Tanah Kubur

| Sunday, August 21, 2011 | |
Babak terakhir, situasi yang berlaku di sebuah tanah perkuburan.

Ketika Tok Adi usai menggali liang lahad bersama-sama dengan beberapa orang lagi, disedari terdapat tompokan darah yang sedikit demi sedikit mula menggenangi jenazah yang telah siap sedia untuk diturunkan. Bermula dari bahagian perut jenazah, kemudiannya darah itu seakan berlinang sehingga mulai membasahi pangkal peha arwah.

Beberapa penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu mulai panik sementara ada antaranya yang berbisik sesama sendiri, dan beberapa penduduk yang lainnya berundur beberapa langkah ke belakang menjauhi liang lahad tersebut. Terkejut dengan kejadian itu, Tok Adi cuba menenangkan penduduk kampung yang mulai riuh.

Setelah keadaan kembali tenang sedikit, Tok Adi mengarahkan beberapa penduduk kampung yang membantunya mengangkat jenazah untuk dimuatkan ke dalam liang lahad. Sekali lagi, lelaki-lelaki tadi gempar dan serta-merta melompat naik dari liang lahad dan muka salah seorang daripada mereka seakan merah padam. Salah seorang daripada mereka menudingkan jari ke arah liang lahad.

Sebaik menjenguk ke dalam liang lahad, wajah Tok Adi berubah melihatkan beberapa jasad bayi yang siap berkapan dan dilumuri tanah bergelimpangan merata di dalam liang lahad. Memang mengerikan fenomena yang betul-betul berlaku di depan matanya. Walau pun sebelum ini dia telah beberapa kali berhadapan dengan perkara pelik ketika tugasnya menggali kubur, namun ini adalah kali pertama dia diperlihatkan dengan jasad kanak-kanak di dalam liang lahad yang baru sahaja digalinya...


***

Dua tiga hari lepas, tanpa terniat aku berkenan pulak menonton drama ni time sahur. Sekali sekala layan drama Astro apa salahnya. Lagi pun zaman sekarang ni sahur sambil tengok (bukan tonton) tv dah jadi semacam trend pulak. Ada yang yang tengok Aznil menggedik sama-sama penonton kecil (dan besar), ada yang alih ke Astro Ceria, ada jugak yang lebih senang mengadap binatang mandi sungai kat Animal Planet je.

Terfikir jugak, drama setengah jam yang bermesej macam ni kenapa disiarkan time orang tengah sahur. Time orang payah nak bukak mata dan minda. Time orang yang jenis pemalas bangun pagi tengah sedap mengerekot atas tilam empuk.

Aku tau, slot yang pukul 5.00 pagi ni cuma ulangan je yang aku sendiri pun tak tau entah bila waktu tayangan sebenarnya.

Ok, terus kepada kepala entri. Aku pasti drama ni dibikin untuk menyedarkan tentang keterlanjuran atas bumi semasa hidup sama ada sengaja atau tidak, pasti akan dibalas Tuhan. Dan sesetengahnya diperlihatkan sebelum jasad kita sempat dibaringkan di dalam liang lahad lagi, semata-semata untuk memberi peringatan kepada yang hidup.

Tapi. berapa kerat daripada kita; selain Kak Zurin cikgu sekolah menengah, Abdul Muiz penjaga stor kilang kat Shah Alam dan Makcik Noriah seorang penjawat awam yang tinggal lagi kurang setahun nak habiskan servis kat Putrajaya; akan terkesan dengan babak dalam drama ni?

Siapa sebenarnya penonton yang patut menjadi target drama Tanah Kubur ni? Adakah mereka ini berpeluang menonton, atau setidak-tidaknya tanpa sengaja telah menekan button 106 kat remote mereka?

Kalau ada pun yang menonton secara tanpa sengaja, adakah mereka akan betul-betul memahami mesej baik yang cuba disampaikan tu?

...apa pun, Nasir Bilal Khan memang orang yang paling layak memegang watak Tok Adi. Sekian, awal pagi ni aku akan menonton lagi.

20 comments:

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 7:33 AM

1) itulah kenyataan..citer yang sepatutnya disiarkan pada prime time..selalu disiarkan pada masa org tak terangsang nak tonton tv..tapi aku rasa tanah kubur ni siarannya jam 10 atau 11 malam..
(lagi sekali...aku x dak astro...hmmm)

2) nasir bilal khan memang layak..dia sangat sinonim dengan kisah2 yang mengutamakan keinsafan ini..aku masih ingat citer si penggali kubur lakonan dia dengan ummi aida...berkesan sungguh!

3) sekarang banyak pay cash..hari ni buat jahat..hari ni juga Tuhan tunjuk natijahnya...

semoga kalam aku memberi manfaat kepada semua...

sekian, terima kasih!
hahaha....berangan jap..

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 9:59 AM

SATU: pemilihan stesen tv yang menayangkan drama ni pun mendatangkan masalah pada aku. drama ni tak layak untuk astro ria.
DUA: nasir bilal khan sangat natural!
TIGA: tunai untuk si pelaku, tapi kurang diambil iktibar untuk yang di sekeliling.

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 10:55 AM

satu)-
dua)-
tiga) biarlah mereka x ambil iktibar, janji kita dapat pengajaran daripadanya..we can't pls all..

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 11:08 AM

SATU:-
DUA: -
TIGA: -
hari ni buddy aku baik, berbaris dalam keadaan terkawal...

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 11:18 AM

bluekkk...wahahahah...geng aku tak check in..tu pasal jadi budak baik!

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 11:40 AM

...good manners, macam anak jiran kau tu jugak.

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 12:02 PM

eh memang..ko baru tau ek...

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 12:38 PM

malang betul, baru tau.

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 12:46 PM

tu la..ko tertinggal ketapi ek...siannya..meh..meh sini!

Mommy Fara Says:
August 21, 2011 at 1:02 PM

....TK mengingatkan cerita-cerita dlm MASTIKA. Suka ke?

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 1:12 PM

MF..i layan gak citer cenggitu..untuk pengajaran kepada diri semoga ingat hisab Allah...

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 6:07 PM

MF: mastika pernah jadi digest kegemaran aku dulu, tapi sekarang dah tenggelam dengan kemunculan media-media yang muncul secara menggila.
LW: aku ingatkan kau seorang yang sukar dikawal ketika perbarisan!

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 9:43 PM

SM: aku saja buat baik, tak nak kecewakan ko sebab kalu pengawas mengamuk, habes aku...lagipun geng aku kuar p beli tudung kat ariani hari ni...adoiyai...dia nak raya..

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 10:19 PM

LW: apa cerita baju harga RM229 tu? cukup menggoda untuk dia pergi beli?

Lady Windsor Says:
August 21, 2011 at 11:49 PM

aku rasa dia memang suka..lagipun memang cantik...ko tengok nanti dia pakai..sure macam amoi..hihi

SynicalMind Says:
August 21, 2011 at 11:52 PM

hm, kebaya amoi. aku taknak puji, nanti dia perasan. orang perasan ni jalan tak jejak tanah, dan berjalan secara tak terkawal...

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 2:59 AM

yang penting..dia akan masuk barisan...sebab dia dah janji..kan NP kan? kan?

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 8:21 AM

kita tengok di menggayakan kebaya amoi dalam barisan terkawal.

NenekPenne Says:
August 22, 2011 at 10:51 AM

ha ha ha...
kisah kebaya amoi di blog i ...

ok nak masuk baris ni...

patutnya citer2 mcm tu yang menginsafkan ni di tayang kat TV3 slot cerekarama

tapi orang tengok citer tu orang akan berkata, alahhh rekaaan semata2.. tanpa peduli apa mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah tersebut...

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 3:07 PM

cerekarama juga ada kisah-kisah yang sebegini, tapi nampaknya mereka ambil pendekatan bermusim. contoh: ketika maal hijrah, maulidur rasul,raya haji...