alam, kurangkan penggunaan minyak sebab berasaskan elektrik.
Aku : Mana lu tau?
Dia : Gua tau la, gua kan pakar enjin. Hahahaa....
Aku : Kimak, tak abis-abis berlagak.
Dia : (sengih sambil nyalakan rokok yang dia tarik dari aku punya kotak)
Aku : Tapi tak guna jugak kalau lu pakai sepuluh kereta macam ni pun. Lu tu bukannya mesra alam sangat pun. Gua bukan tak tau, kilang sarung tangan tempat lu kerja tu dah dua kali kena siasat dengan JAS. Haha, environmental la sangat... Hipokrit la lu ni!
Dia : (sedut asap dalam-dalam dan hembus asapnya ke arah aku)
Aku : (ikut diam, sambil mengalihkan pandangan ke belakang melihat sorang awek genit tengah prepare gua punya roti banjir, hari ni dia pakai t-shirt putih nampak tali coli warna merah, nak belanja aku lagi la tu)

Perbualan di atas telah diedit untuk menjimatkan ruang dan supaya lebih bersopan berbanding versi asal. Tapi aku tetap cuba juga mengekalkan originaliti dengan hanya mengubah kurang 20% sahaja ayat-ayat selama yang aku ingat.

Aku kalau dengan mamat sekolah agama perangai macam bangkai setan ni berbual memang macam nak gaduh je. Tapi dia la antara geng ngeteh aku yang ngam sejak aku pindah ke perumahan ni. Cuma yang tak tahannya, dia ni suka cakap besar. Sekian entri pagi Ahad...

Sekadar gambar hiasan, tapi ada kaitan.

Ustaz SM nak tazkirah diri sendiri...

| Saturday, October 08, 2011 | 17 comments |
Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku...

Suatu hari (atau sekarang pun dah ada) nanti aku pasti akan ada yang bermulut gatal dan sedikit lancang dengan mempersendakan bait puisi ni. Apa yang akan terpacul nanti seolah-olah datangnya daripada mereka yang berhati mudah menyerah kalah. Mereka akan berkata, "Abis tu, kalau semua dah patah, apa lagi yang mesti kita jadikan tongkat?"

Hahaaa.... Pada aku, puisi di atas (sebahagian sahaja, nak lebih cari sendiri, jangan jadi lembu pemalas) walaupun kelihatan agak tergantung tanpa kata noktahnya yang pasti, tapi kesinambungannya terdapat di dalam hati bagi yang benar-benar menghayatinya. Sekiranya segala apa yang kita pertaruhkan telah terbukti gagal dan semua usaha kita langsung tak menerbitkan sebarang tanda-tanda positif, tidak bermakna kita sudah diketemukan dengan penghujung jalan usaha.

Bak kata aku yang ilmu senipis kertas A4 60gsm ni, "biar sayap berkecai dimamah sang garuda, biar paruh hancur menghentam gunung, biar terkulai siku menghimpit rusuk, biar lumat dagu dikisar bumi, biar terkopak kuku digaris gempa, biar patah segala tongkat yang ada, tapi jangan patah semangat yang berbalut api..."

Power siut gua bermadah!!! Sekian...

Renigunta

| | 12 comments |

Aku ada banyak nak cerita, tapi nanti dulu la aku gebangkan. Tengah sibuk, tak kuasa aku nak taip panjang-panjang. Cuma bila teringat awek cun dan comel Sanusha dalam Renigunta, sekali lagi aku terpaksa akur dan mengakui bahawa aku lebih mengagumi hasil kerja pembikin filem di sana. Dan betapa mereka itu sangat kreatif dalam berkarya. Sepanjang filem Renigunta ini berputar, mata aku sentiasa sahaja dijamu dengan debu-debu jalanan yang berterbangan atau pun sekumpulan lelaki pelarian yang serba selekeh sehingga akhirnya aku terlupa filem ini langsung tidak mempunyai visual yang memaparkan betapa hebatnya senibina rumah agam di sana atau betapa canggihnya model-model kereta mewah, di mana elemen-elemen inilah sudah dikira wajib dalam semua filem Skop Production. Sekian!

The Lady

| Wednesday, October 05, 2011 | 17 comments |
Ok, aku nak masukkan filem ni dalam aku punya `wajib tonton' list tahun ni. Ada harapan anak kelahiran Ipoh ni tercalon untuk Oscar kot...

Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (2)

| | 7 comments |
Kisah Pertama

Ada sorang budak tu bagitau dia tak dapat datang untuk kegiatan ko-ko hari sabtu depan sebab nak ikut bapak dia main golf kat Jakarta. Yang lain pulak ada jugak yang mak dia ajak temankan shopping kat Hong Kong. Pening la kepala akak mengajar anak-anak orang kaya ni. Kerenah diorang ni lain macam sikit. Yang akak jeles tu, akak pun tak tau bapak diorang pakai kereta apa sebenarnya. Tiap-tiap hari bertukar. Heee, entahlah dik...

Kisah Kedua

Aku pun tak tau rupanya ada lagi orang miskin macam ni kat tempat aku. Ada sorang budak tu dah dekat seminggu tak pergi sekolah. Cikgu-cikgu pun tak tau kenapa. Bila kami siasat, rupanya budak ni tak boleh pergi sekolah sebab kasut dia hilang. Dah tu dia takut kena marah dengan cikgu kalau pakai selipar. Bila siasat keluarga dia baru la kami tau yang mak budak ni betul-betul miskin. Tak mampu nak gantikan kasut baru untuk budak ni. Bapak dia pulak dah berapa minggu masuk lokap pasal kes dadah. Masa kami cari mak budak tu, dia dalam perjalanan nak balik kampung suami dia dengan anak-anak dia yang tiga orang tu. Yang kesiannya, dalam tangan dia cuma ada RM15. Sedih betul aku.

*****************

Kisah yang pertama tu diceritakan kepada aku oleh seorang cikgu sekolah rendah kat Selangor, dan aku dah tak berapa nak heran sangat. Tuhan dah tetapkan budak-budak tu merasa kesenangan dalam usia yang masih muda lagi. Kita yang tak dapat merasa ni cuma perlu ambil iktibar je la. Caranya, bukan dengan tanamkan rasa cemburu yang mampu membunuh, tapi kena kerja lebih keras lagi untuk kesenangan duniawi (aku tak nak sentuh soal akhirat, lain kali la) anak-anak kita.

Yang kedua tu pulak, aku kira antara kisah paling sedih yang aku dengar untuk sepanjang tahun ni. Takde apa-apa komen yang dapat aku ucapkan. Perasaan bercampur-baur. Cuma aku gagal mengalirkan air mata tatkala mendengar kisah tu sebab pencerita tak mampunyai kaliber sebagai pencerita kisah sedih seperti pelakon Wan Maimunah. Dengan rambut nipis dan botak tengah, sebahagian giginya dah rongak serta rokok keretek terselit kat celah jari ketika dia bercerita, dia gagal buat aku sedih.

Aku Percaya Ini Adalah Kisah Benar Yang Telah Diceritakan Kepada Aku (1)

| | 6 comments |
Selalu pagi-pagi lepas hantar bini saya pergi kerja, saya biasa sarapan dengan kawan saya kat rumah flet cat merah belakang sana. Abang nak tau, minggu lepas masa kitorang makan roti canai kat mamak yang biasa tu tiba-tiba ada bungkusan suratkhabar jatuh dari atas. Pelepuk tak jauh dari tempat kitorang makan. Lebih kurang dalam dua depa gitu la. Nasib baik masa tu saya dengan kawan saya tu makan kat dalam sikit, bukan tempat open macam semalamnya.

Ptuui...! Sekali kitorang tengok bungkusan yang jatuh tu, ada benda bersepah-sepah kat keliling dia warna coklat cair. Siot betul, rupa-rupanya benda tu taik!

Lepas tu kawan saya bagi tau kat kawasan rumah flet tu memang bahaya sikit. Dia pernah nampak ada kaca tingkap jatuh dari tingkat atas. Nasib baik tak kena orang-orang kat bawah. Berderai kaca tingkap tu atas jalan.

Kawan saya bagitau lagi, kawan dia cerita dia pernah nampak ada orang buang tv dari atas jatuh kat bawah. Cih, gila betul. Tapi kitorang tetap nak makan kat situ jugak, sebab kuah dhal dia sedap macam dah panaskan dua minggu...!

**********

Ok, ayat terakhir tu aku reka sendiri.

Kat bawah ni lokasi tempat kejadian tu, aku tak pasti blok yang mana satu...

Sekadar gambar hiasan cilok dari internet, terpaksa `negatif'kan warna sebab takut ada yang tak lalu makan kuah dhal mamak karang

mintak duit

| Tuesday, October 04, 2011 | 14 comments |
-Progress Fees

With references to the above, we are pleased to forward herewith our current invoice with the amount of RM**,***.**.

Your early settlement is very much appreciated.

Thank you.


...wah, kalau pasal mintak duit laju je korang ni, nasib baik la kerja bagus!

aku semakin malas

| | 19 comments |
Dua hari dua malam aku berada di negeri Darul Iman, keyakinan aku semakin kuat mengatakan lembah penuh manusia edan yang kini sedang aku pijak bukanlah tempat terbaik untuk aku bermastautin membina empayar kehidupan sendiri.

Sebab aku sekarang semakin nyanyuk dan lemah untuk; berebut-rebut mencari petak parkir di kompleks beli-belah, semakin pening kepala mengira harga makanan dan minuman, anatomi badan aku semakin lemah untuk menghadam udara penuh sebatian racun, dan yang paling penting aku semakin malas.

Aku semakin malas berhimpit-himpit di celah-celah kegilaan ini semua...

Aku teringin gambaran di bawah ni terhidang di depan aku setiap kali aku membuka pintu depan rumah aku setiap pagi. Selamat pagi nikmat kehidupan dunia yang sebenar.
(gambar snap di jalan masuk ke rumah arwah atuk, tak banyak beza sejak lebih 20 tahun dulu kecuali tarmac yang dulunya tanah merah yang melekat di selipar aku setiap kali selepas hujan, dan parit yang semakin cetek serta culvert yang sedia ada tak muat untuk badan aku berkubang lagi, tapi aku suka)