muka dan hati yang legend..

| Monday, August 08, 2011 | |
"rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih `golongan bangsawan' untuk memerintah negara"
- A Samad Said.

...Pak Samad, biar saya tambah perisa sikit.
"rakyat seharusnya bersikap matang dan berintelektual dengan memilih `golongan ilmuan' untuk memerintah negara..."

32 comments:

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 9:13 AM

i second on you..kalau ada butang like...i tekan banyak kaliiii...!!

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 9:50 AM

...mintak tolong tambah sikit perisa.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 10:29 AM

Okeh tambah perisa cap mulut poka sket utk statement pak samad:
"rakyat seharusnya bersikap matang dan berintelektual dengan memilih `golongan ilmuan' untuk memerintah negara kerana negara di tangan ilmuan memacu tamadun bangsa, bukan merudumkan bangsanya sendiri..."

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 11:29 AM

cuba describe definisi golongan ilmuan tu? sbb nmpk umum...

=p

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 11:30 AM

"rakyat seharusnya bersikap matang dan berintelektual dengan memilih `golongan ilmuan' untuk memerintah negara kerana negara di tangan ilmuan memacu tamadun bangsa, bukan merudumkan bangsanya sendiri..."

apa kata ko komen yg nie? sbb aku suke komen lady tu...

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 12:51 PM

ILMUAN PERTAMA: yang pada mata kasar kita dia memang layak memimpin sebagaimana dia menggunakan ilmu yang dia ada, jadi kita harus memilih dia untuk berjuang bersama-sama kita.
ILMUAN KEDUA: yang pada gerak halus hati kita sesungguhnya layak menjadi pemimpin kita sehingga ke akhirat sana atas dasar peperibadian yang kita yakini kemuliaannya.
ILMUAN KETIGA: kita harus mengangkat dia sebagai pemimpin kita sesuai dengan status ilmu yang dipegangnya ke mana-mana. selagi dia berkuasa dan terus memimpin kita, maka sudah pasti kita akan hidup senang di dunia, mampu memiliki pakaian cantik, kereta mewah, rumah banglo, hartanah ratusan juta ringgit; persetankan dengan orang lain!
...ada tambahan (atau pembetulan)?

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 12:54 PM

Contoh terdekat boleh kita gambarkan?

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 12:57 PM

Nmpknya, lady ada bangkitkan isu bangsa sendiri. Komen?

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 1:07 PM

aku lebih suka berbicara tentang sesuatu yang lebih general tanpa menyentuh isu yang lebih spesifik. takut komen akan melibatkan emosi sekaligus mengenepikan pertimbangan waras. cukup sekadar untuk aku membangkitkan persoalan, "adakah kita betul-betul mengenali pemimpin kita?".
macamana? any further comment?

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 1:09 PM

ok kita pi general..MF, maybe SM nak kata ilmuan yg multitasking (pls correct me if im wrong)..duduk la dalam gelanggang mana pon, dia boleh manage dengan flying colours...tak mo la yg macam ayam jantan..kokok berderai-derai tapi ekor berpalit najis..contoh terdekat..ada kah..???

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 1:14 PM

NONE...! kita kena terima hakikat yang yang mencari pemimpin tu seolah mengharapkan hidangan perfect daripada seorang chef bertaraf 5 topi. memang cukup sedap; lengkap pedasnya, cukup masamnya di hujung lidah, terasa manis mengunyah, kena pada kerongkong dengan pahit payaunya. tapi tak mungkin sama dengan orang lain. jadi, ilmuan yang macamana (atau bidang apa) yang kita rasa sesuai jadi pemimpin kita agar najis yang terpalit pada ekornya tak turut merembas pada buku lali kita?

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ Says:
August 8, 2011 at 1:24 PM

pak said tuju kt najib ke..hahaha...

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 1:53 PM

"...ilmuan yang macamana (atau bidang apa) yang kita rasa sesuai jadi pemimpin kita agar najis yang terpalit pada ekornya tak turut merembas pada buku lali kita?"
-->..hard to say..

..kalau ada siri realiti TV cari pemimpin ilmuan kan ke bagus..aku x yah pikir lama beli kredit nak sms..huhu

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 2:03 PM

KAMEN: hahahaa... terpulang pada penafsiran korang. tapi entri ni tak menjurus kepada individu tertentu, semua bersifat general supaya lebih bebas kita nak komen.
LW: such a good idea, tapi kalau boleh taknak ada yang terlalu slapstik sangat dengan pengisian, jangan komersil sangat; sampai aku naik menyampah macam sampah!

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 2:43 PM

sebab tu la kena buat realiti..be their own way..over pun tak, skima pun tak..kalau betul ada, aku dok depan tv awal2..tapi mesti depa tak nak buat kan sebab benda macam ni berat sket, so far banyak yg plastik..pengendali menipu, peserta ditipu, penonton lagi kena tipu, tipah tertipu..!

NenekPenne Says:
August 8, 2011 at 2:44 PM

tak berani nak komen ... tumpang lalu jelah....

kang pilih yang ilmuan tetiba bini pulak yang telebih ilmuan..memerintah dalam diam sambil tangan pegang2 kayu boneka dari atas...

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:12 PM

LW: terima kasih sebab wakilkan aku cakap benda yang aku malas nak bagitau. `reality tv' yang dah jadi `real tv'. plastik! untuk mencari pemimpin melalui `real tv' ni memang mustahil.
NP: silakan, jalan baik2 haa... kalau macam tu, kenapa tak pilih bini dia yang lebih ilmuan (pilih pemimpin dari kalangan wanita)?

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 3:17 PM

Susahlah klu menjelaskan suatu isu berteraskan emosi. Kalau mcm tu, mcm ne kita nak berperang psikologi dgn mereka? Penyudahnya kita hambur sumpah seranah. Bila dah sumpah seranah, org gelakkan kita. Maka, bangkitlah isu yg tak sepatutnya.

Kenapa kita masih menjerit seorang diri? Tapi suara tak didengari?

Kenapa ada yang hanya berkata lembut tp berjaya menubuhkan platun yg mampu mengucar-kacirkan kita sendiri?

Kenapa?

Aku bukan provok. Jgn salah faham.

Lady,

Aku faham. Tapi aku lebih suka perbincangan hingga ke akar umbi. Heheheh....

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:25 PM

SATU: sebab ada antara kita yang bersikap terlalu defensive dalam mempertahankan pendapat sehingga emosi mengatasi pertimbangan akal.

DUA: mungkin ada manusia yang lebih selesa berani menjerit sendiri.

TIGA: ada kekuatan dalam kelembutan.

EMPAT: -

LIMA: takpe, senang dengan partisipasi blogger2 yang begini. dapat mencairkan otak yang hampir beku di dalam ofis berhawa dingin, berkerusi empuk.

ENAM: -

TUJUH: untuk perbincangan ke akar umbi, mungkin aku akan cuba tulis entri yang lebih serius lain kali.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 3:31 PM

SM..kena becareful le kalu nak cakap pasai bende ni..ramai hackers oo..kang tak pasai2 kena..

MF..aku pon..nak jer korek akar umbi tapi ko tau la tempat ni nama je demokrasi sana sini dengan segala bagai kebebasan bersuara (konon) tapi ada kah?..malas nak cakap daa..

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:34 PM

yup, sebab tu aku lebih selesa menjadikan `...sambungan' ni sebagai tempat untuk menjentik sikit2 telinga tu. untuk korek hingga ke urat paling dalam, aku lebih senang menggunakan ruang yang lain.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 3:36 PM

woohoo...ini aku setuju:

LIMA: takpe, senang dengan partisipasi blogger2 yang begini. dapat mencairkan otak yang hampir beku di dalam ofis berhawa dingin, berkerusi empuk.

..cumanya kerusi aku jer x empuk..uhuk!

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 3:37 PM

waa ruang mana tu...

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:40 PM

hahaaa... dalam satu mangkuk sup: ada yang dapat sayur, ada yang meratah daging, ada yang sekadar menghirup kuah, amat malang kalau ada yang cuma mengemam tulang! gurau je. walau di mana korang berada, teruskan dengan kritikan2 yang buat kita sendiri membulatkan mata.

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:43 PM

ruang yang mana? hahaa, kita ada cara kita sendiri untuk mengetengahkan suara, pada masa yang sama kita jugak perlu mendengar suara orang lain. lari topik; macamana dengan ilmuan kita. tak mungkin tv mampu menghasilkan pemimpin berstatus ilmuan (dalam erti kata sebenar).

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 3:47 PM

Tiba-tiba terkenang seorang blogger liberal mempertikaikan hak kebebasan suara.

Di Malaysia, tidak bebas seperti negara jiran Indonesia dan Singapura.

Indonesia, walau majoriti penduduk adalah Islam tetapi mereka liberal. Bila bulan puasa, umat Islam yang tidak berpuasa boleh makan di warung-warung atau restoran dan dilindungi tirai atau tabir. Itu belum masuk bab kahwin tanpa perlu memaksa pasangan keluar dari agama. Bukan seperti di Malaysia. Makan di tempat terbuka (walau bersembunyi di balik kanvas litup) pasti akan ditangkap pihak berkuasa. Diaibkan dengan menaiki van jenazah pula. Dan umat Islam yg terserempak dengan mereka pasti akan berkata-kata. Bukankah ia menggalakkan saudara seagama menguruskan pahala puasa sendiri?

Begitu juga di Singapura. Generasi muda beragama Islam berhak untuk mempertikaikan agama asal mereka. Melalui blog. Melalui FB atau Twitter. Tidak spt di Msia bila hak kebebasan bersuara itu terhad. Maka, kerana terhad itulah menjadi challenge pd mereka utk terus mencabar pihak berkuasa.

Andai, kita mendapat hak utk bebas bersuara...agak-agak mereka akan berdiam diri tanpa menuntut hak mereka? Hak utk berfikiran terbuka. Hak utk mengubah kesombongan org Melayu yg bodoh. Hak utk menyedarkan kita bahawa kita nie hanya majoriti picisan di negara sendiri. Hak utk menghentikan sikap perkauman berteraskan agama?

Macam mana ya? Oh, maaflah. Di atas bukan pendapat. Tp persoalan.

Hehehehe....

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 3:58 PM

SM...
"...macamana dengan ilmuan kita. tak mungkin tv mampu menghasilkan pemimpin berstatus ilmuan (dalam erti kata sebenar).."

o yess i definitely agree...dia orang x akan berani buatnya siri realiti ini kat tv..kalau buat pun macam aku kata tadi le..plastik..! semua tampil yg elok2 jer..

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 4:13 PM

MF: untuk persoalan kebebesan bersuara tu, aku cuma menganggap mereka tu dah tersalah tafsir makna kebebasan bersuara yang sebenar. pada mereka, kebebasan tu bermaksud mereka berhak melakukan apa sahaja walau pun tanpa sedar mereka telah melangkahi batas-batas agama.
LW: kesimpulan yang tiada penyelesaian...?

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 4:22 PM

Mmm....bagaimana jika mereka menuntut kebebasan hak bersuara sbg wakil agama mereka sendiri? Bila mereka lihat, org kita yg beragama Islam shj dibenarkan utk buat apa sj;

Menegah org Islam memilih agamanya sendiri sedangkan jika ingin berkahwin dengan individu beragama lain, mereka wajib memeluk Islam?

Menegah ceramah agama lain secara terbuka sedangkan org Islam boleh berceramah di mana saja secara terbuka.

Menegah agama lain berdakwah di kalangan org Islam sdgkan org Islam dengan selamba berdakwah di kalangan bukan Islam.

Dan ada lagi yg lain tp malas nak taip.

Main point kita. Mencari keadilan. Main point mereka. Mencari keadilan juga. Bagaimana?

Sbnrnya, isu ini hangat mereka bincangkan malah atheist juga galak bercerita tentang ini. Dan mereka sgt kasihan dgn kita yg beragama Islam kerana melihatkan kita mengikut agama kita kerana mandatori. Kita tak tahu krn kebanyakan kita sibuk bercerita hal remeh temeh yang membosankan.

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 4:29 PM

aku suka perkataan mandatori tu. ada sesetengah kita menganggap `mandatori' tu sebagai satu panduan dalam beragama yang berlandaskan firman dan al-hadith, sementara yang lainnya menganggap `mandatori' adalah semacam hukuman dan larangan membuta-tuli semata2. lalu timbullah prasangka terhadap agama islam sendiri. amat malang, kerana ketiadaan penghayatan inilah yang menjadikan kita dipandang sebegitu rupa oleh penganut agama lain.

Paria Perawan Says:
August 8, 2011 at 8:34 PM

bila diperintah oleh org yg bacul negara jd beban hutang mcm skang

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 11:24 PM

pergh, pedas...! macam ikan pari masak asam pedas. cukup kaw kuahnya, lembut daging ikan yang segar. pedas tapi sedap. hahahaa...