Awek berhati nobel

| Sunday, September 25, 2011 | |
Pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, lebih kurang 10 minit lepas azan Isya' dilaungkan dari Masjid India sana, aku masih lagi duduk bertinggung di atas bangku plastik kecil berwarna merah sejak setengah jam tadi. Mata aku sibuk memerhati stok yang habis aku timbunkan keluar dari 3 guni petang tadi. Dah banyak jugak yang aku setting cantik-cantik atas helaian canvas. Tinggal sikit je sengaja aku longgokkan sebab itu memang stok lama yang nak let go, bagi murah kat siapa-siapa yang terlalu berkira sangat pasal duit.


Tengah syok aku sedut asap dari rokok mahal yang aku pau dari sekutu aku tadi, aku tertarik dengan sorang awek berbaju kurung cotton warna putih berbunga biru tua corak kecil-kecil sedang asyik membelek-belek barang. Ditemani seorang lagi awek yang separa manis yang mengenakan jeans biru, baju kemeja kotak-kotak dan bertudung Yuna warna hitam, tangan kanan awek berbaju kurung cotton tu sedang memegang cawan plastik berisi sisa air minuman yang cuma tinggal beberapa ketul ais je kat dalam. Aku rasa mungkin air soya (favourite aku selain air tebu) kot sebab sedikit sisa minuman yang berwarna putih itu jelas dapat dilihat dari tempat aku bertinggung dengan menggunakan mata rabun jauh aku ni.


Dari hujung rambut ke hujung kaki aku scan awek berbaju kurung cotton ni sekali imbas. Tak berapa cantik, average orang kata. Tapi dengan bentuk wajah bujur sirihnya itu, buat aku berpaling kali kedua hanya untuk melihat muka dia je. Kening yang halus melentuk menambahkan lagi seri pada mata separa bundarnya, kulit sedikit sawo matang tapi licin dan tidak berjerawat, bibir nipis dan tiada sapuan gincu atau sebarang alat solek di wajahnya menambahkan keaslian ciptaan Tuhan. Tapi sedikit sayang sebab rambut lurus dan halus melepasi bahunya itu tidak ditutup dengan hijab membuatkan aku dan dia berkongsi dosa untuk seketika.


Wajah dia sedikit terlindung dengan sinaran mentol Philip berkuasa 80 watt yang aku sangkut kat atas kanopi sebelum masuk waktu Maghrib tadi. Memang manis walau pun tak berapa cantik. Aroma ketenangan yang dia bawa masuk ke dalam mata aku langsung memadamkan bau busuk air longkang dari sump yang terletak betul-betul beberapa kaki di sebelah kanan aku. Pemerhatiaan aku yang penuh kekaguman itu hanya mampu bertahan tak sampai seminit apabila dia melihat ke arah aku duduk bertinggung di belakang sini membuatkan aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke pakcik Segambut di sebelah kiri aku yang sedang asyik mengunyah apam balik, sedap sangat kot sampai tak bangun langsung bila ada orang datang tadi.


"Bang, ada tong sampah tak?" Jantung aku tiba-tiba berdegup lebih kencang daripada pecutan Ussain Bolt seolah ada sebiji handset Nokia 3310 bergetar apabila menerima pesanan dalam vibrate mode tersangkut kat usus besar aku. Hmm, suara dia seindah wajahnya bisa membuatkan aku tak ubah seperti patung tanah liat yang akhirnya cair menjadi lumpur pekat mengalir terus ke dalam sump kat sebelah aku ni, setelah dibasahi air hujan tropika. Aku berlakon seolah-olah tak mendengar langsung gemersik suara awek berbaju cotton tu dan meneruskan kerja-kerja terkutuk kat belakang sini menghabiskan baki rokok mahal yang tinggal lagi separuh. Aku yakin butir perkataan yang keluar menjadi alunan lunak suara gemersisk itu bukan ditujukan kepada aku.


"Alamak, tong sampah takde la dik. Kitorang main longgok je sampah kat belakang. Apehal, kami tak jual tong sampah dik." Sekutu aku menjawab dalam nada lawak bangang. Kalaulah aku ada dalam lingkungan dua kaki dari tempat dia berdiri, dah lama aku bagi chocker slam kat mamat tinggi lampai ni. Lawak tak bertamadun macam ni tak patut sangat dihidangkan kat awek yang suci dari mata kasar aku. Sekutu, nak berbahasa dengan awek berbaju kurung cotton ni elok-elok la sikit, jangan sampai aku tak nak bawak makan kat Kampung Baru karang!


"Takde, nak buang sampah ni," kata awek berbaju kurung cotton tu yang masih mengekalkan kegemersikan nada suaranya sambil mengunjukkan cawan plastik yang dipegang di tangan kanannya dari tadi ke arah sekutu aku.


"Ala, letak je kat penjuru tiang tu. Nanti ada orang bersihkan." Sekutu aku jawab.


"Takpe lah..." kata awek berbaju kurung cotton tu seraya memasukkan cawan plastik tu ke dalam recycle bag yang kemas terjinjing di tangan kirinya.


Bammm...!!! Aku rasa macam ada bom C4 meletup dalam tempurung kepala aku. Memang betul, memang sah. Tak sia-sia aku memuji kecantikan luaran awek berbaju kurung cotton ni. Aku tak kisah kalau baki lebih kurang 7.2 juta penduduk kota metropolitan Kuala Lumpur ni adalah pengotor, tapi hati aku akan tetap yakin dengan perubahan yang bakal berlaku selama tiga generasi dari sekarang sebab aku baru bertemu dengan seorang awek berhati nobel.


Aku bertekad, lepas solat Isya' karang akan berdoa supaya awek berbaju kurung cotton ni akan bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang juga berhati nobel dan bakal menimang cayaha mata dan kemudiannya akan dididik dengan nilai-nilai murni kehidupan terutama sekali tentang betapa pentingnya menitik beratkan aspek kebersihan dalam hidup.


***Ini adalah satu entri penghargaan untuk awek berbaju kurung cotton dan berhati nobel...

12 comments:

Lady Windsor Says:
September 25, 2011 at 11:45 PM

err kan ke ko yang berhati nobel tu..ntah awek tu awek ko kot..haha..eh sorry..just kidding...okeh baguslah ada individu dalam masyarakat yg begitu prihatin...kalau ada seribu orang kat KL macam dia, specially kat pasar malam jln tar tu, sure bersih licin pasar malam tu..

SM Says:
September 25, 2011 at 11:57 PM

pada aku, yang buat kotor ni bukan pengunjung. tapi peniaga. apa2 pun, aku ucap tahniah kat awek berbaju kurung cotton tu. dengan ucapan: cantik baju! auwww...!

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 12:10 AM

ko ucap sini x de makna beb, pasai pa tak ucap terus petang semalam?

SM Says:
September 26, 2011 at 12:19 AM

aku tengah buat-buat sibuk masa tu. lagi pun pekerja pasar malam yang duduk sebelah sump mana layak mendekati `awek berbaju kurung cotton dan berhati nobel' macam tu. hahahaa!

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 12:47 AM

ahh apa salahnya,..dia pun insan macam kita juga...ko jangan underestimate diri sendiri..

SM Says:
September 26, 2011 at 1:00 AM

tapi masalahnya, aku malas nak bangun dari bangku plastik merah yang aku bawak dari rumah. takut kena rembat. lagi pun, adakah ucapan nanti aku akan dihargai?

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 1:08 AM

We never know..X cuba x tahu...aku suka pushing the limit...

SM Says:
September 26, 2011 at 1:21 AM

aku lebih suka menunggu. (masa tu aku tengah busy la beb)

Lady Windsor Says:
September 26, 2011 at 5:32 AM

Oklah...kita ada cara masing-masing.. Namun matlamat adalah sama...

SM Says:
September 26, 2011 at 8:49 AM

yeah...

Cik Ina Do Do Cheng Says:
September 26, 2011 at 12:42 PM

kenapa nak puji dia je, cik ina pun makcik berhati nobel tau dalam handbag cik ina penuh sampah sarap.

SM Says:
September 26, 2011 at 12:54 PM

hahaa, sebenarnya pujian dan penghargaan tu untuk semua yang berhati nobel. bukan senang nak jumpa orang yang selamba je simpan sampah dalam beg.