butang baju melayu

| Thursday, September 29, 2011 | |
dia : mana baju melayu kau? pakai la...
aku : saya olang cina ma...
dia : otak kau!

ok la, aku pakai jugak. kalau tak pakai kang kena pulau pulak macam tahun lepas. gambar raya jemuan tahun lepas pun ada satu je muka aku. lain-lain sembunyi kat belakang.

petang ni aku berbaju melayu untuk kali kedua tahun ni sempena jamuan raya, walau pun tak tak cukup syarat. tanpa songkok atau sampin. cukup la sekadar dipadankan dengan slack sepuluh ringgit dari bundle pasar malam semalam.

aku bukannya malu nak pakai baju melayu. gila apa? lagi bangga lagi ada la. cuma aku tak nak orang perasan baju ni baju raya aku dua tahun lepas!!!

9 comments:

NenetPenne (NP) Says:
September 29, 2011 at 4:24 PM

kalau beli baju melayu tiap2 tahun pun bukan pakai hari2..oklah tu, sekurang2nya ada gak baju melayu

besarnya gambar kau???

ingat pulak kat citer P.Ramlee

butang baju melayu aku mana Pah?
aik berbaju melayu ni abang nak kahwin ke?
bukan abang tapi si Jamil tu yang nak kahwin
Jamil mana bang?
Jamil kat office abang tu
setahu saya, kat office abang tu, yang Jamil abang sorang je
alah kau mana tau, kau tau main majong jer.. butang baju melayu aku mana pah?
ha ha ha..

eh tapi kalau kau pakai sepasang bukan dipadankan dengan slack 10hengget beli kat bundle tu, siap sampin dan songkok lagi cun wey...

Lady Windsor Says:
September 29, 2011 at 4:40 PM

aku mimpi ke haper ko pakai baju melayu..kaler pink pulak tu..musti buah hati yg pilih kaler tu...wakakaka!

Mommy Fara Says:
September 29, 2011 at 5:10 PM

Eleh...alasan!

SM Says:
September 29, 2011 at 6:02 PM

NP: aku ingat nak buat macam tu jugak. tapi kang bos besar aku jegil mata, rendah pulak KPI ini tahun!

LW: untuk jamuan raya la...

MF: hahaaa, memang alasan...

Lady Windsor Says:
September 29, 2011 at 7:16 PM

Haha..takut kau ya KPI rendah...aku punya KPI gamaknya di bawah takat beku dah, sebabnya setiap isnin kena pakai corporate shirt, aku tak pernah pakai...

SM Says:
September 30, 2011 at 1:07 AM

aku punya paras hidung tiap-tiap tahun. sekali terkucil sikit abis la aku, baju punya pasal...

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 7:09 AM

ntah apa nasib KPI aku hujung tahun ni...

NenetPenne (NP) Says:
September 30, 2011 at 12:09 PM

corporate shirt company i hari jumahat..ha ha ha kelakar gila

Lady Windsor Says:
September 30, 2011 at 3:32 PM

kitorang hari jemahat bebas pakai apa...jeans pun boleh...