Track

| Friday, September 23, 2011 | |
Abang Mus : Kau tau Seksyen 9?
Aku : Tak tau.
Abang Mus : Pusat akuatik?
Aku : Tak tau.
Abang Mus : Hmm, Federal Highway?
Aku : Ha, tau...
Abang Mus : OK, kau lalu Federal Highway. Lepas tol Batu Tiga tu, kau ambik exit kedua yang ada tulis pergi Persiaran Kayangan kat signage. Bila dah exit tu, kau belok kanan ambik pukul 3 sebab kat situ sebenarnya roundabout. Dah ambik pukul 3, nanti kau nampak Pusat Akuatik kat sebelah kanan. Kau terus lagi. Depan sikit nanti kau jumpa satu lagi roundabout, kau ambik pukul 12. Roundabout tu nama dia Bulatan Kayangan kalau kau nak confirmkan tak sesat. Lepas pada roundabout kedua tu kau terus lagi, jangan belok kiri atau kanan sebab kau akan jumpa traffic light. Lebih kurang 1 km kau terus ke depan, kau nampak Concord Hotel kat sebelah kanan. Kau belok kanan kat simpang empat besar tu. Bangunan tinggi yang lagi satu tu la Plaza Masalam.

Aku : Ok, terima kasih bang...

*****

Ringkas, tepat dan padat. Semua direction tu aku terima melalui telefon je. Arahan yang dia bagi pulak mudah aku nak faham. Berbekalkan kuda tunggangan Modenas Kriss biru (dah jual) aku, semua apa yang aku dah save dalam kepala memang sama dengan apa yang ada depan mata aku, sampai moto aku betul-betul parking kat bangunan tu. Itu cerita lebih kurang 10 tahun dulu, masa aku mula-mula jadi orang buta kat sini.

Pada aku, Abang Mus seorang penunjuk arah yang baik, sebab aku tak pernah sesat atau salah jalan tiap kali aku mintak direction untuk ke tempat-tempat yang aku tak pernah pergi.

Macam tu lah jugak dalam hidup kita. Mencari guru, membaca bahan-bahan rujukan atau memerhatikan keadaan persekitaran boleh saja menjadi panduan untuk kita supaya kita tak sesekali tergelincir dari track. Manakala, kita sebagai orang Islam kita dah mempunyai guide yang tepat dan betul untuk kita menjalani hidup ni (al-Quran dan al-Hadith) , tak perlu susah-susah atau memandai-mandai nak ikut short cut.

Eh, entah apa khabar Abang Mus dengan Kak Ana (isteri dia a.k.a. ex-boss aku) dan anak dia yang aku pernah dukung masa baby dulu.

(gambar cilok dari internet)

17 comments:

Lady Windsor Says:
September 23, 2011 at 9:02 AM

Ya lah...sebaik baik panduan hidup, al Quran Dan hadis paling sempurna...

SM Says:
September 23, 2011 at 11:35 AM

sempena hari jumaat ni, sentiasa beringat... (dan juga hari-hari berikutnya).

Mommy Fara Says:
September 23, 2011 at 12:31 PM

Arahan yg ringkas, pendek dan gramatis.

Mcm tu jugak dgn Islam. Pegangan dan penunjuk arah yang ringkas, tidak menyusahkan apalagi membebankan.

...yang membebankan agama itu sendiri adalah pembawanya.

SM Says:
September 23, 2011 at 12:56 PM

...seperti wahyu terakhir yang menyatakan lengkaplah sudah semuanya. kita yang tak cukup memahami sahaja sibuk mencari-cari benda yang memang dah ada depan mata.

Paria Perawan Says:
September 23, 2011 at 2:43 PM

Kadang we miss some 1 yg sebenarnya x perlu lame kita nk kenal but cukup ngn ada 1 benda yg kita belajar from dia yg buat kita ingat sampai mati.

NenetPenne (NP) Says:
September 23, 2011 at 4:03 PM

ada gps kan senang...
section 9..paling senang nak cari untuk orang yang selalu pegi situ..

jom kita makan nasi ayam mandy kat restoran zam2 belakang plaza massalam sec 9 nak?

SM Says:
September 23, 2011 at 4:04 PM

ye, sebentar tapi cukup memberikan kesan...

SM Says:
September 23, 2011 at 4:39 PM

NP:

alamak beb, kalau sekarang memang la guna GPS lebih senang (untuk yang reti guna), tapi zaman tu smart phone pun takde lagi, apatah lagi gadget GPS yang macam sekarang ni. handset nokia butterfly dengan tiga-tiga-seposen pun dah cukup A la tu...

makan? cadangan bernas, kalau ada yang sudi belanja... (emoticon sengih buat muka kesian)

NenetPenne (NP) Says:
September 23, 2011 at 5:10 PM

ooo that time mana ada gps semua bagai..

u tak biasa kawasan sec 9 shah alam ya...

belanja? boleh!!!
belanja diri sendiri... :P

Lady Windsor Says:
September 23, 2011 at 10:54 PM

NP, belanja diri sendiri? Yes...hihi. Hari ni Ada org nyaris nak kena paw cendol tepi plaza masalam tu..haha!

SM Says:
September 25, 2011 at 9:53 PM

NP:

dulu tak biasa sangat2, selalu confuse sebab banyak sangat `rombot' (perkataan lain untuk roundabout kata kawan aku kat fesbuk).

belanja diri sendiri dah selalu sangat beb. dah tak lalu pun. tunggu buddy belanja baru selera sikit.

LW:

siapa yang nyaris tu? beberapa bulan lepas (februari kalau tak silap) kali terakhir aku pekena cendol kat situ, tengah hujan lebat pulak tu. tapi memang mari...

Lady Windsor Says:
September 25, 2011 at 11:50 PM

ntah..siapa yang nyaris ek...last time aku pekena rojak pasembor dan air cendol adalah dua minggu lepas, depan opis aku..

SM Says:
September 25, 2011 at 11:59 PM

adui, ni nampak gayanya memang nak pekena rojak dengan cendol mamak tepi jalan ni!

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 1:11 AM

Ok..oitt rojak and cendol depan opis aku meletopss oo...

SM Says:
September 26, 2011 at 1:19 AM

hahaa.... satu cadangan yang baik. asalkan perkataan `meletup' tu cuma satu metafora je, bukan betul2. aku taknak mudarat nanti perut manja aku ni...

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 8:59 AM

mwahahah..perut manja la sangat..habes tu ko hisap racun, perut ko x marah ek?

SM Says:
September 26, 2011 at 9:03 AM

adoi! (kalau penagih lain mesti ada jawapan. tapi aku tak boleh jawab, benda memang dah salah buat apa pertahankan. adoi aje la)