katak, kerbau, siput...

| Monday, August 08, 2011 | |

pada suatu petang suam-suam di pertengahan bulan ramadhan, di pinggir sebuah padang ragut yang disempadani dengan sebatang anak sungai di mana airnya mengalir perlahan-lahan dan lesu, kelihatan di hujung liku sana bayang-bayang pokok sudah memanjang melebihi tiga suku daripada panjang asal pokok aur menandakan waktu asar yang baru sahaja menjengah.

sambil melibas-libas langau taik yang hinggap di bontot, seekor kerbau bebal yang busuk sedang asyik berehat menopang dagu menanti waktu berbuka tanpa mempedulikan azan asar yang baru berkumandang dari corong speaker surau kampung selimpat di darat sana. ketika sedang asyik memasang angan-angan untuk menjadi kerbau korban pada aidilfitri (kerbau bodoh ni tak tau beza raya puasa dengan raya korban) yang mendatang, dia melihat dari kejauhan sana seekor katak dari spesis `hyla rhodopepla' berwarna kuning berbintik merah comel tapi berlendir yang hanya terdapat di celah-celah dahan hutan amazon terlompat-lompat menghampirinya.

teruja melihat makhluk pelik yang dianggap `freak' itu, dia lantas bingkas dari tempat berhibernasinya sepanjang hari itu seraya melambai-lambaikan ekornya ke arah katak comel berwarna kuning berbintik merah itu dengan harapan katak itu melompat-lompat dengan berhati agar tidak terpijak najisnya yang bersepah-sepah di sana-sini. Adapun, najis itu sengaja disepahkan oleh tuannya yang hanya bersekolah setakat darjah dua itu untuk mengelakkan pencuri datang mendekati ternakannya yang tinggal seekor itu selain boleh dibuat baja organik untuk dijual di `param' sepanjang ramadhan ini.

kendati pun, sesampai sahaja katak comel berwarna kuning berbintik merah itu kepadanya, serta-merta bibir tebal si kerbau bebal itu mengukir sengihan seakan memperli keadaan fizikal katak comel berwarna kuning berbintik merah yang diharap tidak menjadi kawan sepanjang usia tuanya.

"oi nate bodo, wakpo demo jale lagu tu? dok penak ko? demo ado kaki empak tuh, pake la. buke susoh pon, tengok kawe ni hah. ado mace shamsul yusof dok?" kata kerbau bebal itu sambil menggoyang-goyangkan perut boroi penuh lemak hasil pemakanan tak halal itu.

"den ni bukan apo, ekau tengok la kaki den ni ha. mano nak samo dopan dongan belakang. dopan pendek, belakang panjang. ekau buto ko? so, for the purpose of moving to another distance, jumping is the best way for me other than walking. ekau paham?" tempelak si katak comel berwarna kuning berbintik merah itu tetapi dalam nada berlembut kerana sedar akan keadaan fizikal yang tidak memihak kepadanya.

"sian kawe tengok demo ni. pahtu, demo gawek gapo mari sini, nok gi mano?" balas si kerbau bebal itu sedikit ramah mungkin menyedari sebarang keterlanjuran pasti akan dibalas di akhirat nanti. dia tidak mahu menjadi satu-satunya kerbau yang menghuni neraka jahannam karang.

"den nak poie kolam kek sobolah bukit tu ha, air sungai ni kotor. den nampak taik babi terapung-apung kek colah daun toratai tadi." si katak comel berwarna kuning berbintik merah seakan-akan kecewa dengan persekitaran dan keadaan sungai yang pada pandangannya tidak sepatutnya begitu memandangkan setau dia tidak terdapat sebarang ladang babi di kampung itu melainkan padang ragut dan kebun orkid milik warga singapura sambil mengunjukkan lidahnya ke arah timur laut padang ragut itu.

"mari kawe anta demo. naik la belakang kawe ni, jange takut kawe dah mandi minggu lepah." pelawa kerbau bebal itu.

mendengar pelawaan tak ikhlas si kerbau bebal itu, si katak comel berwarna kuning berbintik merah itu pun melompat naik ke atas badan kerbau bebal itu. namun begitu, usahanya tidak membuahkan sebarang hasil walaupun telah dicuba beberapa kali. sehabis melompat, dia cuba pula dengan kaedah berguling namun ternyata perbuatan itu adalah sesuatu yang bodoh dan hanya layak dilakukan oleh ahli perlimen yang tak berpendirian sahaja.

setelah segala penat lelah dan daya usaha si katak comel berwarna kuning berbintik merah tidak berjaya, dia hanya mampu duduk bersimpuh di sebelah si kerbau bebal yang turut kebingungan memikirkan cara terbaik untuk membantu si katak comel berwarna kuning berbintik merah.

"...pehal ni bai, nampak penat macam baru lepas mengawan je!" sergah seekor siput sedut yang secara kebetulan lalu di situ. di kalangan komuniti padang ragut itu, siput sedut telah dikenali sebagai seekor binatang yang cerdik kerana sempat menghabiskan pelajaran sehingga tahap stpm dan pernah menjawat jawatan penolong warder di penjara pudu sebelum tapak sejarah itu dirogol untuk menjadi pusat komersil.

"ni ha, den nak poie kolam kek sano tu. nak la raso camno naik limo. tapi dah dari tadi den tak dapek naik badan si kerbau (bebal) ni. poning den." kata katak comel berwarna kuning berbintik merah dalam nada kecewa.

"ape la bengap sangat korang ni. memang la tak boleh. dah badan ko tu kecik, berlendir pulak tu. ko lompat pun tak sampai separuh badan brader kerbau (bebal) ni. tambah pulak aku tengok badan brader kita ni licin je dia cukur, dah macam bapuk pulak!" kritik siput sedut. "macam ni la, sebagai pakar diplomasi, aku nak bagi satu cadangan yang aku pernah baca dalam majalah mangga malam tadi. apa kata kita pergi kolam sana, lepas tu korang sama-sama masuk dalam air kat kolam tu. bila dah dalam air, senang la ko nak naik atas badan kerbau (bebal) ni. genius tak?" siput sedut cuba mengutarakan cadangan persis timbalan pengarah jkr ketika mesyuarat koordinasi bulanan di pejabat tapak projek jambatan kedua penang.

"wow, merbeles! kami setuju!" serentak si kerbau bebal dan si katak comel berwarna kuning berbintik merah mengiakan cadangan itu. lantas mereka bertiga masing-masing menuntun ke arah kolam yang dimaksudkan.

*****

arakian dipendekkan cerita kerana pencerita malas nak taip banyak-banyak, kedua-kedua kerbau bebal dan katak comel berwarna kuning berbintik merah yang berada di atas badan kerbau bebal itu naik ke tebing kolam sambil tersengih-sengih tanda bangga dapat mengenali seekor binatang slow yang bijak bistari laksana batu cincin. mereka bertiga pun menyanyi-nyanyi dan bersiul riang kerana misi untuk berada di kolam dengan kerbau bebal itu menjadi tunggangan katak comel berwarna kuning berbintik merah telah tercapai...

...macam-macam perangai bodoh `manusia' zaman sekarang ni!

13 comments:

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 1:37 AM

...geli hati tau..tajam menikam..well done beb!
err..tak tahan sangat dengan siput sedut bijak bistari bak batu cincin tu, power!!..mwahahah..

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 1:47 AM

weh, walau pun dia jalan slow sebaris dengan siput babi, tapi dia punya fikiran tajam dan bangang. ala, kan ramai manusia macam ni.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 5:20 AM

ada..memang ramai..at least siput sedut ni lebih mulia seciput berbanding siput vavi ler kan...hik!

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 7:57 AM

mulia dari segi nama je ke? perbuatan bodoh dia pekena kawan kerbau dengan katak tu macamana kira? ramai gak orang kat luar sini sengaja melaga-lagakan orang lain semat-mata dianggap sebagai hiburan.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 9:17 AM

mulia dalam kandang busuk mereka je la...kalau kuar dari kandang..kira sangatlah keji dan hanjj..bajet laknat la sebab laga2kan sesama insan..uhh!

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 9:52 AM

raise my middle finger to them! mujur watak penyelamat tak tiba dalam kes tiga binatang ni. (pemimpin? pendamai? pemikir?) we really need them so bad...

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 10:34 AM

ahaha.. wujudkan watak penyelamat..must be more complicated ini kisah, bravo!

Mommy Fara Says:
August 8, 2011 at 11:33 AM

Bodoh tak apa. Semua org pun masih bodoh. Asal masih terniat dlm hati untuk terus belajar.

Mslhnye, org yg mengisytiharkan diri tu pandai.....pandai ke?

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 12:56 PM

LW: kadangkala watak penyelamat tu cuma akan menjadikan keserabatun itu makin bercambah menjadi konflik yang lain pulak. si siput konon-konon berlagak hero tanpa disedari dia juga sama-sama bodoh macam orang yang ditolong, tapi harus jugak diberikan sedikit kredit atas niat dia (walau pun cara tak kena). tak gitu?
MF: orang pandai takkan mengaku dia pandai. cuma orang bodoh selalu mengaku diri sendiri pandai dalam banyak hal sampai menonjolkan kebodohan sendiri. tak gitu?

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 1:19 PM

SM..watak penyelamat pun kenkadang x leh pakai gak kan..dia menyelamat dengan niat terselindung..attakyah le bagi kredit!
setuju gak..orang bodoh je ngaku dia pandai dalam banyak hal..sampaikan terserlah cik dohnya itu..

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 2:05 PM

dah taknak pulak! pada aku lagi elok kalau takde watak savior sebenarnya, unsur dramatik tu akan lebih memberahikan lagi. biar penyelesaian datang dengan sebab kebodohan atau kecerdikan melampau mereka sendiri.

Lady Windsor Says:
August 8, 2011 at 2:46 PM

yeah..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

SynicalMind Says:
August 8, 2011 at 3:13 PM

biarkan...