nak jentik sikit

| Monday, September 05, 2011 | |
“Sebagaimana saya katakan, tidak sesiapa yang boleh jamin apa-apa. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko, maka duduk di rumah,” kata beliau.

“Kepada siapa-siapa yang miskin kedana tu, jangan sibuk nak meminta-minta itu ini, duduk diam-diam dalam rumah makan siput babi daripada bermimpi nak merasa nasi,” kata aku.

...kita perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi kalau kita ni bukan orang biasa...

19 comments:

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:36 AM

kita tunggu dan lihat apa sambutan terhadap statement yang paling atas tu...tak kena pada dia..boleh le cakap macam tu...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 9:40 AM

entah la beb, kenyataan yang sangat mengecewakan aku. sangat tidak bertanggungjawab. mujurlah kenyataan yang kedua tu tidak perlu diambil pusing sebab dikeluarkan oleh `orang kecil' je. macamana agaknya perasaan waris bila baca kenyataan ni...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:44 AM

aku dengar ada waris nak take action..ada kuar paper rasanya..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 9:52 AM

selepas ini pasti akan banyak pahat-pahat yang cuba mengeluarkan bunyi, sehingga kita terlupa yang arwah perlu sentiasa diingati selalu dengan cara al-fatihah. bukan dengan menuding jari ke kepala sesama sendiri.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 10:03 AM

biarlah bunyi pahat2 tu..yang penting kita buat ikut cara kita..sekali setiap hari bacaan al-fatihah untuk yang sudah pergi dah sentiasa dibuat..kalau x pasti nama sebut si anu dan si polan saja...dan yakin Tuhan mengerti niat kita..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 10:05 AM

aku bukan ahli politik, bukan juga pengkritik kedai kopi. tapi aku juga turut terasa dengan tindak-tanduk segelintir mereka yang sepatutnya jadi sandaran kita dalam menangani isu-isu yang berkepentingan sebegini.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 10:29 AM

..aku rasa sekarang ramai yang menonjolkan diri atas sebab kepentingan peribadi, walaupun di mulut dok cakap 'kita' tapi dalam hati 'aku'..macam pengertian politik itu perlu dalam masyarakat kerana ia boleh menyatukan tapi hakikatnya jadi pecah belah sebab pelaku politik itu yang melacurkan politik..

NP Says:
September 5, 2011 at 10:29 AM

sorry, i blur..citer apa ni?

kata2 beliau tu mcm panas jer... tapi tak boleh lah kata mcm tu... kalau semua dok rumah jer, apa jadi eh? kalau orang yang dah kahwin mesti asyik beranak jer...yelah asyik dok rumah jer... kan...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 10:30 AM

NP: ya! ya! ya!..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 10:48 AM

LW: politik sepatutnya menyatukan, bukan sebagai alat untuk mengekalkan kekuasaan ala firaun.
NP: kenyataan yang dikeluarkan tanpa fikir panjang.
LW lagi: yeah!

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 10:58 AM

SM: tapi itulah senario yang sering aku lihat dan kesan serta sedang berleluasa di tanah airku tercinta ini,..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 11:46 AM

kadang-kadang aku jugak terbabas, terikut-ikut.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 11:53 AM

sekali-sekala..kau tak boleh strict sangat beb..nanti tention!
btw, kita tunggu perkembangan terbaru mengenai kes arwah yang meninggal di Somalia tu ya..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 1:05 PM

LW: jangan lupa, pasti akan muncul watak-watak hero nanti.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 1:20 PM

Macam biasa, hero yg mengangkat dirinya sendiri sbg hero...eh kau x dapat SMS aku pasal jawi software?

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 3:30 PM

tak dapat, masih lagi terkial-kial cari dalam hutan internet.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 4:52 PM

later aku try tanya member programmer luar..musti ada punya..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 5:04 PM

ok, to hear from you soon...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 6:50 PM

ill contact them tonite...kalau ada resolution aku buzz kau..