sentap jantung

| Monday, August 22, 2011 | |
Sepasang suami isteri sedang duduk bersama-sama dua orang lagi anak mereka mengadap hidang sementara menanti waktu berbuka.
Salah seorang anak mereka berkata dengan pandangan teruja, "Wah, banyaknya lauk!"
Dan dijawab oleh anak mereka yang seorang lagi, "Mestilah, ayah kita kan banyak duit..."
Serta-merta kedua-dua suami isteri itu berpandangan sesama sendiri. Jelas sekali si suami menunjukkan riak wajah yang sedikit murung...

*****

Tiap kali nak masuk waktu berbuka aku mesti tunggu iklan ni macam tahun lepas, tapi tak muncul-muncul jugak sampai la dah nak masuk hujung-hujung Ramadhan ni. Iklan yang sederhana tapi buat aku sentap...

15 comments:

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 12:31 AM

Aku tak perasan le iklan tu macam mana...

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 12:36 AM

kalau tak silap dua atau tiga tahun sebelum ni, iklan sebelum waktu berbuka. puas aku cuba terjemahkan, tapi gagal. banyak sangat cabang yang aku jumpa dalam mencari maksud pembikin iklan ni.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 12:56 AM

Ada dalam youtube tak iklan tu?

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 12:59 AM

aku tengah cari...

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 1:01 AM

Kalu Ada ko bitau aku ya..iklan yg bagus wajar dinikmati..

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 1:04 AM

...barang baik perlu dikongsi bersama. cuma aku tak pasti iklan sentap ini boleh dikategorikan sebagai `bagus'. entah!

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 1:06 AM

Tak pe lah..pandangan masing2...bak Mai aku tengok sentapanya macam mana...

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 1:11 AM

biar aku cari dulu...

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 2:46 AM

ok..aku tunggu..kalu dah jumpa cepat tepek sini..

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 8:19 AM

susah wei, iklan tak femes ni.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 9:15 AM

ahh aku tak kira...femes x femes..yang aku tau...ada je youtube iklan tu kat sini...egegege..amaran keras gitu..

Mommy Fara Says:
August 22, 2011 at 9:30 AM

Ada iklan skrip sama...

Wah, banyaknya lauk!

Masing2 ngadap makanan. Tapi tak nampak lak muka sugul bapak. Muka garang ade le. Adeh...

NenekPenne Says:
August 22, 2011 at 10:46 AM

bapaknya buat kerja haram untuk mengisi perut keluarga...itu yang aku tafsirkan mengikut fahaman aku..

SynicalMind Says:
August 22, 2011 at 2:56 PM

MF: mungkin iklan yang itu kot. dah ingat2 lupa. iklan yang mengundang interpretasi berbeza-beza.
NP: ye, salah satu tafsiran awal aku.

Lady Windsor Says:
August 22, 2011 at 9:12 PM

sorry aku langsung x dapat mengingati iklan ini..sebab dua tahun kebelakangan ini aku jarang menonton tv..x dapatlah aku masuk barisan kali ini...