Penasihat yang menjajah

| Tuesday, September 13, 2011 | |
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini."

“Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

...copy & paste dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-malaysia-tak-jajah-tapi-penasihat-british-pemerintah-sebenar/


**********

Kepala hangguk dia! Apa yang aku faham masa aku tengah tidur dalam kelas sejarah sekolah menengah dulu, sultan-sultan dan raja-raja Melayu telah pun dengan rela dalam terpaksa, menerima kehadiran penasihat British dalam urusan pentadbiran kerajaan dek kerana kesilapan mereka yang terlalu mengikut rasa tamak dalam perebutan harta dan hasil bumi sesama mereka. Oleh itu, untuk menjadi pihak yang menang dan `berkuasa mutlak', mereka dengan bijaknya telah menerima idea genius gerombolan berambut perang dari hemisfera utara sana.

Pada aku, sulatn-sultan dan raja-raja Melayu ni memang telah mendapat didikan sejak kecil lagi bagaimana untuk menjadi pentadbir waima mada antara mereka yang hanya mendapat pendidikan awal dalam persekitaran istana sahaja. Jadi tak timbul soal mereka perlukan penasihat dari kalangan orang luar bagaimana cara untuk mentadbir negara; kecuali la si penasihat tu memang bertujuan untuk menjadi kuku yang mencengkam dan berkuasa mutlak.

Kepada Professor yang belajar tinggi tu, marilah sama-sama kita mansuhkan perayaan menyambut kemerdekaan sebab kita memang tak pernah dijajah. Satu lagi, gelaran paling unggul yang biasa kita ulang-ulang saban tahun kepada allahyarham Tunku Abdulrahman patut kita padamkan juga dari sebarang cetakan bermula buku teks sekolah rendah sampai la peringkat SPM.

Entahlah, apa method yang dia gunakan untuk menentukan sama ada kita ni dulu pernah dijajah atau pun tidak. Mungkin dia tercari-cari kalau ada teks-teks atau perjanjian bertulis yang didokumentasikan dengan lengkap dan terang menyatakan: "Adalah dengan ini, menyatakan bahawa tanah yang di hujung ini bermula dari luar sempadan kekuasaan Siam sehingga ke penghujung air masin di bawah Temasik adalah di bawah jajahan yang mulia Ratu." Macam tu kot?

Dan yang paling penting dan buat aku naik angin, berkuranglah satu hari aku punya `public holiday' dan tukar jadi `pubic holiday". Aaargh, fuck...!

23 comments:

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:03 AM

Yg bernama profesor tu nak menangguk di air keruh sebab sekarang ini sedang kecoh mengenai pemindaan fakta sejarah...mana mungkin dia nak erase fakta lebih daripada 54 tahun bahawa tanah Malaya ini sebenarnya pernah dijajah...terlebih pandai le tu gamakanya. Aku pun marah ni sebab public holiday aku berkurang satu hari kalau betullah kata2 dia tu..

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 8:07 AM

jadikannya sebagai pubic holiday. hahahaa...! aku taknak sentuh pasal kredibiliti atau tahap pemikiran si pengeluar gagasan ni. cuma aku takut dengan kesan jangka panjang pemikiran masyarakat kita pada masa depan secara amnya setelah keluarnya semua kenyataan dari orang2 besar sejak akhir2 ni.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:23 AM

Honestly...aku benci betul dia orang ni...semua nak tunjuk pandai..kenapa tak cakap dia yg membantu Tunku isytihar kemerdekaan. Sejarah nak diubah...ceittt! Dah tentu fakta ini ada dalam perpustakaan besar di Barat...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 10:01 AM

rilek beb, mujur perpustakaan kat sini masih ada lagi yang bernyawa dan mampu menceritakan kisah sebenar. nak kena rajin cari je.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 11:04 AM

Peustakaan sini sudah pasti ada info itu...aku dah relek, baru lepas pekena roti kirai dan air tebu ais...burp!

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 11:10 AM

terbaik la V kita ni teguk ais! ok, berbalik semula kepada barisan. semakin tinggi kedudukan kita dalam masyarakat, semakin besar tanggungjawab kita dalam memelihara seaslian sejarah. that is the fact. macamana dengan kita yang tak mampu berbuat apa2 ni? takkan setakat nak mengomel di ruang2 yang sempit dan merata je?

Mommy Fara Says:
September 13, 2011 at 12:23 PM

Boring!

Kurang mencarut please. Aku skg pejuang menentang kata-kata lucah (hahahaha!)

Dari sibuk cite ape yg da jdk dulukala, baik fokus ape yg kurang kita ada skg nie.

Ape kate kite tubuhkan 1 parti? Parti2 yg ade skg nie seme tak ley pki...kecuali DAP yg betul2 tulus dgn bangsanya sendiri.

Ade berani?

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 12:32 PM

parti baru? boleh, tapi aku yakin ahli yang betul2 mengikut naluri asal penubuhan parti ni cuma tak sampai 50 orang je. yang lain2 tu, cuma bermuka2 konon nak berjuang demi bangsa, membela rakyat, menentang penindasan, bla bla bla... lebih2 lagi bila parti ni dah mula menampakkan taringnya, ramai la nak mengendeng...

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 1:59 PM

SM: aku dah jawab lama dulu..tak boleh buat banyak, buat sikit, x boleh jentik banyak...usha slow slow..kita kan org kecil, kena buat cara kecil2 jugalag but then at least kita menyumbang bukan meruntuh...walaupun dia orang mungkin x nampak tapi kita tahu apa kita buat..

MF: pejuang penentang kata2 lucah? hmmm thumbs up...tapi pagi tadi i dah termencarut berbakul-bakul about TM Bangsat...pu*&^%$#@K...unifi kat rumah memang fcuk! sorry..

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 2:09 PM

aku pulak pejuang bahasa. kata carutan kau tu salah eja la. hahaha...! (gurau beb)

NP Says:
September 13, 2011 at 4:16 PM

tak complete hidup hari ini kalau tak meng*&*&^%...hikssss

tak pernah dijajah? abis tu mat2 rambut blonde tu datang buat lawatan sambil belajar ker???

so maknanya melaka tak jatuh laa ketangan portugis pada 1511 tu?? hoh kalau mcm tu, buat penat je aku hafal tarikh tu sampai la ni... choyyy lorrrrrr

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 5:30 PM

memang choy la!!! nasib baik aku suka tidur masa kelas sejarah dulu. so sekarang aku kena tukar pemahaman; gerombolan rambut blonde tu datang atas jemputan sultan2 dan raja2 melayu atas alasan mempereratkan hubungan dua hala dan hantar wakil rombongan cik kiah ke tanah melayu.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 9:26 PM

pelik aku dengan prof zainal kling ni..buat statement macam bukan prof..

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 5:06 AM

aku tak tau komen (dan tak nak) komen pasal orang yang berbalah pasal isu ni: tapi natijahnya pada orang macam kita ni? daripada yang faham sejarah jadi tak faham, yang tak faham terus jadi pusing kepala!

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 8:27 AM

kan..gitulah pasal, dah elok2 sejarah termaktub, derang memandai nak perbetulkan..cehhhh...pembetulan membawa kehancuran..choiii!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 10:27 AM

kehancuran, kecelaruan, kekeliruan: demi menegakkan idealogi songsang. (hari rabu ni mood aku elok, jadi mungkin tiada kata2 carutan untuk hari ni)

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 10:46 AM

owh mood elok eh...bagus!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 11:44 AM

mood elok, hati tenang, bekerja dalam keadaan terkawal... tiada kata carutan lagi (for now)

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 1:27 PM

today hari aku daydreaming..bulan bintang atas pucuk kayu ara..belum mencarut lagi sehingga kini...thank God..

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 1:43 PM

aku mengaku yang bulan memang mempengaruhi manusia jelmaan vamp.

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 7:14 PM

SM: tau tak pe!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 7:21 PM

emoticon: oh...

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 8:39 AM

emoticon: smile and wink!