Cannibal Holocaust : Belajar menjadi manusia.

| Thursday, September 15, 2011 | |
Gambar kat bawah ni aku snap minggu lepas, beberapa jam selepas aku menyedari tentang kehilangan seekor ikan dalam tank aku. Pada mulanya, aku tercari-cari entah ke mana ikan aku yang lagi seekor. Mungkin juga dia sedang menyendiri seperti biasa di celah-celah rimbunan dedaun buatan atau pun ada di sebalik filter.

Tapi selepas beberapa jam, aku mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena apabila aku dapati hanya dua ekor ikan yang sama dengan bebas berenang dari hujung ke hujung satu lagi tank sambil mendabik dada laksana kumpulan kecil samseng yang baru lepas mematahkan tengkuk seseorang.

Aku jadi kaget, segera aku memerhatikan ke segenap sentimeter ruang tank. Air yang jernih agak memudahkan siasatan aku ketika itu.

Alangkah terkejutnya aku apabila mata aku terpaku melihat longgokan kecil objek yang sangat aku kenali. Ada sisik ikan...! Dan bersama-sama sisik ikan tu, aku dapat lihat dengan jelas tulang dan duri ikan berserta tengkorak yang hampir menyamai saiz salah seekor ikan yang masih berenang gaya mafia tu.

Celaka! Tak mungkin...! Tidak....... Tak mungkin amalan canibalism telah dipraktikkan di dalam rumah aku sendiri!!! Aku syak dua ekor ikan ni mula belajar cara-cara menjadi manusia dan memahami erti sebenar kehidupan iaitu : kita sentiasa hidup di atas kematian orang lain yang selama ini menjadi pegangan umat manusia sejagat daripada tv, sebab skrin tv aku dapat dilihat dengan mudah dari dalam tank ni.

Sekarang, pilihan yang aku ada untuk menghentikan perbuatan penuh kemanusiaan ini adalah sama ada memindahkan posisi tank ni terlindung daripada tv; atau aku terpaksa kurangkan menonton History Channel, dvd The Pacific dan ulangan Saving Private Ryan. Sudah-sudahlah tu, kehidupan di luar tank ni dah cukup dengan segala macam `kehidupan atas pembunuhan', tak payahlah kamu cuba menjadi manusia...

Tak boleh jadi ni!!!

suspek pembunuhan terancang

bukti fizikal di tempat kejadian

21 comments:

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 6:06 AM

Pergh! Ganas...

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 7:37 AM

banyak belajar perlakuan manusia...

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 8:31 AM

ya..caniballisme di kalangan haiwan masih tidak mengapa kerana haiwan sudah diketahui tidak berakal, namun apabila caniballisme berlaku dalam kalangan makhluk yg mengaku khalifah di mukabumi ini...kita perlu waspada!

..dan caniballisme itu berlaku dalam banyak bentuk..pemikiran dan perlakuan umpamanya...

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 9:42 AM

alam haiwan, canibalism adalah dilakukan secara semulajadi semata-mata untuk meneruskan survival kehidupan dan juga untuk mengekalkan keseimbangan alam. alam manusia, canibalism dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri atau pun massacre terhadap puak yang lemah (atau dianggap lemah) hanya kerana memenuhi fahaman yang sangat terbalik. (lepas baca hasil tulisan harun yahya dulu baru aku tau teori darwin bukan cuma sekadar teori evolusi manusia bahkan lebih daripada itu)

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 10:07 AM

caninalisme kontemporari memang sadis dan mengerikan..

buku harun yahya tu memang complete and detail kan..

Mommy Fara Says:
September 15, 2011 at 11:23 AM

Ko tak bagi ikan ko makan ke smpi jdk canibal mcm tu?

Mcm kes tuan anjing kena makan dgn anjing sendiri. Anjing sesama anjing jdk mangsa canibalism.

By the way, ikan yg jadik mangsa tu ikan apa? yg mengamalkan canibalism tu ikan pe lak?

Teringat cite Cer Citer semalam. Mkn sup daging manusia. Heheheheh!

Dlm hidup nie, amalan makan daging sesama sendiri tu dah jadik biasa. Rosmah tu...dah ramai org kenyang makan daging die. Heheheheh!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 12:15 PM

MF: wow...ur stetement is very yummylicious..hahaha sapa makan daging kak ros tu..pssttt!..ekekeek

SM: ko jangan marah ek aku kuar topik jap tu..

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 12:25 PM

MF

aku dah bagi makan secukupnya, berlaku masa aku balik raya.

ikan mangsa dan pemangsa itu adalah dari spesis yang sama. sama macam manusia kan? mereka cepat belajar dengan tingkahlaku manusia.

kalau orang dulu makan daging manusia atas sebab nak jadikan trofi semasa perang, sebab dendam atau amalan perubatan terhadap orang luar. tapi zaman sekarang makan daging tapi takde parut fizikal.

Rosmah? hahahaa... alahai Roastmah...

LW

keluar topik biasa la tu tapi jangan sampai kena hambat baru nak masuk baris.

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 12:38 PM

SM: alahai....ahahaha roast! roast!..roastmahhh...

Mommy Fara Says:
September 15, 2011 at 12:45 PM

LW - Yummeh eh? Hahahahah! Lagi satu, bukan KAK ROS okeh....tp AUNTY ROS...berpadanan dgn usia! Wahahahaha! DAGING pejal penuh isi, sape yg tak berselera nak MERATAH setiap hari kan? Isu handbag pun dah bley bt org lapa nak makan daging die tu!

SM - Budaya makan daging sesama sendiri nie sbnrnya dah lama.......Jenis makan daging takde luka, takde parut...Yg tinggal, amalan yg tercatit kat bahu kiri!

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 1:08 PM

MF: funny rite...auntie roast! roast! roww ur boat...uikss daging tu kalau buat sate...kenyang la sapa yang meratah...mwahahaha..

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 1:10 PM

MF
pasal ikan: aku betul2 tak tau yang ikan ni boleh makan sesama sendiri.
pasal canibalism: amalan makan daging tetap diteruskan walau pun dah berbeza zaman, dan jugak berbeza cara dipraktikkan
pasal makcik ros: huh...!

LW
kalau lah dia tu macam roasted chicken...

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 2:33 PM

SM: aku pernah tonton video canibal ni suatu masa dulu..ngeri sehhh...
kalaulah dia tu macam roasted chicken, kau rasa apa jnama brand yg sesuai dengan 'roasted chicken' itu? mwahahaah...

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 2:51 PM

aku pun ada tengok, memang ngeri. cuma aku ada beberapa part yang aku ragukan.

jenama `bite me, chubby me'...

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 3:13 PM

mwahahaha...kelasss jenama tu..

Mommy Fara Says:
September 15, 2011 at 3:34 PM

SM/LW - Alamak! Tgk! Bawah sedar kite dah makan daging die! Tak nak! Tak nak mkn daging die sbb busok!

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 3:39 PM

MF: maaf. di bawah sedar aku dah terkeluar dari landasan entri ni. kelakuan ikan aku ni memang nampak keji yang amat walau pun `mereka' cuma haiwan, sepatutnya aku kena ambik iktibar. hidup berkongsi dalam satu akuarium dan berenang dalam air yang sama, tak sepatutnya saling berbunuhan sebab aku tak pernah miss bagi makan, tukar air dan cuci tank secara berjadual. macam tu jugak manusia di luar tank tu. sepatutnya menjaga sesama yang lain sebab tuhan dah tetapkan aturan rezeki masing2, cuma sebanyak mana rezeki tu bergantung kepada usaha kita (serta doa dan sedikit tuah).

Lady Windsor Says:
September 15, 2011 at 3:48 PM

aku sedar kita dah kuar baris tapi sengaja nak tengok ngko sedar tak..kejikan! tapi kita masih dalam topik yg sama lah SM/MF, canibal berlaku dalam dunia kini..dan pengkarnivor ada di mana...karnivor yang dimaksudkan di sini adalah tidak semestinya merujuk kepada pemakan daging saja tapi adalah yang sewaktu dengannya turut dirujuk...

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 4:32 PM

sewaktu dengannya?

Paria Perawan Says:
September 15, 2011 at 4:40 PM

ak ingat cannibal yg citer biru tu
dlu top kot

SynicalMind Says:
September 15, 2011 at 4:43 PM

memang top bai, masa zaman vcd dulu...