pembalasan tunai

| Wednesday, August 24, 2011 | |
petang ahad hari tu, aku melewati sebatang jalan kat tengah-tengah kawasan perumahan. di kiri jalan kedapatan deretan rumah teres dan sebelah kiri ada padang bola dengan surau kecil kat penjuru sana.

sepanjang jalan ni, terasa agak teduh sikit sebab kesan biasan bayang-bayang dari pokok rimbun cantik tersusun di sepanjang jalan ditambah pulak dengan cuaca yang tak berapa nak terik. aku tak tau pun apa nama spesis pokok ni. aku tak peduli, bukan cita-cita aku nak jadi pakar botani.

tengah sedang elok aku mengamalkan gaya pemanduan berhemah yang sempurna, tiba-tiba datang sorang mamat berjersi liverpool dari belakang aku menunggang 125z warna hitam. memotong dengan gaya ketua kongsi gelapnya dari sebelah kiri aku, hampir-hampir terkena side mirror kereta buatan malaysia kesayangan aku. tanpa menoleh ke belakang, beruk bermotosikal tu dengan tiba-tiba melakukan aksi separa akrobatik, merebahkan badan membuat corner baring cecah lutut atas tarmac membelok ke kanan.

aku terkejut. tindakan refleks oleh saraf-saraf aku telah membuatkan kaki kanan aku memijak pedal brek semahunya. berdesit keempat-empat tayar dunlop aku menyeretkan dirinya atas permukaan tarmac yang kasar tu.

"woi, kimak anjing...!" aku jerit sekuat hati. aku rasa masa tu muka aku dah merah padam menahan marah, tangan kanan aku menggigil menggenggam penumbuk bersedia untuk dilepaskan kat muka beruk tadi, kalau-kalau dia tergolek depan mata aku karang.

doa aku tak dimakbulkan. beruk tu meneruskan perjalan masuk ke simpang jalan tu dengan selamba dan angkuh dalam hati. cibai punya beruk! perangai macam anak celaka. lain kali kalau kau tergolek kat tempat lain, masa tu aku datang terus pijak-pijak sampai lumat! aku maki lagi dalam hati.

sembilan saat kemudian, aku meneruskan perjalanan tanpa beristighfar...

*****

...habis, seluar aku basah hingga ke paras separuh betis. selipar fipper classic base hitam tali merah sebelah kanan aku entah hanyut ke mana. di luar pintu kereta aku, serpihan kayu dan sampah-sarap terus menghentam bertalu-talu ke arah kereta aku mengikut arus yang deras.

muka aku pucat. jari-jari kaki dan tangan aku sejuk, kecut, kebas tak terasa. paras air semakin naik. aku kini terkandas di tengah-tengah persimpangan jalan. kebanyakan kereta yang lain di depan aku berjaya melepaskan diri dan di belakang, banyak kenderaan mula membuat u-turn mengelak dari menjadi mangsa kedua daripada deruan banjir kilat yang datang secara tiba-tiba tanpa amaran.

aku mendongakkan muka bujur sirih aku ke langit menembusi windscreen yang sudah kelihatan beberapa crack di penjuru kanan. dari bawah sini, jelas kelihatan awan hitam pekat betul-betul berada di atas kepala aku. curahan air hujan begitu menggila seakan-akan ingin menghentam bumbung kereta hingga remuk. di kejauhan horizon sana, kilat sabung-menyabung dan diikuti dengan bunyi guruh hinggap ke telinga aku beberapa saat kemudiannya. terasa tarian kilat itu semakin mendekati aku.

aku hilang arah, mati akal. tangan aku meraba-raba ke arah pintu kereta untuk memastikan pintu aku kekal terkunci sebab aku tak nak mayat aku dijumpai terapung entah di hilir sungai mana. biar pasukan penyelamat dapat mengesan jasad kembung aku berdasarkan bangkai kereta aku nanti walau pun tenggelam di dasar sungai yang dalam.

...aarghhh! baru saat ini aku teringat akan kebesaran tuhan. aku pasrah, aku sedar yang hidup mati aku (dan mamat 125z tadi) bukan di tangan aku...

36 comments:

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 12:55 AM

habis tu..keta buatan mesia kesayangan ko tu ok tak? ke kena obehol?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:59 AM

hahahaa...! jawapan tu ada pada label entri aku ni...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:02 AM

owhh..kesian ko...itu satu peringatan..len kali jangan nak memandai2 jadi Tuhan!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:04 AM

ini cuma cerita hikayat je. cuma kadang-kadang aku lupa, aku dah ambil alih tugas tuhan. memang keji...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:12 AM

memang keji..tapi itulah cara terbaik mengingatkan diri yang kita ini adalah hamba sahaya di sisiNYA...tidak lebih dari itu...dan kita bernafas pun dengan ihsanNYA juga...ko bernasib baik kerana diberi peringatan dengan cara yang masih berhemah...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:14 AM

setiap orang diberi ingatan dengan cara berbeza kan?

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:29 AM

ya..dan setiap kita adalah yang terbaik di muka bumi ini..sentiasa melimpah ruah dengan pemberianNYA, cuma kita saja yang alpa...(kenyataan ini untuk diri aku juga...semoga tidak alpa...)

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:31 AM

entri ni separa rekaan je. yang mula-mula tu je betul. hahahaa...!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:36 AM

tak pe la...at least it was started from a real scene right?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:38 AM

kadang-kadang orang punya pasal aku boleh hilang sabar...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:45 AM

biasa la beb...darah muda...tadi masa aku otw ke jalan ampang...ada pergeseran motosikal dengan sebuah van..dan aku melihat senario pemandu van membuat tanda f&*% kepada pemandu motosikal..lantas dibalas oleh pemandu dengan sign yg sama...aku tiba2 teringat kepada n3 ko tu...memang mereka ini terkurang ajar...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:51 AM

aku penunggang motosikal, selalunya aku terpaksa beralah kepada yang lain (sambil memaki dalam hati). tak terkecuali jugak kalau aku pegang stereng, memaki kat mulut. sebab tu aku lebih senang berkuda je kalau nak masuk kay hell...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:54 AM

kuda besi ek?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:00 AM

hahaa.dengan kuda besi ni, jiwa aku lebih tenang wakau berhujan berpanas, daripada terseksa dalam kuda beroda empat...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:08 AM

ko berhak memilih...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 2:17 AM

memilih jalan selamat daripada terus memaki. kalau hujan lebat, aku berhenti tepi, pekena teh tarik dengan winston (alamak!).

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 2:27 AM

teh tarik? okeh!
hujan lebat? okeh!
winston...? no komen!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 8:20 AM

bukan ke itu elemen gabungan yang cukup perfect? hahahaa!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 8:34 AM

perfect la sangat...!!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:05 AM

hahaa... tu dulu la.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 9:11 AM

sekarang macam mana?

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:26 AM

telah berhijrah kepada yang lebih baik... cuma, cabaran la yang pedih sikit.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 9:28 AM

cabaran tu biasa le..baru umphh sket hidup kan..kalu tak bukan SM namanya tu...hik!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 9:36 AM

pada kawan-kawan seperokok, jangan panggil aku botak kalau aku gagal...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 10:00 AM

aku panggil ko SM Adele @ Syed Mohd Adele...kih!kih!kih!..ini adalah nama yg tertera di tpon aku...hokay tak?

NenekPenne Says:
August 24, 2011 at 10:02 AM

bawak motosikal tapi duduk tengah2 lane..kalau laju tak per jugak, ni terheges2 bawak..

motocyclist kadang2 tak sayang nyawa mereka,bwak motor sesuka hati

hari tu jumaat lepas, jalan dari puchong ke subang jaya tetiba hampir jem sebabnya yg i nampak ada polis, ada motosikal dan ada sekujur tubuh lelaki terbaring di atas jalan tar... tidak pasti samada dah mati atau tidak tapi yang pasti tiada sesiapa pun yang mendekati tubuh yang terbujur tidak bergerak diatas jalan tar tu ...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 10:09 AM

LW: ok sangat, adele punya pasal.
NP: nasib baik baik aku cuma dalam golongan *penunggangperlahanlaneluarpalingkiri*

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 10:14 AM

NP:..baru check in eh...

NenekPenne Says:
August 24, 2011 at 12:32 PM

@SM
kau bawak dalam lane kecemasan ker?


@LW
ha ah...tadi sibuk dgn apa entah...

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 12:59 PM

NP: naik moto memang la. kalau jalan kaki aku lalu bawah pokok je...

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 1:11 PM

SM: hahahaha clever boy!

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 1:15 PM

merci!

NenekPenne Says:
August 24, 2011 at 3:43 PM

@SM
tu lagi teruk...tak masuk baris langsung....pumping 100 kali ..cepat!!!!!!

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 3:52 PM

SM sila masuk baris..

SynicalMind Says:
August 24, 2011 at 4:00 PM

penat ar berbaris je.

Lady Windsor Says:
August 24, 2011 at 4:41 PM

Hahaha tau tak pe...