mari menghisab

| Friday, September 30, 2011 | |

Harga Jualan = RM 6.70/pek

Harga Modal = RM 3.30/pek
Promosi (ruang iklan majalah/akhbar, siaran radio/tv, terbitan flyers) = 23%
Penghantaran (kos bahan api, penyelenggaraan) = 15%
Pengeluaran (gaji pekerja, pembungkusan, penyelidikan) = 35%
Bahan Mentah = 27%

>untung = RM 3.40/pek

Jumlah jualan sebelum promosi = 79 200 pek
>untung = RM 269 280
Jumlah jualan selepas promosi = 93 410 pek
>untung = RM 317 594
>sumbangan kepada badan amal (-RM 0.20/pek) = RM -18 682
>untung sebenar = RM 298 912

>Peningkatan keuntungan = RM 29 632

**************************************************

Pergh...! Aku sekarang tengah membayangkan kalau tiap kali tiba je bulan Ramadhan, aku punya keuntungan mesti naik paling kurang pun dalam RM 20 000. Tapi dengan syarat aku kena pandai gunakan sentimen rasa simpati masyarakat Malaysia ni. Kalau buat bulan biasa memang tak jalan. Biasa la kan. Kena pandai ambil peluang sebaik mungkin.

Bila sebut pasal kebajikan ni pulak, kalau aku bagi RM 0.20 aku punya untung tu kat budak-budak miskin atau anak yatim, bukannya aku rugi apa pun. Makin untung ada la...! Terima kasih atas kewujudan golongan yang kurang bernasib baik ni. Selain dapat beramal, secara tak langsung aku jugak dapat menaikkan jenama ubat gigi aku ni. Biar orang tau company aku adalah company yang mementingkan  kebajikan semata-mata dan tak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik terutama dalam bulan yang penuh barakah ni.

Jadi, sokonglah jenama aku ni, demi kemajuan dunia dan akhirat. Amin...

17 comments:

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 1:30 AM

Ubat gigi cap ketam? Eee... X boleh imejin gosok gigi dgn isi ketam???

SM Says:
September 30, 2011 at 1:34 AM

kat dalam ada sekali berus gigi dari kaki ketam...

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 1:59 AM

Euuu sape pengeluar ubat Gigi ni? Ampun laa aku x beli sebab kennot imejin eh pes isi ketam jadi ubat gigi.. X cara beb!

SM Says:
September 30, 2011 at 2:09 AM

sm industries, perusahaan bumiputera yang terjamin halalnya. mana tau akan datang kita ada ubat gigi, syampu, sabun mandi atau lotion muka daripada pes ketam... yang penting bila kau beli produk aku, kau dapat menderma sebanyak 20 sen. mudah kan?

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 7:08 AM

kenapa la kau pilih ketam sebagai bahan utamanya..mintak hampun beb aku kalau ketam ni aku asyik teringat rebus jer...kalau datang dalam bentuk lain, aku rasa susah nak terima dek akal aku ni...

Mommy Fara Says:
September 30, 2011 at 9:42 AM

Susah woo nak menjual. Nak-nak jenama ketam. Lainlah ketam goreng cili. Pastu letak harga murah. gerenti tak yah bt sale pun.

Kata nak kaya. Kenalah genius membelit! Aparra!

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 10:18 AM

mwahahaha..sorry beb, aku x beli la kot...

NenetPenne (NP) Says:
September 30, 2011 at 12:10 PM

guna isi ketam ker?? are u serius??

SM Says:
October 4, 2011 at 2:14 PM

MF+LW+NP(semua la): haha, korang tak paham ni. sebenarnya crab (bukan crap!) tu cuma aku punya trademark je. point aku kat sini, aku cuba mempergunakan sentimen orang kita yang mudah simpati untuk mengaut sedikit keuntungan. apa sangat la 20 sen tu yang perlu aku bagi kat badan amal berbanding untung yang aku bakal dapat nanti. korang pun dapat beramal dengan cara yang lebih mudah, jenama produk ni tolak tepi dulu. tak payah susah-susah cari tabung masjid. ok tak idea ni?

Fara Says:
October 4, 2011 at 2:47 PM

Aku phm. Nampak tak seloroh aku kat komen atas tu? Nampak kan?

Ko yg tak paham kan?

SM Says:
October 4, 2011 at 3:02 PM

aku membaca dengan kadar lebih laju dalam kesibukan tugas hakiki hingga tertinggal selorohan itu.

oh ye, aku ada terniat untuk membelit. tapi macamana ya? mungkin aku dilahirkan untuk melakukan perkara2 yang suci kot. hahahahaa!!!!

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 3:13 PM

aisehh aku tertinggal ketapi eh..

SM Says:
October 4, 2011 at 3:22 PM

silakan naik, selagi kau masih ada tiket, sangat dialu-alukan.

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 6:13 PM

eh bila nak bagi tiket jelajah JB ni?

SM Says:
October 4, 2011 at 6:17 PM

LW: kalau kirim boleh la...

Lady Windsor Says:
October 4, 2011 at 6:48 PM

hahaha...aku nak pergi BP.,pergi pahat nama batu...

SM Says:
October 5, 2011 at 7:32 AM

pahat nama atas batu? singgah nuor sekali, pekena mee bandung. aku tau satu tempat kat tangkak (luar bandar muar) yang boleh buat kau cirit-birit kalau tak tahan pedas.