Cover Girl

| Sunday, September 11, 2011 | |
Kalau aku ke mana-mana tak kira la sama ada driving dalam kereta buatan Malaysia kesayangan aku tu atau pun duduk atas pelana kuda hitam aku, selalu aku tengok orang suka tampal benda-benda merapu kat windscreen (atau cermin belakang mereka) diorang. Kebanyakannya yang paling banyak aku nampak stiker VIG mekdi atau drive-thru KFC kat cermin depan, kalau budak-budak muda pulak ramai yang tampal stiker Man U atau pun Chelsea kat belakang. Konon dah fanatik sangat la tu.

Dah beberapa kali awek cashier KFC kat tempat aku ni bagi stiker kat aku, tapi tak lama bila sampai rumah, aku pun tak tau entah tong sampah mana satu yang aku dah campak. Ala, kalau aku tampal kat cermin kereta aku, aku tak rasa aku akan dapat diskaun tiap kali aku pergi beli ayam spicy kat KFC tu lagi.

Rasa macam bodoh je. Dah la aku disuruh mempromosikan jenama dan produk diorang. Lepas tu aku tetap jugak terpaksa beratur masa nak beli. Ceh, jangankan terima kasih, at least bagi la satu parking space yang special sikit untuk aku ni.

Daripada aku jadi bahan iklan percuma company cekik darah macam tu, baik aku tolong promosikan alam sekitar. Sori la geng, korang punya stiker bodoh tu takde tempat langsung kat atas permukaan windscreen kereta aku. Ruangan ni aku cuma khaskan untuk stiker tempat kerja, road tax dan jugak stiker special ni....


Hahahaa...! Aku bangga gajah ni jadi cover girl kereta aku...

44 comments:

NP Says:
September 11, 2011 at 9:53 PM

aku punya ada WWF..
alah sticker gambar panda tu..kira mcm save the animal jugak laa...(ewahhh cam sama je kita kan...)

the rest, sticker2 yang berpatutan yang aku rasa patut aku tampal
yang paling penting road tax laaa kan.....

dulu ada sticker Hard Rock Cafe tapi aku dah cabut....lagipun dah lama sangat tak pegi kan...so buat apa nak tampal2 lagi stiker tu, macam kau kata, tampal sticker mcm tu, masuk kena beratur gak...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:15 PM

aku heran dengan sesetengah orang yang tampal stiker dengan rasa bangga, padahal simbol yang dibawa ke hulu ke hilir tu langsung tak bagi faedah sesen pun (kecuali fanatik bola).

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:28 PM

SM: ala beb...kau saja nak bagi aku tangkap nanges tengok sticker gajah tu..kau dah tahu aku admire gila nak pergi kuala gandah..saja je nak jentik aku kan...tak aci tau!! aku nak juga sticker tu..

NP: i punya pun ada WWF gambar panda tapi dah hilang sebab that day someone from WWF promised me nak bagi sticker baru tapi coii...dia lupa i pun lupa..

SM lagi: whatever..aku musti berusaha untuk mendapatkan sticker elly itu..

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 10:43 PM

LW: tau takpe, aku saja nak bagi kau jeles. hari tu aku ada simpan stiker yang lekat kat baju, tapi hilang kena rembat masa hantar pergi car wash.
LW: kalau tak sampai kuala gandah, jangan mimpi nak dapat... hahaha!

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 10:50 PM

SM: bluekkkkkk...kau saja nak suruh aku membara...okeh esok aku roger PR WWF, hantar doploh sticker gajah kat meja aku...kau ada? hahahaha...

SM lagi: ala tak payah mimpi pun nak dapat sticker tu...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:08 PM

LW: setakat stiker je aku tak heran. dapat free pulak tu, tanpa sumbang apa2 pun. hahaha..!

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 11:37 PM

eh dan tentu aku menyumbang untuk WWF..jaga hutan, jaga alam...royal belum lagi tau! (tak mau kalah..hahaha)

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:45 PM

kalau macam tu kau menyumbang dengan tak ikhlas, mengharapkan stiker. hahaha...

Lady Windsor Says:
September 11, 2011 at 11:51 PM

dah dia orang offer..aku hambek je lah...

SynicalMind Says:
September 11, 2011 at 11:55 PM

so, apa yang buat kau minat sangat nak pergi kuala gandah ni?

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 12:19 AM

of coz oleh sebab cover girl kereta kau tu..!

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 12:26 AM

maksud aku sebelum ni, tempat tu tak besar sangat. tapi tetap tak dipergunakan sepenuhnya dengan aktiviti sepatutnya. what a waste...

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 12:38 AM

aku teruja nak tengok sebab gajah tu lah....aku belum pernah sampai ke sana, so tak tahu apa barang ada dan jenis aktiviti dilakukan..

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 7:46 AM

macam biasa, bermesra dalam was-was dengan mamalia darat terbesar ni. mandi sama, makan sama, tunggang sama...

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 8:08 AM

Kenapa was was? Nampak macam well manage and jinak? Ke pernah Ada yg naik minyak?

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 9:20 AM

mestilah ada rasa was2. sedangkan kucing yang kita belai tiap hari pun kadang2 akan mencakar...

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 9:46 AM

Pernah ada kes ke beb? Kalau ada pun aku agak maybe ada visitors yg terlepas cakap kot..tu yg cik elly turun minyak tu kan...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 10:33 AM

hahahaa... mungkin dia buat petua nak panggil elly naik minyak kot.

NP Says:
September 12, 2011 at 10:47 AM

we should go there..to kuala gandah...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 10:58 AM

NP: lepas tu aku tunjuk cara nak bagi elly naik minyak tanpa sentuhan fizikal.

Mommy Fara Says:
September 12, 2011 at 11:04 AM

....aku tak suke lekat stiker. Yg ade cume stiker kaw. apt aku, rodtax ngan Liverpool (ceh, aku melayan kerenah laki aku yg gile Liverpool)

NP Says:
September 12, 2011 at 11:10 AM

@SM
alaahhh tak payah laaa nak suruh elly tu naik minyak...

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 11:15 AM

MF: ala. layan je la sikap fanatisme terhadap bola tu. mana tau kalau the reds tu datang malaysia, dapat jugak satu parking space free...
NP: saja nak test menjadi lagi ke tak...

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 4:48 PM

NP, jom pergi kuala gandah, SM kata dia nak bawa kita...ekekeke!

SynicalMind Says:
September 12, 2011 at 4:56 PM

LW: ...dengan syarat, jangan pakai kebaya amoi! nanti elly kenyit mata.

Lady Windsor Says:
September 12, 2011 at 7:02 PM

eh elly suka per sapa-sapa yg berkebaya amoi..seb baik aku punya kebaya adalah ahsoo punya...

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 7:36 AM

maksudnya, elly ni akan menggedik bila nampak NP la ye. hahaha!!!

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 8:27 AM

Cik elly teruja tengok NP berkebaya amoi!

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 10:04 AM

hahahaa! tak jadi nak ajak dia.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 11:06 AM

Tak baik ngko!

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 11:11 AM

ok, boleh ikut tapi dengan syarat jangan pakai kebaya amoi. aku tak nak cik elly ikut kita balik kang.

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 11:45 AM

Ok set! I hope u keep ur words..roger NP, SM dah setuju...best!

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 11:55 AM

tapi ada terma dan syarat lagi yang tersembunyi...

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 12:08 PM

Apa2 Hal Roger la beb...apa dia syarat2 nya?

NP Says:
September 13, 2011 at 4:04 PM

ok, i tak akan pakai kebaya amoi tapi akan pakai short pants... ok kan?

SynicalMind Says:
September 13, 2011 at 4:08 PM

kalau nak bulat biji mata aku tersembul cuba la buat! choy!

Lady Windsor Says:
September 13, 2011 at 9:30 PM

kah!kah!kah!..bulat mana tu biji mata kau...

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 5:15 AM

macam bola ping pong, terkejut tengok bencana alam kat depan mata. hahahaa! (sori beb, gurau je)

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 8:32 AM

hahaha..macam bola ping pong? tu maknanya bola mata kau dah tercabut dari soketnya..kau jangan beb, banyak keindahan tuhan yang kau belum tengok..ngee!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 10:22 AM

LW: sebab tu aku tak bagi NP pakai kebaya amoi, selain takut elly tu ikut balik, aku belum puas lagi tengok dunia...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 10:42 AM

jom ikut aku tengok dunia..sayang mata bola ping pong tu tak digunakan betul2.

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 11:45 AM

LW: dunia aku kecil je, sesuai la dengan orang kecil macam aku ni...

Lady Windsor Says:
September 14, 2011 at 7:15 PM

aku ajak kau pun nak tengok dunia kecil je lah..meh cepat!

SynicalMind Says:
September 14, 2011 at 7:20 PM

maksud kau, sungai long? hahahaa!!!