makhluk awal pagi

| Monday, September 26, 2011 | |
Awal pagi tadi. Dalam perjalanan pergi kerja. Entah apahal tiba-tiba tekak aku buat perangai. Nak merasa roti sardin mamak pulak. Entah la, aku kalau bab mamak ni follow je sebab setakat ni belum pernah ada pengalaman buruk berkaitan dengan perkataan `mamak'.

Hari masih awal lagi, matahari pun belum menunjukkan samsengnya. Aku pun apa lagi, terus je teringat kat Restoran Rishadh kat Bandar Kinrara 4 yang sedikit masa dulu pernah jadi kegilaan aku tiap kali hujung minggu. Dah lama jugak tak ngeteh sorang-sorang ni.

Memandangkan rutin harian aku yang boleh dijangka iaitu tiba kat ofis sejam sebelum waktu sepatutnya aku punch, apa salahnya aku melencong sikit dan buang masa dalam setengah jam pekena roti sardin. Kalau time pagi-pagi buta kat mamak tu aku rasa tak ramai orang kot. Hari bekerja pulak tu. Lain la kalau hari minggu, memang berlari-lari la pekerja dia ambik order sebab ramai orang.

Lebih kurang jam 6:45 pagi aku punya roti sardin dah standby atas meja, dengan segelas teh tarik sedikit kelat. Trademark Restoran Rishadh ni sejak dulu yang mengamalkan penggunaan susu yang tak keterlaluan. Ok la, kena dengan tekak aku.

Orang memang tak ramai time tu. Cuma empat meja je yang berpenghuni selain daripada sorang pekerja yang tengah tongkat dagu kat meja sebelah aku. Aku rasa dia ni mesti pekerja baru, sebab tak pernah nampak pun sebelum ni...

Kat depan aku, ada sorang lelaki cina berbaju kuning tengah syok layan game kat laptop. Apa kejadah pulak pagi-pagi buta main game kat mamak. Mentang-mentang mamak ni bermurah hati bagi lu cucuk kat soket dia, sesedap rasa je main game. Nak main balik rumah la...!

Hujung sana berhampiran tv jenama mahal pulak ada dua orang budak sekolah yang mungkin ada niat nak ponteng sekolah, sama macam perangai aku dulu tiap kali tiba hari Isnin. Hmm, ada jugak yang ikut jejak aku walau pun tak payah nak ajar sangat buat benda penuh manfaat ni...

...dan ada satu lagi gelagat manusia yang dapat kita lihat secara realiti, aku kira baik untuk kita ambil teladan selain daripada aksi-aksi bodoh saluran Astro Ceria. Di hujung sana, di tengah gelanggang berpagar yang disinari cahaya lampu jalan ada tiga organisma bernyawa bernama manusia sedang menggerak-gerakkan anggota badan dengan teratur dan lembut. Kalau siapa-siapa yang berotak waras, mestia dia tau yang tiga orang lelaki tu sebenarnya tengah ber`tai chi'.

Pergh, bravo! Pagi-pagi buta lagi dah rajin bersenam. Dan pemandangan yang memang tipikal sekali adalah, tiga orang lelaki itu adalah daripada ras yang berlainan daripada aku. Aku sedikit kagum. Walau pun mereka dikenali dengan tabiat pemakanan yang `main taram' je dengan segala macam diet baik yang halal atau binatang haram, tapi diorang tetap jugak rajin bersenam.

Alangkah eloknya kalau pakcik-pakcik kita yang dah pencen (dan aku) amalkan benda ni dan jadikan sebagai rutin harian. Bukannya bila balik dari solat subuh kat surau, terus tuju kedai kopi ngeteh sampai matahari dua jengkal...

Adui... Aku nak follow la!

 Abaikan benda sedap yang ada atas meja tu, tapi setengah jam aku duduk tapi tak dapat tangkap apa nama filem yang ada Michael Clark Duncan berlakon kat Cinemax tu...

Tiga objek yang bertanda bulat itu adalah `makhluk awal pagi' yang aku maksudkan.

10 comments:

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 8:57 AM

haha..aku x boleh nak abaikan hidangan sedap atas meja tu..o ya aku juga nampak lighter biru tu..ini aku sambil makan massino bersulam serunding daging dan secawan kopi 3+1..sambil reply entry ko ni...

SM Says:
September 26, 2011 at 9:02 AM

hahaaa..... diet aku untuk pagi ni dah lengkap. perut dah terisi. mata pulak dah bercuci dengan belajar skil tai chi dari jauh.

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 9:33 AM

Setakat cuci mata je ke, praktikalnya bila ? Jom cycling....

SM Says:
September 26, 2011 at 10:07 AM

jogging?

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 11:05 AM

Jogging aku x minat...terlalu harsh...

Cik Ina Do Do Cheng Says:
September 26, 2011 at 12:40 PM

mana boleh abaikan roti sardin tu .sedap. dah lama tak pekena

SM Says:
September 26, 2011 at 12:55 PM

LW: ok la tu, jogging atau cycling. daripada duduk saje2 kat mamak.

CIK INA: sedap tu sedap jugak kan, tapi bersenam pun lagi sedap... hahaha!

Mommy Fara Says:
September 27, 2011 at 11:43 AM

Jalan kakilah senaman terbaik.

LW - Jalan kaki ley menjauhkan diri dari diabetes!

SM Says:
September 27, 2011 at 11:50 AM

MF: yup, orang-orang urban masa kini hampir semua ada keinginan menjauhi penyakit. tapi tak cukup kuat dek kekangan masa. jalan kaki, jogging, cycling, gym, yoga (eh?)... semua tu perlukan masa (pada mereka)

Lady Windsor Says:
September 27, 2011 at 6:19 PM

yoga haram...