dua dunia

| Monday, September 12, 2011 | |
(snap guna handset cabuk, sebab tu kualiti sampah)

HERMAN: mas, lu kagak puasa hari ni?
BUDI: gila lu! unggah gue puasa... tingkat delapan belas gue belum sudahin plasternya!
HERMAN: abis, gue kagak lihatnya lu sahur. sarap jugak enggak.
BUDI: uangnya udah abis buat antar belanja sekolahan adik gue sana.
HERMAN: ooh, ya kita sama dong... gue jugak udah keputusan uang.
BUDI: terus, gi mana?
HERMAN: air paip juga banyak, bisa hilang dahaga.
BUDI: makan?
HERMAN: ya apa lagi, gue puasa makan dong!
BUDI: hahahaaa....!

**********

Sumpah, aku tak dengar langsung apa brader-brader indon dengan mat-mat bangla kat bawah tu dok sembangkan. Aku agak je.

Pagi tadi tengah jalan nak pergi lepas hajat kat toilet ofis X, entah kenapa tiba-tiba Tuhan menggerakkan saraf kat leher aku supaya menoleh ke sebelah kanan. Padahal ruang kat kanan tu bukan ada apa pun selain sofa buruk yang nasib baik takde pijat dengan dihiasi kesan tumpahan air kopi dan titisan air liur basi bertahun-tahun dulu.

Sekilas aku menoleh, aku ternampak satu pemandangan yang amatlah kontra. Mungkin pada kita (dan aku selalunya) ini biasa je. Sekumpulan pekerja asing yang baru sampai site duduk berlonggok menunggu arahan pak mandur. Ada yang `nongkrong' atas hydrant, ada yang bersila atas kerb jalan sambil sedut rokok balut. Tak kurang jugak ada yang tengah korek hidung sambil pandang tingkat lapan takut kena skodeng ketika melakukan ritual nikmat tu.

Sekumpulan manusia yang kita jarang peduli kewujudan mereka kecuali apabila ada beberapa kali menteri bercakap pasal isu pekerja asing. Jangankan kewujudan mereka, kematian mereka pun kita tak ambil kisah; ada satu mayat terbujur kaku di tepi highway selepas dilanggar lari oleh seekor  pemandu kancil takde otak dan orang ramai yang lalu-lalang bercakap, "ha tula, lintas highway macam ayam kampung, mati sia-sia je...".

Di satu sudut yang jauh pulak, terdapat dua monumen hebat yang jadi mercu tanda kepada pusat pentadbiran pemerintahan sebuah negara yang sentiasa dalam keadaan `tegang dalam tenang'. Ramai antara kita akan bercakap bangga setiap kali memandu melepasi monumen-monumen tu atau sekurang-kurangnya berbisik dalam hati, "gila babi punya kerja, entah siapa la arkitek yang design menatang ni. cantik siol!"

Tanpa kita sedari, kita tak pernah kisah entah berapa banyak peluh manusia seperti Herman atau Budi tu dah menitis atas campuran mortar atau entah berapa kali darah mereka menitik dari dahi dek kerana jatuh terjelupuk tersadung besi keluli.

Aku pasti, orang-orang macam ni takkan dibenarkan masuk ke dalam bangunan yang banyak memerlukan mereka berkorban. Bukan setakat berkorban kasih sayang sebab terpaksa melupakan hasrat melihat anak membesar depan mata atau melihat anak-anak habiskan pengajian di SMA sana, malah mereka juga terpaksa berkorban rasa kenyang.

Aku bukannya apa pun, takde la pulak nak tengok mereka tu sesuka hati berkelakuan macam tak sedar diri atau mahu melihat percampuran antara dua darjat manusia sewenang-wenangnya. Atau pun nak tengok mereka mendapat pujian menggunung sebab dah bagi sumbangan yang tak terlihat.

Cuma, pagi tadi mata aku terlihat perbezaan dua kelompok objek yang mana objek pegun rekaan manusia mempunyai kelas yang lebih tinggi di mata sesetengah manusia lain berbanding objek bernyawa hasil kebijaksanaan Maha Pencipta. Sangat ironi kan?

(gambar cilok internet. gila ke apa aku nak pergi mesir!)

...entri ini ditulis (taip) selepas pekena roti bakar dengan teh tarik disulam dengan Winston Light tadi.

19 comments:

Mommy Fara Says:
September 12, 2011 at 10:59 AM

Err, baru je terpk psl pendatang Indonesia dan Bangla yg cari rezeki kat sini Sabtu lepas.

Bila negara sini sengsara nak mencari rezeki, maka berduyun mrk dtg ke negara kita demi membina banglo indah di sana. Sanggup lupakan makanan mewah dan hanya mengalas perut dgn megi dan telur janji sebahagian besar duit dpt dikirim ke sana. Aku tak pnh anggap mereka pengacau atau menyemak pandangan mata (melainkan yg tak sedar diri dok menyamun atau merompak kat negara org)...

Paling aku tak boleh terima bila 999 gah menayang serbuan polis terhdp PATI....entahlah. Kesian. Dtg sini hanya utk mencari rezeki. Tapi diaib di negeri org mcm tu sekali.

NP Says:
September 12, 2011 at 11:10 AM

yang i geram, datang malaysia berduyun2 tapi sempat lagi cakap gayang malaysia..

tapi ada juga yang datang membawa anasir dan budaya yang tidak baik ke sini...

biasalah setitik nila abis rosak susu sebelanga...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:12 AM

aku respek dengan kegigihan sebahagian besar mereka yang berkorban segala, semata-mata nak cari rezeki halal kat sini.

yang datang ke sini ada dua jenis kepala. sama ada dengan niat baik dan mencari rezeki semata ATAU mencari kekayaan dengan berniat jahat.

aku tak suka 999! tapi kadang2 kena tengok jugak. suck!

pada aku, tiada garisan sempadan yang memisahkan bumi Allah ini sebab rezeki yang tuhan sebarkan adalah untuk semua umat.

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:13 AM

NP: simpati pada susu yang dicemari dengan titisan nila tu. apa komen kau pasal perbezaan kelas antara dua objek pegun dan bernyawa tu...

NP Says:
September 12, 2011 at 11:18 AM

kena komen ke? aku sebenarnya tak faham kalau ayat2 bahasa tinggi ni sebab aku guna bahasa pasar jer

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:19 AM

kena komen, baru la kau reti berbaris sikit. kalau tak, asyik tersasar laluan je.

NP Says:
September 12, 2011 at 12:38 PM

ciptaan tuhan tu memang lah kita selalu memuji tapi bila manusia yang kerdil ni dpat bina sesuatu yang gah, tentulah nak terpuji jugak

dua dunia..wahhhh mcm tajuk lagu siti noorhaliza jer...

dua dunia dan dunia kita adalah berbeza...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 1:22 PM

kita sering mengagungkan objek hasil kebijaksanaan manusia, sedangkan kita terlupa memuji Yang Maha Bijaksana.

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 11:14 PM

aku kagum dengan kejadian Tuhan! kita diberi akal, berdarah, ada tulang, berkulit dan beranak...dulu2 masa aku kecik aku selalu fikir macam mana manusia mengeluarkan manusia kecik yg lain..(err aku masih dalam topik kan?)

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 7:36 AM

(belum keluar topik lagi) tapi kekaguman kau pada kebesaran tuhan tu dibayangi pula dengan ketakjuban manusia terhadap objek rekaan manusia yang lain.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:06 AM

Entahle manusia ni..(cheewahhh macam aku ni android dari planet lain...ekekeke) ada ke patut kagum sesama manusia, walhal Ada benda lain lagi yg lebih perlu dikagumi...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 8:08 AM

sehingga akhirnya sesama manusia diperkecikan.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:25 AM

Mereka anggap macam Tuhan x wujud...sebab tu masing2 nak tunjuk terer, kagum sesama sendiri...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 10:03 AM

aku pun sebenarnya kagum jugak dengan idea-idea genius pasal penerapan seni dalam pembinaan monumen2 hebat dunia, pada masa yang sama jugak teringat: kalau manusia yang berupa makhluk ciptaan pun boleh buat rekaan seindah itu, inikan pulak yang Maha Pencpta.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 9:29 PM

Allah bagi akal untuk manusia membina sesuatu yang memberi manfaat juga untuk manusia tapi kenapa kebelakangan ini banyak yang dibina runtuh...kita renung2 kan...musti ada yang tak kena...binaan dulu mana ada runtuh, kecuali diruntuhkan oleh tangan manusia...binaan la ni..sedang sedap-sedap mamak indon plas simen, tetiba runtuh...

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 5:14 AM

RUNTUH, pada aku:
1) dulu: begitu kukuh sebab melihat pada bahan binaan yang padu/solid dan kualitinya sangat asli. ditambah pulak si pembuat/perancang mesti mengambil kira faktor persekitaran semasa proses pembinaan serta kesan jangka panjang terhadap perubahan sekeliling dan jugak kesan alam terhadap binaan itu sendiri. jadi bila dah campur tulak darab bahagi, itulah binaan yang kita dapat lihat sekarang.
2) sekarang: kita sentiasa memperbaiki dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh binaan terdahulu dengan bantuan teknologi, ambil kira faktor alam, bahan binaan yang terbaik sesuai dengan kos dan bla bla bla, tapi tetap runtuh jugak. mungkin tuhan nak tunjuk, supaya kita sentiasa ingat ciptaan kita ni memang tak pernah sempurna, pasti akan ada cacat celanya.

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 8:31 AM

Satu: ya..orang dulu2 kalau nak buat kerja, ibarat kata mereka ukur banyak kali, potong sekali jadi barang x rosak
Dua: orang sekarang ukur banyak kali, potong pun banyak kali..penyudahnya hasil x sempurna

tapi x boleh juga nak salahkan mereka..aku yakin setiap individu yang terbabit, engineer, arkitek, tenaga buruh, musti nak yang terbaik kan..tapi kalau Tuhan nak jadikan ketidaksempurnaan terhadap binaan manusia, pasti jadi. Wallah!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 10:25 AM

LW: ok, ketepikan dulu soal `kun fa ya kun' itu. penggembelengan tenaga dan fikiran antara arkitek, engineer dan tenaga buruh tu pasti akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan, kalau setiap mereka berpegang pada prinsip dan etika kerja yang betul. bukan `main tipu' dalam melaksanakan tugas.

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 10:37 AM

...tapi ada gak yg tipu kan...payah nak cakap la beb...tu yg ada runtuh sana sini...