karma hari raya

| Thursday, August 11, 2011 | |
petang tadi.

singgah hypermarket checkers nak beli tauhu, tauge dengan kelapa untuk masak berbuka esok. entah apa punya sial, sebaik je tangan aku capai bakul aku dengar benda yang paling buat aku rasa tak selesa. lagu raya. ya, lagu raya sharifah aini. apa punya gampang tauke hypermarket ni! puasa baru sepuluh hari, dia pulak yang sibuk lebih-lebih pasang lagu raya. kepala abah dia!

maka, aku taknak dianggap sebagai seorang lelaki kurang siuman yang berjalan-jalan kat ruang hypermarket ni dengan menutup telinga, aku paksa jugak dengar lagu-lagu raya sampai la aku start moto balik rumah.
sesampai je aku kat rumah, aku teringat balik. bila sebut je pasal raya, apa yang sinonim antara raya dengan tv adalah iklan raya. pada aku, petronas boleh dianggap sebagai juara dalam menonjolkan imej korporat mereka selama beberapa minit dengan berjaya membuatkan semua visual-visual tu terus melekat kat kepala kita sepanjang tahun.

apa yang best sangat iklan diorang tu? nampak tak best. tapi, iklan diorang mempunyai cerita dan tema mereka yang tersendiri saban tahun. tak payah susah-susah bayar pelakon muka cantik mintak kena cium, tak perlu nak tunjuk sangat suasana malam raya dengan ada beberapa orang bodoh yang masih kacau dodol kat laman rumah, takde pulak nak tunjuk budak-budak berebut-rebut sampul duit raya, agak susah jugak nak tengok tetamu datang berkumpul kat ruang tamu sambil suap kuih raya macam orang sesat baru keluar hutan, dan payah jugak nak dengar lagu raya sama ada lagu sudirman atau pun p. ramlee. apa yang mereka (aku gelar mereka genius) buat cuma mereka perlu menjadi pencerita. mereka akan menceritakan satu kisah yang sangat simple yang biasa berlaku sekeliling kita tak kira masa hari raya atau pun hari cuti sekolah.

dalam banyak-banyak iklan mereka, aku paling suka iklan yang ni:



sebab? sebab karma. hukum karma ada di mana-mana, bila-bila masa dan akan berlaku pada sesiapa je. yang paling menangkap dengan iklan ni ialah, reaksi kekecewaan yang tak terungkap oleh pakcik berpayung bila anggapan dia untuk dipelawa menumpang kereta dalam hujan lebat berlalu macam tu je. memang menusuk! sesuatu yang membuatkan aku sedar, hukuman tuhan tu memang pasti.

ingat la sikit brader, memang la tuhan tak bukak pintu hati lu untuk tolong pakcik tu. mungkin sebab pakcik tu tuhan yang hantar untuk tolong bila lu dalam kesusahan. pada lu  pakcik tu memang ditakdir untuk berjalan sendiri dalam hujan lebat, dan tak menjadi hal kalau lu tak tolong. cuma, memang jadi hal bila orang yang lu tak anggap layak ditolong itu la yang akan menolong lu dengan ikhlas.

...ikhlas gua cakap: padan muka lu!

29 comments:

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 12:22 AM

karma..pay cash! meaningful...

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 12:32 AM

karma yang selalu kita tengok dalam drama tv terlalu slapstic! mati accident atau jadi gila. aku suka pendekatan iklan ni. simple, but meaningful. not meaningfool.

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 12:45 AM

aku ambik istilah ko..'genius' mana yg buat iklan ni? really simple and message delivered smoothly...iklan macam ni memang seronok dinikmati, bukan tonton kosong jer..ada sumber pengajaran yang kanak-kanak pun boleh accept. iklan yg burung apa tu pun aku suka gak..

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 12:50 AM

kita boleh jadikan konglomerat berlogo hijau ni sebagai contoh positif la senang kata. semua iklan raya diorang bukan untuk komersil semata-mata. yang tu aku puji. eh, allahyarham yasmin ahmad pun lahir dari iklan petronas...

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 1:01 AM

true..kombinasi konglomerat tu dgn yasmin cukup melekat dalam kepala otak aku..

*out of topic: eh ko masak apa sampai beli kelapa n tauge? saja aku nak sebok...haha!

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 1:04 AM

(santan+tauge+tauhu=entah) jadi, boleh dikatakan yasmin ni bukan dilahirkan secara komersil la?

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 1:12 AM

hahaha...ok sorry!

eh x la..dia start dengan komersil..fisrt appearance was his album...tajuknya aku dah lupa tapi masa tu nama dia Zulkifli Ahmad..lepas tu dia tukar arah jadi pengarah dan buat iklan..

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 7:32 AM

oh ye, aku pernah terbaca sedikit profil tentang arwah. cuma mungkin dengan petronas dia mula membuka ruang yang sepatutnya.

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 8:00 AM

ya..banyak kolaborasi dia dengan petronas, tapi aku tak sure sama ada sebelum petronas dia dah buat untuk company lain dulu..whatever..sentuhan dia meresap!

Mommy Fara Says:
August 11, 2011 at 11:01 AM

Kenapa ye klu bru 10 hari puasa, tak boleh dgr lagu ry?

Orang Melayu nie bangsa remeh. Sbb perkara remeh pun nak jadi isu.

Tak salah klu pusat beli-belah nak hidupkan suasana raya. Sebab apa? Psikologi. Bila dgr lagu raya, org bersemangat nak membeli-belah utk persiapan raya. Tapi itu dia punye marketing strategy la....tolak tepi. Tapi, kenapa klu dgr lagu raya seawal mungkin?

Sy tabik bangsa Cina. Semangat nak raya (walau tak ada puasa) diorang menebal. Belum apa-apa, dah bukak lagu ry Cina. Bersatu hati dgn seagama dan yang keluar agama. Raya tetap raya. Apa ada hal?

Orang Melayu sgt suka melatah dgn isu remeh. Sbb tu bangsa kita nie (kesiankan?) jadi bahan lawak jenaka org je.....

P/S : Komen sy double meaning. Bukan pemikiran liberal. Ada maksud di sebaliknya.

NenekPenne Says:
August 11, 2011 at 2:00 PM

alamak...tak dapat tengok laaa....
selalu kalau raya iklan petronas atau allayarham yasmin ahmad yang directed....memang best...

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 3:32 PM

LW: hasil sentuhan dia selalunya memang berjiwa. bagi yang tak faham atau enggan mendekati karya arwah, mungkin ada sesetengah perkara yang janggal.
MF: kalau nak dengar lagu raya masa ramadhan pertama sampai lebam pun takde masalah. cuma nampak macam kita awal-awal dah menyanyikan lagu kemenangan sebelum turun ke medan perang. lebih baik kita saling mengingati dan memperkukuhkan dalam `peperangan ramadhan' berbanding menyanyi seolah-olah kita dah menang.
NP: rindu hasil kerja dia...

Mommy Fara Says:
August 11, 2011 at 4:25 PM

Hal lagu raya adalah isu yang LAME. Remeh. Bosan.

Apa kata kita cerita tentang;

...belum berperang, sudah mengaku kalah? Bukan saja nampak pengecut. Malah, mengundang kemurkaan Yang Maha Esa. Dapat pula dosa.

Contoh mengaku kalah? Bila ada yang tak puasa tanpa sebab? Bila yang berpuasa tak ambil kisah orang yang berpuasa dengan ALASAN

"Itu hak dia....lagipun, kubur masing-masing. Janji aku buat hal aku sendiri"

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 4:33 PM

sebenarnya entri ni pasal iklan raya yang best, menusuk kalbu. lagu raya tu cuma intro je. takpe, nanti aku cuba buat entri pasal tu pulak.

Mommy Fara Says:
August 11, 2011 at 4:38 PM

Tau cite psl iklan raya yg BEST tu. Tapi isu tu x de mende nak diceritakan.....tu yg cri psl dgn prolog entri ko nie. Hahahahah!

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 4:56 PM

ceh...! takpe2, nanti aku akan puaskan hati ko. jangan takut. ramadhan masih panjang, banyak lagi cabaran yang kita tak terjangka...

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 5:07 PM

MF..tu dia..SM dan mengaum...banyak yang tersirat tu cuma aku pun tak mau campur aduk, kupas mana yang core dulu..

NenekPenne Says:
August 11, 2011 at 11:25 PM

ok dah dapt tengok video clip tu
dia rasa pakcik tu jalan lambat, so tak sabar nak tunggu sebab dah dekat nak bukak puasa walhal kalau dikira, pakcik yang berjalan tu lagi lambat sampai rumah nak berbuka puasa... tapi still tabah jalan dalam hujan...

orang kaya jangan nak action2 yer... buat i meluat...

Lady Windsor Says:
August 11, 2011 at 11:32 PM

tapi itu le realitynya net..lagi kaya lagi kekwat..

SynicalMind Says:
August 11, 2011 at 11:55 PM

ada segelintir orang kaya yang tak sombong, tu aku respek. tapi sepanjang scene iklan ni memang true sangat... hujan lebat, orang tua berkaki ayam dalam hujan, payung buruk, jalan kampung...

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 12:16 AM

muka org tua tu sesuai habes untuk iklan ni...o ya..org kaya yg x sombong dalam kepala otak aku buat masa ini antaranya syed bukhari..taiko low profile tu..

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 12:19 AM

mesti ko pernah berurusan dengan dia atau biasa terserempak kan?

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 12:25 AM

ada...

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 12:28 AM

macam tu la, kita tak perlu letak diri kita pada tempat yang tinggi (sombong), sebaliknya biar orang lain yang menghargai dan mengangkat diri kita.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 12:35 AM

aku masukkan dia dalam kategori melayu genius dalam bidangnya...sorang lagi si budak kecik adi putra tu...

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 12:38 AM

malangnya dia bukan seorang marhaeni, yang kita rasa kadangkala status dia tu yang menjarakkan kita. kita mesti berasa sedikit janggal bergaul dengan orang macam tu walau pun dia tak kisah.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 12:50 AM

sangat janggal...macam langit dengan bumi...tapi aku bantai je...

SynicalMind Says:
August 12, 2011 at 12:51 AM

aku pun, tapi ikut pada keadaan jugak la. untuk mengelak pandangan negatif orang.

Lady Windsor Says:
August 12, 2011 at 1:04 AM

yerp...ikut keadaan dan kena ada self konfiden..