Wag the Dog (1997)

| Friday, August 26, 2011 | |
Mana aku nak cari DVD filem ni? Pasar malam kat rumah aku dah puas selongkar tapi tak jumpa jugak. Kalau CD lagu dangdut dengan rock leleh banyak la..

Kali pertama (dan terakhir) aku tonton filem ni melalui chanel tv Singapore TCS 5 lebih 10 tahun dulu. Dulu orang JB langsung tak heran dengan Astro sebab kami ada banyak pilihan tambahan dari dua lagi jiran terdekat kami. Apa yang aku faham masa tu, filem ni mengisahkan exploitasi dan propaganda dalam kempen pilihanraya presiden Amerika. Dua pelakon `macambest' iaitu Robert De Niro dan Dustin Hoffman yang bermuka sengal dalam filem Hero punya penangan memang terbaik.


Filem yang aku kategorikan sebagai filem komedi serius ni terus aku masukkan dalam senarai antara filem terbaik sepanjang hayat yang aku tonton. Banyak perkara-perkara menarik yang aku baru tau sepanjang filem ni berjalan. Dan masa tu baru aku tau yang dalam kempen pemilihan presiden ni tak semua yang kita percaya tu adalah perkara yang sebenarnya berlaku.

Antara part yang paling aku ingat adalah idea `old shoes' yang datang secara tak sengaja daripada Hoffman yang kemudiannya menjadi satu trend kepada seluruh negara. Idea yang memberikan isyarat bahawa (seingat aku la) tanda sokongan rakyat kepada calon presiden itu boleh datang dalam bentuk paling sinis iaitu mencampakkan sepasang kasut lama ke talian elektrik hingga tersangkut (atau dahan pokok dan tiang lampu). Fenomena ni menjadi sangat popular, sehingga mereka (De Niro dan Hoffman) mengupah seorang komposer untuk menggubah lagu bertemakan `old shoes' untuk memperkuatkan lagi kempen.


Satu lagi strategi kempen yang aku paling ingat adalah usaha membawa balik seorang askar Amerika yang hilang di Rusia (kalau tak silap aku jugak) pulang ke tanah Amerika dan pangkuan keluarga. Tapi yang bangangnya, mereka telah tersilap membawa seorang askar yang ada masalah mental dan telah mati ditembak sebab bertindak luar kawalan semasa dalam penerbangan balik. Untuk menyelesaikan masalah bodoh ni, Hoffman yang memang dibayar untuk kempen ni terpaksa tukar strategi dengan menarik perhatian dan emosi rakyat Amerika apabila pulang dengan keranda berisi mayat askar tadi. Gila bijak sial dia pancing undi...!

Cuma, ending filem ni agak menimbulkan persoalan sikit terutama nasib Hoffman sama ada dia dibunuh atau tidak setelah dia sendiri akhirnya tidak menyokong kempen calon presiden dan jugak atas semua yang dia dah buat...

Bam...! Bunyi tembakan di sebalik dinding yang pastinya datang dari pistol De Niro...

*****

Aku nak cerita filem ni dari aspek teknikal pun payah jugak sebab dah lebih 10 tahun, mana nak ingatnya. Sekarang, setiap kali melalui beberapa siri PRU kat Malaysia ni, aku terpikir kemungkinan strategi kotor yang sama digunakan sama ada untuk memenangkan parti atau calon itu sendiri. Pokoknya, aku takkan percaya sepenuhnya atas apa yang aku dengar dan lihat.

Sekadar memetik pendapat seorang bekas ahli politik dan sekarang membuka firma perunding bebas; pilihanraya adalah medan pertembungan idealogi untuk memenangi persepsi pengundi. Lebih kurang macam tu la...

30 comments:

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 9:14 AM

tahun 1997 ni aku dok rumah sewa sama cikaro yang jenis x suka tengok tv, derang lebih suka dating dgn pakwe dan aku yg x dak pakwe ni layan teater kat padang merbok..sampai sudah rumah sewa aku x dak tv..so aku x ingat langsung pasal citer ni...tp ada banyak citer lain yg aku follow...among that was High Chapparal...ada watak Blue Boy..budak manja tu..dan Manolito..eh aku kuar topik..ampun sehhh..haha

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 9:20 AM

...tak keluar topik, masih cerita pasal filem2 berkaitan politik. walau pun negara sekutu yahudi ni aktif sangat hasilkan propaganda dalam pelbagai bentuk, tapi pada masa yang sama wujud jugak karya/seniman berhaluan kiri dalam arena mainstream mereka. dulu sebelum obama jadi mr. presiden, hollywood awal2 lagi dah angkat freeman jadi orang no. 1 tu.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 9:24 AM

freeman pun ok...aku suka gak tengok karekter dia...pasai pa ya kalau black yg berlakon..banyak yg bagus..denzel washington, wesley snipe etc..tapi hero aku selamanya adalah Sir Sean Connery...romantik aarr mamat tu berlakon walaupun jadi kepala perampok..

Mommy Fara Says:
August 26, 2011 at 9:51 AM

Why does the dog wag its tail?
Because the dog is smarter than the tail.
If the tail were smarter, it would wag the dog.

=D

Ms tu umur ko bape?

NP Says:
August 26, 2011 at 10:34 AM

hairan dgn orang yang begitu taksub dgn ahli politik..

eh kau rasa betul ke si politician tu cucuk vontot anak ikan tu ar?? anak ikan tu kan gagah dan muda, tak boleh melawan ker?

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 12:35 PM

NP: ntah nape i rasa...biar la derang dok gegar sana gegar sini...pokok pangkalnya politician and his anak ikan tu sama-sama nak buat.. no istilah paksa rela or what bcoz it takes two to tango...ini pendapat i la...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:12 PM

LW: connery berlakon `bapak best' mesti sebab kepala dia botak macam aku kan?
MF: masa tu tadika, sebab sekarang pun remaja lagi. hahahaaa...!
NP: untuk isu ni, aku tak boleh bagi pandangan sebab pasti akan condong ke satu arah je, lagipun aku cuba mengekalkan blog ni bersifat neutral apabila menyentuh soal politik. cuma kita ni tak cukup buta dan pekak untuk diperbodohkan, tu je...
nah, LW lagi!: ...(seperti di atas)

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 3:21 PM

SM: wakakaka..bapak best ekk...B=botak@B=best...hahahaha..whatever...pakcik connery aku tu memang vaszzz..dia berlakon jadi jahat ka, baik ka...aku tetap rasa penampilan dia adalah romantik!

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:32 PM

romantik? kau mesti minat dengan filem2 bond lakonan dia kan? aku tak begitu, pada aku craig adalah bond yang paling true.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 3:45 PM

craig versi muda and contemp..but then go to pioneer...aku pilih connery walaopon moore lebih senior..

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:57 PM

worse bond ever is brosnan.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 4:02 PM

yerp..over acting and plastic!

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 4:14 PM

too playboy. back to the line, hoffman yang bermuka sengal memang true abis pegang watak ni... lagi pulak tema filem ni suatu yang baru pada aku masa tu. mungkin masa tu aku tak reti perkaitan dengan situasi politik tempatan ni.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 4:49 PM

hoffman pelakon hebat...bagi watak apa pun dia boleh bawak...ingat tak rain man...citer tu hidup dengan muka sengal dia...watak cruise tu tempelan je..

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 4:56 PM

atau pun filem Hero, filem ala cinderella tu. memang bingai abis muka dia! bodoh-bodoh alang gitu.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 5:20 PM

hahaha...tp menjadik kan..

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 6:55 PM

ohye, komen kau kat atas: denzel washington adalah aktor kegemaran aku selain tom hanks dan JUSTIN BIEBER!

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 9:19 PM

whattt??? ko minat justin bieber..hmm betullah...aku x leh kata apa la ko minat budak tu...

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 3:36 AM

aku cuma berlaku sinis je kat sini. aku anggap diri aku ni kurang siuman kalau aku minat kat budak jambu ni...

NP Says:
August 27, 2011 at 3:40 AM

roger moore tak best ker?

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 3:47 AM

roger moore ok gak, dia yang paling elegan dalam ramai2 (tu selain mini me)

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 7:08 AM

tu la pasal, aku rasa ko mesti hilang akal kalu minat kat budak jambu tu..cehhh!

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 9:00 AM

hahahaa... saja mention nama dia. gila, 1st time (ter)dengar lagu dia, mati2 ingat awek cun mana punya suara.

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 9:53 AM

ko tau...aku rasa weird bila ramai budak skang suka dia..ye la kan...zaman tu dah lama aku tinggalkan..org kata dah tak masyuk dengan telinga aku nak dengar sore ala-ala jambu tu..

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 10:08 AM

sebab imej, dari mata jatuh ke hati. bila ramai yang gilakan muka jambu tu, suara macam katak kena picit pun sedap je.

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 10:15 AM

Mwahahahaha...katak kena picit ...cayaalah...Ntah le zaman aku dulu lain bebenar...

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 10:32 AM

zaman kau? yela, 95 tahun dulu mana nak sama dengan milenium baru ni. taste budak2 sekarang beza. tak art..!

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 10:59 AM

Hahahaha...tahu2 je ko neh 95 tahun lampau..ye lah zaman renaissance vampire kan..more artistic than nowadays...

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 11:15 AM

you've got my point beb... the age that full of art, nak buat sudu pun bukan sebarang orang boleh.

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 11:33 AM

There u go..art never lie..!!!