sama naik, sama junam...

| Tuesday, August 02, 2011 | |
Isnin.
11.30 pagi (lebih kurang, sebab jam kat tangan tak ikut jam kat Sirim).
Penerbangan MAS dari KLIA ke Miri dengan pesawat Boeing 737-400.
Seat tak berapa nak penuh mungkin sebab bukan Air Asia kot.
Lagi pun siapa je yang nak pergi Miri tengah-tengah minggu macam ni.
Kat Miri sana bukan ada theme park pun.
Ntah apa punya bebal la, pilot ni masa nak take off memang macam f*ck off pulak.
Jerebu sikit je, bukan tak nampak langsung pun. Takkan tu pun aku nak ajar.

...

Kat atas, lepas agak stabil sikit.
Baru je nak lega isi perut. Tiba-tiba...
....pergh, sial la pilot ni! Elok-elok la sikit.
Lu punya nyawa macam kucing ke, ada sembilan!
Aku memang la takde fobia naik flight, tapi jangan bagi aku goyang.
Air pocket sikit je, tapi goyang macam naik pilatus pulak.

...

Duduk di sebelah laluan, aku boleh nampak barisan seat untuk business class kat depan. Pergh, selesa jugak aku tengok seat dia masa lalu nak ambik tempat duduk tadi. Kalau lenguh, kaki boleh lunjur sejauh yang mungkin tapi tak kena kepala orang depan. Arm rest pulak ada kiri kanan.Tak payah nak share dengan brader ray ban sebelah macam aku. Selesa macam siol! Geram pulak aku. Teringat sebelum ni kalau bukan bulan puasa. Diorang punya meal agak mengancam jugak la, macam happy meal. Tak macam aku punya: jus cawan kecil, nasi goreng, ayam satay, kacang (mintak sendiri) dan ferrero rocher. Kalau la bapak aku orang penting yang paling kurang ada title Tan Sri kat depan, mesti aku dapat merasa bersandar kat seat business class tu.

...

...dalam hati aku: harap-harap kalau terhempas flight ni mungkin fuselage yang kat kabin business class tu tak boleh tenggelam dalam Laut China Selatan kot. Bayar lebih, lambat sikit mati. Hahahahaa...!





yang penting aku pandai berenang, mana la tau kalau ditakdirkan flight ni jadi catatan penting dalam sejarah aviasi negara!

3 comments:

Paria Perawan Says:
August 2, 2011 at 5:16 AM

ahahahha
naik mas comfortable
naik airasia cam naik bas!

Mommy Fara Says:
August 2, 2011 at 10:06 AM

Peh! Merasa gak naik MAS kan? Dari AIR ASIA yg mcm bus rapidkl tu.

Yg last sekali tu mmg best. Pandai berenang. Heheheheh!

SynicalMind Says:
August 3, 2011 at 1:19 AM

PP: tapi bro, stewardess air asia mari jugak la diorang punya senyum.
MF: haha, sebab tu merungut dalam hati je. jeles sebab diorang punyai kemewahan yang dapat beli keselesaan walau pada masa yang sama kami bagaikan berkongsi satu kapsul nyawa.