sempadan ini

| Tuesday, August 23, 2011 | |

...kepelbagaian rupa bentuk geografi yang kemudiannya mewujudkan sempadan politik, kekal sampai bila-bila. Kita berasal dari rumpun darah yang sama, tapi akhirnya sempadan di atas glob ini juga kemudiannya memisahkan rasa persaudaraan yang sepatutnya kekal kukuh dan wujud selamanya di seantero rantau ini. Kerana itu, kita pernah diperdengarkan dengan istilah menjengkelkan seperti `Malingsia' atau `Indonesial'.

*Suara dari sekumpulan lelaki bingai yang mulut penuh disumbat roti canai di Bangsar: kami adalah sebuah negara berdaulat yang kaya dengan sumber dan dilimpahi dengan kemakmuran sehingga ada semut-semut dari seberang sana yang sibuk berduyun-duyun datang menghurungi kemanisan serta rakus menyedut  madu bumi ini.

*Laungan dari susuk terpencil di tengah-tengah kesibukan kotaraya Jakarta: tanah ini mempunyai sejarah yang panjang, kamilah bangsa yang mengilhamkan pembebesan dari cengkaman tangan kolonial kepada saudara-saudara kami di sekelilingnya, kami juga bangsa yang penuh identiti dan kebudayaan sehingga ada maling-maling yang tanpa segan silu mencurinya daripada kami dan mengakui hak mutlak sendiri.

*Bisikan keras dari tingkat 20 perumahan dua bilik di kota Singa: kami punyai jiwa yang sangat besar dan kental yang membolehkan kami muncul sebagai bangsa bersatu dan mampu bermandiri di tengah-tengah kecamukan bangsa-bangsa yang sering bertelingkah; selagi kami mengekalkan semangat kiasu ini, selagi itu kami mampu menjadi negara kecil berupa abang kepada jiran-jiran besar kami.

Cukuplah setakat itu...

...selamat ulang tahun kelahiran negara bangsa, semoga kalian terus mencari makna kemerdekaan sebenar tanpa jemu:

Indonesia, 17 Ogos 1945
Malaysia, 31 Ogos 1957
Singapura, 9 Ogos 1965

67 comments:

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 8:58 AM

Pengertian merdeka itu subjektif bagi setiap orang.....

Cerita di atas bukan tentang kemerdekaan. Tetapi syok sendiri.

=D

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 9:00 AM

baru semalam aku teringat mengenai kiasu..kerana setiap hari aku terpaksa berpapasan dengan manusia2 kiasu..
singapura is my 2nd home...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 9:03 AM

MF: itulah antara kegunaan blog, kita dibenarkan untuk syok sendiri.
LW: kiasu, sifat yang ada dalam setiap kita...

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 23, 2011 at 9:38 AM

malingsia???konpem tu indonesial yg laungkan..kan??

ops, gua da tergolong ke dalam kumpulan yg disumbat roti canai bangsar tu?

gua pelik, ape la yg dijadikan isu sgt oleh indon2 ni kata kite curi budaya die..pdahal permulaan kite satu rumpun.pemikiran mcm tu la yg buat gua rasa wlpun negara dieorg merdeka 12tahun lbh awl, tp dr segi ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan xpernah berubah dari dulu.

mcm tu jugak la kl nk dibandingkan dengan mesia dgn sgpore yg blh kata hebat sikit dari mesia..tp xhairan la sbb negara dieorg kecik.sng nk tadbir..

slmt menyambut ulangtahun kemerdekaan

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 9:48 AM

kamen: mereka lupa yang kita datang dari rumpun yang sama. jadi, dah pasti kita juga berkongsi kebudayaan yang sama. tapi yang tak sedapnya, orang kita juga turut nak mengikut rentak emosional mereka dengan memberikan gelaran yang tak sedap didengar. apa2 pun, selamat menyambut hari kemerdekaan untuk negara2 bersaudara ni.

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:42 AM

pada mereka yang rasa malaysia ni malingsial..pi berambus dari sini

datang sini pun bawak budaya yang tak elok...bunuh sana bunuh sini, copet sana, copet sini.. buat negeri ini mcm negeri dia yang tak ada tamaddun dan budi pekerti maklumlah yang datang tu jenis haprak.... kalau yang jenis mulia tak adanya duk merempat bawah jambatan atau duduk kat kongsi2...

sama jugak dgn pak2 hitam rambut kerinting tu...

yang datang jual dadah pun ada pastu kita yang nak cepat kaya sanggup jadi keldai dadah... cinta konon kat pak2 hitam tu sampai lupa mak bapak, pastu bila terkena baru nak kata menyesal, rindu mak bapak..

semoga aku dijauhkan dari menda2 mcm tu...

ok tak komen i? masuk baris kan???

LW mana kamu!!!!

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 10:47 AM

Eh, aku tak kata ko syok sendiri. Maksud aku, setiap kata-kata org bingai yg ko maksudkan dlm blog tu...

Jgn salah faham. Blog ko antara yg aku suka baca. Bukan suka semata tapi sbb ada benda yg boleh bt aku fikir.

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 10:48 AM

Eh, aku tak kata ko syok sendiri. Maksud aku, setiap kata-kata org bingai yg ko maksudkan dlm *entry tu...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 10:56 AM

NP: wah, memang la tak keluar baris, tapi agak emosional sikit la. sabar beb... bulan puasa ni. pasal pak hitam tu nanti2 kita bukak topik. isunya sekarang kita dah tak kenal saudara dek kerana tembok sempadan atas kertas.
MF: hehee, betul tu beb. sebab aku memang suka menaip bila aku punya feel syok sendiri tu dah mari. baru cara...! hahaa... part bingai tu, aku nak letakkan kesilapan secara pukul rata boleh? walau pun kita ni dipisahkan dengan sempadan atas peta kesan daripada pembahagian semasa zaman imperialisme dulu, tapi aku tetap nak ingatkan yang kita ni tetap sebangsa, seagama. bila kita lupa pokok pangkal tu, mula la kita menyalahkan sesama sendiri dan merendah-rendahkan martabat saudara kita sendiri.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 10:57 AM

NP: baru nak report duty..
wahh komen mengancam tu...hik! i baca gak kes kaldai dadah dalam berita harian tu..boleh caya ke dah kena puji dua tiga round dengan mamat black tu..terus jatuh hati..huh..habeslah kalu lagu ni gaya..

Kamen: bangsa kita walaupun serumpun dengan mereka, orientasi mereka lain...dokrin mereka berbeza..dari satu rumpun tapi akar umbi lain-lain...tu yg emosional x tentu pasal kata kita ambik hak mereka..isu batik hari tu..humakaihhh buang masa @ b*d&h sangat, itu pun mereka nak berkelahi..tak masuk lagi pasal lagu etc..
tapi aku notis, yang dok melaungkan pasal hak ini adalah dari golongan kelas bawahan..maaf bukan memandang rendah tapi mereka nyata punya semangat pancasila yang kuat dan sentiasa meletakkan emosi di hadapan berbanding kelompok pertengahan dan atasan yang memandang sunyi saja hal begini...

SM: orang kita tu sebenarnya saja nak hangatkan suasana...raih perhatian cara murah...gitulah!

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 11:11 AM

Indonesia - Soekarno telah membiak generasi pembenci di kalangan rakyatnya.

Malaysia - Kesenangan membiak generasi pemalas di kalangan rakyatnya.

Singapura - Kenikmatan dalam menikmati walau secebis kekayaan negara membiak generasi angkuh tak bertempat.

Aku tak benci orang Indonesia walau isu yang dibangkitkan itu remeh. Kalau aku benci, bermakna aku sama perangai spt mereka.

Aku tak benci orang Malaysia walau mereka semua sangat selesa walau hakikat sebenar rakyatnya hidup atas dasar cukup makan saja (lebih-lebih golongan pertengahan mcm aku). Kalau aku benci bermakna aku manusia apati. Tak mendorong. Tak peduli.

Aku tak benci orang Singapura walau mereka sangat angkuh dgn tamadun yang kononnya sangat tinggi. Walau berbahasa antarabangsa di mana-mana. Kalau aku benci bermakna aku juga spt mereka. Angkuh yang tak membawa ke mana-mana.

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:13 AM

LW: aku nak tambah, media mereka pun main peranan mengapi-apikan amarah golongan ini. seperti ketika aku berkunjung ke sana dua tahun lepas ketika isu `buluh runcing', aku dpat tonton salah satu program tv yang semata-mata memainkan isu kecurian budaya dalam bentuk mengejek. masa tu aku memang panas hati. tapi tak boleh bersuara sebab aku sedang berada di bumi mereka.

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:16 AM

MF: kadang-kala terfikir kalau ratusan tahun dulu kita tetap kukuh bersatu dan dapat menggagalkan rancangan pemecahan oleh bangsa kolonial ni. adakah keadaan akan berbeza?

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 11:22 AM

MF: i second on you..
NP: media itu peruntuh, media itu pembina...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:29 AM

LW: media jugak yang membentuk pemikiran masyarakat.

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 11:35 AM

SM: Keadaan mmg sudah berbeza. Kalau dulu kita bersatu. Tapi skg, kita tak mahu ambil tahu. Dulu zaman dijajah secara fizikal. Maka, demi generasi mereka akan datang, pengorbanan perlu dilakukan demi kemerdekaan negara. Agar generasi mereka (kita yg skg) dapat mengecap kehidupan yg merdeka.

...tapi mereka tak tahu.

Akibat pengorbanan mereka, kita kini menjadi bodoh sombong sambil menikmati kehidupan yang serba merdeka ini tanpa mengingati darah-darah pejuang kemerdekaan terdahulu. Malah, membenarkan pula minda dijajah baik dari segi pemikiran, moraliti dan pegangan agama kita sendiri.

Spt...

"Cari duit lebih utk anak cucu nanti"

"Peduli apa, duit mak bapak aku banyak. Aku tak belajar pandai pun tak pe. Company tu jatuh kat aku gak"

Kan?

LW: Kita tak perlu merungut dan bersungut spt mrk krn kita adalah golongan 'terpencil' yang ambil peduli tetapi tidak mudah terikut benda yg entah apa-apa.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 11:45 AM

*..LW: Kita tak perlu merungut dan bersungut spt mrk krn kita adalah golongan 'terpencil' yang ambil peduli tetapi tidak mudah terikut benda yg entah apa-apa.*

MF:true! less is more...apa yang boleh dilakukan, kita membina negara bangsa dengan cara sendiri..walau sekecil manapun sumbangan..ada yang mencatit..tidak menjadi pemangkin kepada kerosakan, juga boleh dikira sumbangan...

SM: media adalah racun, madu, belati..kita perlu tahu menyaring mana yang berguna untuk manfaat hidup...

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 12:09 PM

mereka fikir kita sama seperti mereka
yang kaya menindas yang miskin
tidak..walaupun ada tapi jarang2

so pancasila depa tu tak sesuai utnuk dipraktikkan kat sini... kita bukan mcm diaorang....

pancasitara dah lama tak dak... hak hak hak...

aku emotional sebab aku semalam aku betikam lidah dgn sorang mangkuk yang boleh berkata2 tapi akhirnya kecundang dgn kata2nya yang mana aku lebih bijak memanipulasikan kata2nya tu... ...huh abaikan..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 12:10 PM

MF: besar betul kesan dan pengaruh dasar `divide and rule' sehingga sekarang. kita kini juga sedang mencari kemerdekaan. tapi kemerdekaan yang bergantung pada kepentingan masing-masing.
LW: media semakin bertambah mediumnya. sampaikan ada yang sesat di dalam...

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 12:17 PM

SM: di dalam media, ramai yang sesat..dan ramai juga yang mula kembali ke pangkal jalan.

NP: ya..mereka tiada 2nd class..mereka ada kelas ke 3 dan kelas elit..itulah yg cuba dilakukan di negara kita sebenarnya..ooppsss..bahaya tak stetement i ni...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 12:41 PM

LW: nak komen untuk NP tu. pemisahan kelas ini dah semakin ketara jurangnya. kelas ke-2 dah semakin tertolak ke bawah kedudukannya. alamak, sekali lagi mengingatkan aku kepada fenomena tipikal dalam filem tamil.

Mommy Fara Says:
August 23, 2011 at 12:42 PM

LW: Kita menyumbang dan berjuang.Jgn lupa perkataan 'juang'. Sy berjuang menolak manusia apati.

SM: ...kemerdekaan utk kepentingan diri sendiri?

=(

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 12:53 PM

MF: ya..thanks for remind me..
SM: reality..it happen, everywhere...semoga kita bukan dalam golongan itu...
SM lagi: aku sedar itu..kelas kedua semakin kabur kewujudannya dan kelas ketiga pula semakin luas daerah dan wilayahnya manakala kelas pertama terus di puncak..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:16 PM

MF: ya, untuk diri sendiri...
LW: tambahan, puncak yang menempatkan kelas pertama semakin tinggi.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 1:36 PM

SM:..walaupun puncak itu ada yang dibina dari darah yang menitis di kelas ke 3.

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:42 PM

LW: itu sudah semestinya, memang sejak dari zaman feudal dulu lagi kan? sejarah bukan setakat akan berulang, tapi akan tetap berterusan.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 1:46 PM

SM: yang baru akan merujuk kepada yg lama...ibarat roda..naik dan turun..tinggal lagi pelakunya adalah berbeza tetapi oreintasinya sama...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 1:54 PM

LW: ok, ambik terma `yang baru merujuk yang lama' tu. tapi kenapa zuriat penyambung (rujuk entri) kita dan negara serumpun yang lain tak lagi memperjuangkan dasar mencari kemerdekaan yang sama? kenapa perlu mencari kemerdekaan untuk diri sendiri?

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 2:37 PM

kerana identiti yang ada hari ini adalah identiti orde baru..sudah berlaku percampuran yang kacau bilau bukan setakat darah, tapi ideologi dan pelbagai lagi..kalu dulu kita kekal dalam muafakat, untuk rakyat, untuk semua tapi kini dunia sudah bertukar menjadi individualistik...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 2:55 PM

LW: bermakna penerapan aqidah (aku cuma tumpukan pada konteks muslim sahaja)dah semakin gagal untuk dilaksanakan? sebab selagi kita kembali kepada akar agama kita, kita akan terus kuat walau pun dah berlakunya segala macam percampuran budaya, pertuturan, fahaman atau idealogi. oh ye, identiti orde baru... identiti kacau bilau.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 3:09 PM

ya..identiti kacau bilau..baiklah juga kita kecikkan ruang lingkup kepada yg muslim..u r rite! tapi banyak yg nama saja muslim..perilaku jauh dari muslim...sekeliling aku banyak cenggitu...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 3:26 PM

nak kata salah didik, tak jugak sebab ada jugak mak bapak yang tergolong dalam orang yang hampir ke syurga. nak pengaruh kawan pun tak jugak, sebab dalam sekelompok tu ada jugak yang betul-betul bersih terlindung. entah, mungkin ada banyak faktor penentu yang tak berbeza pengaruhnya bagi setiap orang kot.

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 3:48 PM

cakap bahasa yang senang i faham boleh tak?? feninggggg nih ayat sastera2 nih......

*sambil tengok2 jam nak balik*..ngeeeee...

aaah tetiba i rasa i 2nd class nak melompat ke 1st. class..yipeeee...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 3:55 PM

NP: sebenarnya aku sendiri pun tak berapa nak paham sangat!

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 3:55 PM

NP: ahahahaha...ini retorik saja ni NP, u jangan la risau..nak masuk baris, masuk jer...jangan segan silu..
oo nak balik masak soup eh..bila i bleh try seafood soup ni..

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 4:12 PM

LW: ini isu pasal pensempadanan oleh kolonial yang mengakibatkan pemunduran fikiran generasi sekarang yang mencari kemerdekaan la... bukan cerita pasal berbuka apa karang.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 4:12 PM

SM: haa...ko sendiripun tak berapa nak faham? habess aku dok posting panjang lebar cemane...sapa nak jawab? hwaaa ko x aci tauuu!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 4:24 PM

kalau NP ada, aku buat2 tak paham.

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 4:45 PM

owh ok...paham! aku paham...tsk!

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 4:48 PM

ohye, jadi macamana dengan soal sempadan ni? boleh ke cari solusi?

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 5:04 PM

sulit sebab kita sentuh pasal serumpun, sama budaya, bahkan bahasa pun boleh dikatakan sama...cumanya kebijaksanaan cerdik pandai atau jika semua sedar esprit de corp itu akan menjadikan kita teguh, sempadan x perlu wujud andai ada persefahaman jitu..satu yang aku nampak, di kalangan penggiat sastera tidak pernah ada sempadan..mereka bersatu di bawah kata sastera itu sejagat!

anitadiana Says:
August 23, 2011 at 5:35 PM

tak paham gak...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 6:35 PM

LW: ye, kesejagatan sastera tu yang menyatukan. buat kali ke-89 aku setuju.
ANITA: ala, buat2 paham je macam aku ni. hahaa...!

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 7:44 PM

Apasal plak 89?

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:04 PM

@SM salim
apasl time i ada u buat2 tak faham?? oooh perli i yer...

@LW
yahoo soup seafood adalah sanat best untuk tekak i
nak buat untuk kasi orang makan, konfident blum ada mari lorrr..... kang terus tak jadi....

ni apa pulak 89 nih?? 69 i tau laaa...muahahahahahaaaaa....yipeeeeee...

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:05 PM

eh pengat ubi kayu taruk sagu kecil2 kalau masukkan dalam peti ais makan sejuk2 adalah sangat nikmat kan......

jemput semua makan...

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 10:11 PM

@LW
i tak boleh nak coment kat blog u, ada masalah..asyik nak suruh log in je stiap kali nak komen...arrrrghhhh letih laaa mcm ni..

Lady Windsor Says:
August 23, 2011 at 10:54 PM

NP: ala u ingat i terer masak ke? ha? i pun taram je..one day nanti i nak makan sup seafood ya,..puhhliss....hihi..
* i tak tau dah nak buat macam mana..sebab kadang2 ok..kadang2 x ok blog i..ntah button mana yg i silap setting jadi cenggitu..semalam SM Salim kata dia x leh nak follow blog i..tapi lepas tu katanya ok..isk..anyway i akan dabelcheck. tq for reporting
* u saja nak buat i terasa nak bantai pengat ubi kayu neh..weii mana nak cari memalam buta NP..uhh!

NenekPenne Says:
August 23, 2011 at 11:35 PM

@LW
i rasa blogsepok ni yang ada problem...
ala u pun boleh buat soup seafood tu...

tumis bawang putih, masukkan je kiub ikan bilis, bubuh ayaq, taruk seafood, menggelegak..done...sonang bai tu....hikssss

sib baik rumah jauh, kalau tak, ada yang datang semata2 nak makan pengat ubi kayu..ha ha ha...

SM salim dah tidor gamaknya ni...

SynicalMind Says:
August 23, 2011 at 11:51 PM

LW & NP: ewah2... tak sampai 6 jam aku tinggal korang dah macam ahli mesyuarat tingkap pulak kat sini. blog LW tu aku bukan tak boleh follow, tapi semua komen kat entri dia aku takde dapat notification thru gmail.
LW: aku percaya 89 je, yang lagi 11 tu aku kena bangkang, kalau setuju sentiasa naik lemak pulak

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:05 AM

NP: harus tau kalu dekat...pengat ubi kayu sehh...makanan nostalgia, kaya memori, sendat kenangan..mak kita suka buat tu..petang2 makan suap di laman kecil kita dulu..huhu!
SM: blog haku di bawah pengaruh V..tu yang sekejap ok sekejap loqlaq gamaknya...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:19 AM

LW: kau nak biarkan virus V menjalar pulak ke dalam blog kau ke?

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:33 AM

SM: bukan aku mahu, tapi kalau virus itu berjaya menembusi..aku hilang kata-kata.

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:40 AM

kau adalah pemilik mutlak, cuma kau yang mampu mengawalnya, dan tak patut kalau kau dikalahkan oleh virus kecil berbisa yang tak mempunyai jari tu...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:46 AM

lalu bagaimana harus aku tanganinya...ini adalah blog aku yang keempat...dan aku tak sanggup kehilangannya kerana ini adalah 'warna' yang paling aku sayang...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:51 AM

hahaaa... takpe, kau cari la slow2. mesti ada setting yang tak kena tu.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:58 AM

aku dah try cek tadi, ada satu setting aku tukar..aku usik kat postin tu...aku buat semua boleh posing walopon tanpa ID...ke masih sama gak gayanya..ntah..aku blur IT..

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:01 AM

hahaa... ok la tu kot. si NP tu pun ada masalah lagi ke?

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:32 AM

ada...dia bitau setiap kali nak posting kena login...aku dah buntu tang mana aku nak godek blog haku ni...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:35 AM

kalau tang tu ada settingnya la, tapi masalah aku ni tak jumpa solusi lagi. kau buat la slow2.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:40 AM

aku kena refer programmer nampaknya...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:47 AM

small matter beb, encik google kan ada. haha!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:58 AM

malas ah nak deal dgn encik google...kadang2 berbelit2 arahannya..buat aku lagi toing!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:05 AM

lecturer aku pulak pernah kata; dalam internet semuanya ada, seolah-olah hutan rimba yang membekalkan segala macam sumber kehidupan, cuma kita jangan sesat semasa mencari sumber tu. mungkin kau silap klik la tu. hahaaa...!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:15 AM

aku harus mengakui aku amat tidak serasi dengan teknologi ini...tapi kalau aku terperangkap di dalam gudang tepung yg dipenuhi butter, gula dan telur...aku rela!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:20 AM

hahaha... keasyikan kau dengan cookies!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:38 AM

yerp! yerp! and yerp! kalu aku tidak bekerja seperti sekarang, musti aku sudah memilih kerjaya tukan masak..my dream..always!