mari menghisab

| Friday, September 30, 2011 | 17 comments |

Harga Jualan = RM 6.70/pek

Harga Modal = RM 3.30/pek
Promosi (ruang iklan majalah/akhbar, siaran radio/tv, terbitan flyers) = 23%
Penghantaran (kos bahan api, penyelenggaraan) = 15%
Pengeluaran (gaji pekerja, pembungkusan, penyelidikan) = 35%
Bahan Mentah = 27%

>untung = RM 3.40/pek

Jumlah jualan sebelum promosi = 79 200 pek
>untung = RM 269 280
Jumlah jualan selepas promosi = 93 410 pek
>untung = RM 317 594
>sumbangan kepada badan amal (-RM 0.20/pek) = RM -18 682
>untung sebenar = RM 298 912

>Peningkatan keuntungan = RM 29 632

**************************************************

Pergh...! Aku sekarang tengah membayangkan kalau tiap kali tiba je bulan Ramadhan, aku punya keuntungan mesti naik paling kurang pun dalam RM 20 000. Tapi dengan syarat aku kena pandai gunakan sentimen rasa simpati masyarakat Malaysia ni. Kalau buat bulan biasa memang tak jalan. Biasa la kan. Kena pandai ambil peluang sebaik mungkin.

Bila sebut pasal kebajikan ni pulak, kalau aku bagi RM 0.20 aku punya untung tu kat budak-budak miskin atau anak yatim, bukannya aku rugi apa pun. Makin untung ada la...! Terima kasih atas kewujudan golongan yang kurang bernasib baik ni. Selain dapat beramal, secara tak langsung aku jugak dapat menaikkan jenama ubat gigi aku ni. Biar orang tau company aku adalah company yang mementingkan  kebajikan semata-mata dan tak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik terutama dalam bulan yang penuh barakah ni.

Jadi, sokonglah jenama aku ni, demi kemajuan dunia dan akhirat. Amin...

butang baju melayu

| Thursday, September 29, 2011 | 9 comments |
dia : mana baju melayu kau? pakai la...
aku : saya olang cina ma...
dia : otak kau!

ok la, aku pakai jugak. kalau tak pakai kang kena pulau pulak macam tahun lepas. gambar raya jemuan tahun lepas pun ada satu je muka aku. lain-lain sembunyi kat belakang.

petang ni aku berbaju melayu untuk kali kedua tahun ni sempena jamuan raya, walau pun tak tak cukup syarat. tanpa songkok atau sampin. cukup la sekadar dipadankan dengan slack sepuluh ringgit dari bundle pasar malam semalam.

aku bukannya malu nak pakai baju melayu. gila apa? lagi bangga lagi ada la. cuma aku tak nak orang perasan baju ni baju raya aku dua tahun lepas!!!

amarah hijau

| | 14 comments |
apa hal brader?
lu main usha bangsat kat gua je dari tadi ni.
nak kena tumbuk?


gua tau gua tak hensem, gua tau seluar gua koyak, gua tau badan gua kurus melengkung macam budak somalia tak cukup makan.
bila gua kaya kang gua buat la plastic surgery.
balik kang gua pergi la bundle cari slack baru.
dapat gaji kang gua makan la banyak-banyak.


lu tak puas hati ke gua isi minyak dua ringgit je?
apa hal, nak kena siram dengan petrol?
lu tak suka gua dapat cop tempat dulu dari lu?


kamon la, gua bayar cash ma...
tak guna pakai tujuh siri tapi isi minyak berhutang.
entah-entah nasi lemak lauk ayam kat rumah flet sana tu pun lu tak mampu nak beli sekarang.
gua boleh beli empat bungkus la, boleh belanja lu sekali kalau makcik tu tak ingin lu punya visa.

motherfuckass...!

***sial, patut la dia pelik je tengok gua isi minyak tadi. rupa-rupanya gua silap masuk kat pam hijau. cilanat!!!

Sadis

| Wednesday, September 28, 2011 | 21 comments |
Sadis 1 :

Dulu masa aku kerja kat Taman Melawati. Dalam perjalanan pergi kerja, pagi. Ketika kereta aku melalui MRR2 sebelum sampai ke Bandar Tasik Selatan. Aku perasan ada asap keluar dari sebuah Kelisa warna gold. Aku berjaya menghampiri kereta tu dalam kesesakan rutin jalan sebab lorong tengah yang kereta tu lalui agak perlahan pergerakan kenderaannya berbanding dengan aku yang berada di lorong kanan. Bila aku perhati betul-betul, aku dapat pastikan pemandu kereta tu memakai tudung, aku dah lupa warnanya. Semakin dekat, aku semakin pasti yang pemandu tu memakai baju kurung sebaik dia mengeluarkan tangannya sehingga hampir ke siku. Serentak dengan itu mulut di dalam hati aku berbisik, "ah, fuck..." bila jejari runcingnya memetik abu dari puntung rokoknya.

Sadis 2 :

Tengahari, lunch hour kat Larkin Perdana. Masa tu aku kerja kat situ. Lepak minum dengan sekutu aku kat satu restoran sebaris dengan bank. Tengah sedap-sedap minum, mata aku sambil menjamu dirinya dengan merenung sorang awek cute. Rambut pendek ala tomboi. Dari kepala, mata aku turun ke muka. Muka bujur sirih, alis mata halus, hidung terletak kurang mancung. Kemudian mata aku menjelajah turun lagi melihat pakaian yang dia pakai. Aku kira mungkin dia seorang perempuan yang kerjayanya hanya dalam lingkungan bilik berhawa dingin. Atau lebih baik lagi, dia mendapat panggilan `bos' di tempat kerja. Secara automatik lagi, mata aku meluru ke arah celah-celah jari gebunya. Sebaik aku melihat ada rokok menthol terselit kemas antara jari telunjuk dan jari tengahnya, cepat-cepat aku pun ikut nyalakan rokok jugak. Aku tak nak kalah dengan dia. Sambil menyalakan Dunhill, aku berkata pada awek tu dalam hati... "babe, pandai lu hisap!"

Sadisnya mereka di mataku...


Dari tadi aku search kat internet, nak pastikan yang Adele aku bukan seorang perokok...

sembilan.ratus.sembilan.puluh.sembilan

| Tuesday, September 27, 2011 | 3 comments |
Untuk minggu-minggu yang seterusnya, aku harap manusia seperti `awek hati nobel berbaju kurung cotton' masih lagi wujud di antara celah-celah kegilaan manusia ini.

Mungkin `dia' tersembunyi antara seribu manusia edan yang galak memenuhi ruang sempit ini.

Jadi aku mesti memerhatikan sembilan ratus sembilan puluh sembilan orang sebelum dapat mencari manusia berhati nobel seperti `dia' lagi.

Moga aromanya dapat sekali lagi mengendurkan pikuknya suasana bingit di sini...

Gambar diambil pada 24 Sept 2011,
sejurus sebelum azan Maghrib kedengaran...

makhluk awal pagi

| Monday, September 26, 2011 | 10 comments |
Awal pagi tadi. Dalam perjalanan pergi kerja. Entah apahal tiba-tiba tekak aku buat perangai. Nak merasa roti sardin mamak pulak. Entah la, aku kalau bab mamak ni follow je sebab setakat ni belum pernah ada pengalaman buruk berkaitan dengan perkataan `mamak'.

Hari masih awal lagi, matahari pun belum menunjukkan samsengnya. Aku pun apa lagi, terus je teringat kat Restoran Rishadh kat Bandar Kinrara 4 yang sedikit masa dulu pernah jadi kegilaan aku tiap kali hujung minggu. Dah lama jugak tak ngeteh sorang-sorang ni.

Memandangkan rutin harian aku yang boleh dijangka iaitu tiba kat ofis sejam sebelum waktu sepatutnya aku punch, apa salahnya aku melencong sikit dan buang masa dalam setengah jam pekena roti sardin. Kalau time pagi-pagi buta kat mamak tu aku rasa tak ramai orang kot. Hari bekerja pulak tu. Lain la kalau hari minggu, memang berlari-lari la pekerja dia ambik order sebab ramai orang.

Lebih kurang jam 6:45 pagi aku punya roti sardin dah standby atas meja, dengan segelas teh tarik sedikit kelat. Trademark Restoran Rishadh ni sejak dulu yang mengamalkan penggunaan susu yang tak keterlaluan. Ok la, kena dengan tekak aku.

Orang memang tak ramai time tu. Cuma empat meja je yang berpenghuni selain daripada sorang pekerja yang tengah tongkat dagu kat meja sebelah aku. Aku rasa dia ni mesti pekerja baru, sebab tak pernah nampak pun sebelum ni...

Kat depan aku, ada sorang lelaki cina berbaju kuning tengah syok layan game kat laptop. Apa kejadah pulak pagi-pagi buta main game kat mamak. Mentang-mentang mamak ni bermurah hati bagi lu cucuk kat soket dia, sesedap rasa je main game. Nak main balik rumah la...!

Hujung sana berhampiran tv jenama mahal pulak ada dua orang budak sekolah yang mungkin ada niat nak ponteng sekolah, sama macam perangai aku dulu tiap kali tiba hari Isnin. Hmm, ada jugak yang ikut jejak aku walau pun tak payah nak ajar sangat buat benda penuh manfaat ni...

...dan ada satu lagi gelagat manusia yang dapat kita lihat secara realiti, aku kira baik untuk kita ambil teladan selain daripada aksi-aksi bodoh saluran Astro Ceria. Di hujung sana, di tengah gelanggang berpagar yang disinari cahaya lampu jalan ada tiga organisma bernyawa bernama manusia sedang menggerak-gerakkan anggota badan dengan teratur dan lembut. Kalau siapa-siapa yang berotak waras, mestia dia tau yang tiga orang lelaki tu sebenarnya tengah ber`tai chi'.

Pergh, bravo! Pagi-pagi buta lagi dah rajin bersenam. Dan pemandangan yang memang tipikal sekali adalah, tiga orang lelaki itu adalah daripada ras yang berlainan daripada aku. Aku sedikit kagum. Walau pun mereka dikenali dengan tabiat pemakanan yang `main taram' je dengan segala macam diet baik yang halal atau binatang haram, tapi diorang tetap jugak rajin bersenam.

Alangkah eloknya kalau pakcik-pakcik kita yang dah pencen (dan aku) amalkan benda ni dan jadikan sebagai rutin harian. Bukannya bila balik dari solat subuh kat surau, terus tuju kedai kopi ngeteh sampai matahari dua jengkal...

Adui... Aku nak follow la!

 Abaikan benda sedap yang ada atas meja tu, tapi setengah jam aku duduk tapi tak dapat tangkap apa nama filem yang ada Michael Clark Duncan berlakon kat Cinemax tu...

Tiga objek yang bertanda bulat itu adalah `makhluk awal pagi' yang aku maksudkan.

Awek berhati nobel

| Sunday, September 25, 2011 | 12 comments |
Pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman, lebih kurang 10 minit lepas azan Isya' dilaungkan dari Masjid India sana, aku masih lagi duduk bertinggung di atas bangku plastik kecil berwarna merah sejak setengah jam tadi. Mata aku sibuk memerhati stok yang habis aku timbunkan keluar dari 3 guni petang tadi. Dah banyak jugak yang aku setting cantik-cantik atas helaian canvas. Tinggal sikit je sengaja aku longgokkan sebab itu memang stok lama yang nak let go, bagi murah kat siapa-siapa yang terlalu berkira sangat pasal duit.


Tengah syok aku sedut asap dari rokok mahal yang aku pau dari sekutu aku tadi, aku tertarik dengan sorang awek berbaju kurung cotton warna putih berbunga biru tua corak kecil-kecil sedang asyik membelek-belek barang. Ditemani seorang lagi awek yang separa manis yang mengenakan jeans biru, baju kemeja kotak-kotak dan bertudung Yuna warna hitam, tangan kanan awek berbaju kurung cotton tu sedang memegang cawan plastik berisi sisa air minuman yang cuma tinggal beberapa ketul ais je kat dalam. Aku rasa mungkin air soya (favourite aku selain air tebu) kot sebab sedikit sisa minuman yang berwarna putih itu jelas dapat dilihat dari tempat aku bertinggung dengan menggunakan mata rabun jauh aku ni.


Dari hujung rambut ke hujung kaki aku scan awek berbaju kurung cotton ni sekali imbas. Tak berapa cantik, average orang kata. Tapi dengan bentuk wajah bujur sirihnya itu, buat aku berpaling kali kedua hanya untuk melihat muka dia je. Kening yang halus melentuk menambahkan lagi seri pada mata separa bundarnya, kulit sedikit sawo matang tapi licin dan tidak berjerawat, bibir nipis dan tiada sapuan gincu atau sebarang alat solek di wajahnya menambahkan keaslian ciptaan Tuhan. Tapi sedikit sayang sebab rambut lurus dan halus melepasi bahunya itu tidak ditutup dengan hijab membuatkan aku dan dia berkongsi dosa untuk seketika.


Wajah dia sedikit terlindung dengan sinaran mentol Philip berkuasa 80 watt yang aku sangkut kat atas kanopi sebelum masuk waktu Maghrib tadi. Memang manis walau pun tak berapa cantik. Aroma ketenangan yang dia bawa masuk ke dalam mata aku langsung memadamkan bau busuk air longkang dari sump yang terletak betul-betul beberapa kaki di sebelah kanan aku. Pemerhatiaan aku yang penuh kekaguman itu hanya mampu bertahan tak sampai seminit apabila dia melihat ke arah aku duduk bertinggung di belakang sini membuatkan aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke pakcik Segambut di sebelah kiri aku yang sedang asyik mengunyah apam balik, sedap sangat kot sampai tak bangun langsung bila ada orang datang tadi.


"Bang, ada tong sampah tak?" Jantung aku tiba-tiba berdegup lebih kencang daripada pecutan Ussain Bolt seolah ada sebiji handset Nokia 3310 bergetar apabila menerima pesanan dalam vibrate mode tersangkut kat usus besar aku. Hmm, suara dia seindah wajahnya bisa membuatkan aku tak ubah seperti patung tanah liat yang akhirnya cair menjadi lumpur pekat mengalir terus ke dalam sump kat sebelah aku ni, setelah dibasahi air hujan tropika. Aku berlakon seolah-olah tak mendengar langsung gemersik suara awek berbaju cotton tu dan meneruskan kerja-kerja terkutuk kat belakang sini menghabiskan baki rokok mahal yang tinggal lagi separuh. Aku yakin butir perkataan yang keluar menjadi alunan lunak suara gemersisk itu bukan ditujukan kepada aku.


"Alamak, tong sampah takde la dik. Kitorang main longgok je sampah kat belakang. Apehal, kami tak jual tong sampah dik." Sekutu aku menjawab dalam nada lawak bangang. Kalaulah aku ada dalam lingkungan dua kaki dari tempat dia berdiri, dah lama aku bagi chocker slam kat mamat tinggi lampai ni. Lawak tak bertamadun macam ni tak patut sangat dihidangkan kat awek yang suci dari mata kasar aku. Sekutu, nak berbahasa dengan awek berbaju kurung cotton ni elok-elok la sikit, jangan sampai aku tak nak bawak makan kat Kampung Baru karang!


"Takde, nak buang sampah ni," kata awek berbaju kurung cotton tu yang masih mengekalkan kegemersikan nada suaranya sambil mengunjukkan cawan plastik yang dipegang di tangan kanannya dari tadi ke arah sekutu aku.


"Ala, letak je kat penjuru tiang tu. Nanti ada orang bersihkan." Sekutu aku jawab.


"Takpe lah..." kata awek berbaju kurung cotton tu seraya memasukkan cawan plastik tu ke dalam recycle bag yang kemas terjinjing di tangan kirinya.


Bammm...!!! Aku rasa macam ada bom C4 meletup dalam tempurung kepala aku. Memang betul, memang sah. Tak sia-sia aku memuji kecantikan luaran awek berbaju kurung cotton ni. Aku tak kisah kalau baki lebih kurang 7.2 juta penduduk kota metropolitan Kuala Lumpur ni adalah pengotor, tapi hati aku akan tetap yakin dengan perubahan yang bakal berlaku selama tiga generasi dari sekarang sebab aku baru bertemu dengan seorang awek berhati nobel.


Aku bertekad, lepas solat Isya' karang akan berdoa supaya awek berbaju kurung cotton ni akan bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang juga berhati nobel dan bakal menimang cayaha mata dan kemudiannya akan dididik dengan nilai-nilai murni kehidupan terutama sekali tentang betapa pentingnya menitik beratkan aspek kebersihan dalam hidup.


***Ini adalah satu entri penghargaan untuk awek berbaju kurung cotton dan berhati nobel...

The best day.

| Friday, September 23, 2011 | 13 comments |
6:40 pm, 23 September 2011. "Hari Jumaat is not the best day." Kata Datuk Abu Hassan bila ditanya oleh dj Bernama Radio tentang kesesakan jalan yang dia tempuhi sebelum sampai ke konti. Hmm, mungkin dia cuma bergurau dan aku harap aku salah dengar. Tolong betulkan kalau aku salah.

Track

| | 17 comments |
Abang Mus : Kau tau Seksyen 9?
Aku : Tak tau.
Abang Mus : Pusat akuatik?
Aku : Tak tau.
Abang Mus : Hmm, Federal Highway?
Aku : Ha, tau...
Abang Mus : OK, kau lalu Federal Highway. Lepas tol Batu Tiga tu, kau ambik exit kedua yang ada tulis pergi Persiaran Kayangan kat signage. Bila dah exit tu, kau belok kanan ambik pukul 3 sebab kat situ sebenarnya roundabout. Dah ambik pukul 3, nanti kau nampak Pusat Akuatik kat sebelah kanan. Kau terus lagi. Depan sikit nanti kau jumpa satu lagi roundabout, kau ambik pukul 12. Roundabout tu nama dia Bulatan Kayangan kalau kau nak confirmkan tak sesat. Lepas pada roundabout kedua tu kau terus lagi, jangan belok kiri atau kanan sebab kau akan jumpa traffic light. Lebih kurang 1 km kau terus ke depan, kau nampak Concord Hotel kat sebelah kanan. Kau belok kanan kat simpang empat besar tu. Bangunan tinggi yang lagi satu tu la Plaza Masalam.

Aku : Ok, terima kasih bang...

*****

Ringkas, tepat dan padat. Semua direction tu aku terima melalui telefon je. Arahan yang dia bagi pulak mudah aku nak faham. Berbekalkan kuda tunggangan Modenas Kriss biru (dah jual) aku, semua apa yang aku dah save dalam kepala memang sama dengan apa yang ada depan mata aku, sampai moto aku betul-betul parking kat bangunan tu. Itu cerita lebih kurang 10 tahun dulu, masa aku mula-mula jadi orang buta kat sini.

Pada aku, Abang Mus seorang penunjuk arah yang baik, sebab aku tak pernah sesat atau salah jalan tiap kali aku mintak direction untuk ke tempat-tempat yang aku tak pernah pergi.

Macam tu lah jugak dalam hidup kita. Mencari guru, membaca bahan-bahan rujukan atau memerhatikan keadaan persekitaran boleh saja menjadi panduan untuk kita supaya kita tak sesekali tergelincir dari track. Manakala, kita sebagai orang Islam kita dah mempunyai guide yang tepat dan betul untuk kita menjalani hidup ni (al-Quran dan al-Hadith) , tak perlu susah-susah atau memandai-mandai nak ikut short cut.

Eh, entah apa khabar Abang Mus dengan Kak Ana (isteri dia a.k.a. ex-boss aku) dan anak dia yang aku pernah dukung masa baby dulu.

(gambar cilok dari internet)

The Grey

| Thursday, September 22, 2011 | 16 comments |
Aku kena tengok (tonton) ni... Sebagaimana aku suka tengok (tonton) Alive pasal team ragbi cannibal yang kandas kat Andes atau Cast Away pasal Tom Hanks sakit gigi yang terkandas ntah kat pulau mana. Kali ni Liam Neeson tak pukul orang macam dalam Taken, tapi dia pulak kena hambat dengan haiwan maging empat kaki (bukan babi)...

Perjalanan terakhir: Cara aku mengingati mati.

| Wednesday, September 21, 2011 | 10 comments |


Langit semakin pekat saduran warnanya. Di ufuk barat sana sudah tidak kelihatan lagi hamparan permaidani jingga yang sebentar tadi hanya tinggal penghujung menandakan putaran jarum pendek jam semakin menghampiri ke angka lapan. Tak lama lagi, azan Isya' pasti akan dilaungkan dari masjid yang berjarak hanya dua batang rokok kalau berbasikal dari simpang traffic light sini.


Sebaik kaki kiri aku melangkah keluar dari lif tengah menuju ke ruang lobi utama, pengawal bernama Naim yang aku kenali melalui tag nama yang sentiasa tersemat di dada kanannya itu sedang bersandar di luar mengadap ke `drop off' zone. Kali ini, aku tidak mengangkat tangan atau kening seperti biasa ketika melewati tempat dia bersidai kerana dia langsung tak perasan kehadiran aku, mungkin sebab laluan aku betul-betul membelakangi kedudukannya atau dia terlalu asyik menikmati sebatian nikotina dari hujung bibir lebamnya.


Sekali tendang, enjin kuda hitam aku mula menggigil memuntahkan asap dari corong buntutnya, meraung seolah-olah marah kerana seharian ditinggalkan sendirian di sebelah tiang bertanda E4 berwarna kuning. Maafkan aku wahai cintaku, aku menurut pepatah orang tua; aku sayangkan engkau sebab tu aku terpaksa tinggalkan engkau sendiri di sini.


Sesudah siap jaket bundle yang aku beli sebaik menerima bonus pertama lebih kurang tujuh tahun dulu membungkus tubur kurus keringku, aku terus memulas throttle separa habis sebelum kaki kiri aku sedikit menghentak ke hadapan bagi mengarahkan segala peralatan mekanikal aku bekerja lebih kuat lagi sebab hari sudah semakin larut bagi golongan pekerja pejabat seperti aku. Aku mahu segera sampai ke rumah untuk meredakan segala jaluran urat saraf yang berselirat di segenap tubuh aku. Tubuh dan minda aku tak dapat bekerja dan berfungsi dengan baik lagi buat masa ni. Agak sejuk jugak aku rasa sebaik aku dan kuda hitam aku mendaki ramp keluar dari ruang basement menuju ke jalan utama.


Hala tuju aku lewat maghrib ini adalah lebuhraya bertanda E20 di atas peta jalan semenanjung keluaran Jabatan Kerja Raya yang masih lagi setahun jagung. Lebih kurang tujuh minit kemudiannya, aku telah melepasi tol pertama menuju ke arah utara iaitu laluan terus aku setiap hari pulang ke rumah. Dengan sekali henjutan, deruman enjin kuda hitam aku mengiringi pecutan yang semakin bertambah dari 80 km/j hampir melepasi ke 90 km/j. Kelajuan yang selesa bagi kuda tua aku ni, tapi sering menjadi bahan gelak konco-konco ofis. Celaka, korang motor besar boleh la main henjut macam Wayne Rayne sebelum dia pencen dulu.


Permukaan jalan masih basah menandakan awan baru selesai menumpahkan isi perutnya dan ternyata tindakan luar biasa aku buat kerja lebih peting ni agak berbaloi, tak perlu menempuh hujan seperti waktu pagi tadi dan sebagai bonus, banyak kerja tertangguh yang dapat aku sudahkan. Dan lagi, aku dapat hisap rokok dalam ofis berulang kali tanpa perlu mendengar makcik mulut kepoh kat cubicle sebelah membebel tak tahan asap nikmat aku keluar macam biasa.


Fikiran aku melayang tatkala kedua-dua kanta mata aku memfokuskan ke hadapan, mencongak-congak rancangan tv yang bakal aku tonton sejam dari waktu tu. Malam ni entah ke mana Cody Lundin dan Dave Canterbury nak praktikkan skil ikhtiar hidup mereka kali ni, mungkin ke Cody akan terus berjalan atas permukaan glasier dengan berkaki ayam jugak?


Semakin lama, otak aku semakin hanyut dengan segala macam angan jangka pendek hinggakan aku tak sedar beberapa titis cecair telah menyapu jari-jari aku yang kemas menggenggam throttle. Aku mulai menyedari sesuatu yang tak kena apabila dagu dan bibir aku terasa sedikit pedih seperti dilibas dengan dedaun lalang. Hm, nampaknya malam ni sekali lagi Tuhan akan menyejukkan tubuh aku dengan curahan rahmatNya ke atas aku.


Kedinginan yang masih berbaki kesan daripada lebih 12 jam tubuh aku berada dalam ruang berhawa dingin menambahkan lagi kecutnya perut aku, apatah lagi jaket bundle yang membaluti tubuh aku tak mampu lagi memerangkap haba yang badan aku hasilkan. Jari kelingking kanan aku mulai terasa kebas. Rintikan air yang sebentar tadi mendinginkan mulai bersatu sesama sendiri dan menukarkan bentuk fizikalnya kepada titisan hujan renyai. Aku tak punyai pilihan lain, terpaksa juga meneruskan perjalanan dengan memperlahankan sedikit kelajuan kuda hitamku.


Hujan. Berpuluh tahun dulu, aku sangat sukakan hujan kerana setiap kali hujan aku akan mempunyai alasan kukuh untuk ponteng sekolah agama dan mengambil peluang bermain bola atas padang yang penuh lopak bersama brader-brader taman perumahan bersebelahan. Bagi aku, Tuhan menurunkan hujan adalah supaya aku tak perlu bersekolah pada hari itu. Berlainan dengan saat ini, hujan pastinya akan mendatangkan sedikit kesulitan pada aku terutamanya apabila aku memilih untuk menunggang kuda hitam aku berbanding duduk di bawah bumbung kereta buatan Malaysia kesayangan aku untuk sampai ke tempat kerja. Aku redha, rezeki Tuhan memang tak mudah untuk dicari walau pun sudah berada di depan mata. semuanya hanya dengan izin Yang Maha Esa.


Dari kelajuan normal aku iaitu 90 km/j pada permulaan perjalanan, kini aku hanya memacu enjin empat lejang bersesaran 109.5cc aku selaju 50 km/j sahaja. Tak mungkin aku dapat menentang arah tiupan angin yang semakin kencang ke arah aku, menjadi badan aku sentiasa terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan. Mujur lorong luar ini agak lebar jika hendak dibandingkan dengan beberapa lebuhraya lain yang biasa aku lalui sebelum ini.


Visor gelap yang menutupi separuh muka aku kini sudah semakin kelam dibasahi air hujan, begitu juga dengan cermin mata aku. Pandangan aku sangat kabur sehingga aku hanya mampu berpandukan kepada garisan putih di sebelah kanan aku untuk meneruskan perjalanan. Mustahil untuk aku berhenti di sisi lebuhraya semata-mata enggan menempuh titisan rahmat ini kerana aku sangat hafal selok belok laluan ini di mana tak terdapat sebarang tempat berteduh yang sesuai, melainkan tubuh bersaiz hanya beberapa milimeter membuatkan aku boleh berlindung di celah-celah rumput seperti anak katak tak tahu berenang yang takut kebasahan.


Zass...! Beberapa buah kereta pelesit menderu laju di sebelah aku membuatkan aku menghimpit ke sisi kiri kerana sedikit terkejut "Anak sundal..." aku memaki beberapa ekor khinzir bedebah yang diberikan lesen kelas D itu di dalam hati yang mempraktikkan perangai bapak setan mereka. Degupan jantung aku segera mempergiatkan lagi kerja-kerjanya mengepam darah aku dengan lebih kencang lagi. Aku menaikkan sedikit visor aku ke atas kerana tak mampu lagi melihat garisan putih di sebelah. Panduan aku sudah semakin hilang.


Serentak dengan itu, dari kejauhan belakang sana aku dapat mendengar bunyi seretan keras tayar kenderaan menghampiri aku. Belum sempat aku melirikkan mata ke arah cermin sisi untuk melihat apa yang berlaku, tiba-tiba tubuh aku terasa amat ringan dan bagaikan di awang-awangan, pandangan mata aku gelap...


****************************************************************************************************


Aku berdiri kaku di tepi lebuhraya dalam kebasahan yang amat mendinginkan, sementara kaki aku terus berpijak pada susunan rumput yang kemas bagaikan hamparan turf di padang hoki. Kini sepuluh jari aku pula yang kebas dan tak terasa apabila disentuh. Jatuhan air hujan semakin menggila bagaikan petanda kiamat semakin tiba dalam beberapa minit lagi.


Aku berpaling ke kiri memerhatikan kenderaan yang pada pengamatan aku adalah sebuah kancil putih di hujung garisan sana, tergesa-gesa memecut laju meninggalkan aku sendiri. Asap campuran karbon monoksida yang ditinggalkan dari corong ekzos kancil itu perlahan-lahan hilang ditelan curahan air hujan dari langit dan juga dari percikan lopak di permukaan jalan.


Hampir suku minit aku terpaku di tempat sama sejak aku tersedar tadi, perlahan-lahan berhenti dua buah motosikal di sebelah kanan aku yang ditunggang oleh dua orang lelaki. Salah seorang mereka segera menongkatkan motosikalnya jauh dari gigi jalan dan berlari-lari anak menuju ke `v drain' sana. Manakala seorang lagi termangu-mangu di atas seat motosikal cub bernombor pendaftaran dari pantai timur dan kemudiannya memandang keliling seperti tercari-cari sesuatu dalam raut wajah yang agak terkejut. Dengan wajahnya yang pucat, perlahan-lahan dia turun dari motosikal dan mengangkat tangannya ke arah kenderaan lain yang sedang meluncur laju meminta agar mereka yang lain memperlahankan kenderaan. Jelas dapat aku lihat, lelaki kedua ini berdiri dalam keadaan badan dan kakinya menggigil.


Setengah jam berlalu, hujan sudah mulai reda. Pergerakan kenderaan yang pada mulanya laju tadi seakan-akan menuruti irama hujan, masing-masing mula memperlahankan kenderaan, ada antara pemandu dan penumpang kenderaan menjengukkan kepala mereka ke luar tingkap cuba melihat-lihat benda yang aku sendiri tak tau.


Pandangan mata aku kini semakin jelas apabila aku dapat menangkap air hujan yang mengalir di permukaan asphalt dan menuruni cerun menuju ke bucu kasut getah jenama Amporlo pasar malam aku adalah bukan seperti sepatutnya. Ada sedikit warna kemerahan bercampur dengan air hujan. Aku mengangkatkan sedikit kaki aku ingin memastikan apakah benar air hujan atau air ini datangnya dari sumber yang aku tak berapa pasti.


Di atas jalan sana, kenderaan semakin sesak, hanya lorong paling kanan yang dapat dilalui kerana semua kenderaan cuba mengelak daripada melalui lorong tengah dan kiri. Kereta dan motosikal yang berhenti juga sudah semakin banyak. Dua lelaki yang berhenti tadi juga sudah tidak dapat aku lihat lagi, mungkin tenggelam di tengah-tengah kerumunan orang ramai yang berkumpul di tepi dan tengah jalan.


Di tengah-tengah guman orang-ramai itu, aku dapat lihat beberapa objek kecil tertutup kemas dengan kepingan akhbar yang setiap satunya telah dibasahi dengan air hujan berwarna merah. Aku tidak dapat pastikan apakah sebenarnya objek itu kerana saiznya yang lebih kecil sedikit daripada saiz akhbar tabloid.


Kemudian, aku berjalan sedikit menuju ke arah `v drain' di mana aku masih dapat melihat lelaki pertama tadi sedang berdiri di tebing bersama-sama seorang anggota polis berpakaian seragam tapi diselimuti `rain coat' gelap berjalur putih. Dari perlakuan lelaki itu, jelas dia seperti menceritakan sesuatu kepada anggota polis itu sambil tangan kanannya menunjuk-nunjuk ke arah tebing dan tengah lebuhraya silih berganti.


Beberapa meter dari tempat aku berjalan, kelihatan pula tiga orang anggota polis dan beberapa lelaki sedang terbongkok-bongkok mengutip sesuatu dari atas permukaan jalan dan memasukkan objek kecil yang berupa cebisan-cebisan kain dan benda lain yang serupa warnanya dengan seluar yang aku pakai ke dalam beg hitam yang dipegang di sebelah lagi tangan.


Rasanya, sudah lama aku berada disini sehingga badan aku sekali lagi terasa ringan. Aku segera teringatkan sesuatu, dan aku perlu pergi sekarang kerana ada seorang yang aku perlu temui untuk kali terakhir jauh di selatan semenanjung sana...


****************************************************************************************************


KUALA LUMPUR, Isnin - Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku ketika hujan lebat, apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum mangsa tercampak ke tengah jalan dan digilis sebuah bas persiaran yang sedang dalam perjalanan ke ibu kota.


Ketua Polis Daerah berkata, kemalangan berlaku pada jam 8:15 malam semasa mangsa seorang lelaki dalam lingkungan 30-an sedang dalam perjalan pulang dari tempat kerja. Beliau berkata, mayat mangsa yang tidak dapat dikenali kerana hancur digilis telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dituntut oleh waris.


****************************************************************************************************


Nyaris! Bila dah berlaku perkara-perkara yang nyaris ni la buat aku cepat-cepat ingat yang ajal maut semua di tangan Tuhan. Katakanlah esok pagi aku tak dapat datang ke tempat kerja sebab tubuh aku dah tersimpan rapi dalam rumah mayat, adakah teman minum pagi aku yang selalu akan mengingati aku setiap kali tiba waktu sarapan? Atau adakah makcik dari cubicle sebelah akan berasa lega dengan ketiadaan aku lagi? Adakah setahun dari sekarang semua kenalan aku yang tak sampai sepuluh orang akan berkumpul bersama dan menceritakan kenangan manis mereka bersama aku? 


Takpe la geng, korang bagi al-Fatihah pada hari pertama korang dapat berita kematian aku pun dah cukup terima kasih. Nanti model Citroen atas meja aku tu ambil la siapa-siapa yang nak, tapi jangan jual sebab aku sayang sangat benda tu...

.moodless.moanday.

| Monday, September 19, 2011 | |
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.aku nak lelapkan mata sekejap...

Belitung

| | 8 comments |
Suasana di dalam dewan agak mendebarkan apabila kumpulan C yang pada awalnya jauh ketinggalan kini berjaya mengumpul mata yang sama dengan kumpulan A sehingga ke penghujung segmen soalan matematik. Kedudukan kumpulan A kini tergugat memandangkan mereka adalah juara bertahan dalam acara kuiz tahunan ini, manakala ahli-ahli kumpulan C pula semakin bersemangat ingin membuktikan bahawa pelajar dari sekolah terpencil dan hanya mempunyai sepuluh orang pelajar sahaja serta serba kekurangan dari segi kemudahan, mampu menewaskan pelajar dari sekolah pekan yang terdiri daripada anak-anak orang kaya dan dibekalkan dengan kalkulator ketika kelas matematik.


Sekarang tiba kepada soalan terakhir. Bergantung sama ada kumpulan A atau kumpulan C mampu menjawab atau tidak seterusnya membawa nama sekolah mereka tercatat sebagai juara untuk tahun itu. Cikgu Buyong yang bertindak selaku juru acara kemudiannya berdiri di tempatnya sambil bersedia dengan soalan di tangan seraya memandang wajah peserta ketiga-tiga kumpulan sebelum mengalihkan pandangannya ke arah kertas yang siap tercatat soalan yang bakal menentukan juara antara dua kumpulan yang sedang bersaing sengit ini.


Amin menunggang basikalnya ke sekolah dengan kelajuan 15km/j dan mula bertolak dari rumahnya yang sejauh 20 km dari sekolah pada jam 7:15 pagi. Pada jam berapakah Amin sepatutnya melewati pintu pagar sekolah sekiranya dia tidak singgah di kedai Komeng membeli tikam-tikam?


Sebaik cikgu Buyong habis membacakan soalan, kesemua peserta lantas sibuk menulis sesuatu di atas kertas bersaiz A5 yang digunakan sejak soalan pertama lagi tadi termasuklah peserta dari kumpulan B walaupun mereka tahu mereka sudah tidak mempunyai peluang langsung untuk menang, mungkin juga niat mereka hanya untuk memanjangkan lagi tempoh kuiz itu sehingga ke senja. Almaklumlah, kedudukan mereka betul-betul terletak di bawah kipas yang berputar ligat seperti puting beliung.


Lintang yang duduk di sebelah kiri daripada tiga meja di kumpulan C tidak menulis apa-apa berbanding lapan orang peserta yang lainnya. Semenjak awal segmen soalan matematik, dia hanya banyak memandang ke siling sambil mulutnya terkumat-kamit seolah membaca mantera meminta hujan, sebelum tangannya sepantas kilat menekan buzzer di hadapannya.


Dengan penuh yakin, Lintang memberikan jawapan yang dia congak sebentar tadi. Suasana sepi untuk beberapa detik. Mata cikgu Muslimah terpaku memandang ke arah para hakim yang duduk di hujung penjuru sana sambil kerongkongnya kelihatan sedikit bergerak ke atas dan ke bawah menandakan terdapat air liur yang baru ditelannya.


Salah! Jawapan yang kamu berikan itu salah.






**********


Ini adalah salah satu babak dalam filem Laskar Pelangi yang aku tengok (tonton) malam Rabu hari tu selepas aku balik kerja dalam kesejukan lebuhraya malam. Aku tak heran sangat pun pasal jalan cerita ni sebab tema yang dibawakan tu dah biasa sangat dan dah lali pada mata aku sebab dah banyak kali diulang-ulang sama ada dalam drama nangis kita atau dalam cereka-cereka bercetak.


Apa yang buatkan aku tersengih masa tengok (tonton) filem ni selain daripada bakat Alex Komang yang dibazirkan sebab diberikan watak kecil adalah, soalan terakhir yang dibacakan oleh cikgu Buyong (aku tak tau nama cikgu ni) dalam filem ni.


Seingat aku, masa aku darjah enam dulu agak mustahil aku nak jumpa soalan yang sebegini dalam percubaan UPSR atau pun semasa aku masuk kuiz matematik masa darjah lima. Masa kelas tambahan tingkatan tiga pun cikgu Latifah tak pernah ajar persamaan S=Vt macam yang si Lintang terangkan untuk membuktikan jawapannya betul kat papan hitam setelah dia dituduh curang oleh para hakim.


Serious shit, aku belajar persamaan linear masa tingkatan tiga dulu lepas tu barulah persamaan kuadratik pulak dalam matematik tambahan tingkatan empat. Yang aku ingat, persamaan S=Vt ni cikgu aku ajar masa kelas fizik tingkatan empat dulu.


Pergh...! Kalau macam tu tahap silibus pelajaran untuk budak-budak sekolah rendah kat Indonesia sana adalah berkali-kali ke hadapan berbanding silibus untuk anak-anak sekolah rendah kita, itu pun kalau betul la soalan yang dipaparkan dalam babak ni.


Nampak gayanya, aku terpaksa hantar anak aku kat Pulau Belitung sana bila nak masuk darjah satu. Lepas tu bila cuti semester boleh la berlagak genius di kalangan sepupu-sepuppu dia...!



2˚51’44”S, 107˚57’21” koordinat geodetik pulau ni

Pantun Untuk Dia

| Sunday, September 18, 2011 | 0 comments |



Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Kalau ada silap dan salah,
Ampun dan maaf ingin dipinta.

Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Ucapan maaf harap diberi,
Kuhulur tangan salam dijabat.

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat reban,
Salah dan silap amat dikesali,
Harap diri dapat dimaafkan.

Tanam pisang rapat-rapat,
Agar senang puyuh berlari,
Ucapan maaf untuk sahabat,
Kasar bahasa tidak disedari.

Kisah Dongeng

| | 2 comments |
Celaka...! Gua tak pernah minat atau ambik tau semua produk AF. Tapi apasal gua boleh tangkap minat lagu ni secara tiba-tiba pulak? Sebagai manusia yang dilahirkan hodoh dan tak mempunyai rupa dan otak yang cerdas, mungkin lagu ni memang ngam dengam gua kot. Hahahaa.....
Layan lagu yang kena dengan fizikal kita pagi-pagi minggu sambil buat kerja yang dah dua hari tertangguh ni mari jugak.

Warning for all those maggots!

| Saturday, September 17, 2011 | 6 comments |
If you can't afford to go to the private hospital, please do not complaint on our government hospital..

Wall post kat fesbuk kawan aku yang tiba-tiba buat aku naik bengang pagi semalam, tontonan perbarisan Hari Malaysia aku disulami dengan kekacauan jiwa yang berlarutan sehingga ke waktu solat Jumaat. WTF!
Sekian wassalam, moga kita semua terus gembira dan hidup sepanjang menghabiskan Syawal ini kita nikmati dengan penuh keberkatan. Insya_allah...
...hey buddy, semalam sempena hari kebesaran kita sepatutnya aku ucapkan semoga bahagia kat kau, tapi aku lupa la, hahahaaa....!

Cannibal Holocaust : Belajar menjadi manusia.

| Thursday, September 15, 2011 | 21 comments |
Gambar kat bawah ni aku snap minggu lepas, beberapa jam selepas aku menyedari tentang kehilangan seekor ikan dalam tank aku. Pada mulanya, aku tercari-cari entah ke mana ikan aku yang lagi seekor. Mungkin juga dia sedang menyendiri seperti biasa di celah-celah rimbunan dedaun buatan atau pun ada di sebalik filter.

Tapi selepas beberapa jam, aku mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena apabila aku dapati hanya dua ekor ikan yang sama dengan bebas berenang dari hujung ke hujung satu lagi tank sambil mendabik dada laksana kumpulan kecil samseng yang baru lepas mematahkan tengkuk seseorang.

Aku jadi kaget, segera aku memerhatikan ke segenap sentimeter ruang tank. Air yang jernih agak memudahkan siasatan aku ketika itu.

Alangkah terkejutnya aku apabila mata aku terpaku melihat longgokan kecil objek yang sangat aku kenali. Ada sisik ikan...! Dan bersama-sama sisik ikan tu, aku dapat lihat dengan jelas tulang dan duri ikan berserta tengkorak yang hampir menyamai saiz salah seekor ikan yang masih berenang gaya mafia tu.

Celaka! Tak mungkin...! Tidak....... Tak mungkin amalan canibalism telah dipraktikkan di dalam rumah aku sendiri!!! Aku syak dua ekor ikan ni mula belajar cara-cara menjadi manusia dan memahami erti sebenar kehidupan iaitu : kita sentiasa hidup di atas kematian orang lain yang selama ini menjadi pegangan umat manusia sejagat daripada tv, sebab skrin tv aku dapat dilihat dengan mudah dari dalam tank ni.

Sekarang, pilihan yang aku ada untuk menghentikan perbuatan penuh kemanusiaan ini adalah sama ada memindahkan posisi tank ni terlindung daripada tv; atau aku terpaksa kurangkan menonton History Channel, dvd The Pacific dan ulangan Saving Private Ryan. Sudah-sudahlah tu, kehidupan di luar tank ni dah cukup dengan segala macam `kehidupan atas pembunuhan', tak payahlah kamu cuba menjadi manusia...

Tak boleh jadi ni!!!

suspek pembunuhan terancang

bukti fizikal di tempat kejadian

sluurppp....!

| Wednesday, September 14, 2011 | 14 comments |
lokasi : kat office lagi.
masa : 7.14pm
sebab masih tak balik lagi : konon-konon nak tunggu hujan teduh dulu.
rakan komplot : ada dua orang lagi muka selalu balik lambat.
teman di sisi : adele
kegiatan semasa : sila rujuk gambar...



cis, mak aku kalau masak megi bodoh pun lagi sedap....

di hujung ceruk dapur

| | 33 comments |
"Orang perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya tetap ke dapur jugak..."
  

Pada aku, kata-kata di atas ni mempunyai significant yang berbeza bergantung kepada bagaimana si penderngarnya menerima. Bagi sebahagian golongan wanita yang berfikiran skeptikal dan agak seksis, mereka pasti tak akan menerima dengan terbuka malah akan menganggap kata-kata di atas sebagai salah satu penghinaan dan merendah-rendahkan martabat mereka.

Cuba bayangkan, setelah penat lelah selama bertahun-tahun memerah otak dan menitiskan keringat sehingga berjaya memperolehi penghargaan dalam bentuk gulungan kertas yang lebih bernilai daripada matawang, akhirnya tempat yang layak bagi mereka adalah di hujung ceruk dapur!

Satu penghinaan tu...Seolah-olah segala pengorbanan mereka selama ni tak dihargai sama sekali. Kenapa mereka sahaja yang layak berada di dapur bergelumang dengan hanyir ikan, pedihnya bawang atau pijarnya lada sedangkan pesaing mereka daripada gender yang berlawanan diberikan tempat yang istimewa?

Dengan pengetahuan dan kebijaksanaan yang mereka ada, mereka sepatutnya dibenarkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing mereka itu. Bukannya terbongkok-bongkok berkhidmat untuk orang lain...!

Ops, nanti dulu... Kalau diikutkan hati yang membara, semuanya akan menjadi lebur terbakar dek kerana kita tidak melihat sesuatu itu dari beberapa sudut pandangan yang berbeza.

Kalau kita menganggap kata-kata di atas sebagai menghina semata-mata, kita takkan terjumpa apa maksud tersirat yang sedang elok terkait sama oleh orang-orang dulu. Aku lebih senang melihat kata-kata menghina sebagai suatu yang bertujuan membina, bukannya bersifat menghancurkan.

Dalam diri wanita, ada dua ciri yang aku tak rasa dapat ditandingi oleh lelaki walau sehingga beberapa detik sebelum waktu kiamat sekali pun iaitu: melahirkan dan menjadi ibu. Tak mungkin seorang lelaki mampu melahirkan anak (melainkan dengan izin Allah sebagaimana Maryam mengandungkan Isa tanpa bapa) seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bermula dengan menyusukan: kecuali Arnold Schwarzenegger dalam filem Junior! Memang ciri yang satu ni tak mungkin dapat diukur dengan apa-apa peralatan pun untuk menandingi kehebatannya.

Kembali ke dapur, ramai antara kita yang begitu gemar dengan masakan ibu walau hampir setiap daripada kita mempunyai restoran kegemaran sendiri tak kira semewah atau semurah mana pun. Tapi bila berbalik kepada makanan yang paling kita ingati, masakan ibulah yang sentiasa terlintas dalam kepala otak kita. Hasil dari air tangan yang sepasang itulah yang telah membesarkan kita.

Sesungguhnya, dapur adalah salah satu tempat di mana wirawati kita ini menumpahkan segala kasih sayang terhadap orang-orang disayangnya. Jadi, walau sebesar mana pun gulungan pengiktirafan kita (wanita) dalam pendidikan, tapi apabila kembali ke rumah dapur adalah tempat yang paling ideal untuk berkreativiti melalui masakan.

Jangan lupa, bukan setakat anak-anak je tapi suami juga akan turut terikat sama...

kembali

| Tuesday, September 13, 2011 | 31 comments |
"Bagi mereka yang menyatakan mereka adalah pejuang Islam, kembalilah ke pangkal jalan. Usahlah sejarah hitam itu pula yang menjadi sandaran, tetapi jadikanlah perjuangan Rasulullah sebagai ikutan. Perjuangan Rasulullah menentang kaum musyrikin serta membawa sinar Islam ke seluruh jazirah Arab sepatutnya menjadi ikutan, tauladan serta perjuangan. Jadikanlah pejuangan Rasulullah membawa agenda Islam sebagai suri tauladan, dan bukannya perjuangan menatang ideologi kapitalis, mahupun komunis sebagai ikutan."

...cilok dari sini http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/3025-polemik-tragedi-bukit-kepong--kembalilah-kepada-agenda-islam

Penasihat yang menjajah

| | 23 comments |
“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini."

“Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

...copy & paste dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-malaysia-tak-jajah-tapi-penasihat-british-pemerintah-sebenar/


**********

Kepala hangguk dia! Apa yang aku faham masa aku tengah tidur dalam kelas sejarah sekolah menengah dulu, sultan-sultan dan raja-raja Melayu telah pun dengan rela dalam terpaksa, menerima kehadiran penasihat British dalam urusan pentadbiran kerajaan dek kerana kesilapan mereka yang terlalu mengikut rasa tamak dalam perebutan harta dan hasil bumi sesama mereka. Oleh itu, untuk menjadi pihak yang menang dan `berkuasa mutlak', mereka dengan bijaknya telah menerima idea genius gerombolan berambut perang dari hemisfera utara sana.

Pada aku, sulatn-sultan dan raja-raja Melayu ni memang telah mendapat didikan sejak kecil lagi bagaimana untuk menjadi pentadbir waima mada antara mereka yang hanya mendapat pendidikan awal dalam persekitaran istana sahaja. Jadi tak timbul soal mereka perlukan penasihat dari kalangan orang luar bagaimana cara untuk mentadbir negara; kecuali la si penasihat tu memang bertujuan untuk menjadi kuku yang mencengkam dan berkuasa mutlak.

Kepada Professor yang belajar tinggi tu, marilah sama-sama kita mansuhkan perayaan menyambut kemerdekaan sebab kita memang tak pernah dijajah. Satu lagi, gelaran paling unggul yang biasa kita ulang-ulang saban tahun kepada allahyarham Tunku Abdulrahman patut kita padamkan juga dari sebarang cetakan bermula buku teks sekolah rendah sampai la peringkat SPM.

Entahlah, apa method yang dia gunakan untuk menentukan sama ada kita ni dulu pernah dijajah atau pun tidak. Mungkin dia tercari-cari kalau ada teks-teks atau perjanjian bertulis yang didokumentasikan dengan lengkap dan terang menyatakan: "Adalah dengan ini, menyatakan bahawa tanah yang di hujung ini bermula dari luar sempadan kekuasaan Siam sehingga ke penghujung air masin di bawah Temasik adalah di bawah jajahan yang mulia Ratu." Macam tu kot?

Dan yang paling penting dan buat aku naik angin, berkuranglah satu hari aku punya `public holiday' dan tukar jadi `pubic holiday". Aaargh, fuck...!

dua dunia

| Monday, September 12, 2011 | 19 comments |
(snap guna handset cabuk, sebab tu kualiti sampah)

HERMAN: mas, lu kagak puasa hari ni?
BUDI: gila lu! unggah gue puasa... tingkat delapan belas gue belum sudahin plasternya!
HERMAN: abis, gue kagak lihatnya lu sahur. sarap jugak enggak.
BUDI: uangnya udah abis buat antar belanja sekolahan adik gue sana.
HERMAN: ooh, ya kita sama dong... gue jugak udah keputusan uang.
BUDI: terus, gi mana?
HERMAN: air paip juga banyak, bisa hilang dahaga.
BUDI: makan?
HERMAN: ya apa lagi, gue puasa makan dong!
BUDI: hahahaaa....!

**********

Sumpah, aku tak dengar langsung apa brader-brader indon dengan mat-mat bangla kat bawah tu dok sembangkan. Aku agak je.

Pagi tadi tengah jalan nak pergi lepas hajat kat toilet ofis X, entah kenapa tiba-tiba Tuhan menggerakkan saraf kat leher aku supaya menoleh ke sebelah kanan. Padahal ruang kat kanan tu bukan ada apa pun selain sofa buruk yang nasib baik takde pijat dengan dihiasi kesan tumpahan air kopi dan titisan air liur basi bertahun-tahun dulu.

Sekilas aku menoleh, aku ternampak satu pemandangan yang amatlah kontra. Mungkin pada kita (dan aku selalunya) ini biasa je. Sekumpulan pekerja asing yang baru sampai site duduk berlonggok menunggu arahan pak mandur. Ada yang `nongkrong' atas hydrant, ada yang bersila atas kerb jalan sambil sedut rokok balut. Tak kurang jugak ada yang tengah korek hidung sambil pandang tingkat lapan takut kena skodeng ketika melakukan ritual nikmat tu.

Sekumpulan manusia yang kita jarang peduli kewujudan mereka kecuali apabila ada beberapa kali menteri bercakap pasal isu pekerja asing. Jangankan kewujudan mereka, kematian mereka pun kita tak ambil kisah; ada satu mayat terbujur kaku di tepi highway selepas dilanggar lari oleh seekor  pemandu kancil takde otak dan orang ramai yang lalu-lalang bercakap, "ha tula, lintas highway macam ayam kampung, mati sia-sia je...".

Di satu sudut yang jauh pulak, terdapat dua monumen hebat yang jadi mercu tanda kepada pusat pentadbiran pemerintahan sebuah negara yang sentiasa dalam keadaan `tegang dalam tenang'. Ramai antara kita akan bercakap bangga setiap kali memandu melepasi monumen-monumen tu atau sekurang-kurangnya berbisik dalam hati, "gila babi punya kerja, entah siapa la arkitek yang design menatang ni. cantik siol!"

Tanpa kita sedari, kita tak pernah kisah entah berapa banyak peluh manusia seperti Herman atau Budi tu dah menitis atas campuran mortar atau entah berapa kali darah mereka menitik dari dahi dek kerana jatuh terjelupuk tersadung besi keluli.

Aku pasti, orang-orang macam ni takkan dibenarkan masuk ke dalam bangunan yang banyak memerlukan mereka berkorban. Bukan setakat berkorban kasih sayang sebab terpaksa melupakan hasrat melihat anak membesar depan mata atau melihat anak-anak habiskan pengajian di SMA sana, malah mereka juga terpaksa berkorban rasa kenyang.

Aku bukannya apa pun, takde la pulak nak tengok mereka tu sesuka hati berkelakuan macam tak sedar diri atau mahu melihat percampuran antara dua darjat manusia sewenang-wenangnya. Atau pun nak tengok mereka mendapat pujian menggunung sebab dah bagi sumbangan yang tak terlihat.

Cuma, pagi tadi mata aku terlihat perbezaan dua kelompok objek yang mana objek pegun rekaan manusia mempunyai kelas yang lebih tinggi di mata sesetengah manusia lain berbanding objek bernyawa hasil kebijaksanaan Maha Pencipta. Sangat ironi kan?

(gambar cilok internet. gila ke apa aku nak pergi mesir!)

...entri ini ditulis (taip) selepas pekena roti bakar dengan teh tarik disulam dengan Winston Light tadi.

Cover Girl

| Sunday, September 11, 2011 | 44 comments |
Kalau aku ke mana-mana tak kira la sama ada driving dalam kereta buatan Malaysia kesayangan aku tu atau pun duduk atas pelana kuda hitam aku, selalu aku tengok orang suka tampal benda-benda merapu kat windscreen (atau cermin belakang mereka) diorang. Kebanyakannya yang paling banyak aku nampak stiker VIG mekdi atau drive-thru KFC kat cermin depan, kalau budak-budak muda pulak ramai yang tampal stiker Man U atau pun Chelsea kat belakang. Konon dah fanatik sangat la tu.

Dah beberapa kali awek cashier KFC kat tempat aku ni bagi stiker kat aku, tapi tak lama bila sampai rumah, aku pun tak tau entah tong sampah mana satu yang aku dah campak. Ala, kalau aku tampal kat cermin kereta aku, aku tak rasa aku akan dapat diskaun tiap kali aku pergi beli ayam spicy kat KFC tu lagi.

Rasa macam bodoh je. Dah la aku disuruh mempromosikan jenama dan produk diorang. Lepas tu aku tetap jugak terpaksa beratur masa nak beli. Ceh, jangankan terima kasih, at least bagi la satu parking space yang special sikit untuk aku ni.

Daripada aku jadi bahan iklan percuma company cekik darah macam tu, baik aku tolong promosikan alam sekitar. Sori la geng, korang punya stiker bodoh tu takde tempat langsung kat atas permukaan windscreen kereta aku. Ruangan ni aku cuma khaskan untuk stiker tempat kerja, road tax dan jugak stiker special ni....


Hahahaa...! Aku bangga gajah ni jadi cover girl kereta aku...

surat untuk mama

| Saturday, September 10, 2011 | 57 comments |



assalamu alaikum...

tengah buat apa tu ma? mesti tengah tengok astro prima tu kan? orang saja-saja tulis surat ni walau pun orang tau mama takkan dapat baca surat ni melainkan mama tau apa itu blog. kalau nak hantar sms, rasa-rasa macam tak cukup ruang ni nanti.

yelah, anak mama ni kan jarang hantar sms, nak telefon tu jauh sekali. harapkan mama telefon orang kat sini. lemak betul! mesti mama tertanya-tanya kenapa pulak tiba-tiba orang buang tebiat nak tulis surat ni kan?

bukan apa, bila tiba-tiba tulis surat tumestilah tiba-tiba teringat. tapi mesti ada sebab jugak kenapa tiba-tiba orang teringat kan? macam ni, siang tadi orang pergi rumah terbuka kat negeri hang tuah. kat situ ada banyak lauk. nampak macam sedap-sedap orang tengok. lepas tu ada satu lauk yang mama pun tau memang orang punya kegemaran.

ya, ikan pari masak asam pedas! ramai orang kata asam pedas tempat ni yang paling sedap dalam malaysia. memang betul ma. sedap betul. cuma ada satu yang kurang. kurang sebab lauk ni bukan mama yang yang masak.

orang tiba-tiba rasa rindu pulak kat mama, padahal baru lebih kurang seminggu lepas jumpa masa raya hari tu. tapi masa ttu mama tak sempat masak lauk tu.

pada orang kan, mama punya asam pedas yang paling sedap di alam semesta. tiap kali makan, orang tak makan pakai tangan tapi pakai sudu. orang akan bubuh kuah banyak-banyak sampai bergenang dalam mangkuk (untuk lauk ni, orang tak suka makan guna pinggan) lepas tu suap masuk mulut guna sudu. kalau mama masak lauk ni waktu pagi, orang akan ulang-ulang makan dari pagi sampai malam.

memang tak terucap dengan kata-kata rasa sedap masakan mama yang satu ni. terima kasih ma. orang rindukan mama...

sekian, wassalam...

Lim Bo Seng

| Friday, September 09, 2011 | 35 comments |
Setelah dikhianati oleh ketua dari Parti Komunis Malaya, Lai Teck semasa sedang dalam satu misi di Ipoh, Lim telah berjaya ditangkap oleh tentera Jepun dibawah arahan Onishi Satoru ketika melalui sekatan jalan di Gopeng pada 27 Mac 1944 dan kemudiannya telah dibawa ke ibupejabat Kempeitai untuk disoalsiasat, tapi enggan mendedahkan sebarang nama mereka yang terlibat dalam gerakan Force 136 walaupun telah berkali-kali diseksa secara fizikal. Selain itu, dia juga telah membuat protes terhadap layanan buruk yang diberikan kepada tahanan perang di pusat tahanan tersebut.

Keengganannya menerima sebarang rawatan telah menyebabkannya jatuh sakit dengan kesan disentri yang teruk pada Mei 1944. Dia akhirnya meninggal pada awal pagi 29 Jun 1944 dan mayatnya dikebumikan di satu kawasan belakang pusat tahanan Batu Gajah di dalam kubur yang tidak bertanda.

Selepas kekalahan Jepun, isteri Lim iaitu Gan Choo Neo telah diberitahu tentang kematian Lim oleh seorang paderi dari Sekolah St. Andrew. Gan kemudiannya telah berangkat bersama-sama anak sulungnya untuk menuntut jasad mendiang suaminya.

Jasad mendiang Lim tiba di stesen keretapi Tanjong Pagar, Singapura pada 7 Dis 1945. Pada hari yang sama, jasadnya telah dibawa oleh para pegawai British dan beberapa ahli perniagaan terkemuka dari stesen ke Kilang Biskut Hock Ann, Upper Serangoon Road melalui Armenian Street. Seterusnya, pada hari itu juga sebuah memorial telah didirikan di Perpustakaan Tong Teh, Persatuan Kuomintang, Singapura.

Upacara pengebumiann secara rasmi telah diadakan pada 13 Jan 1946 di Dewan Perbandaran untuk mengenang kematian Lim. Jasad Lim pula telah dipindahkan ke tanah perkuburan di MacRitchie Reservoir dan menerima penghormatan tentera sepenuhnya. Lim Bo Seng kemudiannya telah dianugerahkan pangkat Mejar Jeneral oleh Kerajaan Nasionalis Cina.

...cilok dari Wikipedia.

Tan Chong Tee (kiri) sedang menyengetkan badan
ketika memerhatikan Lim Bo Seng (kanan)
bergaya di hadapan kamera.

**********

Aku tiba-tiba teringat dengan drama bersiri bertajuk The Price of Peace (tahun bila, aku tak ingat tapi tahun 1997 menurut Wikipedia) masa aku tengok drama tak berapa best stesen tv negara jiran kita time raya hari tu. Dalam drama tu, watak lelaki cina ni diangkat sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan di Singapura. Ok la, tak nak cakap (taip) lebih-lebih, banyak yang bermain dalam kepala lepas aku tengok (tonton) episod akhir drama tu. Hmm...

maafkan aku

| Wednesday, September 07, 2011 | 31 comments |



you know who you are, buddy...

Che

| | 17 comments |

Cantik, memang cantik design baju ni pada pandangan pertama mata aku semasa aku jalan-jalan usha barang baik kat Uptown Damansara beberapa ratus tahun dulu membuatkan aku sanggup keluarkan beberapa puluh ringgit dari wallet aku yang tak pernah tebal (t-shirt kelabu kolar bulat dengan imej che berlatarbelakang hitam).

Ketika remaja dulu, aku berpenampilan simple macam sesetengah remaja yang lain jugak. T-shirt, jeans, kasut North Star low cut ikat cerut; itulah yang aku bawak ke mana-mana walau pun untuk masuk ke kelas. Polisi IPTA aku masa tu, berpakaian sopan dan kemas bermakna: seluar slack bangang, kemeja atau t-shirt berkolar yang hodoh, dan bersepatu penuh yang skema nak mampus.

Kamon la bai, itu bukan aku. Apa barang kepala skinhead aku ni nak dress up macam orang bodoh tu, gila! Jatuh maruah aku sebagai seorang lelaki bermuka legend. Karang tak pasal-pasal orang panggil aku Botak Kemeja atau pun paling bongok Botak Kerusi!

Harga t-shirt ni aku dah tak ingat berapa ringgit, tapi yang pasti t-shirt ni memang jadi favourite aku selain daripada t-shirt hitam berlogo Slipknot, Korn atau Marylin Manson. Konon-konon dah ganas la tu.

Kenapa t-shirt berimej ikon revolusi dari Cuba ni menarik perhatian aku masa tu? Sebab aku remaja. Remaja berjiwa rebel macam aku ni memang cenderung untuk mengikut sebab aku juga seperti orang lain yang sedang obses untuk mencari identiti. Aku akan minat apa-apa saja yang orang dalam lingkungan yang sama dengan aku. Kalau mereka suka grunge, begitu juga aku. Kalau mereka pergi gig, aku pun nak ikut jugak. Pendek kata, pergerakan aku ketika itu lebih kepada `menyusuri jalan-jalan bawah tanah' sekitar JB atau KL.

Aku mula menjadikan Che Guevara ni sebagai ikon peribadi aku memandangkan band kegemaran aku jugak sering menjadikan ahli fizik dan ketua kumpulan pemberontak ni sebagai simbol dalam video-video mereka. Kira masa tu aku ni babi buta la. Babi yang akan jalan meredah semak tanpa menoleh kiri kanan, laju menonong.

Kemudian, lama-kelamaan hormon remaja aku bermutasi dan manjadikan aku berubah daripada remaja buta kepada lelaki yang tak celik. Masa tu baru aku tau betapa bodohnya aku, betapa bangangnya aku sebab tanpa usul periksa meminati benda yang orang lain minat. Aku pakai t-shirt berimejkan Che Guevara tanpa mengambil tahu kenapa dia menjadi sanjungan oleh golongan penentang dan pembawa revolusi sama ada dalam bidang politik, sosial atau muzik terutamanya dari barat.

Kalau la aku tau siapa sebenarnya lelaki bernama Che Guevara ni lebih awal, mesti aku akan berjalan dengan bangga bila t-shirt `cantik' tu membaluti badan aku, berbanding berjalan dengan kepala `bangga kosong'.

Bangang gila aku masa tu...!



**********

Sedikit masa dulu, sekitar bulan Mei 2009. Aku terpaksa bergegas balik ke rumah (arwah) atuk aku di Johor dalam lebih kurang lepas waktu Isya' dengan menumpang kereta akak aku sekeluarga sebab dapat khabar pemergian arwah sebelumnya daripada mak aku. Jadi, aku menghabiskan beberapa malam aku di kampung yang dikelilingi kebun sawit dan buah-buah tu bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

Malam pertama berjalan macam biasa, dengan orang-orang kampung datang untuk bacaan tahlil dan kenduri arwah. Aku masa tu cuma follow je. Orang baca doa, aku baca. Orang makan, aku makan. Orang bangun dan balik, aku pun bangun dan buat-buat rajin pergi basuh pinggan.

Dalam ramai-ramai tu, suami kepada sepupu aku yang berkelulusan al-Azhar sentiasa mengimamkan solat jemaah di sudut utama rumah. Dia adalah seorang yang agak berisi, muka sederhana dan berkulit sawo matang. Aku tak tau bila dia kahwin dengan sepupu aku sebab masa tu aku dah lama bermastautin kat KL, yang aku tau mereka ni belum setahun berkahwin. Ok fine, tu bukan masalah aku atau perkara pokok yang aku nak gebangkan.

Malam kedua, selepas kami solat Isya' sementara menunggu kehadiran orang kampung; kami iaitu aku, abang ipar aku, si imam a.k.a. suami sepupu aku dan ada sorang lagi anak kepada sepupu aku yang lain duduk bersembang di tangga anjung rumah. Tak lama kemudian, secara perlahan-lahan si imam ni tepuk bahu anak sepupu aku dan mengusap belakang badan budak ni. Entah apa yang si imam ni cakapkan kat budak ni aku tak dapat tangkap sebab dia bercakap seolah dalam nada berbisik, antara dengar dan tidak.

Lepas abis majlis, baru la aku perasan ada sesuatu yang tak kena dengan pakaian budak ni. T-shirt kolar bulat berwarna hitam dengan tulisan menggunakan font yang aku tak berapa dapat tangkap. Bila aku amati betul-betul.. Celaka!

Kalau aku tau, dari tadi lagi aku terajang budak ni dari belakang!

siapa?

| Tuesday, September 06, 2011 | 24 comments |
Sepanjang hari ni aku tak berpeluang membaca akhbar yang biasa aku selak (dan klik) sebab agak sibuk sedikit. Cuma satu dua tajuk yang membuatkan aku makin keliru.

Siapa sebenarnya yang menjadi hero kepada perjuangan memerdekakan tanah yang kita pijak dan bumi yang kita junjung sekarang ni? Mat Kilau, Rosli Dhobi atau pun Dato' Maharaja Lela? Tak mungkin sebab mereka semua tu pengganas yang patut dikekang kaki tangan mereka dan layak dihukum gantung atau sekurang-kurangnya dibuang ke tanah lain agar anak cucu mereka tak kenal lagi tanah yang ini. Chin Peng atau pun Shamsiah Fakeh? Jauh sekali sebab mereka adalah golongan sesat yang menganuti idealogi berbahaya untuk umat. Pastinya Dato' Onn dan kemudiannya Tunku Abdulrahman sebab atas usaha dan gagasan penyatuan mereka sahaja yang berjaya menurunkan bendera Union Jack.

Entahlah... Ada orang kata, sejarah tak perlu didebatkan! Bullshit!!!

utusan layu

| | 30 comments |

Petang tadi, tengah sibuk-sibuk selongkar kotak yang berisi timbunan recycle paper, aku terjumpa benda yang aku ingat dah tak wujud bertahun dulu. Hajat hati nak cari kertas alas kat pantri, tapi dah memandangkan aku jumpa satu benda berharga ni, terus aku rembat sebelum jadi mangsa orang kurang berakal macam aku lima minit sebelumnya.

Tambah celakanya, bila aku nak cari edisi hari ni punya haram tak jumpa. Bangsat mana pulak yang dah sebat buat balut kasut!
Dan untuk sekian kalinya, keterujaan aku untuk membaca akhbar kembali bersinar. Celaka betul! Dah genap seminggu baru aku perasan. Nampak sangat selama ni aku cuma tengok front page je akhbar arus perdana nan satu ni...

nak jentik sikit

| Monday, September 05, 2011 | 19 comments |
“Sebagaimana saya katakan, tidak sesiapa yang boleh jamin apa-apa. Jika anda tidak bersedia untuk mengambil risiko, maka duduk di rumah,” kata beliau.

“Kepada siapa-siapa yang miskin kedana tu, jangan sibuk nak meminta-minta itu ini, duduk diam-diam dalam rumah makan siput babi daripada bermimpi nak merasa nasi,” kata aku.

...kita perlu bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi kalau kita ni bukan orang biasa...

bahase jiwe bangse

| | 22 comments |
Ahad
29 Ogos 2011

Perjalanan sejauh lebih kurang 350 km dari tol Sungai Besi sampai ke tempat aku berak kencing dulu seperti yang aku jangkekan, membosankan! Bulan puase, aku terpakse lupekan teduhan pokok rendang kat Nilai atau checkpoint biase aku kat Ayer Keroh macam selalu, due tempat yang makruh aku berhenti untuk aku sedut ulam asap barang sepam due sambil teguk sirap limau bungkus. Gile nikmat, rase macam bersenggama dengan bidadari syurga je. Tapi disebabkan aku ni seorang lelaki baligh yang cukup tepu iman di dade, aku batalkan hasrat untuk ponteng puase macam dulu-dulu, takut kalau-kalau aku meninggal accident tengah jalan karang, dah la tak sempat abiskan dua kalimah tu, sie-sie pulak aku mati sebagai umat yang tak puase... Cume kecomelan awek jage tol yang bibirnya seakan-akan bibir yang dimiliki Adele je buat bekalan aku sepanjang jalan.

Dengan halaju purate kerete buatan malaysie kesayangan aku yang dikekalkan secare ala kadar, 100km/j je sepanjang highway, aku terase macam bangang sangat sebab tak dapat dengar suara Adele keluar dari corong bermagnet dari belakang sane. Kekacauan jiwe dan kekeliruan identiti yang dialami beberape driver bas ekspres tolol yang memintas aku macam babi hutan kene baling kayu sepanjang perjalanan sehingge ke Seremban buatkan otak aku mengarahkan saraf-saraf aku agar menggerakkan ibu jari kanan aku menekan button tuning semahu hati aku. Bile dah keluar dari cangkupan radar ni, button preset memang takde erti lagi pade nafsu aku. Semue tu macam gigit bontot lembu bunting je rasenya, tak best langsung!

Dari stesen radio bodek sehingge la ke stesen radio untuk remaje yang kurang gunakan otak, semue aku dah pusing buat tawaf berkali-kali. Pade hemat aku, semue stesen radio kat Malaysie ni termasuk berbahase yang aku kurang faham, semakin terserlah ke`asshole'annye. Manekan tidak, lagu tak sampai 5 minit, tapi iklan termasuk dengan dj bebal yang suke mencarut care sopan je dah 10 ke 15 minit. Jadi dalam sejam aku cume boleh dengar paling kuat pun 5 lagu je.

Menelusuri lebuhraye PLUS melepasi sempadan antare Melake dan Johor, mate dan kepale aku dah tak boleh blah lagi tengok garisan horizontal kat depan, kiri dan kanan aku. Semua serbe statik. Bosan.

Lebih kurang jam 10 pagi, jiwe cute aku kembali berbunge bila aku menghalekan stereng kereta aku keluar ke tol Air Hitam, bermakne aku tak perlu lagi membanting tulang belikat aku untuk melawan pemandangan luar tingkap yang kosong. Ya, setelah melepasi pekan koboi Ayer Hitam yang enggan berubah sejak lebih 20 tahun dulu, kerete buatan malaysie kesayangan aku menyusuri pule jalan persekutuan yang bertanda <1> pade hamparan pete semenanjung Malaysie, menandekan keempat-empat tayar Silverstone bersaiz 15 inci aku ketike itu sedang diamput oleh laluan terpenting tanah air jike mengikut sistem coding oleh JKR.

Semakin lame menyusuri jalan lame ni, ibu jari kanan aku terus-terusan galak bermain-main manje di celah-celah butang tuning pade stereng aku. Makin galak dan bernafsu mencari sesuatu yang mampu membangkitkan berahi telinge aku. Sehinggelah melepasi pekan Simpang Renggam, dengan tak sengaje ibu jari yang juge menjadi kesayangan telah membuktikan kenape die layak mendapat penghargaan dan sanjungan yang tinggi pade hari yang masih berbaki pagi tu.

Telinge aku menangkap suare yang biase aku dengar beberapa tahun dulu. Cukup lunak, cukup mengendurkan rentak adrenalin aku yang sebelumnye agak agresif seperti kehilangan punce. Bile aku amati... Ya, ini adalah stesen radio yang pernah menjadi kegemaran aku dulu. Bukan, bukan stesen radio mengampu tak ingat Tuhan atau stesen radio suke merapu macam burung murai tertelan solok lade yang direndam dalam klorox (pinjam idea NP), tapi stesen radio yang aku kire biase dan cukup familiar bagi penduduk di selatan tanah air.

**********

Cukup indah bahasa yang mereka (dj radio) tu gunakan walau pun rancangan ketika itu cuma carta lagu ngetop sepanjang minggu. Bahasa sanskrit? Jawa halus? Hokkien? Bukan, semua tu bukan...

Sebenarnya cuma Bahasa Melayu standard, tapi dalam sebutan baku. Diulangi, sebutan baku! Terima kasih kepada stesen radio Ria 89.7 fm sebab kembali mengingatkan aku bahawa bahasa yang aku cintakan dan dah menjadi darah daging aku ni masih lagi punyai seni serta keindahannya yang tersendiri walaupun untuk sebagai `baju basahan'...

ﺍﻟﻔﺎﺘﺣﻪ

| Saturday, September 03, 2011 | 18 comments |
ﺴﺎﻠﻢ ﺴﺠﻬﺘﺮﺍ ﺍﻮﻨﺘﻮﻖ ﭭﺎﺭﺍ ﺼﺤﺎﺒﺔ ﺍﻜﻮ ﺪﺴﻴﻨﻲ.
ﭭﺎﯕﻲ ﺘﺎﺪﻱ ﻜﺘﻴﻜﺎ ﺴﺪﻉ* ﻤﻤﺎﻨﺪﻭ ﭭﻮﻠﻊ ﻛﺎﻴﺒﻭ ﻛﻭﺘﺎ ﺴﻜﺎﻠﻲ ﻻﮔﻲ ﺍﻜﻭ ﻤﻨﺪﻋﺭ* ﺒﺮﻴﺘﺎ ﺪﺍﺭﻱ ﺭﺍﺩﻴﻭ ﺘﻧﺘﻊ* ﭭﻤﺮﮔﻴﺎﻥ ﺍﻭﺭﻉ* ﻴﻊ* ﺍﻜﻭ ﺘﻴﺪﻖ ﻜﻧﺎﻞ ﺘﺎﭭﻲ ﭼﻭﻜﻭﭫ ﺒﻭﺍﺓ ﻫﺎﺘﻲ ﺍﻜﻭ ﺒﺮﺍﻭﺑﻪ ﻤﻨﺠﺎﺪﻱ ﺴﭭﺭﺗﻲ ﻣﺴﻴﻦ ﭭﻤﺒﻨﭽﻭﻩ ﺍﻴﺭ.
ﻜﻴﺴﺎﺮﻦ ﭭﺮﺍﺴﺄﻥ ﻴﻊ* ﺒﺮﭽﻤﭬﻮﺭ ﺘﻨﺘﻊ* ﺑﺭﻴﺘﺎ ﭭﺭﮔﻴﺚ ﺴﺄﻭﺭﻉ* ﺷﻭﺣﺎﺩﻩ ﺩﺘﺎﻧﻪ ﺴﻭﻤﺎﻠﻴﺎ ﺴﺎﻧﺎ ﻤﻤﺒﻭﺍﺘﻜﻦﺍﻛﻭﻤﻤﭭﺭﻻﻫﻨﻜﻥ ﻜﺭﻴﺘﺎ ﺍﻛﻭ ﺴﺒﻨﺘﺭ.
ﺪﺍﻦ ﻜﻤﻭﺩﻴﺎﻥ ﺍﻜﻭ ﺘﺮﻔﻴﻜﻴﺭ ﺒﻬﺎﻭﺍ ﻜﻴﺘﺎ ﺴﻤﻭﺍ ﺴﺑﻧﺭﺙﺒﺭﺠﻭﺍﻉ* ﻤﻧﭼﺎﺭﻱ ﻤﺘﻼﻤﺔ ﻴﻊ* ﺴﺎﻡ ﺩﺍﻥ ﺴﺒﻬﺎﮔﻴﺎﻥ ﻜﻴﺘﺎ ﺘﻠﻪ ﻤﻤﻴﻠﻴﻪ ﺠﺎﻠﻥ ﺒﺭﺒﺯﺍ ﺒﺮﺒﻨﺪﻴﻊ* ﺍﻭﺭﻉ* ﻜﺒﺎﺜﻜﻦ.
ﺘﺎﭭﻲ ﭭﺩ ﺍﺨﻴﺭﺙ ﻫﺎﺙ ﺘﻭﻫﻦ ﺒﺭﻜﻭﺍﺱ ﻤﻨﻨﺘﻭﻛﻥ ﺪﻤﺎﻧﺍﺴﺑﻨﺭﺙ ﻜﻴﺘﺎ ﺒﺭﺍﺩ ﺍﭭﺒﻴﻼ ﺴﻤﭭﻲ ﺩﺤﻭﺟﻭﻉ* ﮔﺎﺭﻳﺴﻥ ﻜﻼﻕ.
ﺴﻣﻮﮔﺎ ﺴﻮﺍﺘﻭ ﻫﺎﺭﻱ ﻨﻨﺘﻲ ﺍﻜﻭ ﺟﻭﮒ ﺑﺭﭭﻠﻮﺍﻉ* ﻤﻨﻭﺭﻭﺘﻲ ﺠﺠﺎﻕ ﺍﺣﻠﻲ ﺸﻭﺭﮔﺎ ﺍﻴﻧﻲ.
ﺍﻟﻔﺎﺘﺣﻪ.
ﺴﻤﻭﮔﺎ ﺭﻭﺣﺙ ﺪﺘﻤﭭﺘﻜﻥ ﺪﻜﺎﻠﻌﻥ* ﺍﻭﺭﻉ* ﻴﻊ* ﺘﺮﺠﺎﻤﻴﻥ ﻜﺩﻭﺩﻭﻜﻧﺙ.
ﺍﻤﻴﻦ...

Nota1: Entri khas untuk Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang telah syahid pada Jumaat lalu.
Nota2: Aku kini sedang mencari character jawi terkini yang tidak terdapat dalam software bodoh (MS Office atau OpenOffice.org) ni. Jadi, ketika membaca entri di atas, sila gantikan huruf ‘ain dalam setiap perkataan bertanda (*) dengan huruf nga. Sekian.