Che

| Wednesday, September 07, 2011 | |

Cantik, memang cantik design baju ni pada pandangan pertama mata aku semasa aku jalan-jalan usha barang baik kat Uptown Damansara beberapa ratus tahun dulu membuatkan aku sanggup keluarkan beberapa puluh ringgit dari wallet aku yang tak pernah tebal (t-shirt kelabu kolar bulat dengan imej che berlatarbelakang hitam).

Ketika remaja dulu, aku berpenampilan simple macam sesetengah remaja yang lain jugak. T-shirt, jeans, kasut North Star low cut ikat cerut; itulah yang aku bawak ke mana-mana walau pun untuk masuk ke kelas. Polisi IPTA aku masa tu, berpakaian sopan dan kemas bermakna: seluar slack bangang, kemeja atau t-shirt berkolar yang hodoh, dan bersepatu penuh yang skema nak mampus.

Kamon la bai, itu bukan aku. Apa barang kepala skinhead aku ni nak dress up macam orang bodoh tu, gila! Jatuh maruah aku sebagai seorang lelaki bermuka legend. Karang tak pasal-pasal orang panggil aku Botak Kemeja atau pun paling bongok Botak Kerusi!

Harga t-shirt ni aku dah tak ingat berapa ringgit, tapi yang pasti t-shirt ni memang jadi favourite aku selain daripada t-shirt hitam berlogo Slipknot, Korn atau Marylin Manson. Konon-konon dah ganas la tu.

Kenapa t-shirt berimej ikon revolusi dari Cuba ni menarik perhatian aku masa tu? Sebab aku remaja. Remaja berjiwa rebel macam aku ni memang cenderung untuk mengikut sebab aku juga seperti orang lain yang sedang obses untuk mencari identiti. Aku akan minat apa-apa saja yang orang dalam lingkungan yang sama dengan aku. Kalau mereka suka grunge, begitu juga aku. Kalau mereka pergi gig, aku pun nak ikut jugak. Pendek kata, pergerakan aku ketika itu lebih kepada `menyusuri jalan-jalan bawah tanah' sekitar JB atau KL.

Aku mula menjadikan Che Guevara ni sebagai ikon peribadi aku memandangkan band kegemaran aku jugak sering menjadikan ahli fizik dan ketua kumpulan pemberontak ni sebagai simbol dalam video-video mereka. Kira masa tu aku ni babi buta la. Babi yang akan jalan meredah semak tanpa menoleh kiri kanan, laju menonong.

Kemudian, lama-kelamaan hormon remaja aku bermutasi dan manjadikan aku berubah daripada remaja buta kepada lelaki yang tak celik. Masa tu baru aku tau betapa bodohnya aku, betapa bangangnya aku sebab tanpa usul periksa meminati benda yang orang lain minat. Aku pakai t-shirt berimejkan Che Guevara tanpa mengambil tahu kenapa dia menjadi sanjungan oleh golongan penentang dan pembawa revolusi sama ada dalam bidang politik, sosial atau muzik terutamanya dari barat.

Kalau la aku tau siapa sebenarnya lelaki bernama Che Guevara ni lebih awal, mesti aku akan berjalan dengan bangga bila t-shirt `cantik' tu membaluti badan aku, berbanding berjalan dengan kepala `bangga kosong'.

Bangang gila aku masa tu...!



**********

Sedikit masa dulu, sekitar bulan Mei 2009. Aku terpaksa bergegas balik ke rumah (arwah) atuk aku di Johor dalam lebih kurang lepas waktu Isya' dengan menumpang kereta akak aku sekeluarga sebab dapat khabar pemergian arwah sebelumnya daripada mak aku. Jadi, aku menghabiskan beberapa malam aku di kampung yang dikelilingi kebun sawit dan buah-buah tu bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

Malam pertama berjalan macam biasa, dengan orang-orang kampung datang untuk bacaan tahlil dan kenduri arwah. Aku masa tu cuma follow je. Orang baca doa, aku baca. Orang makan, aku makan. Orang bangun dan balik, aku pun bangun dan buat-buat rajin pergi basuh pinggan.

Dalam ramai-ramai tu, suami kepada sepupu aku yang berkelulusan al-Azhar sentiasa mengimamkan solat jemaah di sudut utama rumah. Dia adalah seorang yang agak berisi, muka sederhana dan berkulit sawo matang. Aku tak tau bila dia kahwin dengan sepupu aku sebab masa tu aku dah lama bermastautin kat KL, yang aku tau mereka ni belum setahun berkahwin. Ok fine, tu bukan masalah aku atau perkara pokok yang aku nak gebangkan.

Malam kedua, selepas kami solat Isya' sementara menunggu kehadiran orang kampung; kami iaitu aku, abang ipar aku, si imam a.k.a. suami sepupu aku dan ada sorang lagi anak kepada sepupu aku yang lain duduk bersembang di tangga anjung rumah. Tak lama kemudian, secara perlahan-lahan si imam ni tepuk bahu anak sepupu aku dan mengusap belakang badan budak ni. Entah apa yang si imam ni cakapkan kat budak ni aku tak dapat tangkap sebab dia bercakap seolah dalam nada berbisik, antara dengar dan tidak.

Lepas abis majlis, baru la aku perasan ada sesuatu yang tak kena dengan pakaian budak ni. T-shirt kolar bulat berwarna hitam dengan tulisan menggunakan font yang aku tak berapa dapat tangkap. Bila aku amati betul-betul.. Celaka!

Kalau aku tau, dari tadi lagi aku terajang budak ni dari belakang!

17 comments:

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 3:46 AM

kau agak2 kat mana boleh dapat vcd citer ni? aku suka gak tengok benicio del toro ni..muka legend macam james dean..hehe..ghope2nya kau main taram je pakai t-shirt wajah Che tu ya..
anyway budak tu pakai t-shirt lambang apa? nazi ke?

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 7:31 AM

1.1: kalau vcd agak mustahil, dvd mungkin ada la kot. tupun kena rajin.
1.2: filem ni ada dua part. jadi kena keluar belanja double la.
1.3: james dean? aku lebih respek pembawakan watak melalui fizikal wajah del toro sebagai che ni, memang true abis!
1.4: james dean?
1.5: aku tak minat james dean. hahahaa...!
2.1: biasa la, remaja lagi. aku ikut pakai je apa yang aku rasa cun.
2.2: tapi t-shirt tu dah hilang masa aku kerja site kat tanjung minyak. damn la!
2.3: t-shirt lain pun dah hilang. aku suspek mak aku yang buang.
3.1: bukan, kalau swastika tu aku bagi penumbuk kat perut. kau teka la tulisan apa yang dia pakai.

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 7:38 AM

* hahaha...aku ada t-shirt bob marley dulu..pakai nyorok2 jer, kalau kat rumah arwah bapak aku jeling mengaum pakai t-shirt cenggitu..
* so kat mana nak cari dvd tu ek?
* aku minat james dean dalam citer rebel without a cause jer..
* okeh!aku rasa aku tahu t-shirt dia bertulis apa...

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 7:45 AM

apa dia?

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 7:49 AM

tu..macam avatar kau tu..angkat jari tengah..

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 8:10 AM

nope, i think even worse! bukan sebarang imej, tapi cetakan font yang aku sendiri tak faham walau pun aku dapat baca.

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 8:22 AM

wut was the image? rasa aku paling teruk pun gambar avatar kau dan swastika..tatau la kalau ada lagi dahsyat..

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 8:48 AM

...petikan ayat bible!

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 8:50 AM

omg! itu perlu diberi perhatian..sebenarnya aku pernah tengok budak2 pakai tshirt cenggitu kat KLCC...macam mana nak basmi ni..penjajahan minda secara halus...budak2 ni pulak main taram je pakai..

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 8:54 AM

point aku kat sini, budak2 kita ni macam orang buta yang perlukan tongkat di kedua2 belah tangan walau pun hidup dalam dunia serba terang. (babi buta)

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 9:03 AM

true..babi buta..membawa mereka kepada kandang bergelumang tahi babi..shit!!

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 10:49 AM

marah nampak! macamana nak buat kalau kita ni ibu bapa si pemakai baju tu? kita takde kuasa nak halang anak2 kita daripada menjadi babi buta di luar rumah...

NP Says:
September 7, 2011 at 11:53 AM

mcm LW, i minat james dean sebab tengok dia berlakon dalam citer Rebel Without A Cause...

dan bila dpat pegi lOndon..masuk madame tussaud...nampak james dean terus peluk dia walupun ianya adalah patung...ha ha ha...

remaja kan suka ikut membabi buta ... konon mcm gempak gile laa kan tapi kalau kita tanya apsal pakai baju gambar orang tu...dia mesti tak jawab tapi sengih2 jer..mcm jugak orang yang pakai baju lambang daun ganja...

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 12:54 PM

...terma yang sesuai, `membabi buta'.

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 1:22 PM

SM:..eh nape plak tak leh marah anak..kalau mak bapak boleh produce anak, musti mereka boleh kontrol anak, pantau anak mereka 24 jam..tu la cabaran jadi ibu bapa kini, berat sehhh! aku pun tatau cemane bcoz im not a mother yet neither preggie,..tu semua aku tatau tapi bila tengok adik beradik aku conduct anak derang, hati aku ni membara jer..sebab derang banyak sangat bagi muka kat bebudak tu..ntah le..no comment pasal jadi mak bapak ni..

NP: o yeahh..james dean kan..dia kalau cakap ada style...tapi masa i pi madame tussaud tu tak de wax dia..x dapek leh nak mengkerabat...hahaha..gediks!

SynicalMind Says:
September 7, 2011 at 1:34 PM

LW: ya, kita boleh pantau. tapi macamana dengan keadaan di luar sana? tak sama dengan di dalam rumah... pengaruh setan di luar lebih menggoda daripada setan di dalam sumah.

Lady Windsor Says:
September 7, 2011 at 3:30 PM

kat luar memang susah nak pantau tapi biasanya kalau kat rumah ok dan ibu bapa ambil tahu, ia akan membentuk anak2 jadi behave..ke macam mana?