Belitung

| Monday, September 19, 2011 | |
Suasana di dalam dewan agak mendebarkan apabila kumpulan C yang pada awalnya jauh ketinggalan kini berjaya mengumpul mata yang sama dengan kumpulan A sehingga ke penghujung segmen soalan matematik. Kedudukan kumpulan A kini tergugat memandangkan mereka adalah juara bertahan dalam acara kuiz tahunan ini, manakala ahli-ahli kumpulan C pula semakin bersemangat ingin membuktikan bahawa pelajar dari sekolah terpencil dan hanya mempunyai sepuluh orang pelajar sahaja serta serba kekurangan dari segi kemudahan, mampu menewaskan pelajar dari sekolah pekan yang terdiri daripada anak-anak orang kaya dan dibekalkan dengan kalkulator ketika kelas matematik.


Sekarang tiba kepada soalan terakhir. Bergantung sama ada kumpulan A atau kumpulan C mampu menjawab atau tidak seterusnya membawa nama sekolah mereka tercatat sebagai juara untuk tahun itu. Cikgu Buyong yang bertindak selaku juru acara kemudiannya berdiri di tempatnya sambil bersedia dengan soalan di tangan seraya memandang wajah peserta ketiga-tiga kumpulan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah kertas yang siap tercatat soalan yang bakal menentukan juara antara dua kumpulan yang sedang bersaing sengit ini.


Amin menunggang basikalnya ke sekolah dengan kelajuan 15km/j dan mula bertolak dari rumahnya yang sejauh 20 km dari sekolah pada jam 7:15 pagi. Pada jam berapakah Amin sepatutnya melewati pintu pagar sekolah sekiranya dia tidak singgah di kedai Komeng membeli tikam-tikam?


Sebaik cikgu Buyong habis membacakan soalan, kesemua peserta lantas sibuk menulis sesuatu di atas kertas bersaiz A5 yang digunakan sejak soalan pertama lagi tadi termasuklah peserta dari kumpulan B walaupun mereka tahu mereka sudah tidak mempunyai peluang langsung untuk menang, mungkin juga niat mereka hanya untuk memanjangkan lagi tempoh kuiz itu sehingga ke senja. Almaklumlah, kedudukan mereka betul-betul terletak di bawah kipas yang berputar ligat seperti puting beliung.


Lintang yang duduk di sebelah kiri daripada tiga meja di kumpulan C tidak menulis apa-apa berbanding lapan orang peserta yang lainnya. Semenjak awal segmen soalan matematik, dia hanya banyak memandang ke siling sambil mulutnya terkumat-kamit seolah membaca mantera meminta hujan, sebelum tangannya sepantas kilat menekan buzzer di hadapannya.


Dengan penuh yakin, Lintang memberikan jawapan yang dia congak sebentar tadi. Suasana sepi untuk beberapa detik. Mata cikgu Muslimah terpaku memandang ke arah para hakim yang duduk di hujung penjuru sana sambil kerongkongnya kelihatan sedikit bergerak ke atas dan ke bawah menandakan terdapat air liur yang baru ditelannya.


Salah! Jawapan yang kamu berikan itu salah.






**********


Ini adalah salah satu babak dalam filem Laskar Pelangi yang aku tengok (tonton) malam Rabu hari tu selepas aku balik kerja dalam kesejukan lebuhraya malam. Aku tak heran sangat pun pasal jalan cerita ni sebab tema yang dibawakan tu dah biasa sangat dan dah lali pada mata aku sebab dah banyak kali diulang-ulang sama ada dalam drama nangis kita atau dalam cereka-cereka bercetak.


Apa yang buatkan aku tersengih masa tengok (tonton) filem ni selain daripada bakat Alex Komang yang dibazirkan sebab diberikan watak kecil adalah, soalan terakhir yang dibacakan oleh cikgu Buyong (aku tak tau nama cikgu ni) dalam filem ni.


Seingat aku, masa aku darjah enam dulu agak mustahil aku nak jumpa soalan yang sebegini dalam percubaan UPSR atau pun semasa aku masuk kuiz matematik masa darjah lima. Masa kelas tambahan tingkatan tiga pun cikgu Latifah tak pernah ajar persamaan S=Vt macam yang si Lintang terangkan untuk membuktikan jawapannya betul kat papan hitam setelah dia dituduh curang oleh para hakim.


Serious shit, aku belajar persamaan linear masa tingkatan tiga dulu lepas tu barulah persamaan kuadratik pulak dalam matematik tambahan tingkatan empat. Yang aku ingat, persamaan S=Vt ni cikgu aku ajar masa kelas fizik tingkatan empat dulu.


Pergh...! Kalau macam tu tahap silibus pelajaran untuk budak-budak sekolah rendah kat Indonesia sana adalah berkali-kali ke hadapan berbanding silibus untuk anak-anak sekolah rendah kita, itu pun kalau betul la soalan yang dipaparkan dalam babak ni.


Nampak gayanya, aku terpaksa hantar anak aku kat Pulau Belitung sana bila nak masuk darjah satu. Lepas tu bila cuti semester boleh la berlagak genius di kalangan sepupu-sepuppu dia...!



2˚51’44”S, 107˚57’21” koordinat geodetik pulau ni

8 comments:

Mommy Fara Says:
September 19, 2011 at 10:52 AM

Menafikan sistem pendidikan negara sendiri ke? Mmmm...

Laskar Pemimpi tu sequel die kan?

SynicalMind Says:
September 19, 2011 at 10:56 AM

YA dan TIDAK.

Sang Pemimpi sekuel kepada Laskar Pelangi.

Lady Windsor Says:
September 19, 2011 at 11:17 AM

sistem pendidikan negara kita pun ada juga yang bagusnya...dan ada juga yang tak bagus...kalau diperhatikan..akhir2 ini adalah trend ibu bapa hantar anak e private school...begitupun, yang sekolah kerajaan..ramai juga yang pandai...

SynicalMind Says:
September 19, 2011 at 11:31 AM

LW: aku masih percaya kepada sistem pendidikan negara walau pun ada beberapa polisi yang aku kurang setuju. walau bagaimana pun, dalam usaha mencari dan menghasilkan sistem yang benar-benar berkualiti dan berkesan, kita tak dapat lari daripada melihat kegagalan setiap percubaan itu sendiri. yang penting, pandangan semua pihak patut diambil kira sebelum pelaksanaan semua gagasan itu sebab ini berkaitan dengan masa depan anak-anak kita.

Lady Windsor Says:
September 19, 2011 at 12:43 PM

tapi yg sering terjadi di negara ini, tukar menteri, sistem pendidikan rombak! kesian budak2..

Mommy Fara Says:
September 19, 2011 at 3:23 PM

ouh, Sang Pemimpi. Sesuka je Laskar Pemimpi. Wahahaha!

Setuju dgn LW. Menteri asik tukar2. Pastu rombak2. Pening pale budak2.

Lady Windsor Says:
September 19, 2011 at 4:35 PM

budak2 jadi mangsa..tak patut buat macam tu..cer tengom sistem pendidikan di britain, jarang ada pertukaran dan percuma! tapi tak dinafikan budak2 kita kalau belajar kat sana, termasuk dalam kategori excell..

Lady Windsor Says:
September 19, 2011 at 4:37 PM

tengok..