Search for best Ramadhan stall

| Monday, August 15, 2011 | |
A competition to find the cleanest, most affordable and most presentable Ramadhan food stall in the city is under way.

Organised by the Petaling Jaya City Council (MBPJ), the competition is added incentive for operators to improve the standards of their stalls.

"I think the stalls here would do well as they look attractive and their goods are priced reasonably" MBPJ mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

He added that Ramadhan stalls should be presentable as they are also part of the tourist attraction of the state.

-Selangor Times; August 12-14, 2011; Issue 37



...mintak maaf la wahai datuk memanda yang bijak bistari, saya ni bukan setakat dah tipis keyakinan kat `param' ni, tapi dah takde langsung walau dengan sekelumit rasa. Saya ni bukannya apa, bukannya tak nak sokong industri yang bergerak setahun sekali ni; tapi tu la. Bila sekali dah terkena, sampai bila-bila pun rasa pahit tu melekat kat hujung lidah.

Cuba la datuk memanda bayangkan, tahun lepas pernah sekali saya beli laksa kat Taman Sri Manja tu. Dia punya bau memang mencengkam, brader yang buat tu pun bersih jenis orang mandi dua jam dalam bilik air. Sekali tengok harga, mak oi! RM3.50 tu... Tengok takde la banyak mana pun, kalau mee tu gesel-gesel kat celah gigi pun belum tentu boleh jadi taik gigi. Takpe datuk memanda, saya sabar lagi sebab mengidam punya pasal.

Sekali sampai rumah... Dengan hirupan pertama je hati saya dah bertambah sakit. Mana taknya, kuah nampak pekat menjilat, warna garang menyengat! Tapi rasa macam air kolam! Gila punya tawar. Betul datuk memanda, saya tak tipu...

Saya rasa datuk memanda kena tambah satu lagi kriteria penting. Bukan setakat gerai je yang mesti nampak menarik atau harga yang sesedap poket, tapi datuk memanda kena bagitau kalau nak jual makanan tu biarlah kena rasa dengan harganya. Datuk kena ingat sikit, saya ni bukannya pelancong yang turun `param' nak tengok stall yang nampak cantik. Kalau macam tu, baik datuk memanda buat pertandingan kereta berhias!

33 comments:

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 8:58 AM

setakat bersih je memang tak memadai...

bak kata A.R Tompel
kopi dah pekat likat tapi sayang tawarrrr....

i dah banned param..sorry lah...

errr kalau setakat pandai buat maggi instant tak payahlah bercita2 dan syok sendiri nak menjual kat pasar ramadhan...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 9:50 AM

Datuk mamanda: saya sesungguhnya sudah berpesan2 kepada jurai keturunan saya supaya tidak memijak 'param' selagi saya ada..ini kerana saya membeli roti john tapi terbeli roti keparat yang sangat hanjjj...walaupun 2 ringgit je, tapi saya x halal duit saya ditipu dengan roti kepam yg macam buntut kuali tu.!

Net, kenyataannya ramai yg takat pandai buat cucur kodok poyo je yg niaga kat param, tu yg makanan sumer macam tak rasa makanan tapi dummy semata2..ghope cantik rasa jelik!

Mommy Fara Says:
August 15, 2011 at 9:58 AM

PARAM KJ la best....

Boring nak cite psl nie. Attitude peniaga mee segera selalunya mcm tu...

Kalau nak mkn laksa sedap, apa kata msk sendiri? Klu tak pandai msk, usaha belajar? Tak pun suh isteri masak? Klu tak de isteri, suh tunang masak, klu tak de tunang, suh kawan...Mane tau kawan tu ley bt jodoh ke?

Hehehe...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 10:20 AM

hahaha..MF, i prefer masak sendiri..kalu x sedap sekalipun, kita tau apa kita masukkan sebagai bahan..cleanliness of coz la terpelihara kan..

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 15, 2011 at 12:25 PM

tu br makan..blm air lg..kalau bebuka pkul 7.28, pkul 6.30 da bungkus air skali ngn ais..balik2 nk bebuka minum mcm minum air paip.

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 12:37 PM

NP: tula diorang tengok orang lain berniaga, dia pun ngada-ngada nak berniaga jugak. tapi masak megi pun kembang semacam! macam haram!
LW: iya, lanjutkan perkhabaran ini kepada rakyat jelata yang lain. elakkan daripada mengunyah `dummy shit' ketika waktu berbuka. itu bukan roti john, tapi roti sapu telur john!
MF: Kalau macam kita ni yang pandai masak tu ok la. macamana kalau bagi orang yang takde bini, takde tunang, takde awek, kawan2 pun takde; kena pulak jenis pemalas ya amat! hah, padan muka la...
KAMEN: ku pernah terminum air jagung rasa air mineral sebab terpedaya dengan dia punya kaler. cilaka!!!

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 1:25 PM

kamen...mwahahahaha(gelak guling2)..oii kalu nak lawak pun bajet la sket beb...tapi kes ko ni memang lawak..kesian!

SM, roti sapu terlur john...kah!kah!kah! lagi tabbley tahan sehh..

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 1:37 PM

jangan gundah gulana
kita pun sebagai pembeli ada hak..
hak kita, jangan beli langsung
bila tak ada penawaran maka tak adalah permintaan
wahhh cam intelek je cakap kan..

mulai dari sekarang nak belajar masak...belajar jerlah, sedap tak sedap belakang kira..

i allergic laaah sebut2 KJ ni.. nak2 lagi kalau Jalan SS5C/9 nih....

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 1:38 PM

LW: memang la hakikat, beli roti john, tapi daging tak nampak langsung, nampak TELUR je, dah la nipis lagi nipis lg kertas A4!

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 1:38 PM

@LW
cucuq kodoq pun yang adabi punya, tu pun entah2 fail..ha ha ha...

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 1:39 PM

@SM
tu peniaga nak untung lebih lorrrr...

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 1:54 PM

SM, roti john yg aku beli tu, sepatutnya ada telur, sos and mayonais bagai tapi ini cuma ada macam ghope getah sekerap sekeping kat atas roti...makan secubit terus nasibnya di dalam bakul sampah..sedey le juga mengenang rezeki tu tapi aku pun x sanggup nak mendera diri makan makanan cenggitu..

NP..ya betol sangat, kalau jual tomyam tu..pakai pes maggi punya tomyam..bluekkk la..

habes tu cemane nak tarik pemakan2 macam kita ni nak soping sana..kalu cakap param macam haram kang, derang tersinggung tahap gaban plak!

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 1:59 PM

LW: mungkin sebab tu datuk memanda kita ni asyik mentioned pelancong je. yela, pelancong yang nama john tu mana pernah jumpa roti sapu telur john dengan laksa kuah air kolam. adoi la datuk memanda.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 2:04 PM

datuk memanda ingat dia boleh tipu pelancong tu..tengok le esok lusa..pelancong pun akan melencong ke lain..

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 3:33 PM

sebab peniaga kita kata, pembeli akan tetap beli biarpun dia hanya jual aip paip berwarna warni dan kuah laksa air kolam...

walhal time puasa boleh berbuka mcm hari2 biasa sebenarnya...

aaah pi hotel jelah...tapi jangan pegi hyat saujana subang...eh..

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 3:38 PM

aduui, kalau macam tu yang silap pembeli jugak la... yang peniaga ni bila tiba ramadhan cuma standby tangguk je kat tangan.
(apehal hyatt saujana?)

SynicalMind Says:
August 15, 2011 at 3:39 PM

LW: sebab datuk memanda jarang jalan2 kat param macam kita kot. datuk memanda cuma biasa berbuka kat hotel banyak bintang mungkin.

Lady Windsor Says:
August 15, 2011 at 3:43 PM

SM: sebab tu datuk memanda cakap macam molot tak dak insuran @ molot puaka...main sedap taram je sebab datuk memanda sendiri berbuka pose di hotel yg ada bintang..yang menghidangkan sirap limau berperisa limau, bukan berperisa air paip..

NP: apa cer hyatt saujana subang? ada peristiwa pahit ke? ke takdak sijil halal?

NenekPenne Says:
August 15, 2011 at 11:58 PM

bayar mahal nak makan buffet kat hyat saujana sekali tengok hidangan mcm ala2 jer... ala3 restoran biasa jer..tak ada yang luar biasa..

pelik ya dari mana datangnya peniaga2 pasar ramadhan tu yer???

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 7:52 AM

NP, try pi Le Meridien ataupun DoubleTree by Hilton, sure berbaloi3!
Peniaga pasar ramadan adalah peniaga celup yang wujud daripada spesies pencekik darah dan mengenepikan keikhlasan mereka dalam berjual beli dan buta hukum Allah..(chewaahhh macam i bagus)kalau derang tahu betapa hukum jual beli dalam Islam macam mana, mesti ramai yang kecut gulung tikar dan tak akan jadi buat kerja peniaga bidang terjun..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 8:00 AM

...dalam kepala mereka; wow, ramadhan datang lagi. ini la time aku cari duit raya kaw2 punya!

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 8:09 AM

ya! ya! ya!..sekarang mereka untung..esok2 mereka rentung kalau neraca timbangan berat ke neraka...

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 9:21 AM

SATU: sabar, sabar... aku ada banyak koleksi lagu (dan video mtv atau live) yang awek aku nyanyi, adele... sesuai untuk redakan stress.
DUA: solusi untuk masalah `param' ni mungkin hanya ada di tangan kita sebagai konsumer.

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 9:40 AM

adele sehhh...!!!

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:02 AM

hahaaa... kan bagus kalau adele rakam lagu raya!

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 10:19 AM

Pergh..tinggi cita2..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:28 AM

adele... hari raya ini lebih bererti lagi kalau kunyahan ketupat di celah gigiku ini disulami dengan dendangan suaramu menghembuskan lagu raya di corong speakerku...

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 10:36 AM

Aku rasa ko kene jumpa doktor sebelum sakit ko melarat..

SynicalMind Says:
August 16, 2011 at 10:47 AM

Doktor Adele...

NenekPenne Says:
August 16, 2011 at 11:53 AM

i pun dengar khabar Le Meridien dan Double Three Hilton best.. tapi apakan daya, tukang sponsor tak nak sponsor kat situ...

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 11:55 AM
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 11:57 AM

NP jom kita sponsor diri sendiri..

Lady Windsor Says:
August 16, 2011 at 11:58 AM

SM..Wakakaka..parah!!!