utusan layu

| Tuesday, September 06, 2011 | |

Petang tadi, tengah sibuk-sibuk selongkar kotak yang berisi timbunan recycle paper, aku terjumpa benda yang aku ingat dah tak wujud bertahun dulu. Hajat hati nak cari kertas alas kat pantri, tapi dah memandangkan aku jumpa satu benda berharga ni, terus aku rembat sebelum jadi mangsa orang kurang berakal macam aku lima minit sebelumnya.

Tambah celakanya, bila aku nak cari edisi hari ni punya haram tak jumpa. Bangsat mana pulak yang dah sebat buat balut kasut!
Dan untuk sekian kalinya, keterujaan aku untuk membaca akhbar kembali bersinar. Celaka betul! Dah genap seminggu baru aku perasan. Nampak sangat selama ni aku cuma tengok front page je akhbar arus perdana nan satu ni...

30 comments:

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 12:38 AM

moral of the story: lain kali jangan tengok front page jer..kena baca header, promo, tag line, standfirst, quotation, aptions, subhead...semualah...tskk!

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 12:39 AM

*caption

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 7:47 AM

kau pun tau kenapa aku cuma bernafsu tengok front page je. kadang-kadang je aku baca isi, tu pun aku baca secara tak sengaja bila dah bersepah-sepah atas meja. bila aku baca paper hari ni, aku rasa macam nak angkat setu jari tengah... apa-apa pun, utusan melayu ni aku nak simpan je...

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 8:17 AM

biasalah...semua paper cenggitu..ada yg pro membabi buta...ada yg ntah hapa-hapa..ada gak yg balance..randomly..aku baca semua, wajib! Ok gak kau simpan, buat arkib jawi..mana tau esok lusa benda tu akan jadi berharga...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 8:24 AM

agak regret sikit sebab semalam punya edisi tak jumpa... cuma isu-isu dalam ni terlalu biasa, bersifat general. kau punya Didik semalam apa cerita dalam?

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 8:29 AM

ada pelajaran j-Qaf..aku suka gak baca dan teliti..tapi yg best tu sebab ada latihan karangan pendek dalam jawi..aku buat filing..walaupun dah tak sekolah@tua bangka, aku belek gak page tu sebab page BI nya (termasuk yg Jawi) bagus pada aku...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 9:15 AM

berita harian aku tak jumpa semalam, cuma utusan je. kau rasa berapa puluh bulan lagi benda ni dapat bertahan sebagai sisipan?

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 9:23 AM

maksud kau sisipan jawi dalam utusan atau berita harian? tak pasti lah, lazimnya akhbar ni berlumba-lumba nak memenangi hati pembaca..nak-nak lagi kalau ada dua peminat jawi macam kita, musti mereka hargai..hik!

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 9:56 AM

kenyataan yang agak sinis tu, memenangi hati pembaca. pembaca jawi dah berkurangan, jadi lambat laun mereka takkan terbitkan lagi sisipan jawi? selain daripada signage jalan, aku takkan lagi kegunaan jawi. jadi apa guna mereka nak memenangi hati segelintir macam kita ni?

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 10:05 AM

aku yakin ada antara pembuat akhbar ini celik hati dan menghargai jawi..sebab tu berita harian masih kekalkan halaman jawi dan j-qaf..page ni pun dah banyak tahun rasanya dalam akhbar ni..utusan lagi lama...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 10:16 AM

aku cuma menunggu masa entah bila agaknya utusan melayu dapat berdiri sendiri semula seperti dulu, tak perlu lagi menempel sebagai sisipan...

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 10:27 AM

aku rasa x mungkin berlaku..tok sah kata akhbar, magazine jawi mana ada..kalau ada, aku orang pertama akan beli..

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 10:33 AM

Dulu aku peminat majalah humor Gila-Gila, ada ruangan kartun jawi. Ohye, lagi satu kan lagi elok kalau subjek Pendidikan Islam kat sekolah menggunakan tulisan jawi. Aku pelik kenapa tulisan rumi jugak yang digunapakai.

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 10:39 AM

dulu zaman aku, pendidikan islam masih guna jawi..la ni jer guna rumi..itulah dianya penangan menteri pelajaran kita...kalau dia kuatkuasakan jawi dalam bilik darjah..kan ke bagus...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 10:45 AM

perubahan polisi pendidikan seiring dengan berubahnya tampuk pemegang kuasa pemutus. semasa aku sekolah rendah, ustaz aku lebih suka tulis jawi. tapi sekolah menengah, takde sorang ustaz/ustazah pun yang tulis jawi.

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 10:48 AM

aku sekolah agama tiga tahun masa sekolah menengah..memang guna jawi..masa sekolah rendah pun, kalau pendidikan islam, guna jawi..
orang sekarang..kalau nak gubal sistem pendidikan..main taram je, x fikir natijah di kemudian hari...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 10:52 AM

nasib baik aku sekolah agama rakyat dulu, boleh jugak baca kitab dalam jawi walaupun darjah 6 tak lulus dua kali. entah macamana generasi akan datang...

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 11:01 AM

bila aku kenang semula..aku berhutang seluruh kehidupan dengan arwah bapak yg paksa aku sekolah agama..sebab aku tahu baca an tulis jawi walaupun tidak lancar mana..untung kan, perhitungan ibu bapa kita dulu sentiasa tepat, mak bapak sekarang aku tak tahu..kalau aku ada peluang jadi mak, aku akan pastikan anak aku celik jawi..(oopss aku berangan la beb..huhu)

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 11:23 AM

perhitungan mereka yang sentiasa ke hadapan, tapi sering kita salahertikan.

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 11:36 AM

ohh sangat betul..aku suka terma 'perhitungan mereka yang sentiasa ke hadapan' ini..memang ketika itu aku tak faham kenapa dia beria-ia nak aku masuk sekolah agama..dah lah dia kerja jauh masa tu..sekarang aku sedar..dan rasa untung sangat...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 12:08 PM

garam yang banyak mereka makan tidak menjadikan bereka berpenyakit, tapi menjadikan mereka lebih mengerti dunia yang bakal kita duduki.

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 12:13 PM

mereka makan garam asli...menjadikan mereka suluh ilmu walaupun mereka sendiri tidak berpendidikan tinggi..

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 12:20 PM

haha, garam asli. bukan macam kita makan garam sintetik mekdi!

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 12:33 PM

eh aku tak..say no to mcD!..hahahaha..tapi macam mana ya nak mengimarahkan semula keindahan jawi ni..kalau ada duit, aku buat pertandingan ikon jawi.,

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 12:41 PM

boleh buat pertandingan macam tu, tapi jangan terlalu komersil sangat. sampaikan antara syarat pun kena berpenampilan menarik! kalau muka hodoh berjerawat jambu batu dan gigi jongang tak boleh masuk ke?

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 12:51 PM

tak boleh..bukan diskriminasi tapi nak tarik perhatian orang supaya minat dan suka jawi..kena bombastik sket la beb..barang baik, kena guna pendekatan psikologi yang vaszz..hahaha marketing strategik ni..

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 1:21 PM

ah, kau pun sama je macam penerbit mata duitan kat astro tu. hahahaa!!! sikit-sikit rating... last sekali, produk mereka takde beza dengan rancangan nyanyian walaupun tujuan asal nak cari ustazah atau imam...

Lady Windsor Says:
September 6, 2011 at 1:22 PM

hahaha...aku tak buat apa-apa pun...tapi dia orang dah buat..memang alasan mereka adalah rating...walhal..duit dan sen yg masuk ke kocek mereka...

NP Says:
September 6, 2011 at 1:23 PM

penah gakk nampak dalam paper utama tapi lupa newspaper apa...

SynicalMind Says:
September 6, 2011 at 1:30 PM

LW: rating tu rating jugak, tapi kalau semua nak nampak cantik di mata tercapai ke objektif yang sepatutnya?
NP: suratkhabar lama...