Nandalala

| Saturday, August 13, 2011 | |
Teringat beberapa bulan dulu...


`Simplicity is the ultimate sophistication’ ...betul apa yang Da Vinci pernah cakap (sepertimana juga review untuk filem ni), aku memang setuju. Dan ungkapan inilah yang paling tepat untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan filem ni. Dengan filem ni, aku boleh menonton dengan rasa tenang kalau aku dalam mood malas nak pikir, tapi aku dapat rasakan sesuatu yang agak kompleks yang terkandung dalam elemen-elemen pentingnya.

Langsung takde scene yang buat aku tertanya-tanya, semuanya berjalan dengan teratur. Memang susunan plot filem ni tak membosankan untuk sebuah filem yang bercorak journey sebegini. Tapi, ada ketikanya aku kekurangan deria sabar, aku rasakan perjalanan dua watak utama filem ni terlalu jauh. Terlalu jauh membuatkan aku nak segera sampai ke penghujung.

Oops, selepas pertemuan dua watak utamanya barulah aku belajar untuk menghayati suatu filem yang indah. Kalau pembikin filem Malaysia (atau Bollywood) akan berlumba-lumba membawa sebahagian besar krew mereka ke oversea untuk mencari latar bagi mencantikkan filem mereka, tapi tidak untuk filem ini. Apa yang mereka paparkan dalam keseluruhan visual mereka cuma; jalan kampung berturap, pemandangan luar urban yang berbukit-bukau, rumah-rumah kampung yang tersusun atau paling tidak pun cuma suasana persekitaran yang meliputi kedua-dua watak ini sebelum bereka bertemu dan menetapkan misi mencari ibu kandung masing-masing. Beruntung pembikin filem di sana kerana mempunyai negara yang mempunyai pemandangan yang cantik.

Paling aku kagum, scene Mysskin (pengarah dan pelakon utama) yang menyelamatkan budak kecil ni daripada dirompak cuma dilakukan di lorong belakang yang dipenuhi sampah-sarap dan bahan terbiar; tapi visual yang dipaparkan pada skrin tv aku memang nampak cantik. Mungkin kerana gerak kerja kamera yang kemas dan tak terburu-buru semasa adegan Mysskin dipukul itu.

Filem ni bermula dengan memperkenalkan sedikit latar kehidupan Mysskin semasa di pusat rawatan mental dan bagaimana pengarahnya memberitahu kita mengenai kerinduan Mysskin terhadap ibunya tetapi disampaikan secara indirect. Dan kemudian beralih pula kepada Ashwath Ram yang tinggal bersama nenek dan orang gajinya yang turut mempunyai tahap kerinduan yang sama terhadap orang yang tak pernah dia kenali.


Melalui pertemuan yang tak disengajakan inilah, mereka meneruskan kesinambungan perjalanan filem ini bersama-sama. Sepanjang filem ini berlangsung, aku makin tertarik dengan `kimia' yang mengikat mereka berdua walaupun mereka ini adalah dari latar kehidupan, umur dan tahap pemikiran berbeza dengan Mysskin adalah lelaki lewat 20-an (aku rasa) yang mempunyai masalah mental dan seorang yang kasar dan kadang-kala bertindak ganas apabila diusik, manakala Ashwath pula seorang kanak-kanak sekolah rendah yang hanya menurut ke mana saja Mysskin pergi, tapi pada situasi tertentu dia mampu memimpin perjalanan mereka.

Scene yang paling touching pada aku adalah ketika Mysskin dapat berjumpa dengan ibu kandung Ashwath dan bagaimana wanita itu enggan menerima kehadiran anak kandungnya, lantaran telah mempunyai kehidupan sendiri. Di sini, aku dapat tengok macamana watak seorang lelaki tak normal mampu memberi kesan emosi pada aku apabila dia tiba-tiba menjadi seorang pelindung. Ya, pelindung. Dia terpaksa berbohong kepada Ashwath yang ibu budak itu gagal ditemui.

Maaf, pada aku ini bukan filem yang mempermainkan emosi air mata penonton sepenuhnya. Sebab ada beberapa scene lawak yang sengaja dibuat nampak macam lawak bangang tapi lawak yang diselitkan dalam aksi serius semua watak-watak terlibat.

Kalau aku dapat tonton (bukan tengok) filem ni lagi, aku mesti takkan lupa macamana babak Mysskin mendukung ibunya tatkala mereka disatukan semula. Sangat simbolik, menggambarkan kasih anak juga mampu menandingi kasih ibu yang melahirkan dan membesarkan, lebih-lebih lagi si anak (yang tak siuman) itu juga terpaksa menerima hakikat bahawa orang yang dia rindukan selama ini sudah menjadi seorang yang dia tak inginkan. Seseorang yang tak mampu menyayangi dia seperti ibu dan anak. Gila emosi...!

Untuk itu semua, aku sedia bagi filem ni dengan penarafan sebanyak 4.9 bintang. Aku anggap inilah filem terbaik yang aku dapat hayati sepenuhnya dengan bermodalkan RM6.95 sebulan untuk sepanjang tahun ni.


***aku bukan pengkritik filem, nak ulas pun tak reti, tapi aku sangat-sangat suka filem ni, lagu dia pun aku boleh layan...!

30 comments:

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 5:44 PM

ok aku dah klik youtube lagu tu..too early to put my judgement sebab sket je pun videonya..

btw..shot cantik..pengarahnya suka ambik sht low angle @ tilt down..ada la kelainan dari filem2 yg suka guna eye level tu kan..

fact that: isu yg biasa2 pun kalau director creatif, boleh jadi luar biasa...

boleh donload dari youtube kan? aku nak menikmatinya...

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 6:48 PM

dah lama aku nak cari dvd filem ni, lebih puas hati. hari tu sempat tengok (tonton la) tiga kali je. satu perkataan untuk filem ni: CANTIK.

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 6:51 PM

lagu2 dalam filem ni memang pendek2 je. lagi pun tak banyak lagu dan takde langsung scene nyanyian yang tipikal macam kollywood atau bollywood yang lain. yg bestnya, sepanjang durasi filem ni, langsung tak bosan walau pun takde babak nyanyian.

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 6:57 PM

ok kalau jumpa dvd, ko bitau aku, nak beli juga...tak rugi beli citer yang ada intipati
background lokasi citer ni memang cantik..selain pengarah pun pandai manfaat ruang..aku boleh kata dia nak compose something yg nice which is related each other and ada continuiti.
dalam erti lain...bukan setakat watak bercerita, tetapi shot, angle dan scenario juga bertindak sebagai pencerita secara tidak angsung yang menyumbang kepada keberhasilan sesebuah genre.

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 7:04 PM

filem ni penuh kesederhanaan sama ada dalam penceritaan, pemilihan lokasi atau sho2 yang dia gunakan. tapi gabungan semua tu dan keunikan stail yang director guna langsung menghasilkan efek luar sedar kita. sekali lagi, memang CANTIK! ohye, bila aku search dalam internet rupanya director/actor ni ada masalah nak cari pihak yang sanggup funding filem ni. hasilnya, nah! tak perlu ambil surya, malika atau jothika untuk jual filem ni.

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 7:13 PM

pelaonnya x femes kan...lagi real berbanding pelakon yang dah sah2 dikenali ramai...ada sesetengah citer, cukup dengan shadow je dah berjaya curi tumpuan aku..tapi la ni mana ada pengarah nak buat gitu..

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 7:18 PM

takde pengarah nak buat macam tu sebab takut takde orang nak tengok cerita macam tu. sebahagian besar pembikin filem akan fikir kemahuan audien dulu sebelum buat filem; berbanding apa yang patut dia beri pada audien.

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 8:13 PM

di sini kuasa meononton di tangan audiens..tapi kalu jenguk negara luar..pengarah menentukan apa yg dia nak beri pada penonton..bagaimanapun ada juga dua tiga kerat pengarah amatur di sini yg nampak gaya tahu apa yang mereka nak suap kepada audiens, bukan ikut selera nafsu audiens..cth: khabir dan arwah yasmin..

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 8:21 PM

amatur? mereka berdua adalah profesional dalam bidang mereka tapi bergerak secara amatur sebab mereka berkarya mengikut prinsip sendiri. pembikin filem yang `berniaga' sahaja akan jual produk ikut gaya pasaran, manakala pembikin yang berprinsip akan menentukan sendiri hasil yang akan diberi kepada audien. memang kuasa menonton (membeli tiket) terletak di tangan penonton, tapi secara perlahan-lahan pembikin mainstream ni patut ada tanggungjawab tentang menghasilkan filem yang berjiwa.

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 8:58 PM

ouchhh...amatur tu aku nak refer pada pengarah berbangsa india...apa ke namanya yang buat citer 'pensil' tu...aku x tengok citer tu tapi ramai kata citer tu touching walaupun bajet ciput..khabir n yasmin of coz ada aura mereka sendiri...

Mommy Fara Says:
August 13, 2011 at 10:01 PM

ABO Thangathirai ke nie?

Lady Windsor Says:
August 13, 2011 at 10:07 PM

MF...aku x dak Astro..ulasan pasal pencil tu aku baca kat paper...

SynicalMind Says:
August 13, 2011 at 10:26 PM

LW: aku regret sangat sebab tak sempat tengok `pensil' tu.
MF: yup, thangatirai. ramai kawan2 aku gelak bila tau aku ambik chanel ni.

NenekPenne Says:
August 14, 2011 at 1:15 AM

citer tamil memang best laa wey...
mana best kL ganster ker citer ni??

eh cemana i boleh terlepas entry ni... ishh tak boleh jadi ni....

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:19 AM

maaf, sampai sekarang aku masih prejudis terhadap sinema tempatan. takde kejujuran dalam berkarya (walau bukan semua) langsung. aku lebih prefer filem tamil sebab kat situ je aku dapat tengok polis korup, samseng miskin, komuniti pelaga ayam dan ekstrimis dalam flight. jadi, ko mesti tau aku pilih mana antara kl gengster atau filem ni.

NenekPenne Says:
August 14, 2011 at 1:22 AM

@SM
okay, i akur dgn keputusan u.. bijak2...

kalau pasal politik kotor, sivaji the boss adalah terbaik.... damn i like that movie...

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:24 AM

he's still the funcking legend. superstar! aku bukan peminat tegar filem tamil, tapi aku nak tengok realiti kehidupan ni dalam filem. sinema lokal? ilek!!!

NenekPenne Says:
August 14, 2011 at 1:29 AM

i pun bukan peminat tegar filem tamil tapi kalau citer tu best, i tetap layan...

respect sama pengarah filem tamil yg amat berani buat citer2 pasal politik, koruption dan sebagainya...

kalau pengarah malaysia buat citer tu, ha ha ha...ISA jugak tempatnya....

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:30 AM

...ada juga yang berani, tapi kita dah sedia maklum apa yang mereka hadapi. sinema lokal ni kecik je, tapi cabaran lebih besar daripada luar sana.

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 1:38 AM

aku tak tengok filem melayu sedekad ini sebab..1) ..tak berapa nak jujur, 2)korupt...3)bermuka-muka..4) tunggu je lagi dua tiga bulan, kuar kat TV...hahaha...rugi jer beli tiket...tapi kalau tengok citer tamil..rasa macam menerobos satu jenis kebobrokan yang wujud dalam kalangan kita...walaupun sadis untuk diakui tapi ia berlaku dalam kehidupan..walaupun mual untuk ditafsir tapi ia adalah kenyataan..walaupun pelakonnya aku haram x kenal tapi mereka kelihatan berjaya menghidupkan jalan cerita..malas nak puji lebih2 tp kalau citenya bagus, layan beb!

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:43 AM

terima kasih sebab dah tolong aku interpretasikan pandangan aku walau pun aku rasa ada lagi nak tambah. tapi sayang, otak khalayak majoriti kita masih lagi dibelenggu dengan pemikiran kasta yang terbawa-bawa sehingga kepada soal fiem. mereka lebih suka memilih filem hindi yang di`miming'kan oleh pelakon cantik dan gebu daripada sudi menjenguk sedikit ketulusan yang kedapatan dalam filem tamil; walhal kedua2 filem jenis ini datang dari rumpun yang sama.

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 1:53 AM

kalu study filem hindi yang disogok dengan pelakon gebus gebus..aku da tau dah cabarannya macam mana, endingnya macam mana dan hero heroinnya mesti ala-ala menari tak cukup dua tiga ekar tanah...fake! baik hadap filem tamil (lagi cerita tamil kaboomm) yang kita tak boleh nak predict apa akan jadi di penghujungnya...mencabar minda sket!

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 1:56 AM

filem tamil; mereka menceritakan apa yang ada dalam dunia mereka disamping meletakkan sedikit ilusi dalam adunan filem mereka. filem hindi; mereka lebih gemar berfantasi. betulkan kalau aku silap.

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 2:09 AM

betul..kalau fantasi yang boleh diterima akal ok la jugak kan tapi masalahnya fantasi mereka melebihi 'alice in wonderland', buat akal aku susah nak terima apa yg mereka hidangkan...kalau baca novel, ada istilah dipanggil 'deus ex machina', satu keadaan yang terlalu banyak kebetulan yang tak lojik menyebabkan genre menjadi kurang atau terjejas kualitinya..gitulah filem hindi sekarang..

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 2:16 AM

bukan setakat sekarang, memang dari dulu. sehingga trend ni jadi ikutan pembikin filem/drma kita.

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 2:19 AM

ya..kenyataan!

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 2:30 AM

mungkin ambik sampai dua generasi untuk perubahan total, tapi masa tu kita dah jauh 10 langkah ke belakang.

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 2:44 AM

tak pelah...at least new generation comes with new perspective on this matter..

SynicalMind Says:
August 14, 2011 at 9:37 AM

hope they'll not too far behind...

Lady Windsor Says:
August 14, 2011 at 2:06 PM

we only hope..and wait..