Lim Bo Seng

| Friday, September 09, 2011 | |
Setelah dikhianati oleh ketua dari Parti Komunis Malaya, Lai Teck semasa sedang dalam satu misi di Ipoh, Lim telah berjaya ditangkap oleh tentera Jepun dibawah arahan Onishi Satoru ketika melalui sekatan jalan di Gopeng pada 27 Mac 1944 dan kemudiannya telah dibawa ke ibupejabat Kempeitai untuk disoalsiasat, tapi enggan mendedahkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam gerakan Force 136 walaupun telah berkali-kali diseksa secara fizikal. Selain itu, dia juga telah membuat protes terhadap layanan buruk yang diberikan kepada tahanan perang di pusat tahanan tersebut.

Keengganannya menerima sebarang rawatan telah menyebabkannya jatuh sakit dengan kesan disentri yang teruk pada Mei 1944. Dia akhirnya meninggal pada awal pagi 29 Jun 1944 dan mayatnya dikebumikan di satu kawasan belakang pusat tahanan Batu Gajah di dalam kubur yang tidak bertanda.

Selepas kekalahan Jepun, isteri Lim iaitu Gan Choo Neo telah diberitahu tentang kematian Lim oleh seorang paderi dari Sekolah St. Andrew. Gan kemudiannya telah berangkat bersama-sama anak sulungnya untuk menuntut jasad mendiang suaminya.

Jasad mendiang Lim tiba di stesen keretapi Tanjong Pagar, Singapura pada 7 Dis 1945. Pada hari yang sama, jasadnya telah dibawa oleh para pegawai British dan beberapa ahli perniagaan terkemuka dari stesen ke Kilang Biskut Hock Ann, Upper Serangoon Road melalui Armenian Street. Seterusnya, pada hari itu juga sebuah memorial telah didirikan di Perpustakaan Tong Teh, Persatuan Kuomintang, Singapura.

Upacara pengebumiann secara rasmi telah diadakan pada 13 Jan 1946 di Dewan Perbandaran untuk mengenang kematian Lim. Jasad Lim pula telah dipindahkan ke tanah perkuburan di MacRitchie Reservoir dan menerima penghormatan tentera sepenuhnya. Lim Bo Seng kemudiannya telah dianugerahkan pangkat Mejar Jeneral oleh Kerajaan Nasionalis Cina.

...cilok dari Wikipedia.

Tan Chong Tee (kiri) sedang menyengetkan badan
ketika memerhatikan Lim Bo Seng (kanan)
bergaya di hadapan kamera.

**********

Aku tiba-tiba teringat dengan drama bersiri bertajuk The Price of Peace (tahun bila, aku tak ingat tapi tahun 1997 menurut Wikipedia) masa aku tengok drama tak berapa best stesen tv negara jiran kita time raya hari tu. Dalam drama tu, watak lelaki cina ni diangkat sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan di Singapura. Ok la, tak nak cakap (taip) lebih-lebih, banyak yang bermain dalam kepala lepas aku tengok (tonton) episod akhir drama tu. Hmm...

35 comments:

Mommy Fara Says:
September 9, 2011 at 10:37 AM

Hairankan? Hero pejuang kemerdekaan yang dilaung-laungkan Singapura adalah bangsa Cina. Mereka tak terlalu sibuk bercerita tentang pejuang Singapura (yg ketika itu adalah di dalam tanah jajahan Tanah Melayu dan Malaya) berbangsa Melayu atau India (India mungkin kurang mendapat publisiti kerana mereka antara bangsa terakhir jejakkan kaki di Tanah Melayu dan hidup mereka ketika itu adalah sebagai hamba estet British)...

Same goes to Malaysia. Asyik sibuk cerita tentang hero pejuang kemerdekaan yg rata-rata terdiri dari bangsa Melayu.....

Hidup nie umpama roda. Klu UMNO pegang Msia, of cos mereka angkat cite perjuangan UMNO. Klu PAS pegang Msia, of cos mereka angkat cite perjuangan PAS. Klu DAP pegang Msia, of cos mereka angkat cite perjuangan DAP. Klu Anwar Ibrahim pegang Msia, of cos mereka angkat cite perjuangan org tua tu dr dulu hingga dia berjaya pegang Msia...

Pusing-pusing, situ jugak jadinya...takpun,

Pi Mai Pi Mai, Tang Tu jugak kan?

SynicalMind Says:
September 9, 2011 at 10:55 AM

ya, memang jugak tu...
sesiapa yang memegang kuasa veto, dia berhak mengangkat sesiapa sahaja sebagai hero demi menampakkan mereka adalah pejuang sebenar oleh generasi depan. kalau di sini juga, aku tak rasa tunku atau dato' onn sahaja yang dianggap bapa kemerdekaan atau pejuang yang membebaskan tanah melayu, tapi tahukah kita siapa orang yang membawa masuk dato' onn ke arena politik sehingga menjadi menteri besar johor dulu? ramai yang tak tau kan... tak mustahil juga idea dan semangat dato' onn tercetus hasil daripada pemerhatiannya kepada situasi penindasan dan penentangan bangsa lain selain melayu.

Mommy Fara Says:
September 9, 2011 at 1:54 PM

Wow! Lepas alkisah Mat Sabu dok ungkit balik psl kisah Mat Indera, hero di hati....semua org pun dok sibuk cite dan cari2 siapa hero sebenar pejuang kemerdekaan. Walhal, cite nie dah bertahun lama lepas bebas.

Bagus gak. Dari org tatau pape terus terbukak mata. Dari bebudak asik sibuk ingat Justin Bieber, baik diorang igt sape tokoh kemerdekaan yg sebenar-benarnya.

Komen utk komen ko kat atas, senang cite mcm nie le. Siapa yg outstanding, die le yg nampak di mata kite seme.

Cth le...ko ketua darjah. Sebelum ko ketua darjah, takde sape pandang ko. Tp aku beria lak kenen kat bebudak ngan cikgu suh ko jdk ketua darjah. Pastu ko pun jdk le ketua darjah. Dah jadik ketua darjah, mcm2 la pulak idea hebat ko dok canang kat cikgu. Walhal, sebelum ko cite idea ko tu kat cikgu, ko mtk pandangan aku...bernas ke tak bernas. Nama dpt kat sape? Tentu2lah ko sbb ko ketua darjah. Aku nie sape je lah kan? Budak hingusan je. Sape yg tau dan nak amik tau?

Fitrah manusia kan? Kenapa sibuk nak cari sape perjuangan kemerdekaan yg sebenar2nya? Bagi aku, yg lepas tu lepaslah. Apa yg penting, pertahankan kemerdekaan. Bt pe le nak ikut bontot org yg nakkan nama, kuasa dan kaya? Kite mcm nie gak. Bgn pagi. Pegi keje. Balik keje. Tido.

Aku rs la kan....kite nie sbnrnye dah tatau nak bt pe.....

SynicalMind Says:
September 9, 2011 at 2:27 PM

kau akan jadi hero kalau:
SATU: kau ada kedudukan dan semua pandangan kau walau sebodoh mana pun diterima oleh kebanyakan dan efeknya tak sebesar mana.
DUA: kau bukannya sesiapa tapi telah melakukan sesuatu yang besar sehingga kebanyakan orang bersepakat (diulangi, bersepakat) mengangkat kau sebagai wira, juga walau pun tindakan kau tu akan memburukkan masa depan orang lain.
...ok, kita memang tak perlu sibuk-sibuk mencari siapa hero sebenar. dengan keadaan kita yang `tak tau nak buat apa' ini lah yang buat kita sesat dan perlu mencari satu TITIK MULA. mencari petunjuk, ketepikan sebentar soal mencari tuhan sebab zaman yang penuh material ni kebanyakan kita akan percayakan tuhan melalui mata kepala, bukan mata hati....

NP Says:
September 9, 2011 at 3:10 PM

ni berbalik pada citer MF

masa kat uni dulu, this girl before jadi ketua, baik dgn kitaorang..and she is nobody...budak2 top memang tak kawan dgn dia

tapi bila dah jadi ketua, pergghhhhh kitaorang dilupakan..pastu budak2 top pulak yang jadi kawan dia...yang pada asalnya memandang dia dgn sebelah mata... apa2 yang ketua tu cakap, follower semua ikut walhal dulu, dia cakap sorang pun tak amik pot..

tu lah dunia kan...

SynicalMind Says:
September 9, 2011 at 3:27 PM

NP: itu fenomena biasa dalam filem hollywood. dia dah join geng hot chick!

NP Says:
September 9, 2011 at 4:15 PM

yelah i dulu tak hot chick... :P
tapi dia join hot chick pun dia still tak hot chick...

mana LW?

SynicalMind Says:
September 9, 2011 at 4:22 PM

mungkin LW sedang berhibernasi sambil tertunggu2 mr drac...

Lady Windsor Says:
September 9, 2011 at 6:54 PM

uikss...siapakah yang menyeru2 nama aku di sini...pengsan satu hari...ni baru ingat dunia...korang busy eh hari ni?

SynicalMind Says:
September 9, 2011 at 11:21 PM

belum apa2 dah keluar topik!

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 12:35 AM

Trademark aku...rimas dok dalam barisan, ko lain le komando..hik!

SynicalMind Says:
September 10, 2011 at 7:10 AM

buat penat je aku cari gambar lim bo seng ni posing...

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 7:43 AM

handsome apa dia posing cenggitu..hik!

SynicalMind Says:
September 10, 2011 at 8:16 PM

yang mana satu, yang sengetkan badan tu ke...

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 8:40 PM

yang x senget pun ok gak..i think these style is quite common during those day..macam gaya kalau posing kat studio, musti bapak berdiri, mak duduk, anak2 dok belakang kan...(haku sengaja kuar baris..pengaruh V)

SynicalMind Says:
September 10, 2011 at 8:55 PM

untuk foto keluarga yang formal macam tu, kedudukan dan pose tersusun secara automatik mengikut senioriti. cantik tu. tapi kalau foto keuarga yang candid pun cun jugak. macam2 kelaku.

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 9:07 PM

kan..kalau tengok pic zaman2 mak kita dulu..kalau posing memang seposen je stylenya..tapi cara lim bo seng dan tan chong tee ini adalah sekeping gambar yang berbicara sendiri pada pandangan aku...posisi mereka seolah mahu berhadapan, tetapi tidak..ada persaingan antara diri kedua-duanya..ada ego yg cuba ditonjolkan..

SynicalMind Says:
September 10, 2011 at 9:22 PM

ha'ah, ego yang ditunjukkan dalam cara tersendiri. agak tersembunyi melalui gerak kepalanya yang sedikit ditundukkan tetapi agak mendada sedikit. senyum pun agak dibuat-buat berbanding chong tee yang bereaksi lebih natural. boleh ke aku katakan ini foto separa candid?

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 10:08 PM

boleh..candid yg terkawal..kedua-duanya berbicara melalui body language..meskipun dalam satu kumpulan tapi persaingan tetap ada..

SynicalMind Says:
September 10, 2011 at 11:31 PM

mungkin masa tu mereka tau, imej yang terakam barangkali akan ditatap sehingga seratus tahun kemudiannya.

Lady Windsor Says:
September 10, 2011 at 11:47 PM

ya..mungkin juga si perakam mempunyai perkiraannya sendiri..kita yang ada pun menilai dari pelbagai sudut...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:02 AM

tu yang aku kata, orang dulu dalam membuat sesuatu tu akan melihat masa hadapan.

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 12:21 AM

yerp..banyak tidak dirancang tapi sebenarnya mereka adalah perancang yang baik..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 12:39 AM

serta perakam peristiwa yang baik.

NP Says:
September 11, 2011 at 11:51 AM

let us posing mcm ni instead of posing ala2 mcm nyanyi lagu negaraku..

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 5:37 PM

Bergaya gak kan posing macam ni...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 7:03 PM

aku andaikan salah seorang daripada kalian akan bergaya badan senget macam chong tee (sambil angkat kening). hahahaaa...!

NP Says:
September 11, 2011 at 7:25 PM

let it be me...
tapi make sure crop bahagian muka i tau... ha haha....

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 7:57 PM

Mwahaha...aku Akan pakai topi , muka musti selindung beb...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 9:13 PM

NP & LW: mana boleh cover beb. ni untuk tatapan enam generasi lagi! nanti anak cucu kita akan perdebatkan foto tu, "kasim, kau tengok gambar dua remaja perempuan belasan tahun ni. bombastik kan?"

NP Says:
September 11, 2011 at 9:43 PM

@SM
belasan tahun? kau perli kitaorang eh??? not good not good... ha ha ha..

kat blog, kena crop laaa... aku tak nak glamour...aku tak nak penat jari kena sign autograph...:P

@LW
u pakai topi, i posing belakang...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:19 PM

NP: bunyi perli, tapi jauh di sudut hati aku memuji kebaya amoi yang korang gayakan, saling tak tumpah macam amoi 60 tahun kemudiannya. hahahaaaa...! (sori, melawak je beb)

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:38 PM

NP: SM memang perli kita..jom posing senget...class apa!

SM: owhh kau perli kamiorang...i sware kau nanges tengok kami dalam kebaya...i sware!

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:48 PM

ye, aku menangis terharu tengok stiker gajah kuala gandah... (eh, silap entri)

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:55 PM

tongue emoticon untuk kau! saja je...