Pawn and Pick

| Thursday, August 25, 2011 | |
Pawn Stars




Dalam program ni ada tiga orang watak utama dalam siri realiti yang mana mereka bertiga adalah sekeluarga dari tiga generasi. Navy pencen si tua Richard Harrison, si botak muka brutal tapi suci Rick Harrison dengan anaknya si gemuk yang selalu buat salah Corey Harrison. Bersama-sama mereka ni ada sorang lagi si gemuk pemalas yang langsung tak boleh harap, Chumlee.

Setiap daripada mereka ni pulak ada tahap obsesi mereka yang tersendiri. Seperti si botak Rick yang begitu menggemari senjata lama terutama senjata zaman perang dunia pertama atau sebelumnya, peralatan mekanikal antik macam mesin basuh manual yang dianggap sebagai maju ketika tahun 1900-an dulu dan jugak matawang lama yang kebanyakannya berupa bon perang zaman perang saudara dulu. Bagi si tua Richard pula, dia adalah seorang yang pakar dalam item berkaitan dengan perang dunia kedua sementelah dia dulu pun pernah berkhidmat dalam tentera laut dan menyertai misi kententeraan di kepulauan Pasifik.

Corey `The Big Hoss' pulak apa cerita? Dia ni tak ambik port sangat semua tu memandangkan dia tau yang tak lama lagi atuk dia bakal mati dan memang sah-sah share bisnes atuk dia akan dibahagi sama rata dengan bapak dia. Manakala si gemuk lembab Chumlee pulak dari episod pertama sampai yang latest ni, dia berjaya mengekalkan tahap kemalasannya tak ubah macam khinzir dalam kandang. Datang kerja dengan muka sengal, jalan lambat-lambat kalau kena panggil, kuat makan, suka curi tulang; itulah perkara-perkara yang sinonim dengan dia.

Mula-mula dulu, aku tak berapa kisah sangat dengan siri ni. Tengok pun gitu-gitu je. Tapi lama-lama aku tertarik dengan cara diorang running bisnes pajak gadai tu. Yang tambah dramatik, setiap siri aku boleh tengok bermacam-macam barang yang orang datang nak jual atau pajakkan.

Pendek kata, setiap barang sama ada setem kenangan yang semurah 5 dollar sekotak atau sehingga kepada tiket loteri bertandatangan George Washington yang mencecah 15 ribu dollar, semua tu mempunyai kisah yang menarik.

Seperti kata Rick; selama 21 tahun dia menceburi bidang ni, kita takkan tau apa yang melalui pintu kedainya...

American Pickers



Satu lagi siri yang mengambil masa nak tangkap perhatian aku. Tapi bila aku dah mengadap depan tv selama sejam dengan siri realiti ni, kira boleh layan jugak la. Cerita pasal dua orang sahabat si kurus tinggi Mike Wolfe dan si gemuk pendek Frank Fritz yang aku boleh anggap gelandangan berkelas tinggi yang menjalankan bisnes mengutip barang-barang lusuh dari satu tempat ke satu tempat lain serata Amerika.

Berkelana menyusuri jalan-jalan dan segala ceruk setiap pelusuk Amerika, mamat dua orang ni dibantu oleh sorang awek piercing banyak tatu Danielle yang kerja dia nampak macam tak penting, jaga kedai dengan cari info kat mana-mana ada orang kumpul barang scrap.

Mamat dua orang ni memang gila dengan barang-barang lama dan rare. Sampaikan botol jem atau signage lama pun diorang sanggup selongkar dari celah-celah longgokan `sampah'. Yang penting pada mereka ni selain boleh dijual, barang-barang tu ada sejarah yang tersendiri.

Yang membuatkan aku tak bangun dari menonton siri ni adalah setiap tempat yang mereka pergi tu, mereka akan berdepan dengan barang berbeza yang tak terjangka, disamping bertemu dengan sejarawan amatur setempat yang menjadikan barang-barang lusuh sebagai cara untuk menyimpan sejarah.

Bak kata mereka, picking ini adalah cara mereka yang tersendiri dalam menceritakan sejarah Amerika. Itu yang aku kagum dan buat aku tertunggu-tunggu episod baru tiap minggu.


Balan The Daily Rider

 (sehingga entri ini siap ditaip, Balan masih enggan gambarnya dirakamkan)

Balan ni adalah seorang pemuda pertengahan 20-an yang berperwatakan sederhana dan berkulit gelap, bukan sebab dia berketurunan India tapi sebab rutin hariannya adalah menyusur jalan-jalan perumahan tempat aku tinggal.

Bertemankan Yamaha RXS hitam yang diubahsuai menjadi sidecar, di mana terdapat bucket khas hampir setinggi imam surau aku kalau berdiri kat sebelah, mata dia akan tajam menjelajah halaman depan barisan rumah yang dilaluinya.

Dia memang seorang yang berdedikasi dengan tugas memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan tetap macam askar pencen depan rumah aku yang jadi polis bantuan, dia mesti melalui hadapan rumah aku dua kali sehari; pagi dan petang. Semata-mata untuk mendapatkan barang yang boleh dijual walau pun hanya berharga 50 sen.

Pernah suatu pagi dulu aku meletakkan aluminium sink yang baru aku gantikan dengan yang baru kat laman depan, tak sampai setengah jam kemudian bila aku jenguk keluar tingkap, ex-sinki aku dah lesap. Pergh, efisien betul si Balan ni!

Selain daripada Balan, ada beberapa orang lagi sekutu dia yang menjalan operasi yang sama. Tapi antara mereka tak pernah timbul masalah sebab dah wujud seakan pakatan ghaib yang akan membahagikan setiap mereka mempunyai wilayah authority sendiri.

Kalau dilihat secara imbas, apa yang Balan dan sekutu dia buat macam tak mendatangkan makna langsung. Dan ada antara kita pulak yang memandang rendah dengan profesion ni. Kalau nak tau, Balan ni dah kahwin dan ada sorang anak, menyewa rumah flat kat Jalan Klang Lama, ada kereta Kancil 660 pulak tu (walau pun dah tak baru lagi)!

*****

Jadi, sebagai perancangan jangka panjang aku bila dah pencen esok, aku nak gabungkan apa yang Rick Harrison dan Mike/Frank aplikasikan dalam bidang perniagaan mereka, tapi aku akan sesuaikan dengan environment yang Balan lalui sehari-hari...

34 comments:

Mommy Fara Says:
August 25, 2011 at 10:20 AM

Aku pantang jumpe kertas terpakai kat opis. Tu blm msk tin2 air. Kat umah pun aku heret bwk g opis. Seme tu aku bg kat makcik cleaner kat opis. Berkat tlg die kumpul brg lusuh, aku dpt le upah RM10. Bt beli jajan.

Makcik cleaner tu, nama je cleaner. Tp dah g umrah bagai. Aku? Utang PTPTN pun tak langsai2....

SynicalMind Says:
August 25, 2011 at 10:26 AM

MF: tula, kita memandang darjat seseorang tu melalui profesion dia je. kalau kerja pegang benda kotor, kita pandang jijik.

Lady Windsor Says:
August 25, 2011 at 10:33 AM

MF: i pulak pantang tengok kertas atau board..semua i nak bawa balik rumah, recycle lipat sana lipat sini, jual balik pada harga berpatutan..satu bilik kat rumah i jadi workshop..recycle paper workshop..

SM: aku tak heran dengan rick, mike/fran atau balan, tapi aku kagum dengan ko yg terlintas nak compose ketiga-tiga individu ini lalu menjadi inspirasi ko esok-esok! eh tapi balan tu mengingatkan aku pada keling besi buruk masa aku kecik2 dulu..segala bagai periuk belanga arwah nenek dan mak aku dijual pada kaf lam ye nge ni bila dah tak boleh digunakan..

SynicalMind Says:
August 25, 2011 at 10:37 AM

LW: satu cabang perniagaan yang kita tak anggap penting, tapi dimonopoli oleh warna kulit yang satu. apa kata kalau kita cuba ceburkan diri sekali, tapi dengan menjadikan bisnes ni semacam satu industri yang mampu membuatkan pengusaha (contoh rick atau mike/frank) dipandang tinggi. hm, sangat2 berpotensi memandangkan rakyat kita suka buat sampah!

Lady Windsor Says:
August 25, 2011 at 10:47 AM

true! aku dah lama jadi pengumpul kertas, board, fancy paper dan segala bagai yg berkaitan kertas..i tell u..lumayan! nanti aku buat n3 pasal ni...

..tapi aku kumpula kertas je lah, nak kumpul scrap metal belum cukup kudrat..tskk!

Mommy Fara Says:
August 25, 2011 at 11:06 AM

SM & LW - Aku tak pk brg2 lusuh sbb dah byk org buat. Aku cume pk sampah2 organik utk dibuat baja kompos. Baja organik yang menyuburkan tanaman. Rakyat Msia byk hasilkan sampah organik, kan? Kebanyakannya makanan yg tak hbs, main buang mcm tu je...

Lady Windsor Says:
August 25, 2011 at 11:12 AM

MF: yerp..sisa makanan bolh jadi baja kompos terbaik..ada buat tak kat rumah? i dulu masa berdua buat le sebab kerap makan, la ni no more..

SynicalMind Says:
August 25, 2011 at 11:22 AM

MF: baja kompos? idea genius! efektif ke kalau buat secara part time?

Lady Windsor Says:
August 25, 2011 at 11:30 AM

Part time atau full time..baja tu memang bagus. Ko boleh mula di dapur sendiri...

NenekPenne Says:
August 25, 2011 at 11:35 AM

i tengok citer tu... besttt tengok mcm2 barang antik yang depa kutip dan jumpa..

i pun suka gak kumpul paper..tapi paper bags mcm paper bag furla, isetan, hard rock cafe, mng, tommy hillfiger, polo ralph lauren...eh byk laaa... hiks..

Mommy Fara Says:
August 25, 2011 at 11:43 AM

LW - Pernah praktikkan? Cool! Sy tak pernah g. Mcm tak bersedia g. Err, LW ley bg tunjuk ajar tak? Sy ni klu boleh nak elak dr penggunaan plastik sbnrnye. Klu hasilkan baja kompos, at least sy kurang guna plastik as lapik sampah organik tu...

SynicalMind Says:
August 25, 2011 at 12:20 PM

LW: mungkin kurang praktikal bagi yang duduk rumah flat dua bilik takde balkoni...
NP: beg-beg yang kau kumpul tu boleh jadi barang barang 100 tahun lagi.
MF: kurangkan penggunaan plastik, kita mintak tips daripada LW.

Lady Windsor Says:
August 25, 2011 at 5:54 PM

MF: mudah je nak buat baja kompos tapi kena tahan busuk sket la..sisa makanan yang tak habis tu eg: tulang ikan, cebisan daging, kulit buah-buahn atau serdak kuih ke apa, masukkan dalam botol dan tutup. dasar botol tu alas dengan kertas yang dicarik-carik...macam kita peram makanan tu..akan berlaku pereputan apabila disimpan selama beberapa hari. tapi kena tahan le hidup bila buka..maybe bau kurang senang sikit...lepas tu bila dah reput, boleh campur tanah. kalau nak buat atas tanah terus, gali lubang dan longgok segala sisa makanan di situ, timbus. selepas dua tiga hari, ia dah jadi reput dan sangat subur untuk dijadikan baja pada pokok...anyway sekarang dah ada plastik yang bersifat dispose kan..boleh guna gak..
macam minyak masak pun, paling elok guna setakat 2 atau 3 kali je, bila dah tak mau, kumpul dan letak di mana-mana workshop atau stesen minyak sebab derang akan bagi minyak tu kepada pihak tertentu untuk direcycle..so x de lah sisa minyak tu mengalir ke parit atau longkang yang kemudian maybe akan mencemarkan sungai kita...i belajar buat ni dari dari presiden yayasan anak warisan alam malaysia (yawa) long time ago..

SM: dok flat pun boleh...ala ko tanam je dalam pasu..lepas tu baja kompos tu boleh muat dalam botol kecik2 kat dapur ngko...praktikal dan easy...x de balkoni pun boleh tanam pokok dalam pasu, cari kawasan yg kena cahaya...

NP: i ada banyak paper bag..nak tak? macam2 ada..

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 2:06 AM

LW: mak oi, sangat detail. Macam artikel mingguan malaysia la. Apa kata kau create entri baru pasal baja kompose ni.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 7:07 AM

SM: ko baca Mingguan Malaysia ke? lagi sokkabar apa lagi ko baca?
Ok later aku buat n3 baja kompos yg simple untuk MF juga sebab dia nak tau...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 7:58 AM

LW: semua jenis. kiri, kanan atau yang atas pagar.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 8:25 AM

SM: bagus...santapan minda...tapi kena pandai saring...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 8:34 AM

aku baca walau pun tak secara rutin, tapi tak semestinya aku percaya. yang penting aku kena cebikkan bibir aku tiap kali aku baca. wajib tu!

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 8:53 AM

antaranya sokkabar mana yg ko akan cebikkan bibir?

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 9:07 AM

hampir semuanya, tak perlu aku sebutkan kat sini. kadang2 tahap meluat aku tu dah melampau2 sangat tapi terpaksa aku baca jugak, sebab i have to...

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 9:16 AM

okeh nanti text aku sokkabar mana yg ko menyampah...aku nak tau...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 9:21 AM

hahaa... tak perlu, sebab sebagai marhaen yang celik kau mesti tau yang mana kan.

NP Says:
August 26, 2011 at 10:37 AM

kalau dok kampung senang, ada tanah lapang, ada pokok2... makanan tak abis, buang je kat bawah pokok...dia mereput sendiri...tak pun bagi jiran yang bela ayam... atau itik...

bahan yang tak boleh jadi baja, masuk plastik sampah dan buang...

paper bag mcm2 tu apa brand? ewahhh...

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 1:47 PM

NP: memacam ada..i x ingat..kat stor kat rumah ada banyak..nanti i cek..rasanya anya hindmarch pun ada..

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:07 PM

LW: brand BATA ada?

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 3:22 PM

SM: so far tak pernah deal dengan geng BATA..nape ko nak ke?

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:34 PM

LW: aku adalah penggemar jenama golongan bawahan... kalau sardin, aku akan pilih bumblee bee daripada cap ayam. kalau jam, aku pilih Q&Q daripada swatch...

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 3:52 PM

SM: bravo! aku langsung x dak jenama...janji halal beb!

BATA or Clark...selipar jepun juga yg jd kesukaan aku...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 3:58 PM

biasa la, orang kurang kemampuan macam aku ni. nak yang branded sikit pegi bundle la jawabnya. kalau tak, baju atau seluar giant pun dah ok.

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 5:00 PM

branded tak branded..esok2 kita pakai baju sama, warna putih dan tak berjahit untuk mengadapNYA...

SynicalMind Says:
August 26, 2011 at 6:57 PM

itu kata kita, macamana dengan si kaya yang mementingkan jenama tu?

Lady Windsor Says:
August 26, 2011 at 7:23 PM

Kita golongan marhaen...jangan kisah pasal si kaya..mereka hidup macam tongkat langit..macam tak Akan Ada kematian..

SynicalMind Says:
August 27, 2011 at 3:39 AM

(sesetengah) kita pulak menongkat dagu...

Lady Windsor Says:
August 27, 2011 at 7:10 AM

ye lah...itulah yg membezakan kita dan mereka...