bahase jiwe bangse

| Monday, September 05, 2011 | |
Ahad
29 Ogos 2011

Perjalanan sejauh lebih kurang 350 km dari tol Sungai Besi sampai ke tempat aku berak kencing dulu seperti yang aku jangkekan, membosankan! Bulan puase, aku terpakse lupekan teduhan pokok rendang kat Nilai atau checkpoint biase aku kat Ayer Keroh macam selalu, due tempat yang makruh aku berhenti untuk aku sedut ulam asap barang sepam due sambil teguk sirap limau bungkus. Gile nikmat, rase macam bersenggama dengan bidadari syurga je. Tapi disebabkan aku ni seorang lelaki baligh yang cukup tepu iman di dade, aku batalkan hasrat untuk ponteng puase macam dulu-dulu, takut kalau-kalau aku meninggal accident tengah jalan karang, dah la tak sempat abiskan dua kalimah tu, sie-sie pulak aku mati sebagai umat yang tak puase... Cume kecomelan awek jage tol yang bibirnya seakan-akan bibir yang dimiliki Adele je buat bekalan aku sepanjang jalan.

Dengan halaju purate kerete buatan malaysie kesayangan aku yang dikekalkan secare ala kadar, 100km/j je sepanjang highway, aku terase macam bangang sangat sebab tak dapat dengar suara Adele keluar dari corong bermagnet dari belakang sane. Kekacauan jiwe dan kekeliruan identiti yang dialami beberape driver bas ekspres tolol yang memintas aku macam babi hutan kene baling kayu sepanjang perjalanan sehingge ke Seremban buatkan otak aku mengarahkan saraf-saraf aku agar menggerakkan ibu jari kanan aku menekan button tuning semahu hati aku. Bile dah keluar dari cangkupan radar ni, button preset memang takde erti lagi pade nafsu aku. Semue tu macam gigit bontot lembu bunting je rasenya, tak best langsung!

Dari stesen radio bodek sehingge la ke stesen radio untuk remaje yang kurang gunakan otak, semue aku dah pusing buat tawaf berkali-kali. Pade hemat aku, semue stesen radio kat Malaysie ni termasuk berbahase yang aku kurang faham, semakin terserlah ke`asshole'annye. Manekan tidak, lagu tak sampai 5 minit, tapi iklan termasuk dengan dj bebal yang suke mencarut care sopan je dah 10 ke 15 minit. Jadi dalam sejam aku cume boleh dengar paling kuat pun 5 lagu je.

Menelusuri lebuhraye PLUS melepasi sempadan antare Melake dan Johor, mate dan kepale aku dah tak boleh blah lagi tengok garisan horizontal kat depan, kiri dan kanan aku. Semua serbe statik. Bosan.

Lebih kurang jam 10 pagi, jiwe cute aku kembali berbunge bila aku menghalekan stereng kereta aku keluar ke tol Air Hitam, bermakne aku tak perlu lagi membanting tulang belikat aku untuk melawan pemandangan luar tingkap yang kosong. Ya, setelah melepasi pekan koboi Ayer Hitam yang enggan berubah sejak lebih 20 tahun dulu, kerete buatan malaysie kesayangan aku menyusuri pule jalan persekutuan yang bertanda <1> pade hamparan pete semenanjung Malaysie, menandekan keempat-empat tayar Silverstone bersaiz 15 inci aku ketike itu sedang diamput oleh laluan terpenting tanah air jike mengikut sistem coding oleh JKR.

Semakin lame menyusuri jalan lame ni, ibu jari kanan aku terus-terusan galak bermain-main manje di celah-celah butang tuning pade stereng aku. Makin galak dan bernafsu mencari sesuatu yang mampu membangkitkan berahi telinge aku. Sehinggelah melepasi pekan Simpang Renggam, dengan tak sengaje ibu jari yang juge menjadi kesayangan telah membuktikan kenape die layak mendapat penghargaan dan sanjungan yang tinggi pade hari yang masih berbaki pagi tu.

Telinge aku menangkap suare yang biase aku dengar beberapa tahun dulu. Cukup lunak, cukup mengendurkan rentak adrenalin aku yang sebelumnye agak agresif seperti kehilangan punce. Bile aku amati... Ya, ini adalah stesen radio yang pernah menjadi kegemaran aku dulu. Bukan, bukan stesen radio mengampu tak ingat Tuhan atau stesen radio suke merapu macam burung murai tertelan solok lade yang direndam dalam klorox (pinjam idea NP), tapi stesen radio yang aku kire biase dan cukup familiar bagi penduduk di selatan tanah air.

**********

Cukup indah bahasa yang mereka (dj radio) tu gunakan walau pun rancangan ketika itu cuma carta lagu ngetop sepanjang minggu. Bahasa sanskrit? Jawa halus? Hokkien? Bukan, semua tu bukan...

Sebenarnya cuma Bahasa Melayu standard, tapi dalam sebutan baku. Diulangi, sebutan baku! Terima kasih kepada stesen radio Ria 89.7 fm sebab kembali mengingatkan aku bahawa bahasa yang aku cintakan dan dah menjadi darah daging aku ni masih lagi punyai seni serta keindahannya yang tersendiri walaupun untuk sebagai `baju basahan'...

22 comments:

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 5:41 AM

kau pun sengaja salah eja ya..
bahasa jiwa bangsa
..untuk entri ini,
aku pun kena eja dengan betul!
bahasa cermin budaya
bahasa pemangkin kata
bahasa pusaka jiwa

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 7:57 AM

...bahasa adalah segala-galanya.
aku rasa macam `tahi yang tak lepas' sepanjang menaip awalan untuk entri. agak geli-geleman dengan ejaan aku sendiri.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:09 AM

hahaha..tahu pun..mula-mula aku baca..apa hal kau (ko) tulis macam ni..jadi aku menghormati bahasa..maka aku akan menulis dengan ejaan betul di entri ini..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 9:19 AM

untuk kau punya kasus, aku beri kelonggaran sebab kau memang orang yang selalu keluar barisan.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:37 AM

kasus aku memang berbeda..selepas ini aku cuba duduk dalam baris sentiasa..walaupun ia merimaskan aku...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 9:42 AM

hahaaa... kau nak aku salah eja lagi ke. aku lagi rimas tengok bencana alam tahap 10.0 ni yang ada di mana-mana... x sggup nk kuar tgk dnia sumer, minx2 la akue dijauhkn dr bencana nie sumer.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:46 AM

'bencana' ada kat mana-mana, dari semua aspek...terpaksa tengok juga sebab hari-hari kena hadap benda macam tu...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 9:50 AM

yang terdaya dilakukan, cuma mewujudkan lingkungan perisai sendiri supaya tak terikut-ikut dengan kerja-kerja bencana itew...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 9:59 AM

sebaik-baiknya..melakukan perisai sendiri dan berjuang cara orang2 kecil..x dapat perbetulkan yang besar, dapat selesaikan yang kecil pun jadilah...sekurang2nya sudah ada yg mencatit niat baik kita itew..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 10:02 AM

oi, kau janganlah guna `itew' tu... apa-apa hal pun, bahasa baku ni memang cantik pada telinga aku.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 10:33 AM

dah kau pun guna itew...aku saja nak ingatkan kau Encik SM @ Penjaga Baris! hik..

ya..kalau kau mendalami pantun dalam bahasa Melayu...indahnya tidak terperi dan tiada tolok banding..sebab itu orang dulu-dulu nak mula majlis, akan selit pantun..sebab pantun indah, lambang adab sopan dan budi yang tak lapuk dek zaman...isk...teringat zaman aku wakil sekolah dalam pantun...

NP Says:
September 5, 2011 at 10:34 AM

eeh arlooo bila masa lada i tu direndam clorox wey... tak baik tau!!!

johor? terlalu byk kenangan disitu... plaza angsana, nusajaya, bandar baru uda, haishhh

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 10:50 AM

LW: pantun paling basic `pulau pandan' tu antara contoh terbaik betapa cantik dan berseninya bahasa kita.
NP: rendam clorox lebih ganas daripada sabun je. ini bisnes ala `param'.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 11:02 AM

SM: ya..satu lagi 'pisang emas dibawa belayar'...classic and effortless but then the meaning is really really great!
SM lagi: kau dah membombastikkan cili rendam sabun NP tu..

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 11:44 AM

LW: sekali lagi, `Simplicity is the ultimate sophistication’...
lagi lagi LW: aku syak peniaga `param' hari tu awal2 lagi dah praktikkan kaedah rendaman dengan clorox ni.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 11:56 AM

SM:..aku ulang lagi..less is more..

sampai hari ini, aku sudah melekat dengan statement peniaga 'param' adalah haram untuk didekati...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 1:04 PM

hahaa...! ramadhan tahun ni aku berjaya menjauhi `param'...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 1:24 PM

Kita tunggu tahun depan (kalau aku panjang umur) tengok kau berjaya ke tidak menjauhi param...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 3:31 PM

kalau tahun ni boleh, takde masalah untuk tahun depan.

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 4:07 PM

Kau pasti boleh tapi takut aku la yg dah x available...

SynicalMind Says:
September 5, 2011 at 4:14 PM

always been available, even you are not here anymore...

Lady Windsor Says:
September 5, 2011 at 4:54 PM

my pleasure...thanks!