tempah tiket

| Saturday, August 20, 2011 | |

Antara fadhilat Ramadhan yang dapat aku lihat secara zahirnya tahun ni adalah, aku berjaya mengurangkan tempahan tiket ke neraka lebih awal...

26 comments:

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:45 PM

tahniah kerana keberjayaanmu itu...musti adele suka...hik!hik!hik!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 10:52 PM

hahahaa... komitmen yang aku patut teruskan walau pun setelah ejaan pada kalendar berubah daripada RAMADHAN kepada SYAWAL.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 10:57 PM

harus..malah...ko tidak perlu menjadi tuhan menghukum diri sendiri dengan memendekkan nyawa menerusi sedutan beracun itu...ia nikmat tapi lanknat..ia sedap tapi ranap dan ia juga bergaya tapi celaka...

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:02 PM

...ketagihan la! aku suka tengok asap seakan-akan berlumba-lumba naik siapa yang sampai dulu ke syurga.

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:08 PM

hah..buatlah..ketagih la sangat..ko nak aku bagi contoh lagi tak..supaya liur ko lagi kering..nak? let me know..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:11 PM

cukup la tu, misi aku tahun ni cuma nak kurangkan tempahan tiket tu je. bukan nak mematikan terus selera aku pada asap yang maha nikmat ni. haha!

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:18 PM

tempat tiket ke haper..ko kaya beb...sebab sanggup bakar duit...sebatang rokok tu lebih kurang 1 hinggit kan..uikss jolly katak tu...cayalah!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:23 PM

bukan apa, aku sebenarnya cuba membantu menjana pendapatan negara walau pun tak banyak, sedikit pun jadi la...

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:26 PM

ahh alasan cap ayam, x boleh pakai..nak tutup rasa bersalah la konon..

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:35 PM

cuba bayangkan separuh daripada kami sedar dan kembali ke pangkal jalan, pemerintah pasti akan kekurangan dana nak tampung perbelanjaan negara, peningkatan inflasi mendadak, cukai terpaksa dinaikkan tanpa notis, subsidi berkurangan... macam-macam lagi la malapetaka!

Lady Windsor Says:
August 20, 2011 at 11:40 PM

lagi nak bela diri sendiri..ah sudah! sudah! aku x mau dengar..kih!kih!kih!

SynicalMind Says:
August 20, 2011 at 11:48 PM

kalau kami takde:
-tol RM1 sehala yang kau kena bayar tiap pagi akan meningkat menjadi RM2.50
-kau terpaksa membayar parking yang dicaj sebanyak RM4.00 sejam berbanding RM2.00 sekarang.
-kadar insuran kereta kau menjadi RM1520 benbanding RM850 sekarang
-road tax pulak dahulu RM90 setahun, sekarang dah jadi RM210
-roti canai mamak yang kau makan bulan lepas bukan lagi RM1.00, tapi dah jadi RM1.80
-beras yang kau buat nasi goreng pagi tadi berharga RM4.50/kg dah jadi RM7.80/kg
...jadi, kalian petut berterima kasih kepada kami kerana kami dah membantu seimbangkan keupayaan ekonomi negara!

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 2:45 AM

eh ini kira-kira zaman bila...ko silap ni...tetap x boleh pakai!!

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 10:00 AM

...masih relevan selagi cukai dikenakan pada setiap stick.

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 10:57 AM

ye lah sangat!

Mommy Fara Says:
August 21, 2011 at 12:57 PM

hrp tak de terus....

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 6:08 PM

LW: hahahahaaa...!
MF: maksud kau apa yang takde terus? tax untuk cigars atau cigars itu sendiri?

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 9:44 PM

SM: kalu dah cigars x de...tax pun otometik la x de kan...

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 10:20 PM

LW: silap, kat malaysia ni berlambak cigars yang takde cukai. `bawah air' punya...

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 11:50 PM

bukan setakat cigars yg bawah air..barang lain pun berlambak kan...

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 11:54 PM

eh, aku punya winston baru sekejap tadi abis. macamana ni? segala pembuluh darah dalam badan aku ni perlu dilalui nikotin sekali lagi untuk mengekalkan tahap stamina.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 3:00 AM

apa kelass winston beb..gudang garam leh...baru tangkap lalok..

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 8:23 AM

kalau dulu aku pernah kerja beriringan brader-brader indon tu, memang ulam aku. tapi aku sekarang dalam proses pemutihan, jadi jenis-jenis yang ringan jadi pilihan, selain mendisplinkan diri.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 3:46 PM

bagus,..apa kata tukar kepada salem, more light!

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 3:51 PM

ceh, bagi la semangat kat aku nak quit smoking ni. salem tu zaman sekolah dulu, sekarang dah tak naik.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 9:16 PM

dah ko kata nak yg light..ambik le salem...ke nak dunhill kotak hijau?..hahahaha
bakarlah duit tu...bakar..(dalam erti kata lain...insaflah SM...insaf..)