surat untuk mama

| Saturday, September 10, 2011 | |



assalamu alaikum...

tengah buat apa tu ma? mesti tengah tengok astro prima tu kan? orang saja-saja tulis surat ni walau pun orang tau mama takkan dapat baca surat ni melainkan mama tau apa itu blog. kalau nak hantar sms, rasa-rasa macam tak cukup ruang ni nanti.

yelah, anak mama ni kan jarang hantar sms, nak telefon tu jauh sekali. harapkan mama telefon orang kat sini. lemak betul! mesti mama tertanya-tanya kenapa pulak tiba-tiba orang buang tebiat nak tulis surat ni kan?

bukan apa, bila tiba-tiba tulis surat tumestilah tiba-tiba teringat. tapi mesti ada sebab jugak kenapa tiba-tiba orang teringat kan? macam ni, siang tadi orang pergi rumah terbuka kat negeri hang tuah. kat situ ada banyak lauk. nampak macam sedap-sedap orang tengok. lepas tu ada satu lauk yang mama pun tau memang orang punya kegemaran.

ya, ikan pari masak asam pedas! ramai orang kata asam pedas tempat ni yang paling sedap dalam malaysia. memang betul ma. sedap betul. cuma ada satu yang kurang. kurang sebab lauk ni bukan mama yang yang masak.

orang tiba-tiba rasa rindu pulak kat mama, padahal baru lebih kurang seminggu lepas jumpa masa raya hari tu. tapi masa ttu mama tak sempat masak lauk tu.

pada orang kan, mama punya asam pedas yang paling sedap di alam semesta. tiap kali makan, orang tak makan pakai tangan tapi pakai sudu. orang akan bubuh kuah banyak-banyak sampai bergenang dalam mangkuk (untuk lauk ni, orang tak suka makan guna pinggan) lepas tu suap masuk mulut guna sudu. kalau mama masak lauk ni waktu pagi, orang akan ulang-ulang makan dari pagi sampai malam.

memang tak terucap dengan kata-kata rasa sedap masakan mama yang satu ni. terima kasih ma. orang rindukan mama...

sekian, wassalam...

57 comments:

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 11:45 PM

mak kan..walau jauh mana..tinggi mana, besar mana sekalipun kehebatan yang pelbagai di luar sana...air tangan mak juga yang kita rindu..selama-lamanya...

kau beruntung bila balik kampung, mak masih ada menunggu..
aku rindu mak aku punya masak ikan singgang...tapi dia dah x de..sob!

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:03 AM

eh, apsal kau pun ada entri pasal mak jugak?

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 12:17 AM

ntah..we are buddy kan...sixth sense kot..tapi rasanya aku buat awak beberapa minit daripada entry kau ni..

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 12:19 AM

*awal

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:25 AM

memang la, tapi aku dah start taip sejam setengah awal daripada masa kau publish. hahaaa...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 12:32 AM

Tak kisahlah...beza yg nyata..mak kau always be there when u need her but mak aku always be there juga but I need to visit her every saturday if I wanna talk to her..beza nya lagi, kau boleh telefon mak kau..denga suara dia..tapi aku hanya boleh bercakap..Dan den gar suara aku sendiri saja...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:38 AM

...kau silap, kau juga boleh dengar suara dia.

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 12:45 AM

Peluang begitu don't come often...kalau boleh aku nak sentiasa...aku nak....tapi x boleh...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:56 AM

at least kau masih ada kenangan dengan dia.

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 1:07 AM

...kita semua hidup dalam kenangan...kenangan yang lama kelamaan Akan jadi sejarah dalam lipatan masa..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 1:14 AM

bagi aku, kenangan asam pedas!

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 1:19 AM

Selain asam pedas...musti Ada banyak lagi kan? Kenangan aku x terhitung...antaranya ikan singgang Dan nasi minyak...nasib baik nasi minyak tu aku sempat ambil ilmu...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 1:31 AM

aku tak nak ambik ilmu, sebab ada lagi yang lebih sedap kat tempat lain. dan aku jugak tak nak belajar buat (sebab malas kot), biarlah asam pedas terhebat ni hasil air tangan dia sorang je.

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 1:48 AM

Mungkin juga sebab kau berstatus pemakan, bukannya penyedia dan pemakan sekali gus..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 1:53 AM

hahaaa... betul tu. aku makan segala jenis benda. untungnya fizikal aku kekal macam will smith zaman `prince of bell air'!

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 2:01 AM

Kiranya kau ni tolak batu dan kayu saja lah ya..esok kalau kau datang Windsor...ada jambu BATU, BATANG buruk, pucuk PAKU dan kuih SIPUT, berani makan? Hahaha...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 2:10 AM

ikan parang, tahi itik?

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 2:27 AM

Durian belanda, timun china?

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 2:31 AM

jauh sangat, limau bali pun dah cukup...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 2:41 AM

Oklah..kau ambil buah melaka je lah, boleh?

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 2:44 AM

aku takut buah melaka tu rasa asam pedas je...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 3:00 AM

Then kalau macam tu kau kena ambik Tempe jawa le...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 7:02 PM

tempe jawa? wes entek!

NP Says:
September 11, 2011 at 7:24 PM

aku tahu masak asam pedas
tapi mungkin tak sesedap ur mum
tapi since tak ada orang nak makan asam pedas, why need to cook? beli sajor...

jom kita ramai2 pi pekena asam pedas kat tempat kau suka makan tu...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 7:56 PM

SM sorry aku tak faham bahasa German, aku faham bahasa Perancis jek...haha

NP, bagus tu cadangan pi pekena asam pedas yg SM cakap tu kan..SM..apa lagi...?

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 9:11 PM

LW: bukan german, tapi jawa jepun la!
NP: since dah ada orang yang nak makan ni, ha apa lagi...
LW again: sori beb, aku ni tak berapa gemar makan kat luar kalau dah ada orang yang pandai masak. tempat tu kat rumah kawan aku la, tapi aku tau port mana yang terbaik, tapi kau pergi sorang je la. aku nak rasa asam pedas NP. hahahaa...

NP Says:
September 11, 2011 at 9:40 PM

@SM
tak naklah sebab mak kau masak lagi sedap.. nanti kau compare2 dgn masakan mak kau...ha ha ha...

@LW
jom LW kita pi jalan2 johor rumah SM
pastu kita singgah melaka, seremban.... nanti kita berenti kat mana2, snap gambar senget2... pastu post kt blog, blank kan muka dan mata.... hak hak hak

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:17 PM

NP: terus terang, asam pedas kat melaka tu lebih sedap daripada mak aku punya. tapi asam pedas mak aku penuh dengan rasa kasih sayang, ewah...!
NP thru LW: nak datang rumah aku kena bawak 4wd, standby rakit. tak sampai kalau guna sedan je...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:35 PM

NP: jom sangat...dah meleleh sejak pagi tadi bila baca entry SM ni..mak aihh teringat asam pedas tanjung keling beberapa tahun lalu..

lagi NP: eh cadangan bagus tu, kita buat cuti2 Johor darultakzim...pergi kg Melayu Majidee ke, atau pergi makan soto kat warung haji dollah di batu pahat...tak pun pekena bariani gam...huhu sedap ehh!

SM: haku tak nak asam pedas yg NP masak, haku nak asam pedas yang kau makan kat Melaka tu..kau kena bawak haku dan NP..

SM: kena naik rakit? owhh makkk aku suka...nak!

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:47 PM

tu belum letak gambar, dah meleleh air hidung... asam pedas tanjung kling? ada lagi ke tempat tu?

banyak kenangan aku kat majidee tu...

yang aku makan semalam tu kat open house la. kalau nak jugak tunggu next year.

kalau air pasang kena naik rakit, kalau surut kena merangkak atas selut. ada bran?

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:53 PM

majidee tu beberapa kali aku teresat ke sana tahun lepas...masa tu ada meeting kat kompleks paling femes kat JB, tapi kensel sebab kompleks tu dekat dengan istana dan hari berkenaan adalah hari kemangkatan almarhum Sultan Johor..aku pun pakai putih sebab menghormati pertistiwa...

selut je ke? lebih dari bran...!

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:09 PM

lai chee kang kat stulang sebelah the zone adalah yang terbaik!

selut pada pandangan mata kasar, tapi mikroorganisma yang berhabitat kat dalam tu aku harap kau tak tau apa dia...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 11:39 PM

stulang aku x sempat jelajah..kau bayangkan aku dok dorsett pasir gudang..pagi2 je travel pi apa nama kompleks belakang istana tu?

apa spesies mikroorganisma tu aku x mau tahu..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:47 PM

istana pasir pelangi? belakang tu padang polo beb... tak pun stesen radio best104.

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 11:52 PM

apa nama shopping complex famous kat JB tu? itulah tempat aku meeting..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:55 PM

kalau dekat2 istana takde yang famous. semua kabur semacam je...

NP Says:
September 12, 2011 at 10:53 AM

@SM
u dont have to worry about me and LW...kami suka menda2 yang adventure...

dulu i suka makan sup mamak kat Sg. Seget Johor tapi dah tak ada dah kat situ... suka juga makan mee rebus Haji Wahid kat Plaza Angsana

jom lah kita buat cuti2 johor..kita share2 bayar tol, bayar minyak dan bayar makan...

setakat naik rakit no hal, sebab dulu aku penah kemudikan rakit tu guna buluh panjang kat padang bola kat kampung aku yang mana bila musim tengkujuh padang bola tu akan jadi mcam tasik...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:02 AM

ok, yang penting korang pandai jaga diri.

sungai seget dah jadi legaran seget. cantik masa mula2 siap dulu, dah tak nampak lagi tikus2 bergurau senda dalam air sungai yang serba hitam. tapi sekarang... sigh!

aku nak naik train, trip malam. economy class, tapi nak duduk hirup kopi sepanjang perjalanan.

kalau musim tengkujuh langsung putus hubungan!

NP Says:
September 12, 2011 at 11:14 AM

@SM
dah biasa naik train malam ke johor masa bersama ex dulu.. amik tempat tidor..tak kuasalah nak hirup kopi kat cafe dia tu...

berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak untuk sampai ke kantin dalam keretapi tu...

it was soo much fun masa bersama ex dulu.... harap fun tu datang lagi tapi bersama orang lain.... mungkin bersama kamu berdua...

*tisu please*

NP Says:
September 12, 2011 at 11:16 AM

ayat tak abis...

suppose to write: tak kuasa nak hirup kopi kat kantin tu sepanjang perjalanan.....

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:16 AM

ah sudah, dia dah start mintak tisu. mana LW ni? aku baru ingat nak suggest naik train, tambah adventure sikit.

NP Says:
September 12, 2011 at 3:04 PM

kalau naik train, habis di sana nak jalan2 dengan apa?

dah biasa naik train....tapi memang best...

tisu tak ada, baju kau pun boleh lahhh.....

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 3:17 PM

kau kata nak adventure sangat. kita tinggalkan semua perkara yang biasa kita buat. kereta, teksi, hotel berbintang, restoran sedap. aku nak tetapkan syarat, pengangkutan hanya dengan ktm, bas express atau local bus, hotel budget, makan warung... ada bran? aku memang takde hal punya.

NP Says:
September 12, 2011 at 3:32 PM

haaaa?????? apa???? aku nak separa adventure jer...tak nak fully adventure...

hotel budget??? selamat kah???
kau memang tak ada hal..siapa nak rogol kau wey...

makan warung tu aku tak ada hal sangat janji sedap...

bas express atau local? alooo tolong konsider sikit pada orang tua yer... :P

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 3:34 PM

ok, aku bagi kelonggaran bab accommodation. tapi part orang tua tu... hm, aku ingatkan aku bawak amoi! ceh...

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 7:07 PM

SM n NP: jom..aku ready jer anytime..share2 lah..bajet tak bajet..semua aku boleh..train, bas, teksi..ok jer..eh siyes u ollsss..cepat lah SM...kau jangan tetiba kensel plak...apa kata weekend ni...walaweii aku teringin nak makan soto ayam kat warung haji dollah di batu pahat..jumpa brader rock kat situ..best!

NP: jom gesa SM...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 7:39 AM

nah, tu dia... bahagian excited kita serah kat LW. orang kat sini baru je angan2 sambil mengimbau nostalgia lama.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:33 AM

Aku berpijak di alam reality...mengimbau ni lagi habiskan tisu...baik jadikan kenyataan...aku ni spesies yg practical, bukan teori...boleh? Apa tunggu lagi, cepat beli ticket untuk aku Dan NP, jangan lupa ticket untuk kau sama, kau kan tourist guide kami. O ya, jangan lupa masukkan dalam schedule lawatan ke tanah penghujung benua, tg piai...aku suka tempat tu..piece yg amat! Boleh bercanda dengan alam...mana NP?

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 10:06 AM

tanjung piai aku pergi masa tahap construction dulu, ada restoran seafood atas air dan jugak chalet. sekarang entah la dah macamana rupa.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 11:11 AM

Laa dah Ada chalet ker..tak best lah kalau gitu...aku pergi masa Ada jambatan menganjur ke laut Dan pokok bakau je...aman gila best masa tu!

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 11:17 AM

sekarang dah dibuat tempat rekreasi (sebagaimana yang aku pergi beberapa tahun dulu) dan digazetkan sebagai kawasan perlindungan. ohye, kau naktau tak? tak jauh dari situ ada tempat dinamakan kubu german...

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 12:09 PM

Ok bawak aku Dan NP pergi kubu German tu yek...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 12:18 PM

kalau tak silap aku macam yang kawan aku cerita tu kubu german la. sepanjang susur laluan kayu yang menganjur dari daratan menghala laut (dalam hutan bakau) akan nampak kesan2 kubu zaman WWII dulu.

NP Says:
September 13, 2011 at 4:08 PM

@LW
excited betul u ni
hujung minggu ni tak boleh..masih lagi ada open house yang separa open....

nanti kita plan betul2 yer LW

@SM
nanti jadi tourist guide yer..tourist guide yang baik dan berhemah tau...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 5:31 PM

boleh je jadi tourist guide, janji semua ahli rombongan berbaris dalam keadaan terkawal...

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 9:33 PM

NP: okeh kita plan betul2..musti on punya..jangan tetiba SM off day pulak..

SM: musti kita orang ikut cakap kau punya..komando beb! hik!hik!hik!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 5:16 AM

aku bawak adele aku sekali boleh?