mendisiplinkan buaya

| Saturday, August 06, 2011 | |
Ada sesuatu yang menarik perhatian aku sejak aku menetap kat sini. Aku lahir di Johor dan kemudian bersekolah asrama kat JB sebelum sambung belajar kat KL dan kemudian sekali lagi menetap kat JB untuk beberapa tahun hingga akhir tahun 2006. Apa yang mencuri perhatian aku ialah...

*****

Waktu malam yang simple. Waktu siang yang sesak boleh dijangka. Selama aku kerja kat sini (Tampoi dan kemudian Larkin Perdana antara 2003 sampai 2006), tiap kali tiba hari Jumaat je aku suka solat kat lain-lain tempat. Lebih-lebih lagi kalau pagi tu bos aku ada bagi assignment kat luar macam site visit atau attend meeting yang tak penting. Antara sebab aku jadi penjelajah masjid kat bandaraya ni tak lain tak bukan, aku suka tengok suasana dalam masjid dan jugak gelagat jemaah mingguan kat satu-satu masjid tu. Lepas abis solat, benda wajib aku buat ialah cari cendol atau ABC kat kawasan masjid tu. Rata-rata semuanya ok je, takde benda-benda bizzare pun berlaku atau yang aku nampak. Kesimpulannya, aku suka stay kat JB walau pun masa tu gaji kecil.

...Jumaat. Lokasi : Masjid Kampung Melayu Majidee, JB (lupa nama masjid). Walau pun tempat ni terletak betul-betul kat tengah bandaraya JB, tapi perjalan hidup hidup kariah kat sini serba sederhana, takde nak rushing sangat. Aku selalu lepak kat sini sebab kawan aku dulu pernah bukak kedai makan kat atas bukit simpang tiga dari Stulang Darat turun ke masjid. Tanggapan secara purata yang dapat aku bagi kat scene solat jumaat kat JB ni, jemaahnya mempunyai masalah berat punggung. Bukan sebab fenomena obesiti melampau, tapi entah kenapa aku tengok diorang ni (tak kira umur) tiap kali nak mulakan solat je saf kat bahagian depan mesti masih ada banyak lagi kosong. Kadang-kadang dah abis surah al-Fatihah pun saf depan masih ada lagi yang lopong. Masalahnya, bila bilal dah iqamat tapi kebanyakan jemaah masih tak ready lagi. Jangankan nak ready, dah abis iqamat pun ramai lagi yang tak bangun! Pemalas ke apa (maaf)? Atau pun diorang ni dah kena sindrom `gerak perlahan' sebab perjalanan hidup mereka takde yang tak pernah bergerak pantas.

*****

Masa mula-mula menetap kat sini untuk kali kedua, aku stay rumah bujang kat Pandan Indah, sebab senang nak pergi kerja kat Taman Melawati (sebelum blah kerja kat Puchong). Mata aku masih lagi memerhati. Memerhatikan masjid-masjid yang boleh tahan jugak unsur architecture dia. Paling selesa, aku suka masjid Setiawangsa. Selesa yang amat! Walau pun jemaah penuh, tapi keadaan kat dalam tetap dingin sampaikan hampir 45% jemaah akan terlebih khusyuk dengar khutbah sambil tidur. Kehidupan kat sini, bila tiba hari Jumaat je semua benda macam tak cukup ruang, tak cukup masa, tak cukup segalanya (bagi pekerja swasta). Tapi aku tetap relax, aku suka pilih hari Jumaat kalau nak buat assigment luar. Masih dengan modus operandi yang sama, target yang sama, cendol atau ABC lepas Jumaat. Cendol depan Masjid Bandar Kinrara 5 memang terbaik setakat ni.

...Jumaat. Lokasi : Masjid Umar al-Khatab, Bukit Damansara. Solat Jumaat kat sini memang mewah sebab semua ada. Tak payah pergi Masjid Negara. Cendol sedap yang lepas bagi salam je orang terus berduyun-duyun beratur, nasi kukus ayam rempah naik harga, kereta RC, jersi tak original, kopiah, ubat kuat lelaki, awek tapau nasi pakai baju see-thru, budak kecik mintak sedekah kat gate masjid; semua ada. Apa yang aku pasti, cara hidup masyarakat metropolitan ni sedikit sebanyak mempengaruhi disiplin yang kemudian diadaptasi ke dalam amalan seharian. Cuba bayangkan, pemandu kita (lelaki terutamanya) yang tiap-tiap hari redah jalan jem tak masuk akal, terpaksa kejar time kat punch card recorder, petang pulak terpaksa bergegas keluar ofis takut lambat sampai rumah, nak bayar roti canai kat mamak terpaksa beratur, lagi 500m nak sampai pondok tol terpaksa tekan minyak sikit sebab nak rebut tempat dengan bas rapid kat sebelah; semuanya serba pantas! Sampaikan waktu solat jumaat bila bilal baru je lafaz ayat pertama iqamat, semua dah get ready nak penuhkan saf....

...itu yang paling aku respek kat penduduk Lembah Klang ni.


(gambar rembat dari internet)

6 comments:

Lady Windsor Says:
August 7, 2011 at 6:11 AM

..hmm u did a good observationlah..i noticed pasai pemandu lelaki akan tekan minyak bila dekat nak tol..saja nak buli pemandu sebelah..nak-nak lagi kalau pompuan yang bawak keta, habit buaya lembah klang..haha..sigh!

SynicalMind Says:
August 7, 2011 at 12:19 PM

sebab ego, kami ada ego yang perlu ditunjukkan berbanding ego wanita yang hanya digunakan bila perlu.

Lady Windsor Says:
August 7, 2011 at 3:00 PM

ego la sangat!! (tongue emoticon..hihi)

SynicalMind Says:
August 7, 2011 at 5:53 PM

ego perlu tunjuk kalau: 1. bawak A6 nak himpit kelisa buruk. 2. aku lagi kaya dari kau. 3. aku bos, kau kena ikut cakap aku. 4. ini abah, awak kena dengar! ...dan macam2 lagi la, tapi tu semua luar sedar. (lari dari topik entri)

Lady Windsor Says:
August 7, 2011 at 6:06 PM

...sometimes ego lead us to nowhere..

SynicalMind Says:
August 7, 2011 at 7:04 PM

yup, at least it gave us feel that we've gained something (or nothing!).