di hujung ceruk dapur

| Wednesday, September 14, 2011 | |
"Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya tetap ke dapur jugak..."
  

Pada aku, kata-kata di atas ni mempunyai significant yang berbeza bergantung kepada bagaimana si penderngarnya menerima. Bagi sebahagian golongan wanita yang berfikiran skeptikal dan agak seksis, mereka pasti tak akan menerima dengan terbuka malah akan menganggap kata-kata di atas sebagai salah satu penghinaan dan merendah-rendahkan martabat mereka.

Cuba bayangkan, setelah penat lelah selama bertahun-tahun memerah otak dan menitiskan keringat sehingga berjaya memperolehi penghargaan dalam bentuk gulungan kertas yang lebih bernilai daripada matawang, akhirnya tempat yang layak bagi mereka adalah di hujung ceruk dapur!

Satu penghinaan tu...Seolah-olah segala pengorbanan mereka selama ni tak dihargai sama sekali. Kenapa mereka sahaja yang layak berada di dapur bergelumang dengan hanyir ikan, pedihnya bawang atau pijarnya lada sedangkan pesaing mereka daripada gender yang berlawanan diberikan tempat yang istimewa?

Dengan pengetahuan dan kebijaksanaan yang mereka ada, mereka sepatutnya dibenarkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing mereka itu. Bukannya terbongkok-bongkok berkhidmat untuk orang lain...!

Ops, nanti dulu... Kalau diikutkan hati yang membara, semuanya akan menjadi lebur terbakar dek kerana kita tidak melihat sesuatu itu dari beberapa sudut pandangan yang berbeza.

Kalau kita menganggap kata-kata di atas sebagai menghina semata-mata, kita takkan terjumpa apa maksud tersirat yang sedang elok terkait sama oleh orang-orang dulu. Aku lebih senang melihat kata-kata menghina sebagai suatu yang bertujuan membina, bukannya bersifat menghancurkan.

Dalam diri wanita, ada dua ciri yang aku tak rasa dapat ditandingi oleh lelaki walau sehingga beberapa detik sebelum waktu kiamat sekali pun iaitu: melahirkan dan menjadi ibu. Tak mungkin seorang lelaki mampu melahirkan anak (melainkan dengan izin Allah sebagaimana Maryam mengandungkan Isa tanpa bapa) seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bermula dengan menyusukan: kecuali Arnold Schwarzenegger dalam filem Junior! Memang ciri yang satu ni tak mungkin dapat diukur dengan apa-apa peralatan pun untuk menandingi kehebatannya.

Kembali ke dapur, ramai antara kita yang begitu gemar dengan masakan ibu walau hampir setiap daripada kita mempunyai restoran kegemaran sendiri tak kira semewah atau semurah mana pun. Tapi bila berbalik kepada makanan yang paling kita ingati, masakan ibulah yang sentiasa terlintas dalam kepala otak kita. Hasil dari air tangan yang sepasang itulah yang telah membesarkan kita.

Sesungguhnya, dapur adalah salah satu tempat di mana wirawati kita ini menumpahkan segala kasih sayang terhadap orang-orang disayangnya. Jadi, walau sebesar mana pun gulungan pengiktirafan kita (wanita) dalam pendidikan, tapi apabila kembali ke rumah dapur adalah tempat yang paling ideal untuk berkreativiti melalui masakan.

Jangan lupa, bukan setakat anak-anak je tapi suami juga akan turut terikat sama...

33 comments:

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 8:25 AM

yess..kau dah iktiraf wanita sebagai wirawati..
totally agreed with u..memanglah kan wanita memang strong..balik rumah, terus masuk dapur prepare food untuk family..tak campur kerja rumah lagi..tak campur kerenah anak dan suami lagi. Walau penat macam mana sekalipun, makanan tetap terhidang rapi atas meja...(tribute to arwah mak aku juga, never failed to feed us dengan masakan humblenya tapi meletopss)

okeh, belajar tinggi2 tapi akhirnya ke dapur juga..i like this phrase...forever. It balancing womens life actually, memasak adalah rutin wanita, tak kira di pelusuk dunia mana sekalipun, aku tak percaya kalau ada wanita kata dia tak pandai masak..hatta goreng telur mata kerbau sekalipun, it called masak juga kan!

oowh man..aku suka terma kau yang ini: Sesungguhnya, dapur adalah salah satu tempat di mana wirawati kita ini menumpahkan segala kasih sayang terhadap orang-orang disayangnya. (Aku memasak dengan naluri, macam MF juga..walaupun x sedap tapi penuh kasih sayang...hik)

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 10:43 AM

ok, cuba kau bayangkan: kita ada seorang ibu yang berpelajaran tinggi, sangat patuh pada agama, tak pernah abaikan tanggungjawab menjaga keperluan suami, membesarkan anak2 dengan sempurna... tapi bila bab memasak dia akan kata: aku sudah berikan secukupnya kepada keluarga, melaksanakan suruhan agama, jadi dapur adalah satu daerah yang asing pada aku bukanlah sesuatu kesalahan. asalkan semua orang bahagia. bam...! kita telah hilang suatu ciri yang sentiasa mengingatkan kita akan dirinya lebih2 lagi apabila dia telah tiada. kita tiada masakan kegemaran ibu, dapur di rumah juga kelihatan sentiasa kosong dan tiada memori manis langsung...! sekali lagi, aku menekankan dapur adalah satu teritory eksklusif untuk wirawati ini.

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 11:03 AM

yes..dapur simbol keunggulan wanita pada aku..kasih sayang banyak tumpah di situ. dapur juga jadi lokasi pupuk kasih sayang sebenarnya...

NenetPenne (NP) Says:
September 14, 2011 at 11:20 AM

tapi pepatah dulu2 memang mcm menghina orang pompuan seolah2 orang lelaki tak masuk dapur..

masa berubah, tanggapan juga berubah, sekarang ni lelaki ramai masuk dapur...bukan setakat cari makan, masak pun ada kan..

aku..masak jugak walaupun kadang2..dan aku tetap ada peminat aku sendiri walaupun cuma masak air... muahahahaa....

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 11:43 AM

dominasi lelaki dalam bidang masakan nampak ketara sekarang ni, tapi masakan rumah adalah hakmilik mutlak ibu (walaupun kadang2 ayah pun hebat memasak)

Mommy Fara Says:
September 14, 2011 at 12:27 PM

Betullah. Belajar tinggi tp tetap ke dapur. Bukan secara paksaan. Tetapi rela hati.

Aku nak anak aku mcm bapak die. Asik rindukan masakan mak sendiri. Dan aku pun nak anak aku rindukan masakan aku nanti. Hehehehehe.....

Mak aku adalah wirawati yg sbnr2nye. Dan ayah aku adalah adiwira di hati. Sob..sob...tiba2 sayu hati cite psl org tua.

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 12:55 PM

you see? betapa berkesannya kasih sayang yang kita berikan melalui masakan...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 1:23 PM

memasak dengan naluri is the best!

la ni kalau aku masak pun x dak sapa nak makan dah...dulu mak aku jadi pemakan no 1...since dia x de..no more! sob!

..perangai buruk aku...kalau x de mood aku x akan memasak sebab semua akan jadi choyy! baik aku makan kedai daripada buang gulai seperiuk..

oh ya, btw..cakap pasal bidang yg dimonopoli wanita dulu dan kini lelaki take over..bidang sakit puan kan...ramai doktor pakar lelaki...

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 1:48 PM

itu pun satu hal jugak, kenapa perlu lelaki ni jadi pakar sakit puan? aku tak boleh terima alasan atas nama sains atau untuk mendalami dan memperkembangkan ilmu perubatan (kecuali darurat, itu pun adalah sebagai pilihan terakhir). setau aku kemasukan (dan jumlah yang grade) di ipt ni dimonopoli oleh perempuan, ke mana mereka? atau pun mereka terlalu ghairah menceburi bidang lebih mencabar (kononnya) sehingga berasa tak kisah `kesulitan' mereka menjadi tontonan gender berlainan? aku tak boleh terima...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 2:15 PM

aku pun heran, tapi lelaki memang terbaek dalam bidang ini. aku x de jawapan tapi base on experience..doktor pakar lelaki lebih memberi cooperation dalam banyak perkara apabila membabitkan sakit puan berbanding pakar sakit puan yang sememangnya wanita..kadang2 rasa pelik tau..bila pergi jumpa pakar nak cakap pasal kesulitan, yang bukan muhrim pula akan entertain..

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 2:33 PM

LW: aku juga takde jawapan yang pasti kenapa lelaki lebih ramai jadi pakar sakit puan. mungkin sebab wanita akan lebih menggunakan emosi dalam berurusan dengan patient kot? sebab tu kau kata doktor lelaki tu lebih coorperate lagi...

NenetPenne (NP) Says:
September 14, 2011 at 3:11 PM

@LW
@SM

bukan ke lelaki suka dan teliti dalam bab2 sakit puan ni? ha ha ha..

kalau kaum sejenis tengok yang sejenis punya, feel tak ada mari..tapi kalau lesbo mungkin ada mari kot...

masak tak ada mood memang tak menjadi

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 3:16 PM

NP: agak subjektif jugak tu...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 3:38 PM

NP, betul le kot...kalau yg sejenis je dok belek...x cara la bak kata SM...hahaha. Cer bee Ajman gender, sure teliti Dan detail...

Ya masak time mood x de, rasa macam laha$&@;$ jer...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 3:39 PM

Berlainan gender...

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 4:12 PM

si LW dah start merapu. hahaha! aku rasa petang ni kau kena singgah mekdi la.

NenetPenne (NP) Says:
September 14, 2011 at 4:30 PM

@LW
yelah sebab dia punya panjang...kita punya tembam...tu laa yang lagi teliti tu...ha ha ha...muahahha....

ayat tu lahanat ke lahabau...which one??

apsal i tak jadi doktor sakit tuan aaarrr?? eh ada ke???

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 4:39 PM

...masuk baris semua! (emoticon pegang rotan)

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 7:09 PM

SM: weii aku tak merapu tapi typo erro sebab aku guna ipad2 (hambek kau..siap aku bagi tau ipad2) yang sangat bermasalah kalau nak typenya..

NP: keh!keh!keh! *&^%$#@ tak sampai hati i nak sebut lagi sekali apa yg u sebut tu..nanti SM kata i merapu plak..adoilaa!

NP lagi: i nak sebut lahanat! eh doktor sakit tuan ada tau..

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 7:19 PM

fyi, dulu aku dikhatankan oleh doktor perempuan, dengan cik misi yang cun. malu siot...!

kembali ke pangkal jalan, pasal memasak. nampak dah terbalik pulak. lelaki menceburi bidang yang dulunya sinonim dengan perempuan, dan perempuan pulak sibuk nak buktikan diri dengan memasuki kerjaya yang didominasi lelaki. sampai lelaki main takraw pun diorang ikut jugak!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 8:36 AM

hahaha...apa daaa..kena sunat depan misi beb!

masuk baris: kan dunia dah terbalik...pompuan sibuk nak proof boleh buat apa yg laki buat, manakala lelaki pula sudah menguasai bidang tugas wanita..apa-apa pun, aku suka tengok chef dalam uniform...nak2 lagi executive chef di casa del mar langkawi...huhu...

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 9:44 AM

ah, kau memang suka tengok lelaki beruniform. kau nak tengok aku pakai uniform pandu puteri?

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 10:09 AM

mwahahaha...kau memang bijak! ya aku suka tengok lelaki beruniform...kau pakai uniform komando boleh?

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 12:20 PM

tak boleh, sebab aku tak mempunyai bentuk fizikal yang jadi idaman. aku pernah sembunyi sebalik tele post, sampai orang pun tak perasan. macam tu sesuai ke pakai baju komodo? hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 12:44 PM

aku tak kata fizikal jadi idaman...tapi uniform itu melambangkan siap siaga dan jati diri..okeh pakai uniform renjer hutan..

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 1:11 PM

aku ni kalau pegang bjalur gemilang mesti orang ingat tiang bendera! tak sesuai dengan apa2 uniform.

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 1:30 PM

owhh tiang bendera...bagus!!! mwahahaha...tiang bendera eh..

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 2:28 PM

ok, aku harap kau tak menyesal. hahahaa!!!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 2:36 PM

tiada penyesalan, muktamad!

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 2:52 PM

(emoticon apa aku nak letak ek?)

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 3:14 PM

x payah letak emoticon..letak je tiang bendera!

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 3:31 PM

choy!!!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 3:34 PM

ngo chee!