Sadis

| Wednesday, September 28, 2011 | |
Sadis 1 :

Dulu masa aku kerja kat Taman Melawati. Dalam perjalanan pergi kerja, pagi. Ketika kereta aku melalui MRR2 sebelum sampai ke Bandar Tasik Selatan. Aku perasan ada asap keluar dari sebuah Kelisa warna gold. Aku berjaya menghampiri kereta tu dalam kesesakan rutin jalan sebab lorong tengah yang kereta tu lalui agak perlahan pergerakan kenderaannya berbanding dengan aku yang berada di lorong kanan. Bila aku perhati betul-betul, aku dapat pastikan pemandu kereta tu memakai tudung, aku dah lupa warnanya. Semakin dekat, aku semakin pasti yang pemandu tu memakai baju kurung sebaik dia mengeluarkan tangannya sehingga hampir ke siku. Serentak dengan itu mulut di dalam hati aku berbisik, "ah, fuck..." bila jejari runcingnya memetik abu dari puntung rokoknya.

Sadis 2 :

Tengahari, lunch hour kat Larkin Perdana. Masa tu aku kerja kat situ. Lepak minum dengan sekutu aku kat satu restoran sebaris dengan bank. Tengah sedap-sedap minum, mata aku sambil menjamu dirinya dengan merenung sorang awek cute. Rambut pendek ala tomboi. Dari kepala, mata aku turun ke muka. Muka bujur sirih, alis mata halus, hidung terletak kurang mancung. Kemudian mata aku menjelajah turun lagi melihat pakaian yang dia pakai. Aku kira mungkin dia seorang perempuan yang kerjayanya hanya dalam lingkungan bilik berhawa dingin. Atau lebih baik lagi, dia mendapat panggilan `bos' di tempat kerja. Secara automatik lagi, mata aku meluru ke arah celah-celah jari gebunya. Sebaik aku melihat ada rokok menthol terselit kemas antara jari telunjuk dan jari tengahnya, cepat-cepat aku pun ikut nyalakan rokok jugak. Aku tak nak kalah dengan dia. Sambil menyalakan Dunhill, aku berkata pada awek tu dalam hati... "babe, pandai lu hisap!"

Sadisnya mereka di mataku...


Dari tadi aku search kat internet, nak pastikan yang Adele aku bukan seorang perokok...

21 comments:

Lady Windsor Says:
September 28, 2011 at 7:32 AM

so apa kata internet tu? adele ko tu smoking ke tak? aku pun excited gak nak tau pemilik suara husky tu pernah jadi naga ke tidak..haha!

SM Says:
September 28, 2011 at 7:36 AM

tak jumpa... dan aku enggan teruskan mencari. sebab kalau betul dia smoker, maka rasa hormat aku pada dia akan menurun. sama seperti perempuan sadis 1 dan sadis 2 tu. maaf, wanita perokok bukan dalam pemerhatian untuk mendapat sanjungan aku. kecuali seseorang (?) yang sedang dalam `inner war' dan menjadikan nikotin sebagai pelepas tekanan... itu kes lain...

Lady Windsor Says:
September 28, 2011 at 8:00 AM

hmm...aku harap pemilik bibir comel (Adele kau...hihi) tu bebas nikotin...tapi mustahil juga kalau nak kata dia x melakukan...but we never know...

SM Says:
September 28, 2011 at 9:56 AM

cuma seseorang (?) lagi tu aku harap dia dapat gunakan medium lain selain daripada rokok ketika hendak melepaskan diri dari `inner war' tu...

Lady Windsor Says:
September 28, 2011 at 10:02 AM

hmm..aku harap seseorang (?) yang dimaksudkan itu ada alternatif lain untuk bebas dari 'inner war' itu...

SM Says:
September 28, 2011 at 10:26 AM

...dan aku harap jugak aku antara orang yang dapat tolong dia (kalau dia yang izinkan)...

Lady Windsor Says:
September 28, 2011 at 11:18 AM

..aku rasa nawaitu kau tu bagus..musti dia hargai..

Mommy Fara Says:
September 28, 2011 at 11:33 AM

Diskriminasi!

Mcm mana ko bising klu org sibuk cerita tentang HIDUP MELAYU dan terus-menerus ko pertahankan hak bangsa lain....

Begitu juga aku dlm mempersoalkan hal ROKOK!

Kenapa kalau perempuan merokok? Kenapa kalau lelaki merokok? Sedang orang yang bijak berfikir akan tahu bahawa rokok itu pembunuh!

Apa hal kalau perempuan bertudung itu merokok? Apa hal kalau lelaki berkopiah itu merokok? Apa hal kalau perempuan cantik itu merokok? Apa hal kalau lelaki kacak itu merokok kerana bagi aku, kedua gender yang merokok itu tidak lebih dari bodoh yang sebetul-betul bodoh!

Jangan berdiskriminasi kalau kau pejuangkan hal2 diskriminasi spt yg ko pnh cerita dlm entri sebelum nie....

=D

P/S : Aku tidak menuntut hak supaya perempuan juga boleh merokok. Oh, tidak sama sekali kerana aku juga mengutuk perempuan merokok seperti mana aku mengutuk lelaki merokok termasuk suami aku sendiri. Sekian.

SM Says:
September 28, 2011 at 4:19 PM

diskriminasi; dalam mempersoalkan sesuatu isu, aku seboleh-bolehnya cuba mengelakkan daripada dianggap bersikap diskriminasi. terutama sekali perkara yang membabitkan gender atau kaum tertentu (walau pun gender/kaum sendiri). cuma kadang-kala aku lebih suka menekankan kepada sesuatu pihak sahaja supaya aku lebih nampak kesalahan yang kurang ketara tanpa mempedulikan kesalahan nyata pihak yang satu lagi.

entri aku di sini, aku menekankan betapa sadisnya pandangan aku terhadap wanita yang merokok tak kira sama ada dia warak bertudung litup, berfesyen yuna, atau free hair rambut kontot ala tomboi sekali pun. yang penting selagi dia bernama wanita, pandangan aku terhadap mereka tetap tak sama berbanding dengan yang menjauhi asap rokok. ketepikan dulu soal lelaki merokok, sebab aku tak berniat membuat perbandingan buruknya perilaku wanita itu berbanding baiknya perilaku lelaki.

ingat, aku juga (cuba) menolak amalan merokok ini (walaupun aku juga seorang perokok: dalam proses berhenti).

aku cuba untuk menegur dengan cara yang baik. dan teguran ini aku tujukan kepada kaum wanita yang aku amat hormati seperti ibu. pada masa yang sama, aku juga mahu melihat kaum lelaki menjadikan wanita sebagai teladan. bukannya berkata; kalau wanita merokok, kami dua kali boleh merokok. aku sangat-sangat tak setuju!

sekali lagi, dalam apa-apa hal pun aku sangat menentang amalan/pemikiran diskriminasi, cuma entri aku kadang-kala lebih menjurus kepada satu-satu pihak. terpulang kepada pembaca (di pihak yang lagi satu) jika mahu mengambil teguran itu untuk diri sendiri. memang itu yang aku harapkan.

=D

Mommy Fara Says:
September 28, 2011 at 5:10 PM

...tapi entri ko berat sebelah. Kalau kau menolak diskriminasi, kau tak patut cerita benda buruk sebelah pihak saja (perempuan). Sepatutnya hal nie (terutama hal rokok) tak ptt ada prejudis.

Benda yg tak bagus utk diri hakikatnya tak bagus utk semua pihak. Baik lelaki atau perempuan. Aku sgt bengang dgn cerita perbandingan lebih-lebih lagi kalau dikaitkan rokok.

Kalau aku menuntut cerita hak sama rata seperti kenapa perempuan tak boleh kawen 4 dan kenapa lelaki boleh - mmg patut kau atau org lain basuh kepala otak aku. Tapi klu org nak menidakkan apa yg aku cuba nak bangkitkan kat sini - baik lelaki atau perempuan yg merokok sbnrnya sama-sama bodoh, bangang, biol, keldai dan seangkatan dengannya (pttnya suami aku dpt baca apa yg aku tulis kat kotak komen kau nie =p) dan sentiasa sadis di mata pandangan aku mmg org tu pun sama biol gak mcm perokok yg spt menegakkan benang yg basah.

Ok. Habis!

SM Says:
September 28, 2011 at 6:28 PM

(sengih)
...terima kasih atas komen ni. bermakna kau memang betul-betul prihatin.

dan sekali lagi kau masih kurang faham kenapa aku cuma cerita sebelah pihak je. senang kata, aku cuma mahu gunakan satu peluru untuk membunuh dua ekor keldai. keldai kedua yang bersembunyi di sebalik keldai pertama pasti akan mendapat kecederaan yang lebih parah kerana tiada `exit wound'. kalau keldai ni tak mati pun, dia mesti terseksa dek panasnya peluru tu. dan siapa keldai kedua tu? ...tiada dalam entri aku (perokok lelaki).

maaf kalau tersinggung. diambil iktibar, aku akan cuba berlaku adil pada pandangan orang lain untuk lain kali.

..takkan habis.

SM Says:
September 28, 2011 at 6:33 PM

...lupa letak emoticon!

:D

Lady Windsor Says:
September 28, 2011 at 7:07 PM

Mwahaha...adoila fening haku, keldai ada, peluru ada..apa2 je lah...aku pun nak pergi tembak naga ni, sentiasa keluarkan asap beracun je, kena tembak!

NenetPenne (NP) Says:
September 29, 2011 at 4:34 PM

kenapa?? salah ke pompuan merokok?
no lah...

i saw my great grand ma selamba jer merokok rokok daun, siap ajar i lagi cemana nak gulung tembakau dalam rokok daun..

well i tak anti siapa pun yang merokok kecuali budak bawah umur...

SM Says:
September 29, 2011 at 6:08 PM

NP: pasal rokok daun, aku bagi sedikit pengecualian sebab kandungan yang berbeza dengan rokok. dulu masa kecik2 pun aku pernah pau arwah atuk aku punya balut...

aku tak anti perokok, tapi aku anti kelakuan tu (termasuk kelakuan diri sendiri yang masih gagal:masih cuba)

Lady Windsor Says:
September 29, 2011 at 7:22 PM

Apa lak kelakuan peliknya, aku tengok kalu pompuan merokok, pun kepit dengan jari gak sama cam lelaki merokok...ke kelakuan apa ko?

SM Says:
September 30, 2011 at 1:09 AM

bukan pelik, tapi kurang sopan. kadang-kadang aku menyamakan perokok tu dengan seorang yang pengotor...

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 1:38 AM

Perokok sama dengan pengotor? Ya, setuju sangat! Asap rokok tu memang effect pada muka, bibir, tangan, kuku etc...tapi aku tengok perokok tegar kat opis aku, specially pompuan, semuanya lawa siot...mereka ni stop smoking bila pregnant je, tau pulak takut...

SM Says:
September 30, 2011 at 1:45 AM

stop smoking bila pregnant tak guna sebenarnya. sebab racun tu dah sedia ada dalam badan, kemudiannya bersatu dengan sel-sel baru yang membentuk tisu pada baby tu. benda dah sedia ada... pasal kotor pulak, kat mana ada tempat perokok buat port, kat situ la antara tempat paling kotor...

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 7:14 AM

tu la pasal, bila preggy semua jauh daripada rokok, asap rokok pun konon x leh bau...tapi bila baby dah kuar, depa ni cakap sepatah rokok sebatang, cakap sepatah, rokok sebatang...ada tu sama naik dengan laki masing-masing...yang aku nak ketawa tu katanya depa smoking kat opis je..kat rumah tabbleh sebab tamau anak nampak...

NenetPenne (NP) Says:
September 30, 2011 at 12:06 PM

my fren pun smoker tapi pembersih jewww...

kalau anti perokok tak kiralah rokok daun atau rokok tak daun janji smoker..